ORANG MELAYU wajib membicarakan perihal tajuk ini
secara serius. Selama ini Mahathir dan kroninya sedang
berencana untuk menipu orang Melayu dengan berusaha
memberi makna dan tafsiran mengenainya mengikut versi
beliau. Malangnya, ia makin jelas menyimpang dan
terkeluar dari apa yang diharapkan oleh orang Melayu
pejuang Anti Malayan Union dulunya.
UMNO “Asal” – sebelum Dr. Mahathir mengambilalih
sebagai President parti, memperlihatkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang merangkumi kemudahan pembiayaan
pendidikan, peluang pekerjaan, bantuan perniagaan dan
perusahaan, hak orang Melayu mempertahankan hak asasi
di negara sendiri, peruntukan kedaulatan Raja-raja
Melayu melindungi rakyat – selari dengan yang
diperakukan Perlembagaan dan undang-undang.
Tetapi selama Dr. Mahathir menerajui UMNO/BN dan
selanjutnya pemerentahan negara (selama kurang lebih
18 tahun); apa yang nampak – kesemua itu makin
terhakis, dikikis dan dibuang jauh dari kehidupan
orang Melayu.
DEB bertukar menjadi Dasar Ekonomi yang di”Baru(a)”kan
oleh Mahathir untuk mengisi tembolok rakus rakan
kongsi kroni dan nepotisma anak-beranak beliau.
Mahathir lebih mengutamakan rakan kongsi kroni seperti
Eric Cheah, Vincent Tan, Tan Pheik Khing, Abdullah
Ang, dll. Kerana kesemua mereka ini tidak
berpelajaran, mereka tidak ada rasa tanggungjawab
sosial. Mereka sanggup dan tidak teragak-agak
melakukan apa saja untuk mendapat kekayaan.
Mahathir amat menyayangi dan lebih mempercayai mereka
dari orang Melayu yang lebih jujur dan berpelajaran.
Kerana, dasar peribadi Mahathir adalah jelas
memprcayai bahawa: untuk memperolehi kekayaan,
seseorang itu tidak wajar dan tidak perlu jujur,
bersih dan berpegang kepada norma-norma akhlak yang
terpuji seperti amalan umat Islam.
Dengan itu, Mahathir menggalakkan manipulasi dan
rompakan keatas harta rakyat. Mahathir melindungi
mereka yang terlibat dalam kemuflisan PERWAJA, Indah
Water Consortium, Syarikat Perkapalan “Mirzan”
(sekadar menyebut cuma) dan membiarkan rakyat
menanggung hutang puluhan billion. Kerana Mahathir
tahu, PETRONAS masih ada untuk dicagarkan.
Maka dengan itu, orang Melayu UMNO yang sah telah
dikasi dan dibaruakan, dan kemudiannya telah
diperlakukan sebagai “eunuchs”, tunduk akur mencium
najis Mahathir – seorang sepinggan..! Mereka sanggup
menjadi pemimpin dungu lagi bebal hingga meredhakan
sistem pentadbiran negara semacam diFeudalkan.
Dengan membenarkan segelintir pemimpin UMNO melakukan
rasuah, penyelewengan dan maksiat; ditokok dengan dua
tiga orang kakitangan awam di jabatan Polis,
Kehakiman, Peguam Negara dan BPR, beberapa Ketua
agensi rakyat yang diswastakan diberi ganjaran besar –
Mahathir sewenangnya mengugut mereka mengikut telunjuk
beliau!!
Akhirnya mereka yang terbabit diperangkap dengan
mudah, dijadikan abdi dan hamba hingga sanggup
melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada rakyat
banyak yang dahagakan khidmat mereka!!
Sekaligus dengan itu, kemudahan biasiswa pendidikan
orang Melayu bertukar menjadi “pinjaman dan hutang”,
peluang pekerjaan cuma setakat menjadi “minah dan
mamat kilang”, kakitangan awan bawahan diperhambakan
dengan ganjaran sekadar cukup makan, dan bantuan
perniagaan dan perusahaan dibebani “bunga dan cagaran”
yang dibolot oleh jutawan Bank..!!
Soalnya: Mana mungkin UMNO “Baru(a)” yang sudah
menjadi hak milik Mahathir akan memberi orang Melayu
hak mempertahankan keistimewaan mereka; jika
segala-gala yang diwujudkan cuma menelusur demi
kepentingan dasar kronisma dan nepotisma agenda
Mahathir semata-mata.
Tanya peneroka FELDA, siapakah yang memiliki tanah
mereka yang dipujuk supaya tergadai? Tanya Raja-raja
Melayu – sejuhmanakah kedaulatan Baginda melindungi
rakyat.
Perhatikan dengan teliti, bahagian manakah dalam
Perlembagaan yang melindungi Mahathir hingga
seakan-akan beliau berhak memanipulasi undang-undang
guna melindungi diri beliau sendiri dari heret ke
makhkamah untuk dibicarakan. Adakah?
Tanya orang Melayu yang berdemo di Dataran Merdeka dan
di Masjid Negara, apakah mereka punya keistimewaan
jika mereka dibelasah dan dihumbankan ke dalam lokap
Bkt. Aman?
Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apakah ‘mata lebam’
beliau mencerminkan hak keistimewaan beliau (jangankan
sebagai orang Melayu) malah diperakukan sebagai
manusia oleh regim Mahathir?
Tidakkah makin jelas sekarang bahawa “Hak Keistimewaan
orang Melayu” tidak ada dalam Perjuangan UMNO Barua(a)
ciptaan Mahathir?
Habis, apakah rasionalnya Pemuda UMNO berdemo
bergila-gila kununnya memperjuang ‘hak keistimewaan
orang Melayu”, dan Mohd Khir Toyo pula mendabik dada
kununnya sanggup “bermandi darah” untuk tujuan yang
sama. Tidakkah lebih mudah mereka mencabar Mahathir
supaya UNDUR saja dari takhta palsu beliau dari
berkarenah seperti budak-budak kurang akal?
Aduhai… makin nampak puak UMNO Baru(a) ini sudah jadi
sehabis-habis dungu lagi bebal – paling tidak cerdik
dengan bertindak bodoh tidak berakal..!!
Harapan orang Melayu cuma satu sekarang: mujur baik
ada BARISAN ALTERNATIF sebagai pilihan untuk berusaha
mengembalikan hak orang Melayu supaya bebas berpolitik
dan mengamalkan agama anutan seperti yang tercatat
dalam Perlembagaan. Mereka tidak mahu diganggu-gugat
oleh penyangak upahan regim Mahathir yang sedang
bermaharajalela (kabarnya hingga ke ruang masjid dan
mimbar).
Untuk itu, tahun 2003/4 adalah target terakhir orang
Melayu membuat pilihan untuk hidup lebih sejahtera
buat generasi yang bakal lahir di abad ini. Penentuan
itu ada di tangan orang Melayu hari ini!!
Awasi jangan pula digadaikan percuma kepada petualang
UMNO “Barua”..!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)