RAKYAT makin nampak bahawa pelbagai tuduhan regim
Mahathir terhadap Pembangkang makin tidak dapat
dibuktikan di mahkamah.
Bermula dengan tuduhan aib terhadap Anwar hinggalah
mengaitkan PAS dengan peristiwa al-Maunah; rakyat
sudah menamakan rentetan kejadian itu (dalam bahasa
mudah) sebagai siri “SANDIWARA UMNO” sahaja.
Regim Mahathir makin termalu – ‘malu alah’. Keadaan
UMNO/BN makin parah – merudumkan reputasi Mahathir dan
UMNO.
Perhatikan Agenda Seterusnya
Apabila Pemuda UMNO cuba menunjukkan “patriotik” pada
waktu dan peristiwa yang salah; dengan menyusun dan
melaksanakan “demo” di Putera Jaya dan di pekarangan
bangunan Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur,
rakyat makin sedar dan insaf. Slogan yang berbau
perkauman, ugutan dan provokasi yang tidak diingini
rakyat telah menimbulkan tafsiran yang berbagai-bagai.
Kemudian terdengar laungan sumbang seorang anak muda
yang baru ‘menyisip keris di pinggang’ dan cuba pula
berlagak sebagai ‘wira panglima’, mengakui sanggup
‘bermandi darah’ – UMNO makin terperuk dalam kancah
masalah besar!
Semakin suasana dalam UMNO/BN yang harus dicerahkan
secara tiba-tiba dikelamkan oleh kurangnya daya
pengawalan nafsu pemimpinnya, maka berakhirlah dengan
UMNO terluka, terpuruk dan parah.
Komponen BN makin sedar bahawa UMNO sedang menggunakan
sentimen perkauman untuk menyelesaikan masalah dalaman
yang mereka sendiri reka dan cipta.
“Pukulan Maut” terakhir terhadap UMNO dilakukan oleh
Mahathir sendiri. Ucapan sambutan perajaan ulangtahun
Kemerdekaan beliau yang tersiar dalam semua saluran
TV, Radio dan mass-media telah membenamkan “paku
terakhir” ke keranda UMNO dan BN. Kompnen BN sudah
mengasyaki agenda “udang disebali batu” Mahathir
sebenar. Rakyat makin berhati-hati dalam keresahan.
Senario tadi memperlihatkan betapa tersepitnya
Mahathir, pemimpin UMNO, UMNO sebagai sebuah parti dan
BN sebagai sebuah gabungan (coalition); menyebabkan
barisan itu makin kecundang. Ini semua adalah kesan
dari pelbagai perlakuan sumbang langkah UMNO yang
bermula sejak Anwar dilucutkan semua jawatan oleh
Mahathir dengan bantuan sebuah KONSPIRASI Politik yang
tidak bermaruah.
Mahathir mungkin lupa, ditambah dengan keangkuhan
mendadak dalam dirinya; mendorong beliau berfikir
bahawa rakyat negara ini semudah itu beliau anggap
bebal. Hematnya, Mahathir tersilap besar.
Sebaliknya, rakyat semua kaum di negara bermasyarakat
majumuk yang sudah cukup terdidik dan terpelajar
hingga wujud budaya politik toleransi, menghormati
kepentingan sesama sendiri, kesanggupan bekerjasama,
memahami keperluan dan objektif negara, dan
seumpamanya; sekaligus mencabar beliau.
UMNO Tercicir 10 Tahun Kebelakang
Mahathir makin nampak masih tercicir 10 tahun
kebelakang dalam konteks memahami hati dan budaya
politik rakyat. Dikatakan 10 tahun kerana PAS di
Kelantan telah mencerminkan persefahaman kaum sejak
mengambilalih Kerajaan dari UMNO/BN.
Tafsiran itu makin jelas apabila Mahathir dilihat
semacam mengigau dalam mimpi bilamana beliau
mencetuskan ‘Krisis Perlembagaan kali Ke-2” (awal
90-an). Memang benar beliau berjaya menggerakkan
emosi rakyat (khususnya orang Melayu) hingga sanggup
mengubahpinda Perlembagaan Negara yang melibatkan
‘kekebalan raja-raja’ dan UMNO menganugerahkan kuasa
itu kepada Mahathir (Presiden UMNO).
Tetapi kejadian pada 2 September 1998 tidak semudah
itu beliau selesaikan walaupun bermati-matian
menggerakkan emosi rakyat supaya mengutuk Anwar.
Sebaliknya, Anwar yang dibuang dari parti dan
dilucutkan jawatan melalui sebuah Konspirasi jelek
lagi jijik, telah menemukan Mahathir “buku dengan
ruas”.
Ketakburan Mahathir yang mengaku (kununnya) sokongan
rakyat terhadap Anwar akan dapat dipadamkan dalam
tempuh seminggu; akhirnya menampakkan gegagalan
Mahathir, UMNO/BN paling memalukan.
Kesan yang nampak, dalam Pilihanraya November 1999
menyebabkan UMNO kalah teruk. Kerajaan UMNO/BN di
Terengganu terkubur tanpa nisan! Beberapa MP
Pembangkang bertambah dengan berlipat ganda. Yang
makin menggusarkan UMNO/BN, selain dari Melaka, Johor
dan Negeri Sembilan; negeri-negeri lain di Semenanjung
sudah hampir dirogoh oleh Pembangkang.
Di Terengganu dan Kelantan, UMNO/BN dikenali rakyat
sebagai Pembangkang. Tetapi status Pembangkang UMNO/BN
di kedua buah negeri tersebut amat dhaif, berbanding
dengan status Pembangkang di negeri-negeri lain yang
hebat membelasah kerajaan UMNO/BN.
Sekarang rakyat sudah nampak nikmat dan manfaat mereka
memilih Pembangkang dan meletakkan wakil-wakil
Pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN). Wakil-wakil itu menjadi jurucakap dan
penyambung lidah rakyat penuh amanah dan berhemah.
Di Selangor, asakan Pembangkang dengan kerjasama
rakyat melalui LamanWeb Pro-Reformasi telah
mendedahkan pelbagai skandal dan jenayah yang
dilakukan oleh pemimpin dan ketua kerajaan terbabit.
Kesan dari pendedahan rakyat terhadap pelbagai kes-kes
rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin
regim Mahathir (termasuk beliau sendiri, suku-sakat,
koni-proksi) telah menggegarkan kewibawaan regim itu.
Akhirnya, Mahathir sudah hilang tempat mengadu.
Keberanian Bukan Calang-calang
Seperkara yang paling terpuji ialah keberanian yang
bukan calang-calang yang ditunjukkan oleh pemimpin
parti Pembangkang. Mereka menunjukkan kesanggupan yang
sangat terpuji dengan mendepani regim Mahathir di
mahkamah. Perjuangan mereka semata-mata demi
“menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman”. Hati
rakyat sudah terimbau oleh ketulusan pengorbanan
mereka!! Alhamdulillah…!!
Walaupun mereka tahu bahawa mereka mengambil risiko
peribadi yang sangat tinggi, dan sebaliknya menduga
akan menerima proses pengadilan yang tempang; namun
sebagai memimpin yang berkeyakinan cukup tinggi –
Mahathir wajar merasa malu kerana beliau “kecut-mecut”
dan “menggigil kepala lutut” bila saman mengheret
beliau ke mahkamah diserahkan kepada beliau. Itu baru
setakat menjadi saksi, belum lagii mengahadapi satu
senarai panjang pelbagai tuduhan!
Perbandingan itu amat ketara di mata rakyat banyak.
Sekarang mereka dapat membedakan diantara kelompok
“pemimpin mengisi mandat rakyat” dengan “pemimpin
mengisi tembolok hingga padat”..!!
Ezam dan Azmin adalah diantara puluhan jaguh-jaguh
KeADILan yang cukup matang dalam Barisan Alternatif.
Secara terbuka mereka memperakukan bahawa semangat
cintakan negara, bangsa dan agama itu adalah warisan
dan didikan Anwar.
Rakyat sudah dapat menilai: jika pemimpin dalam
kelompok Pembangkang begitu konsisten dengan
perjuangan yang direstui rakyat, UMNO/BN sudah sahih
tercicir jauh kebelakang.
Soalan Bakal Terjawab
Soalan yang masih belum terjawab, “Apakah UMNO dan
sekongkol BN akan terbangun dari tidor lena, didendang
dan dilalaikan oleh Mahathir dengan pelbagai RASUAH,
PECAH AMANAH, perogohan Undang-undang yang
berkesudahan rakyat dizalimi dan diragut Hak Asasi
mereka? Jika belum teringin merobah diri, bila lagi?”.
Dengan perjuangan Pembangkang dan penyertaan rakyat
yang makin ketara, pasti pada tahun 2003/4 ini –
rakyat akan memberi satu jawapan yang berakhir –
dengan UMNO/BN akan menemui kecelakaan paling besar!!
Faham sajalah apa maksudnya, Insyaallah!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)