Hari ini saya tak sangka mendapat e-mail dari seorang
bernick-name “Wanita Anggun” UKM (jangan marah ya).
Pertama kali saya menerima e-mail seindah itu
bahasanya. Tersusun rapi, penuh irama. Rasa macam saya
membaca Hikayat Sita Dewi dan Seri Rama pula. Nasib
baik bukan cerita si Kitul dan Raja Mandeliar. Mungkin
Cik Puan kita tuh dah lupa kesah Sultan Melaka –
Hikayat Tun Seri Lanang!!
Kandungan emailnya mudah saja. Tapi falsafah dan
argument yg beliau ajukan kepada saya, sampai sekarang
saya masih tarik nafas panjang memikirkannya.
Betapa tidak. Beliau bertanya, apakah agenda
mereformasikan minda rakyat memadai dengan demo,
ceramah dan tulisan di internet saja. Walhal Dr.
Mahathir sudah begitu rapi “pasang kaki”, main
“kuntau” di mahkamah, dengan SPR sudah dibeli murahan,
dengan kempen pembohongan melalui media massa arus
perdana, gunakan jentera kerajaan dan wang
berbilion-bilion mengngkosi Konspirasi..! Ummi Helfida
yang begitu murah diupah begitu mahal. Azizan
berpunggung lunak dikatakan keras seperti belulang
kerbau dijemur. Masihkah reformasi akan berjalan
lancar dan berjaya menemui sasaran pd tahun 2004?? –
katanya.
Tergamam saya nak menjawab. Kalau ada kawan-kawan
seperti Ezam, Chandara dan Tien Chua bantu saya jawab
alangkah leganya saya. Mana boleh ‘bilis’ macam saya
mau jadi ‘jerung’ nak nyeberang lautan dalam. Tengok
gelombang pun nyaris-nyaris pengsan.
Saya baru saja terfikir nak menjawab. Saya draf
baik-baik supaya bahasa saya tidak terkasar. Mana tau,
entah-entah cik puan “Wanita Anggun” UKM ini adalah
cendekiawan yang tak mudah dilawan dengan “temberang
lapok” macam kebiasaan. Entah-entah dia “Shahrizat”
sendiri yang HOT membaca komen saya pagi tadi – mana
tau yek?
Saya jawab pendek saja, kata saya: “…..Cik Puan, sila
ke FGR dan boleh kita debatkan. Ini soalan berat,
bukan hak saya seorang boleh bagi jawapan”.
“Maklumlah”, kata saya, “Barisan Alternatif nampak
memegang prinsip demokrasi. Itu bermakna, “The sharing
of wealth amongst common people”. And that is
comparatively alien to UMNO/BN who is proned to “The
sharing of misery amongst the ‘have-nots’, whilst
wealth and prosperty is to be monopilsed by cronies
and those kins of the UMNO/BN leaders….!!”. (Hehehe…!
Saja jolok sikit minda Cik Puan yg super-inteligent
itu).
Saya sambung lagik. Gagasan anti Malayan Union yang
diwar-warkan Mahathir langsung tak boleh pakai. Itu
bukan slogan anti penjajahan. Sebaliknya Mahathir
jadikan slogan itu untuk “MENJUAL Melayu MEMBELI kaum
Cina”. Mohd Khir dah macam hyterical sampai nak
bermandi darah. Pemuda UMNO tak pasal-pasal buat demo
haram, bikin bising macam kelasi lanun “tongkang
karam”.
Sementara itu Mahathir tepuk tangan main gendang
“African Talking Drums”. Bagi signal kat Lee Kuan Yew
dengan berkata…”I say ma friend… come over! You can
witness the sea of change – how stupid the Malays
are!! I’ve swerved Malay nationalism into inisiating
quarrels among themselves. If anything happens to me,
pls house my family in S’pore awaiting their last
ditch to Argentina. I have my ranch and some horses
there. Pls don’t ever extradite them back to Malaysia.
I know for certain, no body gives a damn about me,
should I die tomorrow. Once Anwar is pardoned, that’s
the end of UMNO’s and BN’s cronies….”.
Saya tanya Cik Puan itu, sejauh mana keyakinan beliau
dengan rancangan manusia mengatasi kudrat Allah swt.
Hitler pun ada impian seperti Mahathir juga. Begitu
juga Caucescue, Reza Pahlavi, Pinocette, Marcos,
Soeharto..!! Akhirnya, dunia menyingkirkan mereka.
Seseorang yang berperang dengan rakyat, akhirnya mati
dalam buangan. Hari ini pun Mahathir sudah kehilangan
sejumlah besar kawan-kawan. Bukti nyata, beliau sudah
bermain dengan serigala di zoo negara di hutan Afrika.
Mungkin sikit hari lagi, Mahathir akan jadi raja kaum
pygmi othentot yang punya bahasa cuma dipinjam oleh
Steven Spielsberg untuk bikin suara latar dalam
Jurrasic Park!!
Dalam manusia sedang berhadapan dengan tamadun yang
berasaskan rasional, Mahathir tidak boleh lagi ‘jual
temberang’ macam tahun 1969. Malay Delima karangan
Mahathir sudah ketinggalan zaman. Asian Renaissance
menjadi bacaan seluruh Asia pula. Pencerakinan manusia
bukan setakat melihat yang nyata saja. Manusia sudah
mampu melihat galaxi dan pulsar diangkasa lepas dengan
bantuan komputer.
Orang Melayu sudah mampu mengenal diri mereka.
Walaupun UMNO mengaku parti itu berasal dari usaha
gigih pejuang kemerdekaan, namun bila ia tidak lagi
mampu menunjukkan bukti-bukti seumpamanya, soal
‘nostalgia dan sentimen’ akan hilang dari lubuk hati
rakyat jelata. Pastinya, inilah context Reformasi yang
sedang berkembang dan makin dihayati orang Melayu
generasi masa kini.
Mana mungkin Mahathir mampu membalikkan jarum jam
kebelakang. Mahathir sudah hilang upaya. Makin
Mahathir lewat undur, makin UMNO/BN akan terpuruk
tidak mungkin dapat merobah keterampilan imej yang
sudah kikis dan pudar!!
Terserah pilihan itu kepada UMNO. Rakyat sudah tetap
dengan pendirian mereka!! Cuma tunggu masa saja!!
Insyaallah….. ! Tahun 2004..!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)