Bah. 1
Dalam sebuah artikel, saya pernah berkata – apa juga
alasan Dr. Mahathir ‘mencekik’ royalti minyak yang hak
dan sah dari undang-undang bagi rakyat Terengganu;
sebarang hujah yang diberi sangat meloyakan tekak
saya.
Hari minggu ini, selepas Subuh – sekali lagi saya
termuntah. Tekak saya geli-geman bagai digeletek dalam
kerongkong bila budak Awang Sulung - tukang angkat
taik Mahathir seoalah-olah berkata, “Taik Mahathir
harum aromanya”..!!
Mungkin bagi beliau dan budak-budak suruhan Mahathir
yang saban hari menghidu “aroma” bahan buangan yang
tersembul dari “lubang keramat” Mahathir itu, memang
nyaman aromanya. Kelompok ini tepat sekali dipergelar
“eunuchs”. Tetapi bagi orang Melayu yang waras dan
tinggi tahap rasional mereka, rata-rata tutup hidung.
Amat meloyakan.
Sebelum itu, Rais Yatim cuba ‘menggoreng’ najis
Mahathir untuk dihidangkan kepada rakyat. Pelbagai
alasan tumpul tawar-hambar yang mencerminkan kebebalan
beliau dipaparkan dikaca TV. Si “cerdik” ini pun satu
lagi “eunuch’. Malah, sejak S46 dikuburkannnya, si
beliau ini dengan penuh redha “mengkasi” diri sendiri.
Maka terpotong habislah ‘khazanah termulia’ sebagai
seorang manusia dalam dirinya, langsung tak tinggal
kesan “tunggul”nya..!! (jangan ketawa, Rais; Amin
Sapiro bukan bergurau).
Kedungu-bebalan si Rais ini, selaku pemegang sijil
Ph.D dalam ilmu undang-undang, sudah layak mencontohi
seorang anak Melayu yang kununnya berkelulusan tinggi
tetapi mudah dibeli dengan ringgit dan sen sebegitu
murahan. Itulah dia contoh cendekiawan Melayu yang
sudah ‘rosak’ minda, jiwa dan rohaninya!!
Dua kali Rais berpusing-keliling membunuh ledakan
semangat Reformasi rakyat. Percubaan pertama berhujah
mebuang Islam dari amalan berpersatuan masyarkat
Melayu Islam, tetapi gagal. Kali kedua ialah percubaan
beliau memberi justifikasi menafikan royalti minyak
yang hak kepada rakyat Terengganu pula. Nampaknya,
tidak meyakinkan rakyat juga.
Waktu itu, saya betul-betul muntah-belilah..!! Rasa
nak terkeluar isi perut saya. Memang Utusan Malaysia
100% dan jadi Utusan Meloya! Begitu juga intelek
Melayu yang menerima suntikan ugut dan bujukan dari
seorang ketua yang sudah ditolak rakyat!! PENJAJAH!!
Mengajar Melayu Jangan Cerdik?
Hampir tiga suku abad orang Melayu pandai berakhbar,
tetapi dalam tahun 2000 ini; andainya allahyarham Pak
Abdul Rahim Kajai (semoga Allah swt. mencucuri rahmat
keatas rohnya) masih hidup, mungkin beliaulah orang
yang akan mengetuai pengistiharan “membakar” Utusan
Melayu/Malaysia dan akhbar-akhbar Melayu yang
seangkatan dan sewaktu dengannya. Tempat yang
cadangkan di Bkt. Jalil.
Allahyarham Abdul Rahim Kajai begitu bersusah payah
meletakkan akhbar Melayu ke tahap paling tinggi dalam
peradaban persuratkhabaran tanahair. Tradisi akbar
cetak telah menjadikan orang Melayu lebih cerdik
mengenal diri dan hak mereka sebagai bangsa – walaupun
sedang dijajah. Itu dulu.
Allahyarham Pak Rahim Kajai bukan seorang ahli politik
penjawat jawatan tinggi seperti Datuk Onn bin Jaafar.
Beliau juga bukan seorang sasterawan yang menghasilkan
puisi indah-indah seperti Pak Osman Awang. Beliau juga
bukan seorang novelis seperti Pak Shahnon. Beliau
hanya seorang wartawan biasa dan penulis rencana yang
sungguh hebat dan berkerampilan.
Beza beliau dengan wartawan Utusan dan B/Harian hari
ini pula: allahyarham Pak Rahim mengajar arwah ayah
saya dan seluruh pembaca Melayu jadi cerdik, mampu
berfikir sendiri dan faham erti kemerdekaan,
kebebasan, hak asasi kemanusiaan – dan, atas
segalanya, beliau mendorong mana-mana wartawan
sengkatan dengan beliau supaya ‘jangan jadi abdi
suruhan mana-mana pemimpin’ yang cuba memujuk kalian
menjadi penjilat punggung mereka!!
Pada waktu itu Semenanjung dibawah penjajahan. Silih
berganti. Beliau hidup dalam zaman-zaman poitik yang
bergolak. Orang Melayu terhimpit dan terus dimomokkan
oleh penjajah.
Namun beliau dan teman-teman tidak peduli. Mereka
yakin bahawa ‘pena lebih tajam dari pedang’.
Teman-teman yang se angkatan dengan beliau inilah yang
menjana api Kemerdekaan – sebagai kelompok yang
menikam rusuk penjajah dengan pena tajam mereka.
Malangnya, hari ini budaya Utusan Melayu/Malaysia dan
akhbar Melayu yang sewaktu dengannya berbalik jauh
kebelakang. Mereka mengajar orang Melayu jangan jadi
orang cerdik. Utusan Melayu/Malaysia mengajar orang
Melayu jadi bodoh-sombong, ikut telunjuk dicucuk
hidung, tutup mata pekup telinga, butakan mata hati
dan bingungkan minda.
Utusan Melayu/Malaysia sedang memikul dosa-dosa besar
menjadi anasir merendahkan martabat bangsa,
menunggang-terbalikkan semangat juang politik bangsa
Melayu – “subverting the Malay political spirit and
independence.!!
Semangat allahyarham Pak Rahim Kajai sudah terhapus
di akhbar-akhbar Melayu di negara ini. Jiwa editor
mereka sudah mati dan terkubur tanpa nisan. Sudah
MAMPUS!!
Akhbar Melayu mengajak orang Melayu menganggap
Mahathir “keramat’ atau “penglaknat” bangsa?
Akbar-akhbar itu sedang menentang iltizam rakyat dan
sekaligus jadi lidah resmi “penjajah bentuk baru” yang
sedang merosakkan fabriak sosio-politik rakyat.
Soalnya, mengapa, bagaimana dan bila ia bermula!!
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)