Pagi-pagi Jumaat ini, setelah kita solat Sujud
Sejadah, mungkin kita pulang ke rumah dengan dada yang
lapang dan rohani penuh itiqamah. Seperti biasa kita
akan keluar semula, bertebaran mencari rezki yang
diredhai Allah swt.
Di dada akhbar “Utusan Amno” pagi ini kita terpesona
dengan paparan wajah ‘tersengeh’ dengan rambut terjueh
muka ‘budak betina’ bergincu tebal. Sekali pandang
saling tak tumpah macam Ning Baizura…Hahaha..!
(mengumpat sikit).
Itulah dia muka primadona WANITA UMNO: Shahrizat Abdul
Jalil yang bercakap tentang “MENGUKUHKAN LANDASAN
PERJUANGAN WANITA”.
Sebagai Timbalan Menteri pilihan Mahathir, memang
patut beliau menyeru Wanita UMNO untuk “mengukuhkan
landasan perjuangan wanita” – kalau boleh biarlah
“luar – dalam”. BAGUS! BAGUS!..Hahaha….!!
Shahrizat dilaporkan sebagai berkata, ''Fungsi tradisi
mereka (wanita) mengasuh anak-anak dan masyarakat
tentang nilai-nilai murni – tidak boleh diabaikan”.
Beliau percaya wanita tidak menginginkan lain-lain
kebahagiaan selain kesejahteraan keluarga, bangsa dan
negaranya, katanya. Utusan promos sikit lafi, kata
pulak …”penuh harap”..!
Disini, terpinga-pinga kita sebentar dan bertanya,
apakah benar Wanita UMNO beriltizam bagai dikata?
Sepanjang yang kita tahu teringat di kepala kita
bagaimana Dr. Mahathir melakunkan “liwat” dihadapan
Wanita UMNO – isteri orang dan ibu kepada anak-anak!!
Perlu sangatkah Dr. Mahathir bercakap sebegitu bebas
dengan menunjukkan secara jelas dengan “henjut
punggung dan permainan jari” seperti Adnan Yakob di
Sanggang?
Yang pelik kepada Wanita Barisan Alternatif, Wanita
UMNO memandang dengan penuh minat! Seolah Dr. Mahathir
sedang memberi ‘tuition dan turtorial khas” mengenai
“liwat”..!! Sebab apa gerangan Wanita UMNO (vis a vis
Shahrizat) tidak mengkritik ‘godfather’nya berlagak
sebagai ‘mahaguru MAKSIAT’?
Surat khabar UMNO menerangkan, khabarnya Shahrizat ada
strategi-strategi yang terkandung dalam Pelan Tindakan
Pembangunan Wanita. Kununnya ia bertujuan membantu
kerajaan mengadakan dasar-dasar, peraturan-peraturan
dan undang-undang yang lebih “mesra wanita”.
Kita merasa bangga juga. Tetapi perkataan “mesra
wanita” itu harus diawasai dengan ketat. Sebab
kerapkali …hehehe…para jejaka UMNO sering mengadaptasi
perangai “tak senonoh” seperti apa yang pernah
dilakukan oleh Rahim Tamby Chik, Abu Hasan Omar, Megat
Joned, Md Isa Samad, Md Tyson, Shahidan Kassim dan
puluhan “pria UMNO” yang “gian betina”. Seolah kaum
wanita bagi mereka, setaraf dengan wanita “zaman
jahiliyah”. Pepatah Melayu, “mana yang beringsang
semua ditakrif sebagai IKAN..”!!
Wanita UMNO sendiri janganlah pulak jadi “agen
penggalak” membangkitkan semangat “jejaka UMNO” yang
mudah “naik MINYAK”. Banyak yang pulang dari
Perhimpunan Perwakilan UMNO di PWTC, belum sampai 5
minit … hehehe…pinggan mangkuk dah
“..prunggg..pranggg!!… prunggg..pranggg…!!” ke
dinding!! Komplen yang biasa…”Kenapa handfon awak
matikan?”
Kabarnya ada yang ke rumah Tok Kadzi meminta cerai.
Maklum sajalah, setelah mendapat tauliah sebagai
wanita berdarjat yang menggamatkan negara dengan skrip
yang dibaca di rostrum persidangan – terbawa-bawalah
“srikandi fesyen UMNO” hingga cuba nak bersyarah pula
kepada suami yang duduk terjelepok di rumah menemankan
anak-anak!!
Yang “jantan UMNO” pulak terhegeh-hegeh,
terangau-angau betapa indahnya “Disko Dangdut” yang di
jelajahi sementara di KL. Masih kempunan keempukan
tubuh GRO dalam pelukan – sponsor taukeh-taukeh
korporat Cina yang sekaligus melantik beliau sebagai
proksi tender berjuta!!
Seharusnya, sebelum Shahrizat membetulkan wanita
Melayu Islam amnya sebagai rakyat yang baik, elok
sangat Shahrizat membetulakan keperibadian Wanita UMNO
terlebih dahulu – khusunya mereka yang sekarang banyak
terlibatkan dengan gangguan seks!!
Tak perlulah Shahrizat nak berangan-angan terlalu
banyak hingga pening kepala untuk berfikir
mengenalpasti ciri-ciri untuk diberi penekanan bagi
wanita mengahdapi alaf baru yang mencabar.
Yakin sudah laaaa: Dalam Islam semuanya ada!
Kesejahteraan wanita sudah sedia dikenal pasti
berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Itulah yang menjadikan
wanita Barisan Alternatif begitu dihormati rakyat,
contohnya Datin Seri Wan Azizah – isteri bekas
Timbalan Perdana Menteri yang dikhianat dan
dipernjarakan Presiden UMNO yang paling tidak
bermaruah!!
Sebagai permulaan, I tell you Shahrizat…”You tolonglah
betulkan TUDUNG KEPALA you tu dulu...!!”. Bukan cun
sangat you mengada-ngada macam “Mak Ketam. Kan kita
“kawan lamo” masa dalam AMNO dulu, sape tak kenal
Shahrizat ‘primadona UMNO unggulan”, kan?”
….Hehehe….”Unggulan” pulak… HAHAHA..(tentu ramai geng
Amno yang sama ketawa dengan Amin Sapiro..!!).
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)