SIKAP dan karenah Dr. Mahathir dan sekongkolnya dalam
UMNO dan BN makin mengoyak bagai pekung membusuk dan
bernanah. Bermula dari rasuah dan penyelewengan yang
dilakukan oleh puak yang kepentingan hinggalah kepada
perlindungan yang diberi terhadap penjenayah. Kini
timbul pula perlekehan undang-undang dan penyekatan
kebebasan yang tenat.
Apa yang nampak, rakyat (tak kira apa jua lapisan)
mungkin masih toleran, sementara regim ini makin
bermaharajalela dalam segala-galanya tanpa sebarang
hormat kepada rakyat dan dunia. Ini bukan fitnah tapi
adalah kenyataan!!
Di akhir-akhir ini, makin nampak ketara umpama
“cacing sudah melarat ke mata”. Mahathir dan UMNO/BN
tidak peduli lagi samada rakyat di negara ini bergolak
dan curiga-mencurigai kesan dari kenyataan beliau atu
sebaliknya. Beliau sudah sampai ketahap mewarwarkan
sentimen adu-domba perkauman yang memutar ‘jarum jam’
ke belakang.
Mahathir nampak sudah lebih dari yang dijangka. Dengan
sikap dan budi pekerti umpama seorang ‘kurang ajar’;
seolah-olah beliau ingin sangat kesabaran rakyat
diduga untuk ditekan. Mahathir sudah tidak lagi
berpekerti mulia dan bersopan. Beliau sedang mencari
ikhtiar supaya rakyat bermusuhan sesama kaum. Mungkin
beliau mahu perselisihan kaum atau rusuhan kaum.
Mungkin inilah agenda beliau terakhir.
Jika itu agenda beliau, bermakna, rakyat harus membuat
keputusan: apakah ini dia manusia yang harus dijadikan
pemimpin – jauh sekali sebagai ketua negara!!
Rakyat nampak bagaimana Soeharto dan Marcos membuat
helah untuk mencetuskan pertelagahan. Menantu Soeharto
adalah orang yang bertanggungjawab. Akhirnya, Soeharto
sendiri terjebak dalam kesengsaraan. Marcos juga
begitu.
Tetapi, dalam kes di negara ini, Mahathir adalah orang
yang cenderung kearah itu. Beliau sudah keterlaluan
hingga menggunakan semua jentera pentadbiran negara
dan orang harapan yang seharusnya berfungsi
menegakkan keadilan, keamanan dan undang-undang –
dipergunakan tanpa menimbangkan amanah rakyat.
Mungkin dicelah-celah itu ada segelintir mereka yang
mengaut faedah diri. Tetapi itu tidak bermakna 20 juta
rakyat harus tunduk dengan karenah Mahathir dan
jongos-jongosnya (yang makin tertekan)
bersenang-senang bagai perompak “jalanan”!! Sementara
itu rakyat banyak merengkok dalam kancah kepapaan
segala.
Begitu sekali regim ini melakukan “kesumbangan”, namun
pihak Pembangkang masih lagi kaku untuk (secara terang
dan jelas) melaksanakan kepercayaan rakyat yang
menuntut supaya mereka mengambil tindakan yang
berkesan. Kesedaran yang tercetus dalam puluhan
ceramah seluruh negara, tinggal sebagai ‘hembusan
angin panas’. Apakah senjata pembangkang hanya setakat
itu saja? Rakyat sudah mulai bertanya dan meminta
kepastian. Apakah rakyat dipaksa mengikut undang
sedangkan regim Mahathir melakukan apa disukai walau
dengan mencabul kedaultan undang-undang?!
Nampaknya dua ‘forces’ itu tidak nampak berpanca, dan
agenda masing-masing pihak (Pembangkang dan regim
Mahathir) umpama menemui ‘stale-mate’ yang tidak
berkesudahan!! Pembangkang cuma setakat merungut bagai
kucing membaham ikan. Ada kes “melanyak” bekas regim
ini ditangguh-tangguh. Kunun hendak bersopan. Kalau
Mahathir setaraf pemimpin “Republik Pisang”, beliau
akan akur dengan sikap sopan?
Mungkin sudah sampai masanya rakyat sendiri merasa
bosan dengan cerita lama yang dimainkan oleh
Pembangkang. Rakyat juga manusia, dan mereka juga mahu
ketelusan. Mereka juga boleh hilang keyakinan jika ada
pihak yang cuma “cakap tak serupa bikin”!
Pembangkang wajar memberi arah supaya rakyat dapat
memberi kerjasama; dan dengan itu keadaan yang makin
menekan ini berakhir dengan noktah. Rakyat mahu
melihat Pembangkang lebih beraturcara dalam
melaksanakan wadah yang diamanahkan rakyat. Jangan
cuba bercakap saja, tapi dibelakang asik derma saja.
Jika Pembangkang tidak ada lagi ikhtiar melakukan
sesuatu yang berkesan, jangan terperanjat jika ceramah
Pembangkang akan bersaksikan ratusan kerusi kosong
tidak berorang….!!
Selamat anda membuka sumbat “tempayan pekasam”..!
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)