SAYA merujuk kepada surat bertajuk “Wang ihsan:
Tindakan Abdul Hadi meragukan” tulisan NURULHUDA ZAINI
ABDULLAH, Johor Baru. (Utusan Msia – 13/9/2000)
Saya cuba membuat adaptasi dengan menterbalikkan
kandungannya dengan menggantikan berapa frasa dari
seluruh paparan tulisan beliau. Maka hasilnya sangat
bertepatan.
Seharusnya dibaca begini…
[[….Mahathir & UMNO/BN tak rela rakyat Terengganu
menikmati wang Royalti PETRONAS. Beliau memaksa rakyat
Terengganu dan Menteri Besar, Abdul Hadi Awang, supaya
bersetuju dengan merasionalkan supaya mereka tidak
harus membantah pemberian wang itu secara langsung
kepada rakyat negerinya.
Tindak tanduk Mahathir itu amat menghairankan kerana
beliau nampaknya cuba sedaya upaya menafikan hak dan
menyisihkan pandangan rakyat. Mahathir mensahihan
siaran akhbar Kerajaan Pusat tentang bayaran ihsan
tersebut. Memang Mahathir sengaja memutarbelitkan dan
mencabul “Perjanjian” yang sah!!
Apa yang jelas di mata rakyat: Mahathir tidak mahu
menjawab soalan yang menjadi tanda tanya rakyat - di
manakah perginya royalti PETRONAS hampir RM5000 juta
yang telah disalurkan kepada kerajaan UMNO/BN
Terengganu sejak negeri itu ditadbir oleh Wan Mokhtar
Ahmad?
Kenapakah Mahathir sehingga kini tidak mahu
mendedahkan dengan terperinci kepada rakyat dan
Pembangkang bagaimana wang tersebut digunakan? Dari
dokumen yang ada, memang UMNO/BN telah melakukan 1001
penyelewengan fan pecah amanah.
Sekiranya Mahathir dan regimnya telus, beliau dengan
serta-merta menyerahkan segala butir-butir
perbelanjaan keatas wang rakyat yang dirompak
berbilion-bilion sejak UMNO/BN memerentah Terengganu.
Tetapi malangnya ini tidak berlaku. Mahathir dan
UMNO/BN banyak penyakit yang harus disembunyikan
dibawah gulung tikar!.
Apakah yang hendak ditakutkan Mahathir sehinggakan
masih mahu berdiam diri tentang cara perbelanjaan
royalti minyak yang 95% yang berlebih?
Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan isu ini,
kita seperti rakyat lain, ingin tahu sama ada kerajaan
Mahathir dan Wan Mokhtar di Terengganu telah
membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan rakyat
atau sebaliknya.
Ini adalah kerana ribuan juta bukanlah jumlah yang
sedikit. Ia harus digunakan untuk kepentingan rakyat
Terengganu. Sehingga kini, kita dapati para pemimpin
UMNO, khususnya Mahathir Mohamad tidak ikhlas (jauh
sekali dari jujur) dalam kenyatan mereka di seluruh
negara dan dunia.
Kita dapati Mahathir dan para pemimpin UMNI/BN hanya
pandai berucap mengecam Pembangkang mengenai royalti
Petronas ini. Tetapi, sebenarnya merekalah perompak
nomor wahid dalam ‘pecah amanah’ dan ‘jenayah rasuah’.
Itu sebab Mahathir takut ke mahkamah menjadi saksi
Anwar.
Mahathir ‘main wayang’ lagi. Datuk Shafie Yahya baru
saja membongkar pekung busuk Presiden UMNO ini di
mahkamah. Apa pasal Mahathir tak jawab? Apa sebab UMNO
tak tolak belakang Mahathir supaya campakkan si
bangsat ini terjerahap ke longkang? Sebab pemimpin
UMNO adalah “kulikang” Mahathir kah?
Di platform-platform politik, para pemimpin UMNO/BN
khusunya Mahathir hanya mengaku telah menggunakan
beribu-ribu juta wang PETRONAS dan kutipan cukai
rakyat. Tetapi tidak sekalipun menyatakan bagaimana
wang tersebut digunakan. Malahan sehingga kini -
setelah lebih 20 tahun - akaun dan rekod langsung
tidak ada. Pepatah Melayu, “Pelabur habis Palembang
tak alah”.
Seolah-olah wang tersebut lenyap begitu sahaja tanpa
perlu kepada audit dan penjelasan kepada rakyat. Ini
bukanlah pentadbiran sebuah kerajaan yang bersih,
cekap dan amanah! Sebaliknya, inilah contoh sebuah
regim “Pengkhianat dan Perompak” wang rakyat. Memang
DAHSYAT!
Mungkin Mahathir fikir PETRONAS adalah milik “kepala
bapak”NYA. Seolah-olah segala-galanya terpulang kepada
letak-hetong ikut nafsu-nafsi beliau saja. Mahathir
tidak peduli tentang bagaimana untuk membelanjakannya.
Namun hakikatnya wang tersebut bukan milik Mahathir
atau regimnya. Memang sah Mahathir & UMNO ‘geng Mafia’
kaki merompak!!
Apa yang rakyat tahu, Mahathir menggunakannya untuk
“bail-out” syarikat anak-anak, suku-sakat dan kroni
beliau yang jatuh muflis – bangkrup habis. Selebihnya,
wang rakayat digunakan untuk membina sebuah MAHLIGAI
dan membeli GLOBAL EXPRESS untuk dirinya berkeliling
dunia! Lain untuk apa? Itu Mahathir kena jawab!!
Dibina “kilang besi”. Apa yang ketara ialah itu adalah
satu penipuan sekongkol antara Mahathir dengan Eric
Cheah. Mereka berkongsi mensonglap hampir RM10.0
billion. Ditutup kes ini dengan mengaib dan
memenjarakan Anwar. Itukah penyelesaian?
Di sebut pula, kununnya wang itu digunakan untuk
Pembangunan. Tetapi apa yang rakyat nampak, poket
kroni Mahathir makin gembung hingga terburai pecah
jahitan. Rakyat nampak bagaimana Mahathir bertindak
menjadi “pelindung” kepada semua amalan RASUAH dan
PENYELEWENGAN para menteri dan kroninya. Nampak sangat
Mahathir “baling batu sembunyi tangan”.
Wang royalti PETRONAS disebut sebagai pemberian
daripada Kerajaan Pusat. Kununnya untuk menolong
rakyat Terengganu yang daif dan miskin. Di sebutlah
kununnya regim Mahathir beragenda untuk membantu
membangunkan kemudahan, projek pembangunan dan
infrastruktur agar rakyat Terengganu terus hidup dalam
keselesaan. Soalnya, rakyat dah tengok sekian lama.
Hihhhh…..Abok pun tarakkkkk….!! Sebaliknya RM700 juta
hutang tertunggak.
Dengan melihat perkembang sejak 25 tahun sebelum ini,
rakyat Terengganu masih papa kedana dan merempat
bangsat. Nelayan masih lagi ‘nelayan pantai’. Yang
kayaraya ialah Wan Mokhtar, anak beranak, wakil rakyat
UMNO/BN, kuncu-kuncu Mahathir-Daim yang setaraf dengan
“pengkhianat bangsat”. Mereka hidup senang lenang.
Bermula sebagai ulamak mengajar fardhu ‘ain, sekarang
jadi jutawan. Cara amalan bertukar dari seorang ulamak
hukum jadi perompak paling dicemuh rakyat!!
Rakyat Terengganu merengkok membayar hutang. Jumlah
RM700 juta yang ditinggalkan oleh Kerajaan Wan
Mokhtar. Siapa mau bayar? Masih Mahathir nak takrifkan
rakyat Terengganu melampaui taraf kemiskinan? Heran
sangat….. mata Mahathir ini BUTA kaaaaa…?
Oleh sebab itulah YAB TG Abdul Hadi tidak harus
berlembut lagi. Beliau harus menuntut sebagai
mempastikan supaya pembelanjaan wang tersebut tidak
boleh lagi mengikut sesuka hati “penyangak-penyangak”
Mahathir dan perompak UMNO/BN.
Seperti yang dilakukan dengan Tabung KWSP, Mahathir
membenarkan Kroni beliau menggunakan kemudahan Tabung
itu tanpa seizin pekerja yang yang mencarum untuk masa
depan mereka.
YAB TG Abdul Hadi sudah cukup maklum bagaimana jika
royalti PETRONAS yang berjumlah lebih dari RM800 juta
terbiar dikendalikan oleh regim Mahathir kelak.
“Mafia-mafia” Mahathir memang bijak melaksanakan
“program Rompak-merompak”.
Jika tidak diuruskan dengan telus dan cara
pengagihannya dibiarkan pincang, berat sebelah dan
berbau politik; bermakna rakyat Terengganu dan orang
Melayu di negeri itu akan mati dalam “harap-harap”
seperti 25 tahu yang lepas. Yang kenyang tembolok
(pastinya) perompak itu sajalah.
Peristiwa yang sama ini tidak harus dibiarkan
berulang. PAS/BA telah memenangi Terengganu dalam
pilihan raya umum lalu. Ini bermakna rakyat Terengganu
sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi kepada
UMNO/BN. Puak itu tidak boleh berbuat sesuka hati dan
membelakangkan kehendak rakyat untuk hidup lebih
selesa. Rakyat Terengganu tidak harus memikul beban
hutang ratusan juta akibat pentadbiran regim Mahatahir
yang sudah dibuang “bercerai talak tiga”.
Telah dijelaskan dalam pilihanraya November lalu,
Regim Mahathir sudah dinyahkan, dan pemimpin mereka
sudah tidak ada peranan untuk masuk campur dalam
urusan dalaman Kerajaan PAS/BA.
Malulah sikit, “Janganlah jadi kera sumbang – Ayam tak
patuk itik tak sudu. Hidung “besar” itu sah tak
mancung, tapi pipi pulak tersorong-sorong. Janganlah
terus-terusan jadi perompak bangsat. Sikit kasi banyak
mintak. Kalian fikir orang Melayu tak ada otak?”]]
Sesungguhnya Mahathir dan UMNO/BN sedang ‘nazak”.
Selagi ada “nyawa-nyawa ikan” ini, bawa diri itu
bertaubat dan beristighfar banyak-banyak..!!.
Untung-untung akan diampuni Tuhan mu segala dosa mu.
Selama ini kalian telah mentadbir negara dan rakyat
cara paling tidak amanah! Memang dasar bangkat.
KEPARAT!!
Allahu Akbar!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)