Bahagian 1
Sebuah rencana yang ditulis oleh seorang penulis
upahan puak UMNO di Utusan Malaysia pada 23 Mei 200
berjudul “Betulkan keburukan di Jakarta dulu” memberi
gambaran jelas niat hati penulis itu. Tulisan yang
nampak sengaja bertujuan menyindir Amien Rais (Ketua
Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia) itu
sekalgus sengaja berniat jahat mengaitkan Reformasi di
negara ini sebagai usaha mendiskredit perjuangan
Reformis di sini. Hematnya, niat beliau itu wajar
diulas secara terbuka.
Rencana “Turning Over “ Yang Gagal Sasaran
Penulis itu sengaja memberi tumpuan kepada kenyataan
sdr. Amien Rais terhadap tindakan ‘tidak wajar’ regim
Mahathir Mohammad ke atas bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekaligus beliau (penulis upahan itu) membuat beberapa
hujah yang meleret-meleret hingga menampakkan betapa
rendahnya mutu minda beliau sebagai penulis sebuah
rencana akhbar arus perdana UMNO dalam rangka
‘membodek’ “tuannya”. Beliau gagal memujuk untuk
men”turning over” pemikiran rakyat. Itulah malangnya.
Itulah maka rencana beliau tawar-hambar tidak ada
sebarang hujah konkrit punya nilai apa-apa.
Rencana “turning over” penulis itu memang nampak
sebagai usaha menyambung ulasan bengis yang diluahkan
oleh Hamid Albar dan Rais Yatim – dua orang pengampu
bertaraf menteri yang beragenda besar yang dibayar
gaji dari wang rakyat oleh regim Mahathir. Malang
lagi, dalam parti dan pentadbiran sebuah negara yang
makin dikecam hebat oleh rakyat dan negara dunia,
penulis itu tidak pula mampu mengutarakan hujah
‘turning over’ yang mantap dan punya daya.
Terbaru, ialah kecaman John Howard, Perdana Menteri
Australia mengenai kezaliman keatas Anwar. Insiden
terbaru membawa insiden bersahutan cakap antara
Mahathir-Howard. Makin nampak ia berkesudahan sebagai
satu pertelagahan peribadi di pihak Mahathir. Hamid
Albar dan Rais Yatim cuba membalas kenyataan sdr.
Amien Rais; mungkin dengan harapan sdr. Amien akan
bersikap seperti Howard. Tetapi tidak pula nampaknya,
kerana sdr. Amien ternyata tahu benar apa isu sebenar
yang dihadapi oleh regim Mahathir yang sedang
‘tercekik’ ini. Mungkin beliau terfikir, “Biarkanah
ayam sakit itu mati dengan sendirinya”.
Ramai pihak mentafsirkan bahawa isu yang disentuh
Howard dan Amien Rais adalah membabitkan isu besar
seperti ‘KEADILAN, KEZALIMAN, PERIKEMANUSIAAN DAN HAK
ASASI MANUSIA’. Isu-isu itu ada isu pokok yang
menjadi fokus universal dalam peradaban dan tamaddun
manusia sejagat. Mereka tidak bertujuan mencampuri isu
rumahtangga negara jiran.
Malangnya, penulis rencana itu membayangkan
Mahathir-Hamid-Rais Yatim telah begitu bebal hingga
menjadikan isu besar itu ditafsir penulis sebagai asas
menyerang sdr. Amien Rais secara peribadi. Malah makin
nampak penulis terlalu sensitifnya hingga membayangkan
dasar regim Mahathir mengeheret negara ini kearah
“Ostrich Policy” (burung Ostrich selalu menyendiri) di
arena antarabangsa. Betapalah bangangnya pemimpin puak
UMNO!!
Penulis itu pula sanggup menjadikan dirinya “tukang
kipas” tuannya!! Mungkin harapannya mau supaya parti
KeADILan akan dianggap orang sebagai parti yang
mendapat ilham dari ‘agen-agen asing’. Memang regim
Mahathir mudah menuduh dan memfitnah dengan
menggunakan media yang dikuasainya, dan penulis upahan
mereka rela walau diupah cuma sesuap nasi saja.
Reformasi Malaysia Bukan Impot
Penulis rencana upahan UMNO itu menyebut kononnya
“sejak dahulu lagi, Amien yang dianggap jaguh
reformasi Indonesia sememangnya telah lama berusaha
untuk membawa gelombang itu ke Malaysia melalui
pemimpin-pemimpin seperti Anwar”.
Kita hairan, bagaimana penulis ’kera sumbang’ itu
boleh mengandaikan Reformasi yang berlaku di negara
ini dibayangkan diimpot dari Indosesia (atau dari
mana-mana sekalipun). Jika beliau ada mata dan otak
dalam kepala, tentu beliau nampak bahawa Reformasi
yang berlaku di negara ini adalah secara kebetulan
hampir sama detik berlakunya dengan, bukan saja di
Indonesia, malah dimana-mana.
Penelitian menunjukkan bahawa:
1) Reformasi di Malaysia berpunca dari faktor-faktor
yang sama pada masa dan ketika yang sama dengan di
Indonesia. Jika Soeharto melakukan “Kolusi, Korupsi
dan Nepotisma” KKN; Zahid Hamidi (sekarang bertukar
jadi belukang) pernah menonyoh hidung Mahathir (pada
tahun 1976) bahawa regim Mahathir juga melakukan
semacam KKN di Malaysia. Malangnya cuma berbeda pada
sebutannya saja, iaitu Rasuah, Nepotisma dan Kronisma
(RNK) tetapi perihalnya adalah sama!!
2) Karenah regim Mahathir membudyakan Rasuah,
Nepotisma dan Kronisma (RNK) dalam jangka tempoh
terlalu lama (sejak 15 tahun lebih – tempoh Mahathir
menjadi PM) sebiji mirip Soeharto. Ini menyebabkan
rakyat yang sudah muak dan bosan dengan budaya ini
menyatakan keresahan hati mereka atas isu yang sama
dengan Indonesia. Gegaran dari Krisis Kewangan di
Malaysia dan Indonesia berlaku pada masa yang sama.
3) Urutan dari kerakusan kuasa Mahathir (seperti
Soeharto juga) dengan melakukan kezaliman yang tidak
ada tolok bandingnya, bukan saja kepada Datuk Seri
Anwar malah kepada rakyat.
Segala-gala ini berlaku dalam kedua-dua buah negara
terbabit: Indonesia dan Malaysia. Ia adalah satu
fenomena kemanusiaan sejagat bersebab dari keadaan
yang sama. Jika keadaan itu berlaku di ceruk dunia
selain Indonesia, apakah penulis rencana itu akan
mengatakan rakyat Malaysia mengimpot Reformasi dari
negara tersebut juga? Nampaknya penulis itu kebuntuan
hujah disini.
Jadi, dengan itu, apa jua kenyataan yang disebut oleh
sdr. Amien Rais bukan saja tidak langsung releven
untuk dikaitkan dengan kebangkitan gerakan reformasi
di Malaysia, malah mengandai dan mengimbaskan seumpama
itu juga adalah terlalu BANGANG!!
Gerakan reformasi yang berlaku di Malaysia adalah
bersebab dari sikap regim Mahathir yang sama karenah
dengan regim Soeharto. Kenyataan sdr. Amien Rais
adalah berdasar faktor-faktor kemanusian – jauh
sekali dari kewajaran penulis itu menuduh beliau
kununnya ada hubungan/terkait dengan gerakan reformasi
di Malaysia. Mengapalah beliau berhujah sebodoh itu!!
Pantas Membuat Perobahan
Dalam konteks ini, yang berbeda besar ialah, Indonesia
pantas membuat perobahan. Soeharto pula lebih
memikirkan kesejahteraan rakyat dengan berundor.
Sebaliknya, regim Mahathir dan Mahathir sendiri
bergerak seperti kura-kura. Mahathir sengaja
melengah-lengahkan penyelesaian yang dituntut oleh
rakyat kerana kepentingan beliau, anak-anak dan
kroninya terlalu bertimbun dan kompleks.
Kerana itu Mahathir tidak ada pilihan selain dari
melindungi Rasuah, Nepotisma dan Kronisma (RNK) dan
menolak Reformasi – mungkin begitu sampai si tua ini
mati. Contohnya, Perhimpunan UMNO Mei 2000 menampakan
muka-muka bangsat yang ‘taik Rasuah’. Mahathir masih
berlindung!!
Lihat sekarang siapa yang dilantik sebagai Ketua
WANITA dan Naib Presiden partinya. Lihat juga, berapa
puluh kali Mahathir menyebut akan berhenti dan undur,
tetapi beliau terus memberi alasan yang tak masuk
akal. Sebaliknya, Mahathir makin bersikap DIKTATOR dan
beraja dihati bersultan dimata!! Kini sudah melarat
cacing ke mata. Parti komponen BN seperti MCA sudah
mengalami bahang kecundangan kaum Cina terhadap
keserakahan BN yang menggila-gila.
Dengan itu, tuduhan penulis ‘serkap jarang’ itu
melontarkan tuduhan kununnya “Amien yang dianggap
jaguh reformasi Indonesia sememangnya telah lama
berusaha untuk membawa gelombang itu ke Malaysia
melalui pemimpin-pemimpin seperti Anwar” ADALAH umpama
si penulis itu mengambil sikap seorang yang duduk
dalam bilik gelap dan melontar batu ke langit.
Akhirnya jatuh semula – bukan saja batu jatuh menimpa
kepala penulis sendiri sebagai “hamba yang hina”,
TETAPI kepala “tuannya” juga dipelengkung sama.
Penulis itu membuat serkap jarang, katanya, “Sdr.
Amien Rais tidak pernah merasa gagal, kecewa atau
menanti saat dan ketikanya untuk 'membalas dendam'
terhadap Malaysia, kepada Mahathir”. Tetapi orang
semua nampak gerakan Reformasi yang berlaku di
Malaysia tidak ada hubungan, kepentingan dan
kait-mengait dengan beliau (Sdr. Amien Rais).
Sebaliknya, yang benar-benar kecewa adalah rakyat
negara ini; kerana Mahathir telah “berperang” dengan
rakyat sendiri. Dan ini telah menarik perhatian
seluruh dunia bertamaddun. Kerana Indonesia adalah
sebuah pentadbiran yang bertamaddun (tidak se Feudal
pentadbiran Mahathir); sebagai pemimpin yang rasional,
sdr. Amien Rais (seperti mana-mana pemimpin dunia yang
lain) sudah tentu akan menyentuh isu ‘KEADILAN,
KEZALIMAN, PERIKEMANUSIAAN DAN HAK ASASI MANUSIA’ itu
– lebih-lebih lagi beliau menerima tetamu kehormat
dari sebuah negara jiran. Tetamu itu pula jelas
memperjuangkan hak asasi rakyat.
Sekiranya pelawat itu adalah Mahathir, sdr. Amien Rais
pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Beliau adalah seorang yang tahu menjaga maruah tetamu,
tinggi hemah dan sopan; berbanding Mahathir yang semua
orang tahu seorang ‘kepala batu’ (recalcitrant) dan
bermulut celupur, ego dan tidak tahu menjaga maruah
diri dan maruah rakyat dan negaranya.
Bagi sdr. Amien Rais, Indonesia ternyata mampu
menyelesaikan masalah dalaman politik negara mereka
secara paling tertib. Kini wujud sistem politik yang
lebih teguh dan demokratik disana (selepas Soeharto
tumbang). Malangnya Mahathir dan UMNO/BN masih
terkial-kial bagai orang tua kehilangan tongkat;
mencari-cari jalan mana yang harus diikut. Masakan
regim Mahathir menemui jalan lurus kerana Mahathir
sendiri menutup semua jalan yang ada!!
Isu Kezaliman Adalah Isu Kemanusian Sejagat
Puluhan negara-negara dunia ‘membelasah’ Mahathir dan
kepimpinannya kerana karekter dan karenah beliau
mengendalikan amanah rakyat tidak langsung
mencerminkan apa yang disebut-sebut sebagai perjuangan
membela nasib negara ke tiga. Apa yang nampak, lidah
Mahathir bercabang banyak, cakap tak serupa bikin. Itu
yang menjadi masalah besar.
Negara ASEAN adalah antara jiran terhampir yang merasa
bahang dari keresahan rakyat negara ini yang ditekan,
digugat dan dinafikan hak asasi mereka. Selama 30
tahun dibawah Soeharto, pengalaman mereka dikira
masak; berbanding rakyat Malaysia selama 20 tahun.
Walhal, beberapa negara ASEAN yang tunjang tidak
mengamalkan dasar ‘menafikan kebebasan rakyat’ seburuk
Mahathir lakukan kepada rakyatnya. Di Indonesia
sekarang, rakyatnya sedang menikmati kebebsan itu.
Rakyat Malaysia sedang “dibungkus” oleh Mahathir dan
regimnya dengan 1001 macam kekangan, hambatan dan
ugutan. Lihat saja kebebasan persuratkhabaran yang
sedang mengalami ancaman paling dahsyat. Tetapi di
Indonesia, kerajaan mereka menggunakan akhbar sebagai
saluran untuk mengetahui tuntutan rakyat. Mereka bebas
berinteraksi dan berinformasi. Di Malaysia, rakyat
diperbodohkan umpama jalan-sehala. Saban hari, yang
didengar dan dibaca cuma apa Mahathir kata. Rungutan
rakyat tidak menjadi panduan beliau membetulkan
kesalahan beliau.
Akbar Indonesia adalah bersifat “ombudsmen”. Mereka
bebas menyuarakan hasrat rakyat. Di Malaysia, Mahathir
adalah panglima perang yang yang menggunakan senjata
berat mengistiharkan perang dengan akhbar rakyat yang
cuma bersenjatakan batang-batang pena. Itulah jenis
demokrasi “Mahathir dan UMNO “Baru(a)”nya. Malangnya,
penulis rencana itu sudah masuk kantung Mahathir juga
– cuma ata upah seringgit dua. Walhal, implikasi
tulisan beliau merosakkan minda dan wadah rakyat
menitip keadilan dan menumbangkan kezaliman.
Maknanya, regim Mahathir lebih cenderung mengamalkan
fikiran sempit dan ‘uncivilized’, walaupun
ketamaddunan manusia menuntut supaya regim jenis ini
dihapuskan saja.
Rakyat nampak, gerakan reformasi di negara ini jelas
membayangkan bahawa ia tidak ada langsung kena mengena
dengan kepentingan sdr. Amien Rais, John Howard atau
Clinton walaupun mereka sebut perkataan menyokong
gagasan rakyat itu sekalipun. Mereka sebut, sanggah
atau bantah semata-mata kerana apa yang dilakukan
Mahathir terang-terang menyentuh identiti ketamaddunan
dan hak manusia sejagat. Mungkin Mahathir akan hanya
disokong oleh PM parti Komunis China atau Yeltsin!!
Tak taulah kita.
ASEAN Makin Bimbang
Negara ASEAN amat bimbang dengan perobahan sikap dan
dasar regim Mahathir mengekang kebebasan rakyat yang
wajar dilontarkan jauh-jauh. Apa yang dilakukan oleh
Mahathir Mohammad sekarang adalah bertentangan dengan
keterbukaan yang menjadi inti dasar sesebuah negara
yang bertamaddun. Kerana perjuangan kearah itu
terlihat diwujudkan oleh Anwar, maka dunia telah
mentakrifkan beliau sebagai “Bapak Reformasi” rakyat
di negara ini.
Kerana regim Mahathir sangat-sangat menekan
“Reformasi” yang dibawa oleh Anwar (demi melindungi
Rasuah, Nepotisma dan Kronisma regim Mahathir
sendiri); maka Anwar dijadikan ‘tawanan politik’
dengan mensengajakan hukuman penjara jangka-panjang
menggunakan siri Fitnah yang dihakimkan oleh senarai
“hakim suruhan”; dengan Mahathir Mohammad sendiri
sebagai dalang berdiri dibelakang tabir mengatur
hukuman!
Wan Azizah Berjiwa Perjuangan
Tetapi, isteri DS Anwar: YB DS Wan Azizah Wan Ismail,
berserta anak dan rakan Anwar yang menghayati
perjuangan beliau, menyedari bahawa perjuangan Anwar
bukan untuk diri. Maka, dunia yang melihat dan
memahami telah tertarik untuk memberi sokongan padu.
Sementelah pula, Regim Mahathir makin nampak mencerut
dan merogoh kebebasan rakyat dengan melakukan tindakan
‘balas dendam’ yang bukan-bukan (diluar
perikemanusiaan). Sekaligus dunia bebas dan NGO
antarabangsa (termasuk cendekiawan negara Islam) telah
mencemuh regim ini. Mengapa penulis itu tidak
menyentuh isu itu? Takut upah dikurangkan?
DS Wan Azizah menjadi “Ibu Reformasi”. Beliau menjadi
setaraf dengan Corrie Aquino di Filipina dan juga “Ibu
Demokrasi Myanmar”. Ini menyebabkan Mahathir jauh
tertinggal kebelakang. Wan Azizah telah dicemburui
oleh Mahathir!!
Perjuangan DS Wan Azizah dan seluruh parti komponen
Barisan rakyat: BARISAN ALTERNATIF makin diminati
pemimpin dunia melebihi populariti Mahathir yang kian
merudum dan diperhinakan. Bukan setakat sdr. Amien
Rais atau John Howard yang menghormati perjuangan
Reformasi rakyat, malah seluruh dunia bermaddun akan
menyambut kedatangan Wan Azizah, rakan-rakan Anwar
yang menghayati perjuangan beliau menyambut dengan
“hati terbuka”.
Malangnya Mahathir dilontarkan ke sudut saja!! Mungkin
cuma dibela oleh penulis upahan seperti itu. Tinggal
Mahathir dan jongos-jongosnya masih cuba memberi
gambaran sebaliknya melalui penulis rencana upahan
yang melambak di kaki lima.
Akhbar-akbar Melayu milik regim ini dan penulis
rencana upahan mereka telah bermati-matian berbuih
mulut cuba meyakinkan rakyat dan dunia bahawa
kebangkitan Reformasi rakyat di Malaysia ada hasil
dari bikinan ‘agen-agen asing’ yang kununnya cemburu
dengan pembangunan Malaysia dibawah Mahathir.
Malangnya rakyat sudah tahu sejak dua tahun ini bahawa
Regim Mahathir sentiasa mengamalkan ‘turning over’.
Tidak ada siapa yang meyakini hujah yang membosankan
mereka.
Rakyat Malaysia yang terpelajar dan terdidik dengan
sifat marhain menolak dakwaan Pembangunan yang
menyebut bahawa bangunan tertinggi dalam dunia yang
dicacakkan di Kula Lumpur, Tiang Telefon tertinggi di
Malaysia, ‘Mahligai tercanggih RM200 juta untuk
penginapan Mahathir dengan anak-anaknya”, Global
Express – kapalterbang RM200 juta yang beli dengan
‘airmata rakyat’ waktu ekonomi negara dalam parah
adalah PEMBANGUNAN, konon.
Tidakkah mereka tahu bahawa rakyat nampak Pembangunan
oleh regim Mahathir ada udang sebalik batu. Konsep “10
percent” sebagai komisyen menjadi-jadi. Kes Telekom
Malaysia adalah satu contoh yang sedang ditutup rapi,
walaupun Jepun sendiri mendedahkannya. Malu besar,
orang luar mendedahkan kebusukan regim ini!! Apa macam
penulis upahan? Nak bela juga lagi?
Rakyat (termasuk UMNO sendiri) menolak Demokrasi ala
Mahathir yang mempastikan beliau ‘menang tanpa
bertanding’ sebagai Presiden parti. Mahathir menyokong
dan melindungi pemimpin parti yang rasuah untuk
dijadikan talibarut yang diupah untuk mengakat
martabatnya yang sudah terpuruk. Itu, adalah antara
rungutan rakyat yang saban hari bergejolak hebat.
Penulis itu tidak berhujah mendedahkannya. Mengapa
begitu bacol dan dungu sangat?
(Bersambung)
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)