Bah. 1
ORANG Melayu amat terkenal dengan sifat sopan santun
dan ketinggian budi bahasa mereka. Itu adalah identiti
lumrah yang amat sukar ditandingi oleh bangsa-bangsa
lain di dunia. Kaum lain di negara ini sangat
menghormati sikap dan sifat orang Melayu yang satu
itu.
Islam sebagai Budaya Melayu
Budaya Islam adalah asas budaya orang Melayu. Unsur
itu telah menyebabkan semua kaum di negara
bermasyarkat majmuk ini dapat hidup dengan aman dan
sejahtera. Walaupun negara ini menyaksikan pelbagai
peristiwa yang mencabar keharmonium hidup sebagai satu
bangsa Malaysia, namun peristiwa-peristiwa getir yang
berlaku segera terpadam dan masing-masing pihak mampu
melupakannya.
Peristiwa 13 Mei adalah semacam “batu peringatan” yang
menjadi sempadan semua kaum untuk berkompromi. Tidak
ada siapa yang merasa bangga dan bertuah berlakunya
peristiwa yang sangat bersejarah itu. Tanpa
membicarakan sebab-musabab berlakunya peristiwa itu,
dapat dirumuskan ia berpunca dari sikap “melampau” dan
“kurang peka” pihak tertentu dalam menangani
sesitiviti kaum tertentu.
Pemimpin UMNO ‘Lama’ (kini bergelar vetren dan tidak
lagi menyokong UMNO Baru yang dibaruakan oleh Dr.
Mahathir) mengambil inisiatif yang sedikit-sebanyak
berkesan untuk merapatkan jurang pelbagai perbezaan
yang menjadi persoalan. Dirangkalah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan disemarakkanlah semangat toleransi serta
diberi makna ‘Rukun Negara’.
Dengan itu, rakyat nampak bahawa yang menjadi musuh
besar ialah isu ketidakseimbangan ekonomi yang wajib
ditangani secara bersama. Dimaklumi juga,
penyelesaiannya memang memerlukan tempoh yang panjang.
Ia tidak boleh dilaksanakan secara tergersa-gesa.
Semua kaum mengahyatinya, kecuali pemimpin tamak-rakus
seperti Dr. Mahathir dan sekongkolnya.
‘Superemacy’ UMNO
Sebagai sebuah parti gabungan Barisan Nasional, Dr.
Mahathir mencuba satu ‘experiment’ yang luarbiasa.
Beliau berjaya meletakkan UMNO sebagai parti tunjang
dalam gabungan BN. Malangnya dalam proses menyuntik
elemen ‘superemacy’ kepada UMNO, beliau membuat
perubahan dasar yang terkeluar dari keutamaan majoriti
rakyat, khusunya orang Melayu.
Perubahan dasar itu mendorong Dr. Mahathir membuat
siri kesilapan yang ternyata amat besar padahnya.
Beliau bermusuhan dengan parti PAS dan bermati-matian
cuba membunuh parti itu sebagai menjamin ‘superemacy’
UMNO. Bermkna, Dr. Mahathir bermusuhan dengan jiwa dan
rohani orang Melayu!! Ini kerja gila Mahathir yang
nampak umpama menentang ‘arus’ politik ‘dalaman’ orang
Melayu.
Kerana Dr. Mahathir terlalu ego dengan kewibawaan diri
beliau hasil dari karisma pemimpin pelapis seperti DS
Anwar, beliau (Dr. Mahathir) tidak sedar bahawa
kewibawaan beliau itu sebenarnya adalah “palsu”.
Tetapi Dr. Mahathir yang berlagak seperti ‘bangau’
yang terbang di angkasa, beliau tidah sedar akhirnya
akan turun dan hinggap dibelakang kerbau – ‘mencari
kutu’…!!
Itu suatu analogi mencerminkan ‘people power’..!!
Mahathir wajib belajar dari sejarah politik Marcos,
Soeharto, Caucesque, Shah Iran, termasuk Mobutu.
Beliau tidak sedar bahawa PAS adalah sebuah parti
politik yang berakar-umbi dari dalam rohani orang
Melayu. PAS menjadi semacam parti ‘ombudmen’ yang
sengaja dikekalkan oleh Melayu bagi mengelakkan UMNO
dari bersikap “keterlaluan”. Inilah bukti
kebijaksanaan orang Melayu berpolitik.
Dr. Mahathir tidak sedar bahawa perjuangan PAS adalah
konsisten. Sebaliknya, pemimpin UMNO lupa daratan.
Pemimpin PAS insaf bahawa orang Melayu masih ditahap
‘memerlukan’ pelbagai bantuan dari kerajaan.
Sebaliknya Mahathir dan UMNO melukan orang Melayu.
Lebih-lebih lagi, Mahathir berperang dengan orang
Melayu dan agama Islam!! Memang Mahathir dungu – tidak
berterima kasih kepada orang Melayu!!
Sementara Dr. Mahathir (dengan ego yang mendadak)
semacam sengaja melupakan bahawa isu ekonomi dan
kepentingan masa depan orang Melayu masih lagi jauh
ketinggalan. Dr. Mahathir dan UMNO hanya mampu
mencetuskan ‘rasa bangga’ dalam hati orang Melayu;
tetapi mulut orang Melayu ‘melopong’ dan kocek mereka
‘kosong’!
Selama 18 tahun Mahathir terlolong-lolong memikikkan
pelbagai slogan, tetapi hari ini nampak jelas
sebenarnya beliau memukul gendang “tin kosong”. Orang
Melayu masih terperuk ditepi hutan, menjadi nelayan
kais pagi makan pagi, penanam padi tanpa subsidi,
dibebani pelbagai jenis hutang yang menjadi duri,
ditipu bontang – mulut terkuci dan tangan digari..!!
Orang Melayu makin kehilangan harga diri. Tergadilah
Kemerdekaan mereka dan seluruh hak-hak yang asasi.
Mereka diugut dan dipaksa menerima ragam karenah
pemimpin UMNO tanpa dibenarkan menyoal mengapa diri
mereka sebagai orang Melayu diperlakuakan seburuk
ini!!
Itulah kesan dari ‘superemacy’ UMNO yang terhasil oleh
dasar-dasar Dr. Mahathir selama beliau menerajui UMNO
yang diBARU(A)kan belaiu. Sekaligus UMNO ratusan ribu
ahli UMNO mengistiharkan diri sebagai “Bekas ahli”.
Ini termasuk ‘Amin Sapiro’.
Isunya: Mengapa begitu?
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)