MEMANG sukar Mahathir dan UMNO/BN mengembalikan
keyakinan rakyat kepada parti itu. Makin sulit. Makin
banyak Mahathir bercakap, makin ramai orang menganggap
beliau “BERSANDIWARA”. Nak salahkan siapa? Memang
Mahathir banyak pelakun utama. Pelakun ‘air mata’,
siapa?
Kita merasa, kebelakangan ini Mahathir dan UMNO
(khusuanya) memang dalam keadaan paling tertekan.
Sekaligus BN sendiri bagai “anjing-anjing liar tak
bertuan”. Maka menyalaklah mereka ke hulu, mengokong
ke hilir. Sampai masa, terjelir lidah – curi makanan
yang jadi milik orang!
Royalti Minyak Terengganu sebenarnya tidak seharusnya
jadi isu. Hak Keistimewaan Melayu juga bukan satu lagi
persoalan. Apa yang rakyat mahu sekarang ialah
“KEADILAN”.
Tetapi Mahathir lebih cenderung menegakkan KEZALIMAN.
Kalau zaman Firaun, bolehlah kita bersabar. Tetapi
setelah lebih 1,400 tahun Islam tertegak hingga
menjadi budaya kehidupan manusia, Mahathir masih
begitu ghairah diberi gelaran “MahaFIRAUN” kepada
dirinya. Bukankah itu bermakna orang Melayu Islam
sedang ditunda 5,000 tahun ke belakang; sedangkan
dunia sudah jauh bertamaddun?
Kita bersimpati dengan langkah-langkah kepimpinan
PAS/BA mempertahankan hak rakyat. Begitu banyak fitnah
yang dilemparkan kepada pemimpin mereka. Tapi, bila
kita bandingkan kehidupan pemimpin PAS/BA yang serba
serderhana, maka rasa malu pula kita dengan sebuah
Mahligai tersergam dan Global Express untuk Presiden
UMNO.
Lebih malu lagi kita: 2 juta rakyat masih tinggal
ditahap kemiskinan – sebagai setenggan peneroka bandar
dan nelayan pantai. Pun, masih dibebankan dengan
hutang RM200 billion sebagai balasan sokongan mereka
kepada regim Mahathir dan UMNO/BN.
Bertanya kita, inikah dia yang dikatakan Mahathir dan
UMNO/BN yang kununnya memperjuangkan Pembangunan untuk
rakyat? Patutkah lagi mereka masuk campur dalam urusan
dalaman sebuah negeri yang begitu susah payah di
merdekakan rakyat dari UMNO/BN (parti berprinsip
PENJAJAHAN)?
Padanlah wang Royalti hak rakyat Terengganu
ditakrifkan sebagai “wang Ehsan”. Rupa-rupanya ringgit
rakyat dijadi sumber mengisi tembolok Mahathir dan
pemimpin UMNO/BN sekongkol politiknya.
Sebenarnya, merekalah perompak, penyeleweng, pengemis
paling hina, tidak amanah dalam sejarah negara ini
Merdeka!! Memang mereka berkerabat dengan SETAN-IBLIS
yang direjam!!
Nauzubillahhhhh….!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)