Bahagian 2
REFORMASI Makin Dihayati Rakyat
Seperkara yang sangat dihargai oleh rakyat terhadap DS
Wan Azizah ialah kesungguhan beliau dan rakan-rakan
berhadapan dan menerangkan perjuangan rakyat negara
kepada pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk Amien Rais
dalam satu majlis di Masjid Al Azhar, Jakarta.
Satu masa dulu Mahathir juga adalah bersikap sama;
dengan mendedahkan kebusukan UMNO diluar negara kerana
beliau dibuang oleh UMNOn beliau dicap sebagai
“Ultra”. Dengan itu, tindakan Wan Azizah tidak salah.
Menegakkan kebenaran yang dituntut rakyat, sebagai
Pembangkang adalah tanggungjawap beliau. Beliau telah
berusaha keras menelanjangi karenah busuk dan
menjijikkan yang dilakukan oleh puak Mahathir, yang
makin meresahkan rakyat.
Alhamdulillah, gambaran demokrasi ala Mahathir dan
tentangan Barisan Alternatif terhadap regim Mahathir
telah mendapat sokongan moral dari pihak negara jiran
seperti Indonesia. Mereka cuma setakat ingin
mempelajari pelaksanaan reformasi ala Malaysia dan
bentuk demokrasi Mahathir di negara ini. Sebagai
jiran, mereka bukan mahu campurtangan, tetapi lebih
bermaksud ingin mengetahui ‘suka-duka’ jiran – sebagai
silaturahim!!
Malangnya, akhar-akhbar di Malaysia telah diarah
memberi gambaran yang “parah” mengenai lawatan itu.
Terfitnahlah sdr. Amien Rais kununnya mulai
“menaburkan 'dendam kesumat' yang selama ini terpendam
di hatinya”. Rakyat negara ini ketawa besar melihat
gelabah pemimpin regim Mahathir kerana terasa pedas
cili api yang ditumbuk lumat-lumat oleh DS Wan Azizah
sebagai “sambal pedas” untuk sumbatkan kemulut
Mahathir dan pemimpin regimnya. Terlolong-longlah
kalian!!
Namun, rakyat merasa cukup bangga kerana perjuangan
mereka makin jelas diterima negara jiran ASEAN dan
dunia. Hanya Mahathir yang makin tersepit dan malu
besar. Nasib “kau” lah, Mahathir oiiiii….!!
Dunia Pula Di Fitnah Oleh Mahathir
Dalam proses “menegakkan benang basah”; regim ini dan
akhbar-akhbar sekongkol Mahathir terus mentafsirkan
secara membabi buta kununnya “kenyataan Amien 'buta'
tentang sistem undang-undang di Malaysia, cuba
mengamalkan 'politik ala Amerika' dan cuba mencampuri
urusan dalaman negara lain”.
Aduhai! Tafsiran paling bodoh itu membuatkan rakyat di
negara ini ketawa besar bergema kerana akhbar-akhbar
upahan sekongkol Mahathir masih memainkan ‘dendang
lama’ yang membosankan berjudul “Agen Asing Cemburukan
Mahathir dan Regimnya”. Walhal, rakyat sudah lama
menolak lagu itu kerana tidak secocok dengan akal-budi
dan firasat rakyat.
Buktinya, P/raya ke-10 menyaksikan kelumpuhan UMNO/BN
walaupun dendang “Agen Asing” itu berbulan-bulan jadi
“Top Ten” dalam carta “Top-Pop” Mahathir sebagai
“signature-tune” apabila beliau melalak-melaung dimana
juga beliau berucap!!
Mengapa penulis itu tidak mendedahkan, bukan saja sdr.
Amien Rais, malah pemimpin dunia sejagat
mempertikaikan tindakan ke atas Anwar yang jelas tidak
adil dan zalim?
Layanan Regim Mahathir ke atas Anwar cukup-cukup
diketahui dunia – memang diluar batas-batas
perikemanusiaan. Soeharto yang lebih dikenali
“Bapak” segala Kolusi, Korupsi dan Nepotisma
Indonesia; namun kerajaan berhaluan Reformasi disana
tidak melayan Sorharto sedahsyat Mahathir melayan
seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang belum
dipastikan bersalah. Dengan itu, kita dapat menilai
siapa Mahathir sebenar – berhati manusia atau haiwan!!
Penulis itu berbuih-buih mulut membela Soeharto
kununnya “bekas Presiden itu dituduh dengan pelbagai
dakwaan tetapi sehingga kini tidak pernah dibuktikan
kesalahan. Sebaliknya beliau terus dicaci, dihina dan
dimusuhi bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga oleh
pemimpin seperti Amien, seolah-olah beliau tidak
melakukan secebis pun kebaikan untuk Indonesia”
Penulis itu bertanya,” apakah itu tidak biadap?”.
Soalan itu dijawab oleh rakyat di negara ini dengan
pertanyaan, “Apakah perbuatan regim Mahathir selama
ini paling sopan terhadap Anwar?”. Butakah mata
penulis itu? Tidakkah Anwar keluar dari lokap dengan
mata lebam, dan Mahathir merayap keliling dunia
menjual “pemhongan”? Mengapa Mahathir kecut “buah
kangkang” bila diheret ke mahkamah? Soeharto tidak
dilakukan semacam itu sangat oleh Kerajaan reformasi
Indonesia!!
Adalah suatu yang amat logik Menteri Undang-Undang,
Yusril Ihza Mahendra terpaksa mengganti beberapa
hakim-hakim kerana terlibat dengan rasuah. Malangnya
di negara ini ada hakim yang disebut terlibat dengan
rasuah sebaliknya Mahathir menaikkan pangkat pangkat.
Beginilah sebuah regim Diktator melanjutkan hayat
kepimpinan mereka.
Sah Mahathir bertaraf “MahaFIRAUN”..!!
Mungkin penulis itu mewarwarkan Mahathir sebagai
“Bapak Pembangunan”. Tetapi beliau tidak mengkaji
sejarah FIRAUN!! Si Laknatullah itu juga adalah bapak
pembangunan dalam zamannya. Hingga hari ini pun rakyat
Egypt mendapat banyak wang hasil pelancungan yang
melawat Pyrimid bikinan Firaun. Namun, Firaun tetap
dilaknat Allah swt. Apatahlagi jika sudah MENGAKU diri
bertaraf “MahaFIRAUN”..!!??
Sikap “mengata dulang paku serpih” ternyata makin
benar apabila melihat Mahathir mengkritik kuasa besar
mengamalkan sikap tidak menghormati hak negara lain.
Mahathir lebih mengamalkan sikap 'talam dua muka' –
kerana beliau memberi persetujuan, laluan dan
kesepakatan kapada George Bush untuk menghentam Iraq
(sebuah negara Islam) maka Amerika memusnahkan Iraq
punah-ranah. Kemudian Mahathir pura-pura menyeranah
Amerika. Inilah dia cara YAHUDI yang diamalkan
Mahathir (Tidakkah Mahathir anti perkembangan Islam?).
Ternyata Mahathir begitu terpengaruh dengan taktik
Hitler sebagai cara menangani masalah kebangkitan
rakyat membantah regimnya. Mahathir menggunakan cara
regim komunis membunuh demokrasi rakyat. Dan, Mahathir
lebih YAHUDI dari Yahudi bila mengutuk ugama Islam.
Penulis sekali lagi tidak berani membutirkan
fakta-fakta dalam rencananya.
Pengamat politik antarabangsa melihat regim Mahathir
melakukan manuver politiknya dengan menimbulkan
pelbagai keresahan dan masalah dalam negara.
Sebaiknya, yang dituduh ialah agen-agen asing cuba
merosakkan minda rakyat yang menuntut Reformasi. Ini
semata-mata kerana beliau sudah semakin takutkan kuasa
beliau yang makin kecundang. Jika kecundang, Mahathir
adalah orang pertama akan diheret ke mahkamah.
Pengadilnya bukan lagi Agustin Paul atau Ariffin Jaka,
tetapi 22 juta rakyat yang berdiri menuntut keadilan
telus!!
Isu yang sedang 'meledak' sekarang ialah kerakusan
Mahathir untuk terus berkuasa hingga regimnya
bermatian-matian mahu UMNO mentafsirkan yang “TIDAK”
demokratik itu sebagai “demokratik”. Pemilihan
Mahathir dan Abdullah Bedawi sebagai Presiden dan
Timbalan tanpa bertanding telah dipertikaikan
sehebat-hebatnya oleh pimpinan UMNO akar umbi. Dan
karenah Mahathir menghakis peluang pencabar bersemuka
dalam sebuah pemilihan demokratis adalah memalukan
UMNO sendiri. Implikasinya, rakyat sudah lari lintang
pukang meninggalkan UMNO. Demokrasi sudah mati,
walaupun dalam UMNO yang telah diBARUAkan.
Mahathir Tidak Ada Semangat Setiakawan Asean
Bagi Mahathir, Semangat Asean tidak ada. Yang penting
baginya ialah “temboloknya” mesti kenyang dan kuasanya
terus ‘mantap’. Kerana itu, beliau tidak peduli apa
orang kata, walaupun beliau berperang dengan rakyat.
Pemimpin dunia melihat Indonesia menghormati semangat
berjiran sesama ASEAN. Kerana itu mereka ingin melihat
kewibawaan ASEAN terpelihara atas asas-asas yang
diperakukan oleh dunia sejagat. Malangnya Mahathir
membawa negara ini dan imej ASEAN kesebuah jurang yang
amat dalam. Ini amat memalukan semua pihak. Kerana
itu, pemimpin ASEAN jijik dan terus mengecam
keserakahan Mahathir. Di sini sdr Amien Rais berdiri
dipihak yang benar mengeluarkan kenyataan beliau.
Malangnya, regim Mahathir malu besar bila kebusukan
mereka dikecam dan didedahkan.
Mungkin penulis upahan Utusan itu sengaja buat-buat
lupa. Sebelum Wan Azizah ke Indonesia, Mahathir pernah
ke Indonesia sebulan dua dulu. Sebagai mengalas
melindungi kebusukan beliau, Mahathir bersikap mengata
dulang paku serpih, terus menerus bermulut celupar
terhadap orang yang singkirkannya (Anwar).
Yang paling memalukan, Mahathir sendiri terlalu bacul
dengan tidak menghormati undang-undang negara sendiri.
Jadi, kepergian Wan Azizah adalah melupus jejak
Mahathir, kerana jiran di Indonesia diberi taklimat
yang salah oleh Mahathir. Maka sekarang baru jiran
kita tahu duduk perakara sebenar!! Alhamdulillah..!!
Sebagai orang yang berakal, elok sangat penulis itu
membuang sedikit sifat terlalu menghormati kepada
“Orang Atas” dalam berbicara sebagai mengangkat
“tuannya”. Sifat itulah yang menyebabkan akhbar arus
Perdana makin tidak lagi dianggap punya nilai
kewartawanan mereka. Sekaligus, pemimpin regim ini
makin terpuruk diceruk dapur dan akhbar mereka mungkin
“gulung tikar”..!!
Selama ini rakyat sudah bosan dengan adu-domba dan
fitnah “orang atas” akhbar-akhbar itu yang dilaungkan
mereka. Media tempat seperti TV3 tak putus-putus
mengambil kesempatan menayang gambar-gambar propaganda
yang tidak releven. Kununnya itulah kesan Reformasi di
Indonesia sebagai contoh palsu menakutkan kaum-kaum di
Malaysia.
Makin jelaslah bahawa regim Mahathir ‘sengaja dan
secara langsung’ mencampuri urusan dalaman negara
jiran. Mereka cuba memberi tafsiran yang memalukan
pihak jiran. Ia digunakan untuk menempelkan imej
buruk terhadap Reformasi yang berjalan pesat di negara
kita. Malangnya keburukan perbuatan regim Mahathir
semua orang tahu!! Mahathir dan regimnya makin malu!!
Adalah amat malang, pemimpin politik UMNO tidak ada
keyakinan memainkan peranan yang lebih luas dalam
usaha memberi penjelasan kepada pemimpin yang
'berpemikiran rakus' dalam kelompok sekongkol Mahathir
Mohammad. Mungkin mereka sendiri tidak mahir dengan
undang-undang dan Perlembagaan sendiri. ATAU, seperti
yang disebut oleh Anwar, mereka terperangkap didalam
kepompong RASUAH paling dahsyat. Mereka takut kena
jerat?
PEMUDA dan WANITA UMNO: BACOL!!
Pergerakan PEMUDA dan WANITA UMNO dan komponen Barisan
Nasional (BN) makin dayus dan “pondan” untuk mengorak
langkah melakukan pembetulan; samada dari dalam atau
ke luar. Sekalipun mereka melakukan kunjungan
silaturahim bagi menemui pemimpin- pemimpin negara
luar, mereka merasa canggung dan malu untuk membuka
mulut kerana mulut mereka berisi daki-daki kotoran
rasuah dan kezaliman yang paling busuk. Sebelum mereka
membuka mulut, bau busuk kezaliman regim Mahathir
sudah terhidu!!
Sokongan yang diberikan oleh majoriti pemimpin negara
luar kepada Anwar adalah besasakan KEBENARAN yang
terbukti adalah “memang benar”. Reformasi tidak
menjadi isu besar kepada mereka, tetapi hak rakyat
sebagai manusia yang dijejaskan oleh regim Mahathir
telah melarat cacing ke mata!! Itu yang menjadi isu
dunia terhadap regim Mahathir.
Kesengajaan penulis itu menitikberatkan berkali-kali,
sebagai berata, “Amien berfikiran Amerika”;
seolah-olah beliau cuba mengcap bahawa gagasan
Reformasi rakyat negara ini adalah satu rancangan agen
asing (Amerika?) yang disalurkan melaui Amien Rais
kepada Wan Azizah. Jika itulah maksud si penulis,
memang sahlah bahawa beliau adalah penulis upahan
regim Mahathir yang bebal dan sasau, sesat
ditengah-tengah arus perdana rakyat sedang membahas
dan mengutuk keHAPRAKan regim ‘tuan’ si HAMBA ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atau dimana-mana
terbukti “tergigit lidah” bila isu Anwar dibangkitkan
oleh delegasi asing. Kerana, kebenaran tetap hidup dan
bertakhta. Mahu disurukkan bagaimana caranya, kerana
Mahathir saban hari melakukan kedurjanaan terhadap
rakyat. Dalam dunia canggih teknoloji maklumat, otak
manusia berkembang dan berfikir dengan pantas. Umat
manusia makin terdedah dengan kebenaran yang sukar
disembunyikan.
“Talam dua muka” regim Mahathir: MENYUSAHKAN
Sikap “talam dua muka” regim Mahathir, yang dipelopori
Mahathir sendiri; membuktikan hakikat bahawa selama
ini sesetengah pemimpin di negara ini hanya ‘main
wayang’ dalam isu menangani gejolak penentangan rakyat
terhadap keserakahan regim ini. Cara mereka
mengendalikan tindakan buruk terhadap Anwar dan rakyat
menjelaskan bahawa regim ini makin terbenam. Pemimpin
mereka kepupusan baka. Pemimpin yang ada adalah spesis
terakhir.
Malangnya, Regim Mahathir melalui kebebalan penulis
upahannya cuba memesongkan perhatian rakyat dan dunia
dari kebiadapan regim ini; seolah-olah regim ini
dikhianati oleh orang luar yang kununya mencemburui
mereka. Sebenarnya yang paling cemburu ialah mereka
terhadap kehebatan sokongan rakyat di negara luar
terhadap kepimpinnan politik kerajaan mereka yang
berwibawa.
Sampai bila regim Mahathir mahu hidup dalam
angan-angan. Sampai bila UMNO dan penulis bertaraf
“Matat Kambing” hingga sanggup jadi “lembu pawah”
untuk menarik pedati berisi taik tuannya. Ini kena
tanya penulis seperti rencana beliau yang diulas ini!!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)