DALAM sistem ‘Pentadbiran Pusat’ (Federal
Administration system), selain dari Kerajaan Pusat dan
agen-agennya berfungsi sebagai penyeleras, ia juga
wajib mempastikan hak-hak rakyat dan kerajaan negeri
yang termaktub dan dimiliki dengan sah dari segi
Perlembagaan negara dan undang-undang, amalan dan
perlakuan yang tertakluk dibawahnya; dipatuhi dan
dihormati oleh kedua-dua pihak secara bersama. Ia
tidak boleh dipinda mengikut suka tanpa mengikut
prosedur dan persetujuan bersama.
That is essence of the law. Kalau Mahathir tak tau,
jangan tanya Rais Yatim, Eusof Chin atau Mokhtar
‘Dugong”. Dia orang semua dah jadi “taik laci”, mudah
kena kelentong! Kena tanya Tun Salleh Abbas, Tuan Haji
Sulaiman Abdullah, En Fernando atau En. Karpal. Mereka
boleh bagi intensive couse – siatkan kepala hotak
kalian yang dah madal-sempudal…!
Kepentingan rakyat adalah perkara utama. Mana-mana
pihak tidak harus memula dan melakukan sebarang
pindaan yang menyebabkan kedaulatan (sovereignty)
mana-mana kerajaan (samada Negeri mau pun Pusat) yang
membabitkan kepentingan rakyat dilihat sebagai
“sengaja” diada-adakan atas sebab luar dari
kepentingan rakyat. Bermakna, bertujuan menyusahkan!
Ini adalah meliputi segala tindakan berbau politik
balas dedam, bertujuan mencari pengaruh dan
kepentingan parti, dll. Apatahlagi, jika ada
tanda-tanda sesuatu tindakan itu membayangkan tujuan
untuk membolot kekayaan untuk kepentingan peribadi
pemimpin tertentu atau melakukan sesuatu yang
membayangkan amalan menyelewengkan hak rakyat. Disini,
regim Mahathir susah nak jawab!!
Dalam kes Royalti minyak yang hak bagi kerajaan dan
rakyat Terengganu, dalam konteks inilah regim Mahathir
terperangkap. Imbasan yang nyata, regim Mahathir
memang berniat JAHAT!
Pemberian Royalti minyak kepada kerajaan Terengganu
telah dilaksanakan sejak Perjanjian yang sah dimeterai
oleh pihak-pihak terbabit. Ini berasaskan Kanun Tanah
Negara yang menyebut “Land is a state matter”. Jangan
cuba ubah pinda. Ada prosedurnya!
Bermakna, jika wujud sebarang pindaan syarat dan
perobahan peraturan, ia tidak boleh dilakukan atas
dasar mahu tunjuk “kuasa”; jauh sekali dari memenuhi
ghairah nafsu serakah seorang Perdana Menteri yang
jelas mempunyai (paling kurang membayangkan)
agenda-agenda tersembunyi TETAPI diketahui ramai.
Sekali lagi Mahathir memerangkap dirinya!
Majoriti rakyat dan kerajaan PAS/BA Terengganu adalah
orang Melayu dan beragama Islam. kerajaan PAS/BA
Terengganu adalah pilihan rakyat melalui pilihan
secara demokratik yang dihalalkan oleh Perlembagaan.
Kekalahan regim Mahathir dan kekecundangan UMNO/BN
berasaskan asas-asas yang sah dan hak mentadbir
kerajaan PAS/BA Terengganu tidak boleh dijadikan
‘object of negotiations’ – tanpa persetujuan
kedia-dua pihak. Kali ketiga regim Mahathir
dicurigakan tujuannya.
Mengubahpinda sebarang peraturan yang diperjanjikan
boleh ditakrifkan sebagai ‘pecah perjanjian’ yang
tidak boleh iktiraf sebagai sah. Apathlagi, selama ini
regim Mahathir tidak pernah mempersoalkan pemberian
Royalti kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan
UMNO/BN.
Dengan itu nampak jelas bahawa Mahathir sengaja
bertujuan memutarbelitkan peraturan dan
menyalahtafsirkan perkataan ROYALTI dan
menggantikannya dengan perkataan lain yang maksud
berbeda (tanpa persetujuan kedua-dua pihak). Ini tidak
ada siapa boleh terima. Terperangkap lagi Mahathir!
Mahathir dan “kempitai-kempitai” upahannya (Rais Yatim
dan para “penjilat” yang sewaktu dengannya) cuba
membuat justifikasi dengan membentangkan hujah melalui
media massa. Itu, adalah tidak wajar. Kerja sia-sia.
Ia bertujuan menghasut rakyat memperakukan sesuatu
konsep pentadbiran yang salah.
Tindakan regim ini dan agen-agen seperti Rais tidak
boleh dipakai, dan harus dianggap hujah seorang bacol
politik dan pentabiran saja. Rais Yatim harus belajar
“the sociology of Law” sebelum membuka mulut menjilat
punggung tuannya!! Jangan cuba “memorise terminology”
undang tanpa mengaplikasi pengggunaannya demi
kepentingan umun. (Sorry to say, you could the holder
of Ph.D in Law, but your brain is just a bundle of
SHIT!! No wonder, the moment you open-up your dirty
mouth to speak, the whole thing smells like SHIT.
That’s the benafit to you to befriend MahaSHIT,
shit-head!!)
Hujah Mahathir kununnya allahyarham Tun Razak
mentakrifkan sebagai pemberi “Ehsan”, sekalugus tidak
boleh dipakai. Kerana dalam perjajian Kerajaan
Terengganu-PETRONAS, tidak langsung disebut yang lain
selain dari ROYALTI. Hujah Mahathir diumpamakan suatu
PEMBOHONGAN dan PUTAR BELIT paling busuk (memang
Mahathir adalah pakar dalam agenda busuk seumpama
itu). Perangkap Mahathir sekaligus pintunya sudah
tersimpai padat!
Secara intrinsik, rakyat sudah nampak bahawa maksud
Mahathir sebenar melakukan pindaan dari Royalti kepada
‘Ehsan’ dan mengubah cara pemberian yang diberikan
adalah pencabulan hak rakyat dan Kerajaan PAS/BA
Terengganu. Ia satu perkara “sengaja cari pasal”. Sah
pentadbiran bebal!
Rakyat tahu bahawa Mahathir (secara peribadi) memang
‘mendarah daging’ bermusuhan terhadap parti PAS tak
tentu pasal. Mahathir sanggup melampaui batas amalan
agama hingga memburukan agama Islam dan mencerca Nabi
Junjungan Muhammad saw., mengganggu ketenteraman
perlantikan J/Kuasa Masjid-masjid supaya dipastikan
‘orang UMNO’. Itu bukti nyata.
Yang lebih teruk lagi, regim Mahathir telah menarik
kebenaran (permit) berceramah satu senarai panjang
nama ulamak-ulamak yang diperakukan orang Melayu
Islam. Punca dan sebab-musababnya adalah kerana mereka
berkata yang benar – yang ditafsirkan sbagai tidak
menyokong pelbagai “karenah dan tindakan GILA”
Mahathir. Mahathir nak kata apa?
Apabila PAS dan komponen Barisan Alternatif berjaya
menumbang dan merampas Terengganu dan sokongan rakyat
kian menguatkan kerajaan PAS/BA di Kelantan, sementara
itu hampir-jampir menumbangkan kekuasaan UMNO/BN di
semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor; regim Mahathir sekaligus tersepit, tergugat
hebat. Umpama orang nazak, nyawa UMNO/BN sudah tiba ke
lubang hidung!!
Dengan karenah “buruk laku” beberapa Menteri Besar dan
pemimpin UMNO/BN berjawatan Kerajaan; makin nampak
kepada rakyat bahawa mereka leka nerenak-enak dibuai
oleh pelbagai maksiat dosa besar, rasuah dan
penyelewengan, karenah adu-domba dan agenda “Sandiwara
Nyanyok”, kezaliman yang tidak tertanggung oleh
rakyat, dan seumpamanya. Maka rakyat sudah membulatkan
tekad dan menguatkan iltizam untuk menyingkirkan regim
ini pada piihanraya yang akan datang.
Sikap Mahathir melindungi Perasuah dan Penjenayah,
sanggup melakukan pelbagai Kezaliman, mencanangkan
adu-domba hingga menuduh rakyat “komunis”,
berbohong-dusta di arena antarabangsa – sekaligus
meragukan status beliau sebagai seorang pemimpin yang
berwibawa dan jujur.
Dengan mengelat dan lari dari menjadi saksi di
mahkamah dan “defies the law”, berhelah menggunakan
institiusi undang-undang untuk mempertahankan karenah
buruknya – Mahathir tidak boleh diterima sebagai
seorang pemimpin yang berjiwa amanah lagi!!
UMNO/BN adalah sebuah parti dengan deretan pemimpinnya
yang makin nampak menggunakan kuasa yang diamanahkan
rakyat untuk “menyusahkan” rakyat (re: Ali Rustam di
Melaka dengan restui Mahathir dan Perwakilan). Ini
memberi bukti jelas kepada rakyat bahawa pemimpin
UMNO/BN tidak lagi menerajui kerajaan untuk menyenang
dan mensejahterakan hidup rakyat.
Orang Melayu beragama Islam makin merasa diri mereka
dipermudahkan. Ketuanan dan hak mereka sedang dirombak
dan diperkecil oleh regim ini. Biasiswa pendidikan
anak-anak Melayu dijadikan “hutang jangka panjang”
tanpa mengira tahap kemiskinan orang Melayu.
Tidak ada sebarang program terancang secara
komprehensif bertujuan untuk membangunkan ekonomi
orang Melayu secara menyeluruh dirangka oleh pemimpin
UMNO. Sebaliknya tanah FELDA dirampas secara halus dan
murahan. Kg. Baru, K. Lumpur menjadi ‘dara pingitan”.
Mereka diumpan!
Sebaliknya, regim Mahathir yang didukung oleh UMNO
sebagai parti tunjang BN, telah menafikan kepetingan
jangkapanjang orang Melayu. Orang Melayu dibebani
dengan pelbagai hutang, sementara korporat dan kroni
politik dan usahawan proksi pemimpin UMNO/BN membuat
pelbagai hutang melalui pelbagai rencana yang
merosakkan seluruh kewangan negara.
Mirzan Mahathir, anak Mahathir mengaut pelbagai
kepentingan bisnis yang seharusnya dibahagi-bahagikan
kepada pengusaha SMI Melayu. Tetapi konsep Penswataan
dan Pengkopratan Mahathir cuma memberi ruang dan
peluang kepada Kroni dan proksi orang politik sahaja.
Setelah “lingkup”, mereka di ‘bail-out’ menggunakan
wang dari kocek rakyat. (re: Syarikat Perkapalan
Mirzan, Indah Water Consortium, BAKUN, PERWAJA, dll).
Orang Melayu di desa-desa dibebani hutang tanpa mereka
menikmati faedahnya. Sejumlah RM700 juta dibebankan
kepada rakyat Terengganu oleh pentadbiran Wan Mokhtar
(UMNO). Sejumlah lebih dari RM600 juta dibebankan
kepada rakyat Kelantan oleh pentadbiran UMNO/BN
sebelum PAS mengambilalih. Rakyat tidak tahu perihal
hutang negeri-negeri lain. Inikah yang dikatakan
“Pembangunan Untuk Rakyat”? Siapa yang ‘dapat’ dan
siapa pula yang jatuh ‘bangsat’?
Makin nampak, “keistimewaan orang Melayu” sebenarnya
“keistimewaan pemimpin UMNO” saja. Itu sebab rakyat
Terengganu dibawah Kerajaan PAS/BA dicekik dari
mendapat hak yang sebenar hak kepada mereka oleh regim
yang menyimpan dendam politik yang berkepanjangan.
Bermakna regim Mahathir TIDAK menggunakan kuasa
menyelaras untuk kebaikan. Sebaliknya mereka
bersekongkol untuk “membalas dendam dan mencari
pengaruh politik”. Ini adalah bertentangan dengan roh
Perlembagaan Negra (the spirit of the national
Constitution) dan sekaligus mencabul hak rakyat dan
kerajaan negeri.
Jika Mahathir sekian lama berhajat besar lagi jahat
untuk memisahkan perkataan “Islam” dari parti PAS
(tetapi makin nampak gagal direstui orang Melayu
Islam); menafikan hak Royalti minyak Terengganu dan
memutarbelitkan isu ini adalah sama sebagai suatu lagi
insiden perkosaan dan pencabulan terhadap rezki yang
hak dan dianugerah Allah kepada rakyat negeri itu.
Perkara seperti ini tidak seharusnya dibendung dan
dibiarkan. Mahathir telah terang-terang menyalahkan
kuasa untuk kepentingan dan pengekalan kuasanya.
Jangan Mahathir jika rakyat membantah. Jangan Mahathir
mentakrifkan rungutan rakyat menyatakan yang benar
sebagai fitnah.
Sudak tiba masa rakyat memanifestasikan tindakan bagi
“menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliam”..!!
Berperanglah kalian dengan rakyat. Silakan!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)