Seorang Islam harus bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan – bermula dari mencari rezki hinggalah
menanti hari mati, justeru menyiapkan diri dengan
ibadat untuk kehidupan di akhirat nanti.
Seseorang yang beragama Islam, tak kira ia miskin,
kaya, hina atau mulia – jangan fikir perihal ibadat
dan ketaqwaan kalian kepada Allah swt harus
diperbantui oleh sesiapa. Itu adalah urusan anda
dengan Tuhan anda.
Seorang yang mengakui dirinya penganut dan pengamal
yang fadhu dalam Islam bernama ABDUL HALIM IBRAHIM,
Johor Bahru, Johor merungut di Utusan Malaysia kerana
kesal dipaksa membayar deposit RM30 kerana meminjam
sehelai sejadah sewaktu menginap di hotel 5 bintang –
di Hotel Resort, Genting Highlands.
Sebenarnya, sebagai seorang Islam, beliau tidak harus
merungut begitu. Kerana Hotel Resort, Genting
Highlands lebih dikenali sebagai PUSAT PERJUDIAN
ANTARABANGSA yang diiktiraf oleh regim Mahathir dan
dipromosikan ke seantero dunia. Masakan anda tidak
tau!! Penginap disana lebih sibuk berjudi dari
beribadat kepada Tuhan.
Jadi, anda harus sudah tau begitu kenapa anda
bermati-matian menyalahkan pihak hotel tersebut kerana
mengenakan syarat yang lazim bagi mereka? Kenapa anda
tidak terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan
membawa sehelai sejadah jika anda tau akan menunaikan
solat bila tiba waktu dimana-mana juga?
Cuba budayakan dalam diri anda untuk mengendong
sehelai sejadah dan sebuah kopiah PUTIH sebagai
persiapan bersolat? Membawa mudharat kah?
Jika anda boleh mengisi beberapa bag penuh sarat
dengan kain baju yang indah-indah dan cantik-cantik,
masakan anda tidak boleh menyelitkan sehelai sejadah
dan sebuah kopiah didalamnya! Bukan berat sampai satu
ton pun, kan?
Dalam Islam, sebaik-baiknya eloklah orang perseorang
mengerjakan ibadat tanpa ditolongi oleh sesiapa. Itu
baru ikhlas ibadat kita namanya.
Dengan itu sdr. ABDUL HALIM IBRAHIM diharap jangan
terlalu bermanja-manja dalam mengerjakan ibadat kepada
Allah swt – kerana ibadat anda adalah untuk diri anda,
mengapa harus merungut kerana dipaksa membayar deposit
RM30.
Cuba taksir mengapa anda harus membayar RM200 sehari
kerana menginap di Hotel itu, walhal anda hanya
menumpang dalam bilik untuk tidur semalaman dan
menggunakan air untuk mandi-manda dan mengunakan
lamput tak sampai kosnya RM3 saja?
Anda tidak membawa pulang semua peralatan itu,
kecuali kenangan manis dan rasa hebat kerana pernah
tinggal di hotel 5 bintang Hotel Resort, Genting
Highlands….!! Kenapa anda tidak komplen?
Allah swt menganugerahkan Islam sebagai agama yang
paling mudah bagi penganutnya mengerjakan sebarang
ibadat yang dituntutNya. Yang mempersulit pekerjaan
ibdat itu hanya orang yang mengaku menganutnya tetapi
memberi 1001 alasan untuk tidak mengerjakan dengan
ikhlas penuh persiapan.
Yang paling jelek ialah mereka yang banyak komplen dan
meletakkan pelbagai syarat untuk beribadat. Orang
jenis ini adalah kategori orang yang selalu memikirkan
kesenangan hidup di dunia saja – segala-galanya mesti
disiapsediakan oleh orang lain (pembantu rumah).
Inilah budaya yang paling lazim hasil dari tanggapan
yang digarapkan ke dalam diri orang Islam hasil dari
didikan yang membudaya setelah sekian lama orang Islam
di negara ini terlalu mengagungkan “kepalsuan” hdup
bermewah-mewah.
Jangan banyak karenah dalam soal beribadat kepada
Allah swt. KERANA Allah swt tidak banyak karenah
mengurniakan anda segala kesejateraan, kemewahan dan
rezki yang melimpah-ruah walaupun anda adalah orang
yang acapkali melupakan Tuhannya apabila kelabaan
datang mencurah-curah kepangkuan anda!!
Nak komplen kepada siapa?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)
Tetamu hotel kena bayar RM30 meminjam sejadah
Saudara Pengarang,
PADA 29 Ogos 2000, saya dan isteri mendaftar masuk di
Hotel Resort, Genting Highlands, setelah membayar
sepenuhnya harga bagi pakej Genting 2000 di Pejabat
Jualan Johor Bahru. Saya menjelaskan deposit RM200
sebaik sahaja mendaftar, satu prosidur biasa yang
perlu dilakukan oleh mana-mana tetamu.
Setiba di bilik penginapan, saya menghubungi
House-keeping untuk meminjam sejadah bagi kemudahan
saya dan isteri menunaikan solat. Seorang kakitangan
Melayu memaklumkan kepada saya tetamu perlu membayar
deposit sebanyak RM30 untuk meminjam sejadah.
Alangkah terperanjatnya dan kesalnya saya kerana
inilah pertama kali bayaran deposit dikenakan bagi
meminjam sejadah. Saya telah menginap di banyak hotel
(termasuk yang lima bintang), yang kesemuanya memberi
kemudahan pinjaman sejadah bagi tetamu menunaikan
solat.
ABDUL HALIM IBRAHIM,
Johor Bahru, Johor.