Mahathir Cuba Main “Gelecek”
Senario kekecundangan UMNO setakat ini, dan tanggapan
bahawa akan lebih “teruk” menjelang 2004, telah
membuatkan Mahathir dan “inner circle think tank”
UMNO/BN cuba melakukan ekperimen terbaru. Teori “If
you can’t beat them join them” nampak dicubakan dalam
Perhimpunan Mei 2000 lalu.
Penasihat Mahathir memutuskan supaya Mahathir dilihat
mengalamai semacam ‘kecundang’ dalam UMNO. Dengan
meletakkan Mahathir dalam situasi kurang aktif dan
“berkuasa” dalam pentadbiran; dari segi saikologinya
akan memberi ‘satu tahap kepuasan’ kepada pemimpin
Pertengahan UMNO, penyokong UMNO, orang Melayu dan
semua kaum. Jika itu boleh meredakan ketegangan dan
tentangan terhadap UMNO (khususnya) dan BN (amnya), ia
adalah pilihan terbaik dari mewujudkan ‘head-on
collision’ seperti yang lepas-lepas.
Maka dirancanglah supaya diperlihatkan kepada semua
yang cenderung dalam isu “Anwar” bahawa UMNO selepas
Mei 2000 ini adalah diterajui “bukan oleh Mahathir per
se” TETAPI oleh satu kelompok ‘pelapis’ yang pernah
satu masa dulu paling hampir kepada Anwar.
Diperlihatkan juga seolah-olah Abdullah Bedawi
kununnya melakukan perancangan itu dibelakang Mahathir
dengan tujuan untuk mengembalikan UMNO ke persada
orang Melayu.
Mengalih “Kebencian”
Satu “manouvre” dikatakan berlaku yang menggambarkan
kembalinya ‘Team Wawasan’ dengan sokoongan Kumpulan
G15 ke MKT. “Team Wawasan” direncanankan dengan teliti
secara pakatan rahsia. Dibesar-besarkanlah dengan
penuh ‘glamour’ seolah mereka adalah “team” pro-Anwar.
Akan digembar-gemburkan bahawa merekalah yang
menguasai MKT. Dengan itu, diharapkan mereka (yang
dikatakan team pro-Anwar itu kununnya) akan memberi
pukulan kepada Dr. Mahathir.
Lebih jauh lagi dikatakan Abdullah Bedawi sendiri
adalah perancang team itu sebagai agenda beliau
mencegah Mahathir supaya tidak terlalu keterlaluan.
Kununnya, Dolah diberi keyakinan oleh Mahathir untuk
mengambilalih kepepimpinan parti dan negara dari Dr.
Mahathir.
Mahathir pula dirancang akan menonjolkan imej baik
dengan merancang akan melepaskan sebahagian urusan dan
tanggungjawap eksekutif Perdana Menteri kepada
Timbalannya. Beliau akan menumpukan lebih banyak masa
dan tenaga untuk memantapkan parti dengan bertemu,
berbincang, bersoaljawab dan bertukar-tukar fikiran
dengan rakyat. Hematnya, imej Diktator Regim “UMNO/BN
& Mahathir”, sifat “kuku-besi” dan kerakusa Mahathir
akan bertukar. Diharap ia akan lupus menjelang p/raya
ke-11.
Tetapi apa yang sebenarnya berlaku, itu adalah satu
lagi sandiwara “TAMIL” dengan pelakun terkenal “Rukh
Khan”. Mahathir tetap “one man at helm”.
Spekulasi Paling BANGANG!!
Pembangkang denga segala kebijaksanaan mereka, teori
“Pasa Malam” itu siang-siang dianggap oleh
Pembangkang, orang Melayu, rakyat banyak (termasuk
majoriti pemimpin dan penyokong UMNO) sebagai Teori
“KACANG KUDA dan MARUKU”. Ia adalah agenda ‘rapuh’ dan
terlalu ‘lemak’ pada rasa tetapi sebenarnya ia
semata-mata digubal untuk “mengabui mata”,
“berpura-pura” dan “melalaikan” Pembangkang dan
rakyat.
Pertukaran maklumat dan perbicangan sesama mereka
(antara beberapa “mole” Barisan Alternatif dalam UMNO
dengan pemimpin Pembangkang Melayu) telah membahathkan
beberapa isu dan soalan yang tidak berjawab.
Sekaligus kesimpulannya memberi kepastian bahawa
rancangan mengangkat dan mewujudkan kembali “team
wawasan” itu HANYAlah untuk mengabui mata, meredakan
ketegangan, dan sebagai ikhtiar TERAKHIR Mahathir
menarik sokongan orang Melayu terhadap UMNO (yang
merosot ke tahap 32%).
Perhatian analisis ditumpukan kepada fakta-fakta
berikut:
1) Jika benar Abdulah Bedawi merancang sesuatu
dibelakang Mahathir untuk mewujudkan ‘team wawasan pro
Anwar’; tidak pernahpun berlaku satu insiden dimana
sebarang perkara yang akan menggugat Mahathir terlepas
dari pengetahuan Mahathir sendiri.
Makin tidak meyakinlagi jika Abdullah sendiri
mengendalikan satu ‘team’ yang begitu besar tanpa ‘spy
dan kempitai’ Mahathir menghidu rencana beliau. Dengan
itu, nampak bahawa Abdullah merancang ‘team wawasan
pro Anwar’ itu dengan restu Mahathir. Nampak sangat ia
diwujudkan untuk sesuatu motif ‘menyelamatkan’
tuannya (Mahathir);
2) Selama ini Abdullah lebih terkenal dengan jolokan
“kakak tua” sebagai orang paling ta’at kepada
Mahathir. Abdullah adalah orang paling nekad
mengorbankan kewibawaannya dengan mengarahkan polis
dan FRU membelasah dan menangkap golongan penyokong
Anwar yang berdemo di Dataran Merdeka.
Abdullah dengan perancangan polis dan FRU telah
memberi imej ‘menakut-nakutkan rakyat’ terhadap “The
BLACK14” Pembangkang. Mahathir dan Abdullah adalah
regu secara spontan menuduh bahawa Pembangkang cuba
menimbulkan huru-hara rusuhan bersenjata di Kuala
Lumpur. Walaupun itu satu bohongan “bontang”, tetap
demi taat-setia Abdullah, adalah jelas bahawa beliau
sanggup melakukan apa saja tugas dan fungsi sebagai
“barua” kepada Mahathir.
Apakah Dollah sanggup mengkhianati Mahathir (dengan
mewujudkan “team wawasannya” di belakang Mahathir)
walhal kedudukan beliau sebagai Timbalan Presden tanpa
bertanding dan TPM adalah ‘sedekah jahariah’
Mahathir? Masakan itu balasan Dollah terhadap orang
yang telah berbudi kepada beliau.
3) Selama ini, sebarang pergolakan UMNO di peringkat
Bahagian diseluruh Malaysia adalah dibawah ‘hidung’ MB
yang ‘loyalty’ mereka adalah 100% tidak berbelah bagi
kepada Mahathir. Contohnya: Ali Rustam disuruh ‘makan
taik’ pun sanggup, dan Mat Isa Samad di suruh
‘pelihara babi’ pun dia mahu, sekiranya Mahathir
arahkan Adnan Yakob membuka “ZIP” seluar di
Perhimpunanpun rela. Masakan kerja mengintip dan
melaporkan kebusukan seorang kawan seperti Dollah
kepada Mahathir akan ditolak. Kerja-kerja kotor yang
membudaya dalam UMNO adalah biasa dan lazim, kerana
perbuatan itu amat disukai oleh Mahathir. Ganjarannya
dari Mahathir ialah “You are in my good book”..!!
Oleh itu adalah tidak masuk akal isu mengangkat “team
wawasan” berlaku diluar pengetahuan Mahathir. Apakah
Dr. Mahathir tidak mampu mengintip pergerakan mereka
yang akan menumbangkannya? Haha… Mahathir is NOT the
man who easily forget and forgive!!
Atas segala-galanya, Naib Presiden dalam “team
wawasan” itu (dan beberapa orang dalam G15) adalah
kumpulan mereka yang sudah lama melekat “taik kering
kontang” bertempek-tempek dipunggung masing-masing.
Satu dunia tahu, Fail BPR terhadap mereka cukup tebal
dengan pelbagai kes Rasuah dan Penyelewengan dalam
simpanan Mahathir. Satu kes BPR diangkat dengan
pengadilan “Maha-KAMAH Belantara” Mahathir, pasti
mereka yang difitnahkan Mahathir akan terhumban
kedalam penjara Kajang atau Sg. Buloh untuk satu
tempoh yang sangat lama.
Adalah sangat mustahil mereka akan membantah dan cuba
merancang sesuatu yang ‘bertentangan’ dengan kemahuan
Mahathir’. Harga dan nilai diri mereka sebagai anggota
MKT adalah “Zero”. Mereka akan terus membalik-balik
fail saja. Apabila disergah oleh Mahathir, sekaligus
‘phobia’ Sg Buloh menyelinap ke tulang sumsum mereka.
Sindrom “kakatua” akan berterusan!!
Apa Fungsi “Team Wawasan”?
Rata-rata pemimpin Pertengahan UMNO dan semua
Pembangkang yakin, sebenarnya kemenangan “Team
Wawasan” dan G15 itu telah lama dirancang dengan
pengetahuan Mahathir sendiri. Abdullah Bedawi adalah
alat dan perkakas.
Tujuan Mahathir adalah jelas iaitu Rancangan
mengangkat “Team Wawasan” dan G15 itu semta-mata
bertujuan:
1) mengabui mata pemimpin UMNO supaya tidak
membesar-besarkan isu Anwar. Fungsi “team” itu ialah
untuk mereda dan mententeramkan kekecohan pemimpin pro
Anwar dalam UMNO. Dengan itu kemarahan pemimpin pro
Anwar terhadap Mahathir per se akan reda dan rasa
puashati dengan kewujudan “Team Wawasan” dan G15 di
MKT. Diharap mereka akan pembawa perubahan sikap dan
perasaan para penyokong UMNO dibeberapa buah negeri
yang krtikal.
Contohnya:
a) Najib Razak:
Pahang berpotensi akan jatuh ketangan BA/PAS. Dengan
gelagat Adnan Yakob yang lucah dan brutal, tidak ada
orang lain yang lebih baik mempengaruhi orang Melayu
di Pahang berpatah menyokong UMNO/BN selain dari Najib
(yang membawa imej Tun Razak).
b) Muhyiddin Yassin
Selama ini beliau adalah ‘cool’ dan sukar dilihat
pendirian. Beliau adalah sebaik-baik Naib Presiden
untuk mengekalkan rekod UMNO/BN di Johor. Dengan Ghani
sebagai MB, diharap UMNO/BN tidak akan luruh ke tangan
BA (Majoriti BN di Johor merosot menang tipis dan BA
tidak ada yang hilang deposit).
c) Mohd Taib (Tyson)
“Belukang korap” ini walaupun memang busuk tetapi
masih mempunyai pengaruh lebih kuat berbanding Abu
Hassan Omar yang dicap oleh orang Selangor sebagai
“kaki betina @ pelahap Rasuah”. Walaupun ‘trait’ Md.
Tyson tidak jauh berbeda dari Hassan Omar, tetapi
desas-desus menyebut bahawa Md. Tyson telah berikrar
janji kepada Mahathir bahawa beliau akan mengambalikan
kecemerlagan UMNO di Selangor berasaskan ketaksuban
pengikut beliau yang pernah menerima habuan kekayaan
secara rasuah selama beliau jadi MB dulu.
Hematnya, itu adalah benar kerana ramai Exco Negeri
dan Wakil Rakyat semasa Md. Tyson jadi MB yang jadi
jutawan segera. Mereka ini telah menentang Abu Hassan
kerana si penjarah “hangkoi” ini terlalu tamak mengaut
khazanah rakyat cuma untuk Kroninya saja.
d) G15 (Gangster 15)
Zahid Hamidi yang kununnya dikaitkan dengan Anwar
sebenarnya adalah “opportunis” yang sanggup ‘makan
kawan’. Mahathir sudah lama tahu. Tetapi demi memberi
ketenangan kepada UMNO (supaya Mahathir terselamat)
maka “kuda belang” ini wajar diketengahkan. Begitulah
anggota G15 yang lain-lain.
Hematnya, sekali lagi Mahathir menunjukkan kecekapan
bermain “Silap Mata”. Diharap, beliau akan terselamat
secara peribadi. Sambil itu, diharap imej UMNO akan
dapat diperbaiki.
Kerja-keraja “umrah”
Mahathir sendiri telah berikrar di Perhimpunan bahawa
beliau akan melaksanakan kerja-kerja “umrah” ke serata
pelusuk tanahair dengan membawa pelbagai “fatwa”
mazhab “umno mahathirisma” bagi membolehkan dirinya
memancing imej seorang “nabi umno”.
Mahathir telah mengarahkan semua anggota MKT
(khususnya yang berimej pro Anwar) supaya melakukan
‘tawaf dan saii’ di serata kampung dan desa, melakukan
pelbagai macam ‘sermon dan khutbah’ memujuk orang
Melayu, meyakinkan mereka bahawa “team wawasan” itu
adalah ‘pro Anwar’. Dengan itu kembalilahhhhh….!!
Akan terdengar kelak melalui liputan PEMBOHONGAN
paling besar dalam sejarah politik Malaysia; secara
besar-besaran semua media massa berbohong bahawa ‘team
wawasan’ itu adalah dalam proses mengambilalih
kepimpinan negara dari Mahathir. Abdullah Bedawi
sendiri kununnya akan diberi peluang oleh Mahathir
menerajui kerajaan.
Makin nampak nanti bahawa keputusan Abdullah
seolah-olah tidak dirasuk dan dihanturayakan oleh
Mahathir. Padahal dibelakang tabir, diwujudkan satu
“operation room” dengan satu carta besar terbentang
luas menggariskan “what is to be done and by whom”.
Sementara itu, Mahathir akan bercakap untuk meletakkan
jawatan. Kununnya, beliau menanti Abdullah Bedawi
“ranum”. Tetapi dalam satu nafas yang lain, Mahathir
berkata (umpama mengingau) bahawa “jika pengerusi
tetap UMNO boleh mengendalikan mesyuarat itu dengan
baik dalam usianya 80 tahun, beliau juga masih mampu
lagi menjadi Perdana Menteri”..!! (Utusan Malaysia).
Kesimpulan
Makin nampak sebagai suatu petanda jelas yang memberi
KESIMPULAN MUKTAMAD bahawa:
1) kewujudan “team wawasan” itu adalah sebahagian
proses “TURNING-OVER” yang paling licik pernah
dirangka oleh Mahathir untuk mengembalikan imej beliau
yang terpuruk dengan ‘stigma’ seorang PENIPU,
PENZALIM, PEMFITNAH, PEMECAH UNDANG-UNDANG dan
PEMBOHONG PALING BESAR..! Dengan menggunakan UMNO
sebagai plaform, DAN meminjam imej UMNO dan kepimpinan
“team wawasan pro Anwar’ (kununnya) beliau menyangka
dapat mengabui mata pemimpin UMNO, orang Melayu dan
pengundi dalam P/raya ke-11 dijangka tahun 2004.
2) Mahathir umpama “anjing yang pernah makan taik”
masakan semudah itu melupakan kegemarannya. Paling
kurang dihidu. Demikian jugalah Mahathir, sehingga
tahun 2004, beliau akan berusaha memindahkan segala
kekayaan dan harta beliau dan anak-anaknya keluar
negara. Sementara itu beliau akan menyusun strategi
supaya UMNO dan kepimpinan yang ada sekarang akan
memberi beliau, anak-anak dan Kroni-proksi beliau
kontrak dan ganjaran Projek “Mega(h)-Mewah” dengan
komisyen keuntungan ‘atas angin’ berbillion-billion.
Soal hutang, itu adalah maslah rakyat selepas beliau!!
Atas segalanya, segala-gala perancangan Mahathir
adalah satu “political manouvre” untuk memberi
beliau ‘political milage’ dengan motif melemahkan
kekuatan dan asakan rakyat, Parti Pembangkang Melayu
(dan semua kaum) yang sedang maju kehadapan (dengan
sokongan rakyat) untuk melontar dan mentalqinkan
politik Mahathir dan sebuah regim ZALIM, HINA dan
beragenda RAKUS!!
Tingkatkan Serangan 100 kali Ganda
Mahathir dengan rencana ‘sepakat’ Abdullah Bedawi
dengan kerjasama “team wawsan” itu terang-terang
bekerjasama rapat demi kepentingan peribadi
semata-mata. Perjuangan PEMBANGKANG wajib ditingkatkan
100 kali ganda!! Dedahkan AGENDA licik para “BELUKANG
DARAT” ini!!
PS:
Kupasan rengkas ini adalah dengan input dari beberapa
‘moles’ dalam UMNO “Baru(a)” yang bermaklumat tepat.
Mereka membocorkan ‘Agenda SULIT” ini kerana terlalu
bosan dengan karenah, rencana dan agenda Mahathir dan
sekongkolnya yang terang –terang menipu rakyat dan
orang Melayu..!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)