Tiba-tiba saja seorang cendekiawan kawan lama datang
melawat saya. Memang lama juga kami berkawan. Sejak
dari zaman ‘masa bodoh’ hingga sekarang. Kerana
berlainan kecenderungan, kami berpisah dipersimpangan
jalan. Masing-masing menurut haluan hidup yang
berlainan. Cari makan. Tetapi, hari ini, kami akhirnya
bersua dipenghujung jalan. Alhamdulillah!! Semua atas
kehendak Allah!!
Dari senyumnya saya tau ada perkara besar yang hendak
diajaknya saya berbicara. Saya tunggu. Saya katakan,
“Hanya hujung jari saya yang tidak sehebat dulu
mengetip kekunci komputer, tapi minda saya taklah
sesewel sesetengah pemimpin UMNO!!”
Dia ketawa! Sambil ketawa beliau bersenda, “You ni
Amin, kalau bercakap mesti bermula dengan “UMNO” dan
habispun dengan “UMNO”. Masih sayang lagikah kepada
UMNO?”
Saya jawab dengan rasa terkilan. Kata saya (secara
berkias), “You tak baca ke dalam LamanWeb reformasi?
Puluhan artikel pendek yang tertulis oleh penulis
reformasi, analisa mereka, semangat dan perjuangan
mereka; tak kan lah mereka sengaja nak buang masa
menulis. Saya peminat Marhaintua, Amin Sapiro
(pembohong juga saya), adik manja reformasi Tun Teja,
Dahlia, Elniza, Sarjan Ops 2004….dan entah berapa
ramai lagi. Mungkin saya tak keluar ke jalanraya
berdemo. Betul! Tetapi saya tahu ramai orang UMNO yang
baca tulisan kawan-kawan dan adik-adik itu; saban hari
membicarakan tentang Reformasi yang menjadi nawaitu
mereka!!”
Meleret-leretlah kami bersenda-gurau sambil berbincang
masalah pokok. Berkatalah kawan saya itu lagi:
“Umat Melayu sedang berpecah belah, Amin.
Berkelompok-kelompok. Jika gagal di atasi dengan cepat
dan cermat, pasti keadaan itu akan menggugat dominan
dan ketuanan orang Melayu dalam politik dan
pemerintahan tanahair”, katanya.
Saya jawab dengan nada rendah, “Jika benar ada
“perpecahan Melayu” dan menggugat ketuanan Melayu;
semua itu adalah porak-peranda bikinan UMNO. Semua
telunjuk menuding kearah Mahathir. Penyokong UMNO,
Menteri UMNO, pemimpin UMNO…semua!! Nak salahkan
siapa?” saya tanya.
“Tak guna cakaplah. Cuma kita ikhtiar cara membetulkan
keadaan semua” katanya serius.
Saya jawab dengan selamba,”Kan sekarang ni dah betul?
Pilihanraya ke-10 orang Melayu dan tunjuk. UMNO dah
lingkop…!!” kami ketawa.
Kami bersetuju atas satu fakta, iaitu kesemua masalah
ini berpunca dari Mahathir Mohamad. Selagi dia masih
bersembunyi dibalik lalang sehelai menghindar diri
dari segala macam rasuah dan penyelewengannya; maka
UMNO akan hancur berkecai. Tak kira Melayu, Cina,
India, Iban, Melanau, Semang, Sakai segala bagai, bagi
semua mereka sependapat – RASUAH ‘is just like
weather, it affects everybody; Dick, Tom and Harry!!”,
saya kata. Dia mengangguk.
Saya kata, “Saya tak mau cakap bersandarkan firman,
hadis dan sunnah. Saya tak layak. Saya bukan ulama.
Tetapi yang sedikit saya fahami itu sudah cukup untuk
memberi saya panduan dan pegangan iaitu, Rasuah dan
Penyelewengan adalah tegahan Allah swt paling keras.
Jika pemimpin melakukan rasuah; di dunia juga wajib ia
diheret ke muka pengadilan. Apatahlagi kalau pemimpin
itu terang-terang memfitnah, berkonspirasi, mengugut,
memaksa dan mengahasut adu-domba, menggunakan
pengendali undang-undang untuk melindungi keaiban yang
dilakukan…. adili dia!! Lepas tu humbankan ke dalam
penjara..!!” (saya dah mula berkhutbah. Padahal dia
Profesor Madya).
“Betul cakap you. Masalahnya siapa nak mulakan?
Siang-siang dia dah lantik orang “nya” di Jabatan
Kehakiman, Peguam Negara, Polis, Tentera, Kakitangan
Awam, Menteri, dari pemimpin Ketua Cawangan sampai
Imam-Penggawa di ceruk kampung!” jawabnya seperti
orang terdesak.
Saya kata, “Masalah sebenar bukan itu saja. Orang
Melayu yang diatas-atas tu dah “mampos jiwa”nya.
Banyak yang ada pendidikan, tetapi hati-hempedu lebih
teruk macam saya ni yang tak cukup pelajaran. Macam
orang kampung, nelayan dan setenggan; you ingat
diorang tak tau ‘baca’ ke?” saya tanya. Dia terdiam.
“Sekarang, saya baca cerita drama di Sauk, hampir
semua orang yang datang lawat saya ketawa saja. Semua
kata tak hairan!! Agenda Mahathir dan puak
konspiratornya mana ada hujung pangkal. Lain kesah
saya tak peduli, tetapi kalau 15 orang nak pikul lebih
100 laras M16 dengan ammo panjat bukit ulang alik
dekat setengah batu dalam tempoh 2 jam; nampaknya
diorang tu lebih handal dari Sangkuriang membina Candi
Brobodor dalam tempoh se perempat malam!! Kerana
terlampau riak-takbur hingga melanggar pantang,
tertidur sekelap - malam pun siang!!” Kami ketawa
lagi!!
Ketawa kami menarik perhatian jururawat bertugas yang
mengawasi kesihatan saya. Melihat saya ketawa gegak
gempita, dia berkata, “Pak Amin dah sehat sangat ke?”.
Saya tergamam. Saya tanya diri saya, “Saya dah sehat
ke?”.
Seperti orang bodoh saya buka teori lama saya. Saya
kata, “Mahathir ni tak mahu menerima baka Melayu
sebagai pucuk pimpinan politik negara. Mahathir ada
kepentingan “mega”nya. Inilah faktor penyebab maka
Musa Hitam, Ghafar, Ku Li dan Anwar…entah siapa lagi
menerajui kepimpinan negara; apatah lagi menjadi
teras kepada bangsa!”.
Kawan saya menjawab, “Macamana you boleh kata begitu?”
Saya jawab,”Sebab Mahathir dah nampak orang Melayu nih
terlampau lurus. Ketua jalan bengkok, disangkanya
lurus. Kalau orang Melayu pandai bengkang-bengkok
macam Mahathir, Samy Vellu, Leong Sik, Lim Kheng
Yeik… Lim Ah Lek, dah lama Mahathir letak jawatan!
Tapi malangnya orang Melayu masih ikut cara Tunku, Tun
Razak dan Hussein Onn. Cuba orang UMNO di MKT yang 15
orang itu depan Mahathir cakap “Yes, Sir” tapi
belakang-belakang buat konspirasi ‘tumbangkan
Mahathir’…saya fikir dah lama salah seorang dah jadi
PM baru. Saya garenti selamatlah UMNO, selamat bangsa
dan ugama!!”. Terperanjat beliau!!
Sebelum sempat beliau mencelah, saya “sumbu” lagi,
“You orang cendekiawan. Cuba turun padang laaa!
Janganlah duduk di awang-awang saja. Sekadar membuat
analisa politik menggunakan ‘desk-top komputer’ saja,
tak guna. Tak realistik!! Seorang cendekiawan
memandang politik “one-way street”. Padahal Mahathir
dan jongos-jongos mengamalkan “extra-politics”. Maksud
saya, Mahathir akan gunakan ugut-paksa bila dia
tersepit. Itu macmlah jadi orang politik..! hehehe”.
Kami ketawa lagi
Mengangguk beliau. Bersetujulah nampaknya. Bertanya
pula dia, “Bagaimanakah keadaan ini harus di atasi? Ke
manakah akhirnya Melayu yang sedang berpecah belah dan
sedang diganggu gugat ketuanannya (kununnya)
sekarang?”
Saya jawab, “Tidakkkk…. Jangan kita serkap jarang.
Orang Melayu tak berpecah. Yang berpecah itu ialah
UMNO. Orang Melayu dah sekumpul-sepakat menentang
UMNO. Persoalan-persoalan yang berbangkit sekarang –
perpecahan orang Melayu hanyalah “bayang-bayang” cuma.
Sebenarnya tak ada!! Keutuhan politik Melayu dan
dominan Melayu sudah lama tergugat kerana Mahathir ada
agenda tersembunyi sebagai melengkapkan rencananya
untuk berkuasa sampai mati…!! You tak caya lagi? You
tengok apa Dolah Bedawi. Apa sudah jadi? Mengayun dagu
sampai tinggal gusi…tak juga jadi Perdana
Menteri..!!”. Kami ketawa lagi.
Setelah reda kami ketawa, saya sambung, “Kesetiaan
Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi
total. Kununnya ahli UMNO 3.0 juta. Yang dah mati,
yang cabut lari tak masuk aci? Macam si Khalil bilang
3 juta dengan jari kaki. Heheheh…!!” ketawa lagi.
“Yang berkrisis itu adalah UMNO.” saya sabung lagi.
“PAS tak berkrisis. KeADILAN pun tidak. Pengikut dan
penyokong Anwar jauh sekali. Mereka solid-molid. Hanya
Mahathir saja yang berkrisis dengan orang Melayu
seluruhnya. Dia dah istihar perang saraf. Jadi, yang
cemas dan dalam “fear” hanyalah Mahatahir,
jongos-jongosnya, kroni politk dan proksinya saja.
Kerana “fear” Mahathir diakhir-akhir ini sudah jadi
“phobia”; maka dia mengamalkan “bigotry”. Maknanya
Mahathir sudah ‘jittery’ dengan ragam dan isu-isu
keugamaan, politik dan perkauman. Sebab, Mahathir
terlampau banyak melakukan kesalahan! Rakyat dah
berdendam..!!”.
Termenung dia. “Logik cakap you. Sakit-sakit pun you
ni berteori juga ke?” balasnya.
“Takkk…bukan apa!! Saya nampak apabila ada saja
masalah politik dan ekonomi dalam negara, Mahathir
hasut UMNO supaya libatkan PAS. Seboleh-bolehnya
justify dengan mengkaitkan PAS dengan isu ugama.
Sudah tu bangkitkan, momokkan dengan isu perkamuman.
Tak cukup dengan itu, “pak Sauk” yang direncanankan
sendiri ‘menceroboh’ pun dilibatkan dengan politik,
ugama dan PAS …Pembangkang!! Apa punya PM yang UMNO
dapat? Dolah Bedawi pun satu punya bangang ..!! Ikut
saja apa kata si Mamak Tongkang”. Kami ketawa lagi.
Saya sambung, “Malangnya, dipalitkanlah kununnya orang
Melayu berkrisis! Itulah bijak putar-belit si Mamak
P***M** niiii” saya kata. Kami ketawa keluar air
mata!! Hahaha…
Bertanya beliau, “Tidak ke you fikir persekongkolan
cauvenis DAP dengan ekstrimis PAS yang bergabung
dengan para pendokong reformasi penyebab kepada krisis
ini?”
Saya jawab, “Itu fasa kedua. Jika DAP digelar cauvenis
dan PAS digelar ekstrimis; bagaimana dengan kombinasi
BN selama 40 tahun ni? Lihat bagaimana Mahathir
membangkitkan isu “PM bukan Melayu” dan riaksi
“senyap” MCA? Tidakkah itu menunjukkan bahawa Mahathir
tahu bahawa parti politik di negara ini masih jauh
dari “berhaluan tengah”? Orang yang membahaya dan
berpotensi menghancurkan dominan politk bangsa Melayu
sebagai bangsa tunjang di negara ini dipelopori oleh
“taukeh besar” UMNO itu lah! Bolehkah masalah yang
bakal timbul dipandang ringan dan disapu dibawah
gulung tikar? Si Hishamudin (bangang punya budak)
cakap macam budak tadika!! Kenapa Mahathir tidak
merujuk kepada UMNO atau orang Melayu dan mendapat
mandat sebelum bercakap? Apa…Mahathir fikir negara ini
kepala bapak dia punya ke? Dia fikir telinga orang
Melayu semudah itu dipulas?”.
Saya minta maaf kepada kawan saya itu kerana terkasar
bahasa. Dia senyum!! (kalau nak marah pun dia punya
pasal lah! dah mintak maaf dah lah!!)
Beliau menjawab, “Saya kira, Mahathir memang bertujuan
cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang survival
bangsanya. Mungkin dia fikir untuk meniupkan keinsafan
dan kesedaran kepada bangsa Melayu dan pemimpin
Melayu, itulah caranya pada sangkaannya. Mungkin dalam
hatinya cuba menunjukkan bagaimana buruknya kesan
percaturan politik sekarang, dan kesannya kepada
dominen dan masa depan Melayu” katanya.
Saya jawab dengan selamba, “Masalah dominan politik
orang Melayu akan runtuh hancur lebur sekiranya
Mahathir masih lagi beragenda untuk berkuasa
terus-menerus. Bukan bermakna, Mahathir mau berkuasa
terus kerana mahukan orang Melayu jadi bangsa dominan.
Saya fikir sebab Mahathir “has one too many
‘tengkoraks’ in the closet..!!”. Kami ketawa lagi.
“Tapi Mahathir tak sedar, makin orang Melayu ditindas,
makin pula orang Melayu insaf ketuanannya tercabar!!
Jangan Mahathir nak bersadiwara. Dia membahayakan
politik orang Melayu!! Yang rugi dirinya. Orang Melayu
dah ada Barisan Alternatif ..bermaksud ‘alternatif’
dalam ertikata sebenar!!”. Jawab saya.
“Selagi Mahathir dan sekongkolnya masih ada dalam
UMNO, mengamalkan politik “Negara Pisang”, UMNO/BN
akan terus kecundang. Orang Melayu sudah mulai
menunjukkan rasa tanggungjawab mengatasi krisis
politik orang Melayu dengan menyebelahi Pembangkang.
Kerana, ini adalah hak dan tanggungjawab mereka
sebagai satu bangsa dan satu agama. Mereka terasa
dijajah. Tak kira samada Melayu UMNO, Melayu PAS atau
Melayu KeADILan, PRM; mereka semuanya meyakini islah
dan gerakan REFORMASI yang menentang Kezaliamn dan
menegakkan Keadilan! Maknanya orang Melayu dah
mentafsirkan politik mereka melampaui isu “Anwar”!!”
saya kata.
“Betapa tidak? Satu dunia sudah nampak bahawa Mahathir
melakukan suatu keaiban paling dahsyat dalam sejarah
Melayu moden. Seorang bertaf PM menjadikan bakal
penggantinya “political prisoner”, menggunakan seluruh
jentera Kehakiman dan Perundangan, Polis, Mass media
dan seluruh jentera parti untuk membunuh jiwa rakyat
dan merampas hak asasi mereka. Pasti orang Melayu
tidak terlepas dari memikul tanggungjawab menyahut
tuntutan mereformasikan minda bangsanya. Tidak ada
siapa yang boleh menafikan amanah dan tugas besar ini
akan hanya tercapai tanpa kesedaran rakyat. Kalau you
tak percaya, lepas Terangganu, mungkin Pahang, Kedah,
Perak, Selangor… akan terbalik semua menyokong
Pembangkang!!” sambung saya.
“Perjuangan orang Melayu sudah melampaui faktor Anwar.
Itu pandangan umum. Mereka sudah hilang kepercayaan
kepada UMNO/BN. Mahathir memang Rasuah. Itu sah!
Kerana itu, rakyat sudah angkat senjata untuk
memerangi Mahathir dan UMNO sebagai pelindung Rasuah.
Dengan PAS, KeADILan-PRM dan DAP dalam satu barisan
yang didukung rakyat, saya yakin UMNO dan komponennya
tidak akan bernyawa lagi.”
“Cuma syarat mutlaknya, Pembangkang mesti aktif
bersama rakyat. Jangan setakat asyik berceramah
loghat-ligat. Rakyat dah jelak-muak dengan ceramah.
Rakyat mahu sesuatu yang substantif. Ingat…satu
ini…”Mahathir does’nt give a damn about laws! Shall we
then?” Terperanjat beliau!! Terdiam!
“Jika UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat,
parti itu perlu mecontohi komitmen komponen
Pembangakang, kebebasan dan keberanian para pemimpin
mereka untuk meletakkan parti mengatasi pemimpin.
Pemimpin yang busuk wajar dibuang. Malangnya, UMNO
membuang SALAH ORANG!!”
Dia mencelah, “Bagaimana dengan pengembelingan DAP,
PAS sanggup terima?”
Saya pintas, “Mengapa UMNO sanggup terima MCA? MIC?
GERAKAN? Sampai Melayu Pulau Pinang tertindas?
Dihalalkan! Kenapa UMNO langsung tak ambil kesah?
Kerana takut kaum Cina berpaling tadah? Bermakna
Mahathir main kejit mata dengan komponen BN! UMNO
pulak bangang…mengizinkannya!! Tapi DAP adalah
sebaliknya. DAP cuba dengan keupayaan yang ada
menterjemahkan dasar PAS kepada kaum Cina – bahawa
PAS bukanlah sebuah parti politik yang wajar dituduh
ekstrimis, fanatik dan bermusuhan. Kit Siang sendiri
mengakuinya di Australia. Ini yang sebabkan Mahathir
takut. BN dah ketinggalan jauh!! Sebab masing-masing
sebok mengisi tembolok. Berketuakan orang nyanyok!
langsung parti hancur. Remok..!!” Dia tersengeh.
Sambung lagi, “UMNO/BN makin takut kerana orang Cina
sudah mulai tidak ‘ngeri’ kepada PAS. Dengan perubahan
kepada dasar “Haluan Tengah” yang dipeloporkan oleh
KeADILan, maka kaum Cina dan India sudah mulai
memandang gabungan Alternatif sebagai “workable
solution to the present political predicament”. Ini
melariskan dasar BA dari aspek ekonomi dan pelaburan.
Bab yang ini, saya nampak UMNO/BN sudah 1000 batu jauh
ketinggalan”
Saya tambah, “Paling buruk sekali, UMNO merestui
perampasan hak asasi dan kebebasan rakyat. Mahathir
menggunakan mahkamah dan undang-undang bagi menyekat
kebebasan itu. Kebebasan media disekat dan wartawan
diugut melalui proses yang bukan-bukan. Walaupun
Negara ini terbentuk melalui undang-undang sekular
British, namun sistem perundangan itu pun telah
dimusnah-hancurkan oleh nafsu-nafsi Mahathir.
Hakim-hakim dan Peguam Negara diugut dan dikorap,
hingga Hakim, pegawai Polis dan BPR tidak lagi
memperlihatkan satu tahap amanah dan kebebasan
bertindak mengikut amalan sebuah negara bertamaddun”.
“Mahathir tak habis-habis menyalahkan semua pihak
melainkan dirinya. Doa ingat semua orang buta? Ini
bersesuaian dengan “Theory of Fear”. Sementara
dibelakang tabir, beliaulah yang meletakkan jambia ke
leher semua. Kecuali lehernya. Mahathir fikir orang
tidak tau? UMNO tahu, Pembangkang tahu, kakitangan
awam tahu, Polis tahu, Hakim tahu, Peguam Negara
tahu, Tentera tahu, YDP Agung tahu, ulama Islam
tahu….rakyat tahu! Mengapa orang tidak melakukan
penghukuman? Jawabnya mudah: Orang Melayu tidak
sepakat. Orang Melayu dalam UMNO banyak dah jadi
“pijat-pijat”. Orang Melayu masih sanggup menerima!!
Masalahnya, tak ada satu biji mata orang UMNO bertanya
sesama mereka..” sampai bila”? Sampai kiamat ke?”
Masa melawat sudah tamat. Beliau beredar. Di wajahnya
nampak hati beliau penuh debar!! Pita rakaman saya
juga sudah sampai ke penghujung litar. Mungkin dailog
kami sudah cukup mencabar minda seorang cendekiawan!!
Tak sangka bilik rawatan ini pula sudah jadi tempat
berceramah.
Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)
(Dari katil rawatan)