Assalamualaikum WW,
Kepada semua saudara Islam yang saya hormati,
Kepada Editor malaysiakini.
KITA sudah lihat bantahan keras dari netters Islam
mengenai surat Radhakrishnan Muthiah bertajuk “Do we
need a moral code?” bertarikh August 4, 2000, yang
siarkan oleh akhbar internet malaysiakini.
Dari pandangan dari surat-surat pembaca yang tersiar
di lamanweb FGR (setakat yang kita lihat), dapat
dirumuskan bahawa bantahan keras dari netters Islam
adalah menunjukkan mereka menuntut supaya malaysiakini
melaksanakan satu tanggungjawab kewartawanan berhemah
selaras dengan Perlembagaan Negara dan Akta Hasutan
yang menegah mana-mana pihak mencerca mana-mana ugama.
Malaysiakini harus bertanggungjawab memperbetulkan
keadaan dengan melakukan sesuatu selaras dengan etika
kewartawanan amalan biasa.
Merujuk bantahan dan pandangan penganut agama Islam di
internet (Laman FGR setakat yang ditemui), diharap
(dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
dengan kebesaran junjungan kita Muhammad saw. dan
kesucian Islam yang aman) diharap Editor MalaysiaKini
melakukan pelupusan (delete) keatas surat terbabit
dengan serta-merta dan meminta maaf kepada pembaca
secara terbuka.
Adalah seperkara yang lebih bermaruah jika
malaysiakini melakukan seperti yang dituntut itu
supaya mengelakkan dari pebuatan yang tidak
bertanggungjawab seperti itu tidak berlaku lagi dimasa
akan datang.
Umat Islam di negara ini wajib merasa terhina,
diperhina, dan rasa kesal dan amat tersinggung oleh
sikap mana-mana sumber maklumat yang sejajar dengan
tabiat, karenah, amalan biadap yang tidak beretika,
“anti-sosial’ dan “anti-ISLAM” seperti surat
Radhakrishnan Muthiah yang diluluskan untuk siaran
oleh editor malaysiakini itu.
Tuntutan netters membantah keras kerana malaysiakini
telah ditakrifkan oleh netters Islam sebagai memulakan
satu agenda menyerang Islam di negara ini andainya
berdegil tidak melayan tuntutan netters Islam yang
mengetahui wujudnya rencana/surat Radhakrishnan
Muthiah bertajuk “Do we need a moral code?” bertarikh
August 4, 2000, yang siarkan oleh akhbar internet
malaysiakini.
Selari dengan itu, perkara ini akan diperhatikan
sehari dua lagi. Andainya tuntutan itu tidak diambil
perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab di
malaysiakini, maka terpulanglah kepada pihak berkuasa
kerajaan, mana-mana gabungan sekutu agensi NGO,
Jabatan Kerajaan berkenaan, parti-parti politik yang
bertanggungjawab menjunjung kewibawaan Islam (seperti
termaktub dalam Perlembagaan Negara) supaya melakukan
sesuatu yang wajar positif bagi mempertahankan
keunggulan agama Islam (seperti termaktub dalam
Perlembagaan).
Diharap semua Laman-laman Web yang wujud disini
meletakkan “Logo & Slogan” bantahan terhadap
malaysiakini mengikut budi bicara anda.
Umat Islam di negara ini tidak akan menerima agamanya
disalahtafsir dan perlekeh oleh bukan Islam yang bebal
dan kufar. Umat Islam tidak mahu menanggung dosa besar
sebagai bersekongkol membiarkan satu puak lain
mempersenda agama Islam secara sengaja tanpa diambil
tindakan berkesan.
Apa yang ditulis oleh pihak netters Islam adalah
rumusan yang hak bagi umat Islam demi mempertahankan
ugamanya. Diharap malaysiakini akan melakukan seperti
yang yang tuntut kerana ini adalah hak orang Islam dan
bukan hak akhbar internet malaysiakini berdegil atas
sebarang apa juga alasan MENAFIKAN hak itu.
Sila letakkan akhbar anda semula ketempat yang
dihormati dan sewajarnya .
Sekian. Terima Kasih
Amin Sapiro
7 Ogos 2000.