INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH KEBATILAN!
Pemimpin dan Penyokong UMNO hilang pegangan!!
(Bhagian 2)
7. Apa Guna Mereka Ini Lagi?
Penganut Islam di negara ini dan rakyat yang
berpendidik makin tidak nampak langsung apa gunanya
pemimpin UMNO ini. Makin banyak soalan menerpa minda
mempersoalkan sejauhmana ilmu dan pengalaman hidup
mereka bermanfaat dan dimanfaati untuk tanahiar,
bangsa dan agama.
Mahathir kini ketawa besar. Sebagai keturunan berasal
“bukan Melayu”, memang dari mula niat dan nawaitu
beliau yang makin jauh meninggalkan budaya dan amalan
orang Melayu dibantu dengan sepenuh jiwa oleh pengikut
“UMNOisma” yang di Baruakannya.
Kebelakangan ini, dengan cara beliau mentafsirkan
Islam dan meletakkan agama yang menjadi darah daging
kepercayaan bertuhan orang Melayu itu, beliau sekarang
merasa megah dan bangga ‘to have proven to the world
as how stupid and idiotic the Malays are – no matter
how educated and how religeous they are..!!” (he
thought so).
Mahathir tahu bahawa seluruh rakyat sudah mentakrifkan
“Sandiwara Sauk” adalah sadiwara bikinan beliau.
Tujuan beliau mengadakan pementasannya adalah atas dua
sebab, iaitu untuk:
1) Memburuk-buruk dan meningkatkan ikhtiar
melumpuhkan Pembangkang PAS dan KeADILan’ dengan itu
beliau berharap akan membunuh ‘lawan’ dan sokongan
rakyat akan berkurangan berbanding UMNO/BN yang makin
kecundang (malangnya tidak juga);
2) Melindungi segala rasuah, penyelewengan dan 1001
kejahatan dan kerakusan beliau (Mahathir) dan
sekongkolnya yang menyebabkan negara ini, bangsa
Melayu dan agama Islam dan keseluruhan kewibawaan
politik, ekonomi dan kesopanan susila dan
undang-undang “jahanam”.
Makin hari makin jelas bahawa sandiwara yang bermula
dengan nama “Sandiwara Mahathir” wajib dipolitikkan
menjadi “Sandiwara UMNO”. Harapan Mahathir ia akan
akan berjaya menepati sasaran dan matlamat seperti
disebutkan diatas.
Malangnya segala tindakan beliau itu (walaupun sudah
berwawancara di TV/RTM (semua Channnel) masih juga
rakyat tidak “termakan”, khususnya orang Melayu –
penganut Islam.
Seluruh rakyat yang tahu bahawa tujuan sebenar
Mahathir ialah untuk menyembunyi dan melindungi niat
jahat, rancangan mega dan keserakahan budi dan maksiat
yang tersembunyi dalam benak kepalanya. Mahathir
adalah ‘didikan Syaitan’ yang direjam!
8. Gentar Serangan LamanWeb Reformasi
Jamaluddin Jarjis dengan muka yang serba-salah
benar-benar sukar meyakinkan rakyat dengan hujah
dangkalnya. Berkali-kali beliau menyebut betapa
berjayanya para penulis dan penganalisa ‘events’
LamanWeb mematahkan cerita dan huraian pemimpin dan
media UMNO yang tidak masuk akal.
Segala yang dipaparkan oleh seluruh jentera regim
Mahathir yang digunakan telah dihambat-sanggah oleh
penulsi lamanweb dengan penuh bijaksana. Makin nampak
betapa dangkalnya ilmu ‘penjarah UMNO’ dalam
perdebatan mereka. Memang padan, Allah swt. telah
membisikkan kebenaran kepada mereka yang mahu amanah.
Masihkah pemimpin dan penyokong tidak insaf?
Beliau bukan saja setakat kesal dengan jolokan penulis
lamanWeb menyebut peristiwa itu sebagai “Sadiwara
UMNO”, malah beliau nampak seolah-olah mengakui bahawa
“rakyat tahu pembongkaran rahsia kerajaan pemimpinan
Mahathir Mohamad yang menyebabkan UMNO/BN lingkop
hancur-lebur”.
Tetapi, kerana beliau terpaksa menerima geleran
bercakap, dan cakap beliau dirakamkan pula; maka
beliau terpaksa menggadaikan harga diri dan maruah
hingga memusnahkan degree Ph.D yang sedemikian sukar
dicari dulu.
9. Ulamak “Ular Senduk”
Begitu juga Hamid Zainalabidin yang terkenal “taksub
dan sanggup mendewa-dewakan Mahathir yang menganut
mazhab Mahathirisma”. Hamid Zainalabidin hilang segala
ilmu keagamaan yang sah dan sahih semata-mata
memikirkan dirinya wajib dijadikan “hamba Mahathir”
dan membantu memesongkan tafsiran “aqidah dan
ketuhanan yang benar lagi adil”. Lidah beliau
bercabang tiga, sejajar taraf “Ulamak Suk” penghuni
Neraka. Cakap macam ulamak, perbuatan seperti
“Dajjal”..!!
Hamid berhujjah dengan nada ‘tergap-gagap’ membela
“tuannya” yang makin melatah. Beliau tahu, Mahathir
meletakkan pisau tajam dibelakang tengkuknya.
Ketakutan yang keterlaluan memperlihatkan bagaimana
dalam terketar-ketar beliau sanggup memperlekeh Islam
dan penganut Islam di negara sendiri.
Beliau sedar betapa besar dosa menghalalkan yang haram
dan mengharamkan yang halal. Beliau sedar tidak amanah
kepada ajaran Allah swt semata-mata dalam perut gendut
berisi rezki haram mempersedan agama Allah.
Sedaya upaya Hamid cuba mengangkat setinggi langit
dakyah “pensekularan” Islam mengikut arahan tuannya
supaya disebarkan. Sah beliau contoh “Ulamak Akhir
Zaman”..!!
Itulah kuatnya perangkap yang dipasang oleh Mahathir
hingga pemimpin dan ulamak UMNO dan Kakitangan Awam
hilang jati diri, maruah dan harga jiwa untuk membela
bangsa. Mereka masuk kantung bagai belodok yang hidup
dalam “dua dunia”. Masyaallah jauhnya mereka ini
menyimpang!!
Kita dapat melihat bagaimana DS Anwar ibrahim sanggup
mengahdapi ancaman diluar perikemanusiaan yang
dikenakan sebagai tindakan kerana membetulkan keadaan
yang sangat bersalahan atas perbuatan Mahathir Mohamad
selama ini. Kerana kebenaran adalah dipihak beliau
(Anwar), rakyat makin nampak bahawa Mahathir dan
sekongkol pengampu beliau dalam UMNO dan perkhidmatan
awam patut sangat dinafikan hak mereka sebagai
pemimpin.
10. Ahli Asal Meninggalkan UMNO
Berkata seorang penulis internet di Lamanweb, katanya:
[[“….Terlupakah Mahathir kepada pemimpin2 UMNO Asal
bahawa utk mendapatkan sokongan orang Melayu, “you
have to win their hearts and soul; not by force of
power?”.
Malangnya, Mahathir tersilap langkah. Lagi keras
tindakan dilaksanakan seperti melarang diadakan kuliah
agama di pejabat2 kerajaan, melarang pendakwah
tertentu menyampaikan kuliah agama, menukarkan j/kuasa
masjid dgn orang2 UMNO (walau pun mereka jarang ke
masjid kerana diruntun gejala maksiat), menyekat itu
dan ini, maka lagi ramai orang Islam dan orang Melayu
menjauhkan diri dari UMNO”, katanya.
Sambung beliau lagi, “Dengan mengarahkan PAS membuang
perkataan Islam dari nama parti, tidak bererti akan
berbondong-bondong orang PAS keluar PAS dan terus
menyokong UMNO. Malah sebaliknya mungkin berlaku”.
Beliau berpesan kepada Mahathir dan para “penjilatnya”
supaya, “Muhasabahlah diri dulu. Jangan asyik menuding
jari kpd orang lain saja. Menuduh PAS menghasut dan
macam-macam lagi tidak akan mengubah pendirian rakyat
semudah itu menyokong UMNO”.
Zaman sekarang, rakyat sudah pandai menilai, tidak
mudah termakan hasutan. Kalaulah orang ramai begitu
bodoh dan naive, dengan penguasaan 100% parti
pemerintah ke atas media TV, radio dan akhbar,
sepatutnya sudah tentu kerajaan tidaak menghadapi
sebarang masalah mempengaruhi mereka, katanya.
Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Jadi “surely there must be something very SERIOUSLY
WRONG to UMNO and Mahathir’s ideolgy. Why don't you
all look into yourself one by one first? Yg benar
tetap benar, dan yg salah tetap salah?”]] kata beliau
menamatkan pandangan beliau yang ikhlas.
Soalan kita, “Bolehkah hati yang sudah berkarat
dibersihkan dengan air?” Lebih-lebih lagi saban hari
mereka memakan barang dari sumber yang haram dan
melakukan maksat besar?
11. Riaksi Rakyat – Bosan Kepada UMNO/BN & Mahathir
Reaksi kepada tindakan regim Mahathir sangat
keterlaluan. Itu adalah pernyataan rakyat. Tindakan
pemimpin UMNO yang "keterlaluan" merupakan reaksi
kepada ugutan Mahathir terhadap mereka yang melampaui
batas.
Contohnya, Fitnah dan keaiban yang dituduhkan terhadap
Anwar dan fitnah Mahathir terhadap parti Pembangkang
dapat disamakan seperti karenah sebuah regim Yahudi
memerangi umat Arab dan penganut agama Islam.
Kalau pemimpin UMNO yang sentiasa merancangkan agenda
dan jika pendakwah bebas menunjukjkan jalan yang benar
disisi Islam ditafsirkan oleh pemimpin UMNO sebagai
mencari kesalahan, tidakkah itu bermakna pemimpin
UMNO sendiri yang mengakui diri mereka ‘membudayakan
amalan Jahiliah’??
Misalnya jika pegawai kerajaan yang mengetahui
selok-belok pentadbiran dan faham apa kesudahan
permainan ugutan Mahathir dan jongos-jongosnya yang
mengancam rakyat; kemudian ramai diantara mereka yang
membenci kerajaan, itu bukan salah Pembangkang.
Pihak yang berkuasa Kerjaan sebaliknya menggunakan
"kuasa dan kekerasan” menindas rakyat kerana
berhasrat tamakkan “kuasa" hingga sanggup merosakkan
nilai hidup rakyat banyak, pasti rakyat akan
menghumbankan mereka. Pasti juga mereka yang mempunyai
keluarga dikampung dan di desa merasa diri mereka
dipersendakan.
Namun, selagi regim Mahathir bergantungn kepada
sokongan rakyat, Mahathir akan kalah berperang dengan
rakyat. Kerana kuasa demokrasi ditangan mereka;
mereka sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power) akan
melumpuhkan regim ini bila sampai waktunya.
Lihatlah……UMNO/BN lingkop habis di TERENGGANU dan
KELANTAN. Tidakkah itu contoh ledakan kuasa rakyat?
Soal bermuhasabah dan memenangi balik hati dan jiwa
rakyat itu bukan teori kosong. Malangnya pemimpin UMNO
masih menafikan kebenaran dan kenyataan itu. Kerana
itu UMNO beransur-ansur hilang dari lipatan sejarah.
Apa boleh buat. Nasib malang sendiri yang cari.
Itulah dia Politik. Seorang pemimpin yang "kurang
bijak "menggunakan kuasa tetapi rakus-tamak hingga
berlagak seorang Diktator, biasanya boleh berkuasa
dalam jangka pendek sahaja. Mungkin Mahathir sudah
membilang harinya dengan jarinya.
11. Perjuangan Anwar Adalah Universal
Disinilah kekuatan perjuangan Anwar yang disokong
rakyat. Fitrah manusia adalah mulia disisi Allah swt.
Kezaliman dan tipu daya serta penyiksaan akan lupus
dengan kekuatan fitrah manusia yang yang menegakkan
Keadilan dan Kebenaran.
Anwar berjaya menjuarai gerakan menumbangan Kezaliman
Mahathir dan UMNO/BN – suatu perjuangan yang dihayati
bersama oleh parti Pembangkang tanpa mengira bangsa,
lapisan hidup, budaya dan agama. Mahathir nak buat
macamana? Tidakkah elok dia bunuh diri saja? Kan Look
East Policy menghayati dari budaya Jepun? “Harakiri”
lah, apa salah?
Bermakna perjuangan Anwar adalah universal berbanding
UMNO yang hanya berjuang sekadar memenuhi “tembolok”
Kelompok UMNO/BN saja. Beda kedua-dua mereka (Mahathir
dan Anwar) bagai bumi dengan langit. Rakyat melihat
sudah sekian lama.
12. lamak “Keparat” UMNO
Mahathir jangan salah anggap. Rakyat tidak perlu
dihasut oleh Pembangkang; kerana perjuangan Fitrah
manusia adalah naluri kurniaan Allah swt. Disitulah
ulamak UMNO tersilap tafsir ilmu yang dibalut didalam
lipatan “serban besar” mereka. Makin nampak serban
mereka sudah jadi “cawat” untuk diselitkan dicelah
kangkang untuk membalut “kemaluan besar” mereka
kecut-lisut deperah Mahathir Laknatullah!
Cuba tanya pendakwah “Mahathirisma” seperti Hamid
Zainalabidin, Menteri “Ajaran Sesat” Hamid Osman,
Lebai “Katak Lompat” Nakhaie, Penerbit filem maksiat
Dusuki Ahmad, Zainal “besaq teloq” Melur – apakah
mereka sudah buat untuk membetulkan aqidah Mahathir
yang menyimpang lagi menyimpangkan rakyat? Mengapa
mereka takut mengangkat lidah membantah?
Makin nampak ulamak UMNO adalah golongan “ulamak
Keparat” yang paling jelas mengajar “Ajaran Sesat”
yang menyesatkan “aqidah”. Jiwa mereka rosak kerana
wang ringgit dan pangkat-darjat. Kemana hala tuju
segala makrifat? Sudah menjadi Ulamak Kurafat?
13. “Drama Sauk” adalah “Drama Pembunuhan”
Walaupun begitu berusaha Mahathir mewar-warkan agenda
“Drama Sauk” sebagai lakunan mendorong rakyat membenci
dan mengaitkan PAS supaya dianggap terlibat; namun
kezaliman Mahathir dan UMNO sudah lebih 2 tahun
diperhatikan rakyat. Inilah hakikat politik untuk
kepentingan orang perseorangan. Pihak penyokong 100%
jadi “jembalang”.
Rakyat sudah memberi petanda supaya UMNO/BN
bersedialah ditumbangkan rakyat. Parti Pembangkang
tidak menghadapi tekanan apa-apa. Makin nampak
sekarang penindasan pihak yang berkuasa terhadap
mereka melambangkan kelemahan regim ini sudah sampai
kepenghujung jalan.
Inilah parti kedua dalam sejarah negara ini – parti
Melayu yang akan hilang luput ditelan sejarah. Kita
akan lihat, Insyaallah dengan kebesaran Allah swt.
Sekian.
Allahu Akbar!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)