“Kawan lamo” saya Hj. Mohammad Nor (Pak Aji) – semasa
kami berkhemah di Laman Perdana FKM2” yang
dikendalikan sdr. WebAntu; adalah antara sahabat kami
yang bercakap berlandaskan Al-Quran dan Hadis
saja-saja. Berbeda sikit dengan kawan kami lagi satu
sdr. Kubang Pasu. Beliau ini adalah penulis paling
serius antara kami.
Tanya Ummi Nasuha, tahulah macamana gembirannya kami
sekelompok bercanda bagai “boy scout and girl guide”
sedang lompat-lompat main “camp-fire”. Masing-masing
dengan gelagat dan acara yang menjadikan satu laman
WebAntu cepat leyap masuk arkib…!!
Hari ini saya terbaca komen “Kawan lamo” saya Hj.
Mohammad Nor sebagai thread jawapan. Beliau
mempersoalkan seperkara yang kadangkala kita lupa dari
ingatan. Memang betul kata beliau, Mahathir tak akan
peduli walau ISNA, Professor dari Cambridge atau
‘Nobel Prize Winner” boikot beliau. Kalau Jepun
boikot, baru Mahathir ‘menggeloh tergaruk-garuk’.
Hehehe…!! Caya la lu..!!
Tapi ada lagi satu orang yang Mahathir takut dalam
politik ni. Orang itu ialah Hj. Subky Latif – pemimpin
PAS yang nayris-nyaris menyebabkan Mahathir “tumbang
antan”.
Seperti Mohamad Sabu yang sanggup ke tepi pantai Kuala
Kedah menunggu nelayan pulang untuk berceramah, Pak
Subky ini sanggup meredah bendang – relung demi
relung, menemui si Pak Mat dan Mak Yam sambil bertanya
khabar.
Berbanding Dr. Mahathir yang cuma bercakap melalui
televisyen RTM dan TV3, pakai bush-jacket atau coat
bertali leher – kebanyakan orang bendang dah muak
dengan karenah Wakil Rakyat UMNO macam Mahathir – cuma
berkempen bila eleksyen dah dekat tiba saja.
Kepada Tuan Hj. Mohammad Nor, saya ucapkan terima
kasih kerana mengingatkan saya. Sebenarnya orang Jepun
pun dah lama sedar, sesungguhnya Mahathir dah tak
masuk “buku shampoa” mereka. Malangnya surat kabar
Amno dan TV M’sia tak habis-habis nak bohongkan
rakyat. Kunun negeri kita dah kembali kaya semula.
Mungkin surat khabar Amno pun ada agenda “udang
disebalik batu” juga.
Tapi kalau bercakap dengan korporat Jepun, mereka
semua kata…..”Korah..korah… itu Mahadey-san… nomor
satu Bagero punya orang nooooo~~~~!!”
Tu sebab spare-parts Proton Saga banyak “Made in
Taiwan” dan impot dari Siam. EON bohong kata, ini
spare-parts orginal punya.. Pakai 3 bulan dah jahanam,
nama Jepun busuk. Langsung CEO bungkus cabut pulang
setelah bertekak dengan Rafidah!!
“Look East Policy” pun dah tinggal cerita ‘lamo’
saja. Jepun ajar budak-budak kita setakat “cuci plug”
aja.
Yang teruk lagi, Jepun tak nak bagi duit Mahathir nak
pijam. Macamana si penyangak tua ni nak bayar, sebab
semua duit Mahathir pakai nak beli spare-parts Global
Express, membuat renovation dan membetulkan atap
Mahligai Putra Jaya yang dah mula bocor di landa
taufan BA & KeADILan.
Kita tunggulah Pak Aji yaaaa… selepas tahun 2003/4,
kita cakap kat orang Jepun, “Sekarang itu Bagero-san
kita orang Malaysia sudah kasi ‘bye-bye’ dan di
‘Sayonara’kan terpuruk dalam penjara Sg. Buloh. Ini
keputusan rakyat punya ‘erecton’
(election…hahaha..!!), kan? Kan? Kan?”.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)