Bah. 2
Politik Mahathir Meruntuhkan UMNO/BN
Kerajaan PAS dan seluruh rakyat Terengganu tidak akan
menerima sebarang bentuk pembayaran melainkan wang
tunai.
Bertitik tolak dari kemenangan rakyat Terengganu dan
dunia yang mengktirafnya sebagai kemenangan mereka
yang sah dalam pilihanraya ke 10; dengan itu adalah
sah dari segi undang-undang dan selari dengan amalan
demokrasi yang diperakukan dalam Perlembagaan Negara
BAHAWA mereka berhak memilikki hak-hak yang datang
bersekali dengan kemenangan itu.
Hakikat itu tidak boleh dipertikaikan. Jika ia
dipertikaikan bermakna mereka sedang dizalimi dan
demokrasi sedang terancam dengan dahsyat sekali. Itu
harus diterima – bukan tohmah atau fitnah!
Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan PAS sebagai
mewakili rakyat Terengganu, dan segala hal yang
bersangkutan dengannya tidak boleh dipinda
sewenang-wenangnya atau dijadikan isu politik ‘balas
dendam’ oleh mana-mana pihak, khususnya regim Mahathir
kalah teruk November lalu. Tuntutan itu bukan saja sah
dan halal, malah mempertikaikannya adalah suatu
pememecahan undang dan pengsahan oleh Parlimen negara
ini.
Sebarang pindaan yang dilakukan adalah berupa
‘peras-ugut’ berbau politik oleh pihak Mahathir dan
UMNO/BN keatas sebuah negeri didalam Malaysia dan
sekumpulan rakyat yang berdaulat dibawah Perlembagaan.
Rakyat Mulai Syak dan Waham
Rakyat sudah mula bertanya mengapa masalah yang
dibangkitkan oleh Mahathir hanya ditimbulkan sekarang.
Alasan kununnya Kerajaan Pusat regim Mahathir (yang
telah kecundang itu) mahu memastikan pembayaran
kepada negeri itu harus terjamin ketelusannya adalah
satu alasan bikin-bikinan saja. Sebaliknya ia lebih
berbentuk ‘peras-ugut’ politik paling kejam, zalim dan
samasekali tidak demokratik. Ia adalah satu perkosaan
proses demokrasi paling jijik bertaraf ‘babi’.
Sejak lebih 20 tahun regim ini menggunakan alasan
pemberian royalti itu bertujuan pembangunan, konsep
pembayaran itu sudah diterimapakai rakyat.
Walaupun rakyat Terengganu tahu selama tempoh 25 tahun
lalu wang royalti itu dijadikan sumber rasuah dan
penyelewengan yang keterlaluan oleh puak-puak UMNO/BN
negeri, maka sebab itu rakyat Terengganu bangkit dan
berjaya menghumban regim UMNO/BN di negeri itu dan
menggantikannya dengan Kerajaan PAS/BA secara total.
Kini, setelah Terangganu diperintah oleh PAS/BA dengan
niat memberi pembelaan yang hak terhadap rakyat
Terengganu, baru regim Mahathir bangsat terkial-kial
mencari sebab yang bukan-bukan. Tetapi rakyat negeri
itu sudah nampak, sebenarnya regim Mahathir keparat
itu sengaja memerangi rakyat Terengganu – melebihi
taktik sekutu penjajah yang menjadi dasar tunjang
regim Mahathir laknatullah ini.
Bermakna, Mahathir sengaja mau cari pasal dan
sekaligus mencari maut untuk UMNO/BN, bukan saja di
Terengganu tetapi juga di seluruh negeri Semenanjung
hingga melimpah ke Sabah dan Sarawak.
Pencabulan Hak Rakyat oleh Mahathir & UMNO/BN
Iltizam rakyat untuk memusnahkan kekuasaan Mahathir,
regimnya dan UMNO/BN sudah sampai ketahap paling
kritikal. Bacaan rakyat amat mudah, jika Mahathir,
regimnya dan UMNO/BN masih diberi kuasa dan amanah,
seluruh institiusi dalam negara ini akan hapus tidak
berdaulat lagi.
Seperti yang di lihat, sumber ekonomi, kehidupan
rakyat akan terus diletakkan dalam keadaan dan
kerangka politik yang amat goyah dengan perpaduan kaum
akan termusnah – sementara Mahathir, regimnya dan
UMNO/BN akan memerentah negara ini sepertimana sebuah
regim Komunis yang menghakkan harta rakyat difaraitkan
sesama Kroni mereka saja. Ini amat bahaya dan
sangat-sangat membahayakan!
Mahathir dan sekongkolnya mungkin mentafsirkan
kemarahan rakyat Terengganu sebagai main-main. Tetapi,
Kerajaan PAS Terengganu menghormati hak rakyat
Terengganu dan parti itu berhasrat besar memenuhi
manifesto parti sebagai hak legal rakyat mereka yang
sah.
Kerajaan PAS Terengganu mengiktiraf hak rakyat di sisi
undang-undang. Mereka wajib menguruskan sendiri
seluruh pentadbiran negeri dan sumber wang negeri itu.
Hakikat ini adalah selari dengan semangat Perlembagaan
yang mengiktiraf demokrasi dan pilihan kerajaan yang
ditentukan rakyat melalui pilihan popular.
Melakukan perobahan mendadak itu adalah suatu
pencabulan hak yang serius oleh sbuah Kerjaan Pusat.
Ia ditakrifkan sebagai sabotaj paling aib yang hampir
sama seperti penjajahan oleh segerombolan kuasa asing
terhadap rakyat yang merdeka dan berdaulat. Tanggapan
ini – Mahathir, regimnya dan UMNO/BN kena jaga-jaga
dan waspada. Ia adalah ‘kuasa politik’ yang menjadi
pegangan yang membolehkan rakyat menuumbangkan
sesebuah kerajaan.
Malangnya, Mahathir dengan tindakan diluar
undang-undang dan etika yang terpakai telah mengubah
pinda sesuatu itu mengikut suka hati dan selera
beliau. Dengan itu rakyat yang cerdik lebih mudah
mengasuh rakyat yang tidak bermaklumat. Akhirnya,
langkah-langkah Mahathir itu sekaligus akan membunuh
partinya.
Piagam rakyat yang diwarisi dalam Perlembagaan yang
berdaulat telah dipelekeh beliau dengan melakukan
pelbagai salahguna kuasa paling tidak demokratik dan
karenah busuk berbentuk “politik peribadi” . Ini
menyebabkan rakyat sudah mulai bangkit membantah,
menentang dan memusnahkan kedaulatan parti beliau
(UMNO/BN).
Suatu Kebanggan Mahathir Yang Anih
Selama tempoh 2 tahun ini memang jelas Mahathir,
regimnya dan UMNO/BN sudah tidak ada lagi harapan
untuk memempengaruhi minda rakyat. Dengan karenah
busuk Mahathir mengetuai sebuah kerajaan
“kirang-kirung” seperti ini, harapan semua kaum
terhadap gabungan parti BN sudah sekaligus luntur
habis berkecai.
Rakyat sudah semakin tahu dan sekarang menganalojikan
bahawa Mahathir sudah disamakan seperti seekor ular
yang menelan tuannya.
Jika segelintir pemimpin UMNO/BN atasan (yang telah
diugut dan dikorup) telah secara tersilap besar
memberi beliau kuasa “mutlak” dan berakhir dengan
anak-anak dan koni-proksi mereka boleh membolot
kekayaan dan berkuasa dari tangan rakyat; maka
pemimpin peringkat bawahan yang aktif sudah mulai
berbondong dengan berpaling tadah. Itu riaksi spontan
hasil dari dorongan naluri bawahsadar yang lazim bagi
manusia.
Mahathir telah menimbulkan suatu fenomena yang sangat
anih yang sedang berlaku dalam politk rakyat sekarang.
Jika dulu menjadi ahli UMNO/BN adalah suatu
kebanggaan, tetapi sekarang gejala “Bekas ahli UMNO”
adalah perkara biasa yang menjadi suatu kemegahan
ahli-ahli UMNO yang berpaling tadah meninggalkan parti
itu.
Mereka tidak mau lagi mengahadiri perkumpulan anjuran
UMNO atau bekerja untuk mencampuri sebarang kegiatan
untuk meningkatkan pengaruh UMNO/BN. Sokongan yang
meluntur begitu adalah jalan lurus ‘cari mati’ parti
itu!
Keadaan itu sudah ampuh berlaku di desa-desa dan di
dalam masyarakat pendalaman. Di kota, pelajar-pelajar
sudah hilang keyakinan, kakitangan awam segala bidang
dan perjawatan sudah tidak menghayati UMNO/BN yang
tidak nampak memperjuangkan apa-apa untuk rakyat
banyak. UMNO/BN sudah lumpuh dan kewibawaan parti itu
sudah mulai hakis sejak 2 tahun lalu.
Ucapan Mahathir dalam sambutan ulangtahun Kemerdekaan
pada Ogos 31, 2000 baru lalu sekaligus menjadikan
Mahathir seorang pemimpin paling bangsat modal
politik. Kaum Cina secara diam-diam telah berpaling
tadah dari MCA dan sekarang menyebelahi Pembangkang
(tanpa mengira parti).
Melayu Beragama Islam Komunis?
Makin jelas dan ketara sekarang bahawasanya Mahathir,
regimnya dan gabungan Barisan Nasional yang dijuarai
UMNO sebagai parti tunjang BN telah tersingkir dari
minda rakyat.
Kaum Cina merasa cukup tersinggung dengan cop
“Komunis” yang dilabel oleh Mahathir. Orang Melayu
merasa diri mereka dianak-tirikan oleh seorang
pemimpin yang tidak punya adab sopan hingga agama
Islam diperlekeh dan diperhina seburuk najis.
Ternyata juga berakhirlah hayat dan umur sebuah parti
politik yang diterajui oleh dalang-dalang yang licik
“bersandiwara” dalam sebuah negara yang punya rakyat
yang berpendidikan dan rasional dalam hal memilih
pemimpin dan parti politik yang sesuai dengan hasrat
dan masa depan generasi mereka.
Malangnya akhbar-akhbar Melayu tidak langsung membela
status bangsa yang ditohmah dan diperbodohkan oleh
sekelompok pemimpin UMNO yang telah
diperbudak-bangangkan oleh seorang “penjenayah rakyat”
seperti Mahathir ini.
Apa yang Mahathir, regimnya dan UMNO/BN sudah, sedang
dan akan lakukan hingga rakyat bersungguh-sungguh mahu
menukar kerajaan secara total? Kita harus meneliti
halus-halus setiap karenah dan agenda Mahathir sebagai
daya untuk menguatkan hujung jari merobah Kerajaan
pada tahun 2004 akan datang. Soalannya apa dia?
Apakah UMNO/BN akan menjadi “Relics of The Past” atau
“Relics of PAS” akan kita lihat kemudian. Perhatikan.
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)