Kesedaran Rakyat Makin Jelas
Rakyat semakin sedar agenda regim Mahathir sengaja
mengaitkan Pembangkang dengan keganasan. Pihak regim
ini giat berusaha memecah-belahkan rakyat semua kaum
dengan mengadu-domba menggunakan sentimen menggugat
perpaduan dan harmoni kaum. Ini sangat merbahaya.
Dr. Mahathir telah mengulang-ulang isu “PM
Bukan-Melayu”. Padahal isu ini tidak pernah
dipersoalkan dan tidak menjadi minatan kaum lain.
Selama ini regim ini telah memperlekehkan keupayaan
orang Melayu dan rakyat untuk berfikir dan membuat
keputusan.
Banyak diantara projek Mega (seperti Bakun, Mahligai
Mahathir Putera Jaya, pembelian Global express,
pembinaan KLCC, Stadium dan SUKOM, projek PERWAJA,
dasar Penswastaan Pendidikan dan Kemudahan Awam, dll)
yang dibantah rakyat. Ia adalah satu pembaziran yang
pasti dan telah gagal menjana kekuatan ekonomi rakyat.
Yang mendapat faedah ialah kroni-kroni yang mendapat
tender dan kontrak secara langsung dari Mahathir.
Malangnya, Mahathir mempengaruhi beberapa pihak kroni
dan media massa dengan memburuk Pembangkang dan
men”turnover” minda rakyat supaya membenci anggota
Pembangkang kerana kritikan mereka.
Tanpa mengira soal imej negara, agama, bangsa dan masa
depan generasi orang Melayu, Mahathir mengugut rakyat
pelbagai cara. Orang Melayu dikatakan tidak
“bersyukur” kepada UMNO. Rakyat dibelasah semasa
menyuarakan bantahan melalui saluran hak asasi dan
kebebasan bersuara.
Pengkhianat: Ciri-ciri Dosa Mahathir & UMNO
Regim ini telah banyak melakukan dosa-dosa dan
pengkhianatan terhadap rakyat, khusunya kepada orang
Melayu. Mereka bertanggungjawab melakukan keganasan
terhadap pemimpin rakyat. Dengan membesar-besarkan kes
“Al-Ma'unah” yang dijadikan “Sandiwara UMNO”, regim
ini cuba menanamkan bibit-bibit kebencian kaum lain
terhadap Pembangkang dan penganut agama Islam dengan
bukti-bukti palsu.
Harapan mereka, rakyat bukan Islam akan menuduh
Pembangkang taksub dan sanggup mengganas. Malangnya
harapan Mahathir meleset. Kaum lain “membeli”nya.
Mahathir dan UMNO kecewa!!
Selepas DS Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan PALSU
salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa (tidak ada
bukti sah), pihak regim Mahathir dengan arahan
Mahathir per se telah menjalankan kempen untuk
mempengaruhi rakyat agar membenci Anwar dan anggota
Pembangkang secara berlebihan.
Para pemimpin UMNO/BN yang ada kaitan dengan segala
macam rasuah dan penyelewengan telah diugut dan diberi
amaran oleh Mahathir – iaitu jika UMNO/BN hancur,
mereka akan diheret dan dipenjarakan; harta rasuah
yang mereka miliki secara jalan salah akan dirampas
oleh kerajaan Barisan Alternatif.
Ini telah meningkatkan ketakutan dikalangan pemimpin
UMNO/BN yang rasuah. Dalam satu mesyuarat MB-MB UMNO
di Seri Perdana (Ogos 1998), beberapa orang MB dan
angota MKT UMNO (yang bersimpati kepada Anwar) telah
menjelaskan secara rahsia bahawa Mahathir Mohamad
telah mengungut mereka.
Hasutan Makin Membosankan Rakyat
Bermakna, usaha Mahathir mempertingkatkan kewibawaan
beliau secara demokratik telah bertukar kepada ugutan
jijik tidak bersopan dan “non-political”. Sehingga
hari ini, Mahathir tidak putus-putus dihantui oleh
bayangan Anwar. Beliau terus-menerus mengutuk Anwar
dan pemimpin Pembangkang tanpa henti-henti. Ini
menyebabkan rakyat bosan. Makin nampak Mahathir dan
regimnya dalam ketakutan!
Sekarang nampaklah siapakah yang sebenarnya
bersandiwara. Mahathir sentiasa memukul canang tentang
dengan cuba meniupkan semangat bencikan Pembangkang
bagi meraih simpati yang sudah luntur parah dipihak
beliau dan UMNO/BN.
Apabila Anwar disahkan oleh semua saksi bahawa fitnah
ke atas beliau adalah satu KONSPIRASI, maka Dr.
Mahathir yang dituntut sebagai saksi cuba
memanipulasi undang-undang dengan mengugut hakim-hakim
supaya beliau dikecualikan.
Walaupun “sandiwara” ini sengaja dimainkan oleh
Mahathir, tetapi itu tidak meredakan tanggapan rakyat
bahawa Mahathir memang seorang “Penjenayah dan
Pengkhianat” seorang pemimpin rakyat yang berbakat,
telus, ta’at dan amanah!
Kerana itulah, dengan bukti melalui kesaksian Datuk
Shafie Yahya, Mahathir menjadi kelam-kabut untuk
mencari isu lain mengalih tumpuan rakyat. Dan pilihan
beliau (atas sebab terdesak) ialah dengan melakunkan
“Sandiwara Sauk”. Kerana kebenaran adalah dipihak
rakyat, Mahathir GAGAL lagi.
Ditinjau di ceramah-ceramah Pembangkang ataupun dalam
pita/CD-Rom yang mereka jual, terdapat banyak unsur
tuntutan supaya regim Mahathir bersifat telus, adil
dan meninggalkan perbuatan menzalimi rakyat. Rakyat
yang mengahayati “addin” Islam bersimpati kepada
semua pihak yang difitnah dan diseksa, yang
dilemparkan kedalam penjara oleh regim ini.
Rakyat tidak nampak Pembangkang sebagai ekstrimis yang
sengaja difitnah oleh Mahathir Mohamad – kununnya
sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan. Apa yang
nampak selama ini, regim Mahathir telah mendalangi
pelbagai perkara menyalahi undang-undang Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR), menjarakan ratusan rakyat yang
menunutut hak mereka. Mereka dibelasah dan diseksa
dalam tahanan.
Regim Mahathir menghalalkan tindakan terhadap pemimpin
Barisan Alternatif walaupun pihak polis adalah sesama
beragama Islam. Dr. Badrul Amin, Roslan Kassim,
Gopalakrishnan, Tien Chua dan ratusan lagi (selain
dari DS Anwar Ibrahim paling terseksa) masih hidup
sebagai saksi. Malangnya laporan polis mereka
dibakul-sampahkan sahaja. Inilah kezaliman paling
dahsyat..!!
Peristiwa “Al-Ma'unah” – Satu Pembhongan Bontang
Apabila terjadi peristiwa rompakan keganasan
Al-Ma'unah, pihak regim ini berpura-pura kelam kabut.
Rakyat mempersoalkan banyak perkara yang tidak masuk
akal (lihat analisis Panglima Sauk dan lain-lain
netters di laman reformasi). Mahathir tidak dapat
jawab. Sebaliknya jawapan beliau adalah pembohongan
yang sangat dangkal dan membosankan.
Nampak sangat, kerana Mahathir sedar sadiwara itu
tidak diterima oleh rakyat, Mahathir dan Abdullah
Bedawi melatah. Apabila rakyat beragama Islam dan
bukan Islam mengecam dan mengutuk perbuatan keji
mereka dalam kerangka menjayakan “Sandiwara
Al-Mu'unah” itu, Mahathir terus melatah melalui sluran
TV.
Karenah agenda Mahathir sudah dikenali. Kerana respon
rakyat bertentangan dengan “hasutan” beliau, Mahathir
kelihatan marah dan berang! Sekaligus, tanpa sebarang
siasatan dari pihak yang berkecuali, regim ini memaksa
rakyat supaya “menelan bulat-bulat” tuduhan beliau.
Jenis apakah pemimpin seperti ini?
Rakyat yang waras tidak nampak adanya sebarang kaitan
antara pertubuhan ini dan pihak pembangkang. Rakyat
bukan bodoh seperti pemimpin UMNO yang berotak cetek
dan minda tersekat..!!
Untuk mengelakkan regimnya dari terus dikecam,
Mahathir cuma mengeluarkan “Kertas Putih”. Tetapi
rakyat bertanya, siapakah “pengarang” cerpen “kertas
putih” itu? Jika ia adalah karangan dan gubahan pihak
berkepetingan regim ini; samalah ia ‘cebisan tissue
tandas”.
Nampaklah sekarang Mahathir sengaja mencari alasan
dalam kekalutan kewibawaan yang sudah merudum. Rakyat
dan orang Melayu khasnya makin ramai menuding jari
kepada UMNO dan mendakwa parti inilah yang banyak
mengkucar-kacilkan politik, ekonomi dan sosial,
pendidikan, bantuan yang dijanjikan kepada bangsa
Melayu. Pemimpin parti inilah yang bersandiwara
sebenarnya.
Mahathir Berdendam Kepada Orang Islam
Paling dikesalkan, Mahathir ketara berdendam terhadap
PAS, orang Melayu dan penganut Islam. Khutbah di
masjid-masjid dan senarai penceramah agama telah
ditapis. Mahathir berharap orang Melayu dan Islam akan
dapat “disekularkan”.
Kes Zalina Abbas adalah contoh terbaru. Kes “Ratu
Cantik” mengorbankan Mufti Datok Ishak Baharom. Dan,
paling ketara, kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai
orang Islam) diadili oleh mahkamah sibil, walhal
sepatutnya oleh mahkamah Syariah. Tindak regim ini
dalam kes-kes itu menunjukkan ia sebenarnya menafikan
keunggulan agama Islam sebagai agama resmi negara ini.
Paling menjolok mata dan memalukan sekali, Ummi
Hafilda yang diakui “berzina” oleh seorang lelaki Iban
di London; tidak pula diheret ke mahkamah syariah.
Walhal, Azizan dikenakan penjara tiga bulan. Inilah
contoh bagaimana Islam itu telah mula disekular dan
diperlekehkan oleh Mahathir dan UMNO yang di
“BARUA”kannya..!!
Contoh pensekularan Islam oleh regim Mahathir dan UMNO
yang bersumpah untuk menegakkan syiar Islam, amatlah
memalukan UMNO. Alasan tidak logik sama sekali tidak
dapat diterima oleh orang Islam. Rakyat sendiri
mengaku bahawa menyokong regim Mahathir dan menyokong
UMNO/BN samalah ikut berdosa menjahanamkan agama
mereka.
Islam memang bukan milik PAS. Kerana karenah semborono
Mahathir dan UMNO memperlekeh Islam seburuk itu,
dengan itu orang Melayu (tanpa mengira parti) telah
bangun mengutuk Mahathir dan menyisihkan UMNO/BN.
Bagi rakyat, mereka sudah putus perkiraan bahawa regim
Mahathir (melalui UMNO) sedang merentetkan siri
''sandiwara'' lakunan beragenda. Setelah menyedari
bahawa rakyat akan menolak pembohongan mereka, adakah
Mahathir telah merancang untuk menghapuskan PAS pula?
Orang Melayu sudah menganggap perbuatan Mahathir dan
UMNO itu sebagai mencari pasal untuk memusnahkan UMNO
secara total!!
Mahathir: Seorang EXTREMIST Totok
Walaupun sikap rakyat itu menimbulkan kemarahan dan
kebencian regim ini, kerana perbuatan sumbang regim
ini terlalu “extreme” dalam melaksanakan keganasan
fisikal, seksaan mental dan menjana keruntuhan moral
sosial rakyat; maka rakyat telah berazam untuk
menumbangkan regim ini secara demoratik selagi ada
ruang berbuat demikian. Ini terbukti dari ucapan
Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen:
YB Datuk Haji Fadhil Mohd. Nor.
Rakyat terus menerus perjuangan bagi melaung dan
mentafsirkan kepada rakyat apa yang dimaksudkan dengan
“REFORMASI”, sebagai usaha memperkuatkan iltizam
“menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN”..!!
Masa dan hari regim Mahathir tumbang sedang dibilang
dengan jari!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)