Peristiwa Sauk: Sandiwara “Orang Gila Kuasa”
Itu sebab apabila ‘Sandiwara Sauk’ dilaksanakan;
kerana ia dilakukan tanpa satu Perancangan dan
‘Penyelarasan’ yang mantap; maka beberapa pihak
(termasuk menteri-menteri dan Ketua Polis Negara)
telah mengeluarkan kenyataan bercanggah. Ini
menyebabkan rakyat merasakan ia satu “tipu-daya” oleh
pihak perancang dibelakang tabir. Dan tabir besar itu
berbentang di satu ruang rahsia di Mahligai di Putera
Jaya.
Dr. Mahathir sendiri “senyap dan membisu-kaku” semasa
lakunan dipentaskan. Ini menjadikan rakyat makin yakin
bahawa ia adalah “Sandiwara Mahathir dan segelintir
pemimpin UMNO”. Beberapa orang SB telah tahu bahawa
mereka mesti bergerak memnantau “public opinion”.
Kerana rakyat tidak yakin, maka Abdullah Bedawi telah
menyerang rakyat. Ini diikuti oleh Mahathir dan Rais
Yatim.
Akhirnya, beberapa pihak terpaksa menyerahkan skrip
yang “gagal” kepada Dr. Mahathir untuk kendalian dan
arahan beliau selanjutnya. Malangnya keyakinan rakyat
terhadap “authenticity” peristiwa itu makin merosot
berlipat ganda. Sandiwara itu terbukti “GAGAL”..!!
Sahlah sekarang bahawa peristiwa itu adalah ‘Sandiwara
Mahathir’ yang bertujuan mengaitkan PAS dan
Pembangkang. Niat asal beliau untuk melaksanakan satu
ageda MEGA yang sangat aib dan berkemungkinan besar
(akan merobah amalan sistem Demokrasi negara ini)
telah gagal!! Jalan keluar ialah rakyat harus diugut
secara DIKTATOR!!
Mahathir gagal memerangkap rakyat. Itu adalah pasti
dalam isu ini. Kerana ''sandiwara Mahathir'' ini
dimulakan oleh beliau untuk memenuhi agenda dan
menutup pelbagai jenayah dan pengkhianatan beliau (Dr.
Mahathir) dan regimnya sendiri, maka rakyat
terus-menerus menumpukan perhatian kepada perkara yang
lebih penting. Ini termasuk berpuluh-puluh laporan
Polis oleh Pembangkang kerana Dr. Mahathir adalah
orang yang engkar kepada undang-undang. Mahathir tidak
boeh jawab.
Rakyat makin melipatgandakan tuntutan supaya
mengeheret Dr. Mahathir ke mahkamah sebagai saksi,
atas karenah beliau melindungi penjenayah rasuah
seperti yang dinyatakan oleh Datuk Shafie Yahya
(dengan kenyataan bersumpah di mahkamah tempoh hari).
Pembelaan diri DS Anwar oleh beliau sendiri di
mahkamah ‘memburaikan” kesah terpeinci KONSPIRASI
POLITIK Mahathir dan sekutunya. Rakyat makin faham
sekarang bahawa Dr. Mahathir adalah seorang
‘PENJENAYAH’ yang Zalim dan beragenda busuk lagi
jijik.
PETRONAS: Rasuah Mahathir-Daim Perlu Dikesan
Beberapa kes lain yang menyebabkan rakyat curiga telah
timbul. Persoalan yang menyebabkan timbulnya
kecurigaan harta sebenar PETRONAS yang terkumpul
(terlalu jauh berkurangan dari sepatutnya semenjak
PETRONAS beroperasi) menjadi isu tututan rakyat yang
membayangkan bahawa Mahatir-Daim adalah terlibat
melakuan penyelewengan harta rakyat.
Telah dikesan bahawa Mahathir-Daim telah melakukan
pelbagai “bail-out” dan “rompakan” ke atas akaun dan
operasi PTERONAS. Anggaran yang disebut adalah terlalu
besar, mencecah ratusan billion!!
Didengar pula, terdapatnya beberapa kes-kes
penyelewengan dan manipulasi dalam pengendalian
DANAHARTA. Ini berikutan dengan pelbagai pembayaran
oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri Kewangan (selepas
Anwar dilucutkan jawatan) kepada beberapa pengendali
Projek Mega yang bangkrup dan tersadai.
Kesemua itu dirangkumkan dibawah kategori “bail-out”.
Tetapi, pihak yang mengetahui dengan bukti-bukti di
tangan menunjukkan bahawa regu Mahathir-Daim dan
kroni-kroninya telah membolot laba berjumlah ratusan
billion ringgit. Ia dilakukan dibelakang rakyat dan
segala kesan jejak sedang dilupuskan!!
Jika Mahathir-Daim tidak menjawab dengan bukti nyata,
rakyat menganggap ia sesuatu yang benar. Mahathir
makin tenggelam dalam tuduhan rasuah dan
penyelewengan.
Regu Dr. Mahathir-Daim dan kroni-kroninya makin rasa
terdesak sekarang. Rakyat sudah mampu menilai siapakah
yang berbohong dalam fitnah Mahathir terhadap
Pembangkang.
Selama ini rakyat hanya setakat sedar wujudnya
penjenayah dan pengkhianat negara yang menyebabkan
ketengangan suasana politik dan keharmonian kaum.
Tetapi kini rakyat sudah faham dan mereka yakin siapa
sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan perkembangan
aktiviti ekonomi dan kemusnahan fabrik sosial yang
makin terganggu dan meleset-merudum.
Ini berikutan gejala budaya “Samseng dan Lucah”
dikalangan muda-mudi dan kanak-kanak sekolah. Mereka
tahu bagaimana Sanusi dilindungi oleh Mahathir dalam
kes “membelasah” pekerja MAS. Rakyat juga nampak bagai
Adnan Yakob melakunkan “Simbol LUCAH” di Sanggang!!
Kes rogol gadis sunti Rahim Thambi Chik masih menjadi
igauan rakyat. Kesemua mereka adalah pemimpin UMNO.
Dr. Mahathir tidak membantah malah membela!! Adakah
Pembangkang yang bersalah?
Malaysia dan Penyalahgunaan Sumber
Rakyat sudah mulai menolak hujah Dr. Mahathir menuduh
George Soros menyebabkan ekonomi merudum. Kerana
rata-rata negara lain yang terbabit telah kembali
merecup menyambung kedudukan ekonomi mereka kearah
“Asian Tigers” semula, rakyat yang berpelajaran makin
nampak siapa sebenarnya yang menjadi punca hambatan
dan halangan ini berlaku seterusnya. Perkara ini
tersebar luas melalui pelbagai cara.
Rakyat sudah nampak negara-negara seperti Thailand,
Korea Selatan dan Indonesia telah mampu melakukan
perobahan pemerentahan secara drastik. Dengan itu,
mereka telah kembali normal dan stabil dalam waktu
yang singkat. Paling kurang, negara-negara itu telah
menuju ke arah “normalcy” dan stabiliti. Tetapi
Malaysia makin dihantui oleh gejala politik dan krisis
ekonomi dan sosial yang tenat.
Untuk mengabui pandangan rakyat, Dr. Mahathir tak
putus-putus menyalahkan Barat. Padahal Barat berdiam
diri kerana mereka tahu bahawa Dr. Mahathir sedang
“lemas” dalam banjir yang dibuatnya sendiri. Rakyat
sedang “mengepung” beliau!
Dengan itu, jari-jari sedang menuding ke arah Dr.
Mahathir dan kroni dalam regim beliau. Orang Melayu,
khasnya, dan lapisan kaum bukan Melayu (golongan
peniaga) berpendapatan rendah dan sederhana telah
mulai yakin bahawa regim Mahathir tidak lagi mempunyai
kewibawaan dan imej, kemampuan dan daya untuk
membetulkan keadaan yang makin kucar kacir.
Maka timbul satu fenomena sentimen dikalangan rakyat
untuk tidak lagi memberi sokongan terhadap regim
UMNO/BN.
Ini dapat dilihat dari keputusan pilihanraya kecil
Teluk Kemang. Pengundi Lukut (majoriti kaum Cina) dan
ketumbukan tentera di Teluk Kemang tidak menyokong
calun BN. Fakta ini adalah satu bayangan sebagai
petanda bahawa regim Mahathir akan kecundangan dalam
pilihanraya ke-11 kelak. Hakikat ini amat merisaukan
Mahathir, UMNO dan BN!
Perbincangan Parlimen Sedang Dikawal Ketat
Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu tertentu dalam UMNO masih
lagi kekal dengan sikap mengutuk dan mengecam
parti-parti Pembangkang. Padahal, Pembangkang sedang
berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej dan
keadaan politik dan ekonomi negara bagi kepentingan
rakyat.
Buktinya, persidangan di Dewan Rakyat telah
menunjukkan bahawa Pembangkang telah mengusulkan
supaya gejala jenayah Mahathir dan UMNO/BN
dibicangkan. Ini adalah usaha Pembangkang untuk
menunjukkan kepada dunia bahawa Demokrasi masih segar
di Parlimen Malaysia, dengan itu keyakinan pelabur
dapat ditingkatkan.
Kerana Mahathir menyekat tindakan Pembangkang, apa
yang berlaku adalah sebaliknya!! Dunia tidak yakin
wujudnya demokrasi dan kedaulatan undang-undang di
peringkat Parlimen.
Walaupun usul Pembangkang itu umpama “jadam” yang
pahit, tetapi Dr. Mahathir dan regimnya mengambil
langkah dan tafsiran yang salah dengan melakukan
pelbagai tohmahan beragenda. Ini disebabkan Dr.
Mahathir tidak mahu kebusukan beliau dan regimnya
“dibongkar dan terbongkar”.
DAN, disinilah terbitnya “SANDIWARA SAUK” sebagai
ikhtiar Dr. Mahathir menghindarkan diri sendiri dari
dituntut oleh rakyat seluruh negara (semua kaum,
termasuk UMNO dan komponen BN sendiri) berura-ura
mengusulkan UNDI TAK PERCAYA kepada beliau di
Parlimen.
Sebagai langkah desperado, Dr. Mahathir telah memaksa
Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Tun Mohd. Zahir Ismail
supaya “mengawal” tindak-tanduk Pembangkang dengan
menafikankan hak mereka dalam sesi Parlimen dengan
maksud mematikan usul Pembangkang (yang mewalili
rakyat) supaya keserakahan, jenayah rasuah dan kes-kes
melibat beliau (Dr. Mahathir) TIDAK dibicangkan.
Bermakna sekarang bahawa Demokrasi di negara ini telah
dihapuskan oleh tangan ganas dan KUASA Diktator Dr.
Mahathir melalui regim yang disokong membuta-tuli oleh
pemimpin UMNO/BN. Kakitangan awam tingkat atas yang
dikorup dan diugut supaya menurut agenda beliau.
Selain dari rasuah wang, kenaikan pangkat dan ugutan’
Dr. Mahathir telah menggunakan “pujukan” dengan
anugerah Bintang. Leftenen General Zaini dianugerahkan
Datuk Seri, dan Megat Joned pula “Tan Sri”. (ketawa
rakyat).
Ini makin dilihat oleh rakyat sebagai sifat ‘tidak
bertanggungjawab’ pegawai tinggi awam lantikan regim
Mahathir dari berfungsi dengan betul demi
kesejahteraan rakyat.
Mungikin agenda Mahathir selanjutnya akan tepat dan
benar seperti yang diduga oleh rakyat bahawa beliau
akan meneruskan agenda “Dharurat” dan “MAGERAN”. Ia
akan jadi jalan keluar terakhir sebagai “workable
alternative” (pada sangkaan beliau).
Fitnah Mahathir “Back-fire”
Siri fitnah Mahathir satu demi satu sedang
dilaksanakan secara praktikal dengan tujuan
memerangkap minda rakyat dengan maksud menyakinkan
rakyat bahawa apa yang beliau bakal lakukan adalah
“justified” dan wajar. Soalnya: Adakah Dr. Mahathir
pasti rakyat tidak akan menentang?
Dr. Mahathir makin curiga dan kecewa!! Beliau makin
gentar melihat rakyat akan keluar beramai-ramai
berdemo diseluruh negara, menuntut beliau meletakan
jawatan dan hidapkan ke muka Pengadilan Rakyat!!
Apakah beliau akan memenjarakan semua rakyat atau
membunuh tiap-tiap orang? Memang sah Mahathir sudah
GILA!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)