KITA merasa amat sedih apabila pemimpin negara kita
ditolak oleh pertubuhan Islam antarabangsa seperti
ISNA untuk menyertai persidangan bertaraf dunia itu.
Jika dalam Islam semua penganut ditakrif sebagai
‘ummah’ yang bermaksud tidak pilih bulu – keturunan,
warna kulit, bangsa, dll; selagi mereka beraqidah,
mereka dianggap saudara seugama – tetapi kenapa Dr.
Mahathir dinyahkan?
President ISNA, Muzammil H Siddiqi menjelaskan bahawa
penolakan ke atas Dr. Mahathir dari mengahadiri
Persidangan mereka yang sedemikian berprestij adalah
atas saranan dan tuntutan persatuan Islam seluruh
Amerika Utara yang berjumalah lebih 300 buah. Punca
utama adalah bersebab dari keterlibatan Dr. Mahathir
yang dilihat secara langsung dan terang-terang
menganiaya DS Anwar Ibrahim dan umat Islam di
Malaysia.
Bukan sekatakat mereka saja yang menganggap Dr.
Mahathir “tidak senonoh”, malah, beliau turut
disisihkan oleh beberapa cendekiawan akademik
Universiti Cambridge, London. Mereka spontan menolak
jemputan penganjur (biayaan Malaysia) kepada mereka.
Seorang penerima anugerah hadian kedamaian Nobel
diberitakan mengetuai boikot tersebut. Ini memalukan
negara!
Ini adalah satu petanda jelas bahawa sikap dan agenda
regim yang dikepalai oleh Dr. Mahathir yang yang
memerentah negara ini sedemikian berminat melakukan
kezaliman dan membunuh bibit-bibit keadilan, menafikan
pentadbiran demokratik dan perakuan terhadap hak asasi
rakyat di negara ini; telah mendapat kutukan dunia
sejagat.
Hematnya, keadaan yang timbul adalah contoh kesan dari
sikap dan karenah sebuah regim yang cuba memisahkan
“Agama dari politik”.
Kita makin hairan, apakah ulamak UMNO masih tidak
nampak dan cuba mempelajari hakikat dan kesan akibah
yang timbol dari karenah Dr. Mahathir yang begitu
ghairah berusaha memisahkan “Islam dari politik”
rakyat.
Sebaliknya mereka seakan-akan merestui pencemaran
Islam yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam banyak
hal mentadbir negara, hingga rakyat dunia bukan Islam
turut mencemuh beliau.
Makin nampak sekarang PAS yang telah jelas berjaya
membuka mata rakyat dan dunia; hingga makin nampak ia
berwawasan menegakkan keterampilan Islam di mata
dunia.
Malangnya, Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan
rakyat yang berusaha untuk meletakkan negara ini
ketahap negara maju – selari dengan tuntutan zaman
era siber, globalisasi dan tamaddun dunia yang makin
menghayati keagungan Islam.
Jelaslah Barisan Alternatif adalah sebuah parti
politik yang berketerampilan dan bersesuaian dengan
kemahuan rakyat dan cita-cita negara.
Proses yang berlaku sekarang menjurus kepada satu
fokus iaitu ‘kemusnahan UMNO dan Barisan Nasional’
yang ditadbir oleh sekelompok manusia “penyangak” yang
sanggup melakukan penipuan, pembohongan, maksiat dan
dosa besar memungkiri janji yang diamanahkan rakyat
banyak!!
Selagi UMNO dan komponen BN masih memilih Mahathir
yang beragenda dengan pelbagai sandiwara menghina
bangsa, Rakyat pasti akan mengikis parti ini dari
lipatan sejarah!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)