Kita pasti terbaca sebuah rencana pendek bertajuk
seperti berikut di Laman Minda Rakyat: “43 TAHUN
KERAJAAN BERJAYA MENYATUPADUKAN RAKYAT DI MALAYSIA?”.
Diturunkan seluruh kandungannya untuk rujukan bersama:
[[…Sejak malam tadi, sudah banyak juga posting dan
kenyataan dibuat berkaitan dengan wawancara Mahdey
berkaitan isu Sauk.
Saya cuma tertarik kepada kenyataan yang dibuat oleh
Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng semasa diwawancara di
NTV7 bersama Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz),
iaitu beberapa minit sebelum wawancara khas dengan
Mahathir ke udara.
Kata beliau (diringkaskan saja) ," memang benar, kita
bimbang isu di Sauk akan menyebabkan kaum bukan Islam
tersalah anggap terhadap orang Islam di negara ini.
Selama 43 tahun kerajaan telah berjaya menyatupadukan
rakyat berbilang kaum, tetapi dengan kejadian begini
kita bimbang ia akan memecahbelahkan perpaduan ini"
Menjawab pertanyaan lain yang dikaitkan dengan
peristiwa 13 Mei, beliau berkata;
" tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika ia
tidak dibendung oleh kerajaan".
Persoalannya:
1. Memang benar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak
dan Hussein Onn telah membantu menyatupadukan rakyat
di Malaysia di bawah satu panji kemerdekaan, tetapi
siapakah yang memulakan kehancurannya ini dan
memporak-perandakan keharmonian negara serta
menimbulkan sentiviti perkauman jika bukan Mahathir
Mohamad? Mahathir bukan saja memecahkan belahkan
perpaduan kaum, malah menghancurkan imej Islam di
negara ini. Usaha Mahathir menganiaya perkembangan
Islam sudah terserlah. Mahathir tidaklah sehebat
mana...
2. Mengapa isu 13 Mei diutarakan? Siapakah yang lebih
jahat? Kerajaan BN atau pembangkang? Singkaplah
kembali sejarah, mengapa 13 Mei berlaku? Kepada Ong Ka
Teng dan puak-puak MCA, jangan cuba mengelirukan
keadaan dengan menyebut Islam cuba memecah-belahkan
kaum di Malaysia. Yang sebenarnya, Mahathir Mohamad
anak Kutty itulah yang bapak segala kehancuran di muka
bumi Malaysia ini.
Jangan kerana isu Al-Maunah yang diputarbelitkan oleh
Mamak sekor tu, kamu yang di dalam MCA cuba nak jadi
handal pulak!
Bercakap soal Islam dan tidak segan silu menghina
Islam. Jangan lupa yang kami anak-anak Melayu Merdeka
ini masih bernyawa. Jangan kami dihina begitu!!
# Apapun, jelas membuktikan bahawa cakap Mahathir
sudah tidak laku lagi... terpaksa membuat wawancara
khas , satu program TV paling bangang tahun ini!!…]]
DAHLIA/KL
```````````````````````````````````````````````````````````
Persoalan yang diketengahkan oleh adik Dahlia itu
wajar dijadikan asas kita menentukan pendirian
bersama.
Mampukah Mahathir Menangkis?
Keberkesan tulisan sependek itu, telah mengimbau hati
saya untuk sama-sama menyambung pandangan Adik ini.
Saya cuba mentafsirkan bagaimana Mahathir betul-betul
sudah ketandusan modal politik; dan sekaligus
mempersoalkan sejauhmana beliau mampu menangkis
ledakan rakyat membenamkan beliau, UMNO/BN dan regim
serakah beliau dari lipatan sejarah.
Walaupun apa yang ditulis oleh Dahlia itu tidak
panjang, tetapi sekaligus menobatkannya sebagai
seorang serikandi Reformasi yang berminda tajam dan
berjiwa kental. Kita dapat rumuskan:
1. Memang benar Naib Presiden MCA, Ong Kah Teng, Fuad
Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), mewakili 3 golongan
rakyat. Kah Teng mewakili kaum China, Fuad Hasan
mewakili puak UMNO dan Kapt Najmudin (Ustaz) mewakili
ulama UMNO. Semasa diwawancara di NTV7, mereka nampak
tidak langsung memperlihatkan ketajaman minda
kepemimpinan yang boleh ditakrif sebagai berwawasan.
Mereka tidak mampu memperkirakan keharmonian kaum,
tidak langsung menghormati ugama Islam. Sebaliknya,
ketiga-tiga mereka semakin nampak berminat menyalah
tafsirkan Islam tanpa beralas.
2. Mereka harus sensitif dan peka diri bahawa mereka
tertipu bontang dijadikan alat oleh Mahathir untuk
memburukan keadaan yang tenteram hingga berkemungkinan
akan mencetuskan keadaan yang akan merosakkan fabrik
sosial yang selama ini tidak lagi menjadi persoalan
Mahathir.
3. Apa yang kita nampak sekarang, rakyat telah mulai
yakin bahawa Peristiwa Al-Maunah itu adalah “Sandiwara
Mahathir” yang sengaja direka-cipta dengan tujuan
paling jelas dan ketara semata-mata bertujuan untuk
“Menenggelamkan isu RASUAH MAHATHIR MOHAMAD yang
sebenar-benarnya menjadi tumpuan dan tuntutan rakyat”.
Mahathir sengaja beragenda dengan melakukan “Sadiwara
Sauk” itu sebagai jalan terakhir memulakan siri episod
mengalih pandangan dan mengelirukan rakyat yang sudah
makin faham.
Malangnnya, ketiga-tiga mereka yang diwawanca itu
segaja tidak memperlihatkan kebjaksanaan hingga
sanggup bercakap hingga memberi petanda bahawa mereka
bertiga adalah orang-orang yang “bodoh-tongong” dan
tidak layak menjadi pemimpin 20 juta rakyat yang
berminda terbuka, berpendidikan tinggi dan
berpengalaman luas lagi rasional.
Pemimpin Regim Mahathir Buta!!
Sebagai anggota kerajaan, mereka harus lebih jauh
melihat kehadapan dan menganalisi implikasi dari
“Sandiwara Mahathir” ini.
Mari kita fikirkan bersama, bahawa:
1. Sebagai seorang ustaz dan orang yang mengetahui
selok-belok Islam, Kapt Najmudin wajib mempertahankan
bahawa Islam adalah suatu agama yang bergerak atas
landasan “keamanan” dan bukan “perbalahan dan
perpecahan”. Kesempatan yang lakukan oleh Dr. Mahathir
itu wajib dikecam hebat. Lebih-lebih lagi, beliau
sebagai ulamak Islam wajib meletakkan ugama mengatasi
jawatan, imbuhan dan kekayaan yang bakal dihadiahkan
oleh regim Mahathir yang terdesak memberi sesiapa saja
umpan.
2. Sebaliknya, Najmudin sendiri bersama-sama
merosakkan gegangan Islam dihadapan seorang bukan
Islam seperti Ong Ka Teng (mewakili MCA – satu
kelompok kaum yang berjumlah besar dinegara ini).
Perbuatan Najmudin itu amat menyedihkan umat Islam dan
orang Melayu. Beliau adalah seorang lagi pengkhianat
agama sebandingan dengan sekongkol ulama UMNO bertaraf
“Abu Jahal” melinium ini.
3. Fuad Hasan yang mewakili UMNO pula sangat dangkal
hingga memburukkan Islam dan bangsa sendiri dihadapan
khalayak umum dengan menyemai bibit-bibit kebencian
kepada Islam, bangsa Melayu sendiri dan UMNO sebagai
sebuah parti Melayu.
4. Ini membawa tafsiran kepada rakyat hingga makin
jelas sekarang bahawa UMNO dan pemimpin mereka sudah
tidak nampak kebenaran kerana terlalu dangkal ilmu dan
berminda cetek. Dari huraian beliau dan Najmudin makin
nampak jelas bahawa politikus Melayu dalam UMNO telah
hilang sensitiviti mereka terhadap ugama dan amanah
bangsa. Ini berpunca semata-mata kerana mereka sudah
“dibeli” dengan habuan hingga sanggup
diperbudak-budakkan oleh Mahathir sedungu itu.
5. Fikirkan ini, Ong Kah Teng yang mewakili MCA tidak
seharusnya begitu lancang mulut hingga melupakan
bahawa beliau tidak seharusnya mengeluarkan pandangan
seolah-olah pandangan beliau kununnya mewakili kaum
Cina. Kah Teng perlu sedar bahawa majoriti kaum Cina
sangat mengerti bahawa Dr. Mahathir adalah dalam
“Delimma” yang mendesak kerana mengahdapi tuntutan
rakyat supaya beliau UNDUR dari arena politik
Malaysia.
6. Ong Kah Teng sebenarnya tahu bahawa Dr. Mahathir
dan kroni politik beliau dalam MCA telah melanjutkan
tradisi menSONGLAP hak dan kekayaan orang Cina
golongan berpendapatan rendah. Bermula dengan Lee San
Choon hinggalah kepada Tan Koon Suan, dan sekarang
Ling Leong Sik pula; kaum Cina sudah sedar bahawa MCA
adalah sebuah parti berhaluan “Rasuah dan
Penyelewengan” yang TIDAK BOLEH DIHARAP untuk membela
nasib majoriti kaum Cina.
7. Dengan mencampur-adukkan fakta-fakta ugama Islam
yang terbit atas ‘kacau-bilau’ tafsiran salah oleh Dr.
Mahathir dan pemimpin UMNO yang berkepentingan; dan
bagaimana puak-puak itu mewar-warkan tafsiran buruk
terhadap agama Islam; Kah Teng wajar sedar bahawa
beliau sedang membantu Mahathir melaksanakan agenda
Meganya untuk melihat negara ini huru-hara.
8. Jika kejadian Mei 13 berulang, yang paling untung
besar dan mendapat manfaat-faedah lumayan HANYA Dr.
Mahathir seorang dan keluarga serta kroni beliau saja.
Semua kaum kembali semula ke era sebelum tahun 1969.
Jika Mahathir berjaya menghasut minda rakyat dan
mencetuskan pergaduhan kaum, negara memerlukan tempoh
100 tahun lagi untuk membetulkan keadaan.
Siapa Mahathir Sekarang?
Jawapan yang jelas dapat dirumuskan bahwa makin
nampak kepada kita Mahathir sah seorang:
i) pelampau batas-batas seorang penganut dan penghayat
sebarang ugama,
ii) tidak mempedulikan keharmonian Rukun Negara,
Perlembagaan dan Undang-undang,
iii) hilang budaya, amalan dan peranan seorang
pemimpin sebuah masyarakat yang bertamaddun; dan,
iv) seorang penghasut dan penyangak yang menjadi
penyebab negara dan rakyat huru bara dalam kancah
permusuhan.
Sebagai seorang pemimpin dari puak UMNO yang menajdi
tulang belakang Barisan Nasional, sikap beliau
pemimpin memaksa komponen BN menyokong beliau hingga
menyebabkan negara huru hara adalah suatu hakikat yang
tidak boleh dimaafkan.
Siapa yang rugi dan siapa yang mendapat faedah?
Nampak sekarang bahawa “Sandiwara Mahathir-UMNO” di
Sauk telah mengorbankan ‘nyawa’ manusia sebagai helah
untuk membuktikan kepada rakyat bahawa peristiwa itu
adalah “real” dan tidak boleh dihujah sebagai
“sandiwara”. Apakah pembunuhan itu “justified”?
Realiti sebenar, Mahathir adalah diketahui MEMANG
bermusuhan dengan PAS dan Pembangkang lain yang
beragama Islam (termasuk NGO). Mahathir amat rungsing
hingga hilang akal kerana makin tidak mendapat sokong
rakyat semua kaum.
Perkembangan terbaru ini ditafsirkan sebagai “the
major threat” kepada beliau bersama kroni dan
anak-anaknya. Dengan itu, beliau memutuskan supaya PAS
dan Pembangkang lain yang beragama Islam (termasuk
NGO) wajib dimusnahkan dengan apa cara (walapun dengan
mencetuskan pergaduhan kaum).
Dengan itu, Mahathir sudah nyata dimata rakyat tidak
peduli dengan kesejahteraan umum. Beliau diketahui
mengugut dan mengancam semua pihak yang berkepentingan
dalam UMNO dan komponen BN dengan arahan tegas supaya
menumpukan usaha supaya meyakinkan rakyat bahawa
“Agama Islam dan penganut agama Islam di Malaysia
adalah berniat jahat”. Ini adalah hasutan paling busuk
lagi jahat Mahathir hingga orang Melayu seluruhnya
mensetarafkan beliau dengan Abu Lahab, Hamman dan
Firaun (kategori Mala’un)
Mahathir hanya memikirkan kepentingan peribadinya
sahaja. Mahathir tidak peduli lagi tuntutan rakyat
asalkan matlamat beliau berkuasa dan menguasai
kekayaaan negara akan terpeihara.
Inilah yang menyebabkan Pembangkang sudah mulai
ragu-ragu dan rakyat sudah mulai bercakap
terang-terang dan sekaligus mendorong rakyat semua
kaum mengambil kesimpulan bahawa selagi Mahathir dan
UMNO/BN berkuasa, negara dan rakyat akan terjerumus ke
dalam kancah permusuhan yang selama ini cuba
dielakkan.
Bagi rakyat , pembunuh beberapa orang rakyat begitu
tidak memberi guna dan prospek apa-apa selain dari
suatu pertunjukkan berunsur “barbaric”! Tetapi bagi
Mahathir, itu tidak menyentuh ‘conscience’ beliau.
Sebelum “Sauk” ialah 13 orang korban di Memali!!
Makin nampak Mahathir dan jongos-jongos gelabah dan
melatah. “Sandiwara Sauk” adalah satu dari agenda yang
sengaja dipentas, diarah dan lakukan oleh para
‘seniman’ pilihan Mahathir. Malangnya dailog
masing-masing saling bercanggahan!!
Kesimpulannya:
Disinilah tepatnya ulasan adik Dahlia yang berminda
tajam itu. Beliau sebagai bakal pemimpin alternatif
generasi akan mampu dan berani menunjukkan siri
kebusukan agenda Mahathir dengan jitu mentafsirkan
bagaimna Mahathir mengeheret kaum lain ke kancah
permusuhan kaum.
Pandangan adik ini adalah dari sudut ‘humanitarian’
dan tidak sama sekali berbau politik. Pemimpin regim
Mahathir harus belajar sedikit dari generasi muda
seperti ini bahawa golongan muda-mudi ini sudah lebih
jauh bermaddun dan terdidik dengan nilai-nilai murni.
Rencana pendek adik Dahlia itu adalah satu pncerminan
luahan hati rakyat semua kaum yang sebenar. Ia
dipaaprkan dengan jujur dan ikhlas sebagai
tanggungjawab generasi mereka. Serikandi harapan
generasi muda ini mahu kemerdekaan tanahair, masadepan
generasi bangsa dikembalikan seperti sediakala. Nampak
sekarang UMNO/BN yang dipimpin oleh Dr. Mahathir bukan
lagi jadi pilihan.
Dengan itu, sebagai orang Melayu, penyokong Barisan
Alternatif yang memperjuangkan Reformasi:
1. Kita sebagai rakyat harus berbangga bahawa adik
Dahlia mampu memberi gambaran sebenar apa sedang
diagendakan oleh Mahathir dan agen-agennya. Mungkin
bukan semua pemimpin dan penyokong UMNO/BN totok
sedar hakikat ini.
2. Kita bersyukur kehadhrat Illhahi bahawa serikandi
Barisan Alternatf generasi akan datang tidak semudah
itu melatah. Sebaliknya mereka berusaha memberi
ingatan kepada semua sebagai usaha memulihkan imej
bangsa dan agama Islam yang sebenar.
Malang sekali, apa yang kita nampak, pemimpin UMNO
seperti Fuad Hasan dan orang beragama seperti Kapt
Najmudin (Ustaz) ikut sama bermain sentimen dengan
Mahathir Mohamad hingga sanggup mengahsut pemimpin
kaum Cina seperti Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng
dipujuk supaya membusukkan agama Islam.
Cita-rasa Minda Generasi Muda
Tetapi kita berterima kasih kepada pejuang Raformasi
generasi muda dan bersyukur kepada Allah swt. kerana
generasi muda masa kini terus meneruskan mendedah dan
membanteran regim Mahathir dari berlaku
sewenang-wenangnya.
Kita berterima kasih kepada penulis-penulis internet
yang tidak putus-putus melakukan analisis tentang
kebusukan agenda Mahathir dan kroni beliau menghasut
rakyat memburukkan keutuhan agama Islam melalui proses
persendaan oleh regim yang berketuakan seorang
DIKTATOR ini!!
Kita berharap penyokong MCA seperti Ong Ka Teng,
pemimpin kerdill UMNO Fuad Hasan dan ustaz bangang
seperti Kapt Najmudin akan insaf bahawa mereka
sekarang sedang mengangkat seorang ketua mereka yang
sah bersahabat karib dan saling berpeluk-pelukan
dengan YAHUDI. Ketua mereka inilah yang sedang
merosakkan minda rakyat.
Jangan Mudah Dikelirukan
Membetulkan keadaan itu dan meletakkan kemerdekaan
tanahair, menegakkan kewibawaan bangsa dan meletakkan
kemurnian agama Islam ketempatan sewajarnya,
memperjuangkan “Keadilan dan menumbangkan Kezaliaman”,
mematahkan agenda buruk Mahathir untuk melanjutkan
“kuasa Diktatornya” dan segala macam Rasuah dan
Penyelewengan Mahathir harus dijadi KEUTAMAAN
perjuangan sekarang.
Kita harus terpesong dengan episod-episod BODOH yang
sentiasa di “sandiwarakan” oleh Mahathir untuk
“mengeliru dan mengalih” pandagan rakyat. Itu bukan
tugas adik Dahlia yang seorang ini saja.
Tanyalah diri anda, apakah sumbangan dan pengorbanan
anda pula menolak kebusukan agenda Mahathir untuk
memushakan negara, bangsa dan agama Islam ini?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)