LAPORAN-LAPORAN akhbar tempatan yang memuatkan
pelbagai cerita, ulasan dan kenyataan dari pihak yang
terlibat dalam “Peristiwa Grik” makin tidak mampu
menyakinkan rakyat akan kebenaran kenyataan regim
Mahathir.
Penafian Dangkal
Penafian beragenda para pemimpin UMNO dan kerajaan,
dan paksaan regim ini keatas kakitangan awam supaya
menyokong tuduhan terhadap Pembangkang bahawa
keganasan Al-Ma'unah merupakan ''sandiwara' yang
dipentaskan oleh UMNO; telah menjangkau ke peringkat
serius.
Setelah TPM Abdullah Bedawi membuat penafian (kerana
dilihat rakyat masih tidak yakin juga); maka keesokan
hari kemudiannya, Dr. Mahathir sendiri telah membuat
kenyataan terbuka (di Sarawak). Ini menunjukkan satu
fakta dan petanda besar yang memberi makna bahawa
kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sudah tidak lagi
diyakini oleh rakyat. Regim ini sudah hilang
kewibawaan dan sedang mengahdapi krisis keyakinan
rakyat (termasuk dikalangan UMNO/BN) yang sangat teruk
dan parah.
Sebahagian besar rakyat yang mengikuti perkembangan
politik negara, khususnya ‘Drama Sauk’ ini, rata-rata
menuduh dengan pemikiran rasional lagi waras, bahawa
sikap dan karenah Dr. Mahathir dan seluruh kepimpinan
regimnya telah menunjukkan bahawa mereka sangat-sangat
memerlukan satu peristiwa dan kejadian yang
membolehkan mereka meletakkan seberat-berat tuduhan
kepada Pembangkang – khususnya PAS dan KeADILan.
Mereka telah yakin sekarang bahawa majoriti rakyat
telah berpaling tadah tidak berhasarat lagi menyokong
UMNO/BN. Sekaligus, jika arus deras politik rakyat
yang memihak kepada Pembangkang itu tidak disekat,
pasti UMNO/BN akan kalah teruk dan tidak lagi mampu
menerajui pentadbiran negara selepas pilihanraya
ke-11 kelak. Ini membawa malapetaka kepada puak yang
melakukan rasuah dan penyelewengan perlaksanaan Dasar
negara.
Mahathir: “Bad-blood” Dengan PAS/Pembangkang BA
Keadaan dan gelombang baru politik rakyat ini sudah
cukup lama diperhatikan oleh Dr. Mahathir. Beliau yang
selama ini memang mempunyai “bad blood” terhadap PAS
sejak beliau menjadi PM, telah nampak dan terbukti
bahawa taktik dan agenda beliau untuk menawan Kelantan
semula telah “back-fire”. Ini terbukti dengan
bergandanya tekanan beliau menggugat kekuatan PAS di
Kelantan. Kejatuhan Trengganu dan beberapa kerusi
Parlimen dan DUN negeri stategik BN telah menjadi
igauan Mahathir dan UMNO/BN.
Buktinya, dalam setiap Perhimpunan UMNO, Dr. Mahathir
bukan menghuraikan ucapan dasar; sebaliknya beliau
mengutuk, memfitnah dan mencaci PAS secara berlebihan.
Dalam masa yang sama beliau akan bercakap dengan
huraian yang memburukkan ugama Islam. Ini sekaligus
telah menjatuhkan kredibiliti beliau dan UMNO/BN.
Orang Melayu dan Islam makin nampak bahawa Dr.
Mahathir telah jauh menyimpang dari asas pentadbiran
Islam (seperti yang dituntut orang Melayu).
Sebaliknya, beliaulah orang yang mensekular dan
merosak aqidah generasi orang Melayu akan datang.
Walhal, PAS bertungkus-lumus berusaha menegakkan syiar
Islam sejajar dengan Perlembagaan negara yang
mendaulatkan Islam di negara ini.
Dari bukti-bukti yang nyata, orang Melayu tidak dapat
lagi memaafkan Mahathir dan regimnya (UMNO/BN).
Senario ini sungguh-sungguh telah menakutkan beliau
(Dr. Mahathir), lebih-lebih lagi 1.6 juta pengundi
muda telah membenci UMNO/BN dan tidak akan menyokong
parti itu!! UMNO sudah kehilangan dan ketandusan
“pelapis muda” dan pengundi berpotensi. Ini juga
sangat merbahaya kepada UMNO dalam menghadapi
Pilihanraya ke-11.
Makin nampak sekarang, Dr. Mahathir memang berniat
jahat terhadap PAS dengan sengaja. Sekaligus Mahathir
dan regimnya merancang untuk mensekularkan Islam
dengan maksud untuk menguasai minda dan politik, ugama
dan amalan budaya orang Melayu dan orang Islam. Dengan
itu, beliau akan dapat terus berkuasa, mengaut sumber
harta dan kekayaan ekonomi (untuk diri beliau,
anak-anak dan kroninya), mengugut semua pihak supaya
beliau diangkat mengatasi undang-undang dan melakukan
semahu hati tanpa mempeduli dan menghormati
undang-undang dan Perlembagaan negara.
Mahathir dan Batu Asas DIKTATOR
Hari ini, beliau telah meletakkan diri beliau sebagai
seorang DIKTATOR sampai mati. Hari ini juga agenda
beliau itu sudah terang bagai bersuluh. Perhimpunan
UMNO yang lalu dipaksa supaya perwakilan menerima
beliau dan timbalannya menang “tanpa bertanding”.
Dengan membunuh “demokrasi” dalam UMNO, maka “lulus
jarum lulus kelindan”. Mahathir dlantik dan dibiarkan
menjadi seorang pemimpin “totalitarian” yang semborono
oleh UMNO!!
Tetapi kewujudan beliau sebagai
“Diktator-Totalitarian” telah mendapat bantahan keras
secara diam-diam dikalangan rakyat bawahan dari semua
kaum dan lapisan masyarakat. Ini berlaku secara
senyap-senyap.
Penganalisis politik yang memuatkan rencana mereka
melalui media letronik “internet dan lamanweb” berjaya
memberi rakyat “counter-analysis” sebagai usaha
menerangkan kedudukan yang sengaja disembunyikan oleh
akhbar-akhbar arus perdana. Usaha itu amat berkesan
hingga analisis peristiwa Grik itu telah diyakjini
rakyat sebagai ‘SANDIWARA Mahathir-UMNO” atas tajaan
regu Dr. Mahathir-Abdullah Bedawi dan kroni-kroninya.
Keyakinan rakyat itu amat memeningkan Mahathir!
Penafian para pemimpin UMNO, khususnya Mahathir dan
Abdullah Bedawi sendiri tentang “Sandiwara Sauk” makin
nampak sengaja dijadikan usaha untuk
dipanjang-panjangkan kelangsungannya oleh Mahathir.
Mereka nampak makin gelabah kerana rakyat tidak
‘termakan’ dengan cerita ‘pembohongan’ sekitarnya.
Ramai rakyat menganggap peristiwa itu sebagai
“Sandiwara Olo-olok”.
Ini membawa kepada kenyataan Rais Yatim mengugut
rakyat dengan berkata:
[[Sekiranya ada pihak yang sengaja membuat tuduhan
kononnya rompakan senjata dan pembunuhan tebusan yang
dilakukan kumpulan Al-Ma'unah sebagai sandiwara
kerajaan, mereka "boleh didakwa atas tuduhan
menghasut. Dakwaan itu boleh dilakukan mengikut Akta
Hasutan 1948”; walaupun golongan terbabit cuba
melindungi tindakan mereka dengan hujah berbau
keagamaan.]]
Kenyataan ini membayangkan bahawa regim Mahathir sah
sekarang ‘desperado’.
Yang paling tidak rasional, tidak bermoral dan tidak
beretika demokratik ialah apabila Dr. Mahathir dan
sekongkolnya BOLEH menuduh parti Pembangkang terlibat
dengan tuduhan dahsyat. Senaiknya, Pembangkang diugut
jika dibenarkan membuat kenyataan.
Kerana itu, rakyat mempertikaikan lakunan di Sauk itu.
Mereka terus menyakini bahawa ia benar-benar sebagai
“Sandiwara UMNO”. Bermakna, Mahathir sudah kalah
“bungkus tikar-bantal” dalam menawan keyakinan
rakyat!!
Kenyataan Leftenan General Zaini Said pula yang
menuduh rakyat yang tidak mempercayai kejadian Sauk
itu sebagai tidak benar; adalah “orang gila”.
Kenyataan beliau menghasilkan “countr-productive” dan
sia-sia. Makin ia menunjukkan bahawa “agenda
Mahathir” itu adalah “Sandiwara Orang-orang Gila
KUASA”.
Zaini Said tidak wajar mengeluarkan sebarang kenyataan
begitu kerana ini adalah urusan politik rakyat. Hak
beliau tidak mengharuskan beliau mecampuri urusan
politik kerana tugas beliau dianggap sudah selesai.
Beliau harus duduk diam-diam “disarangnya”.
Bermakna Mahathir sedang berperang saikoloji dengan
rakyat. Nampaknya Mahathir kecundang!! Lebih-lebih
lagi, dengan merangkumkan agenda mengaitkan PAS atau
man-mana komponen Pembangkang dan seterusnya melakukan
“tangkapan Ops Lalang” (yang diwarwarkan oleh orang
tertentu dalam kerajaan) ramai menduga bahawa ia akan
jadi pilihan terakhir Mahathir. Apakah Mahathir akan
melakukan itu sekiranya rakyat masih tidak yakin
dengan “Sandiwara Sauk” untuk membabitkan PAS?
Apa riaksi rakyat?
Dari berita terperingkat, program Ceramah Abdullah
Bedawi di Pulau Pinang kepada kaum Cina untuk
menerangkan Peritiwa Grik dan cubaan beliau mengaitkan
PAS; terpaksa dibatalkan kerana kaum Cina tempatan
menuntut supaya ia dibatal dan ditiadakan.
Bermakna agenda Mahathir-Abdullah Bedawi memfitnah
pemimpin Pembangkang telah dianggap sebagai salah satu
proses penganiayaan yang sia-sia. Jika dibiarkan, kaum
Cina yang tidak terlibat dengan “agenda perkauman”
akan memberi senjata “percuma” kepada Mahathir dan
UMNO. Masyarakat Cina tidak mau masuk campur dalam
pelbagai “Sandiwara UMNO”.
Tafsiran masyarakat Cina itu adalah benar dan bukan
fitnah (sumber maklumat dari pihak kaum Cina tempatan
yang dipaksa terlibat).
Perkembangan perubahan sikap kaum Cina itu sangat
mengecewa dan merisaukan Mahathir dan regimnya. Ia
memberi makna bahawa rakyat semua kaum tidak
menghalalkan sekiranya “Ops Lalang” dilakukan. Rakyat
membantah iaitu sekiranya Dr. Mahathir (beragenda
untuk mengistiharkan Dharurat dan menubuhkan kerajaan
‘MAGERAN’), agenda regim ini dianggap sebagai
melakukan satu tindakan yang tidak HALAL dari segi
Perlembagaan.
Rakyat semua kaum mentafsirkan ia sengaja diada-adakan
dengan tujuan melanjutkan skima “kuasa” beliau untuk
menjadi seorang Diktator.
Sample itu pernah dilakukan oleh Marcos selama 20
tahun, dan Mobutu Sese seko di Zaire; sewaktu
pemerentah diktator-diktator itu. Akhirnya mereka
dihalau oleh rakyat dan kerajaan bertukar tangan.
Rakyat kembali aman.
Beberapa pihak tahu bahawa ‘Sandiwara Sauk’ adalah
sandiwara palsu. Rakyat makin percaya ia adalah
bikinan Mahathir dan kelompok Konspiratornya tanpa
diketahui oleh pihak tentera dan polis serta pegawai
tinggi perkhidmatan awam.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)