CUBA anda langgar pantang hari ini. Walaupun anda loya
tekak membaca Utusan Malaysia, untuk kepastian anda
baca naskhah bertarikh 20 Sept. 2000. Pasti anda
terbaca sebuah nama yang seiras bunyinya tetapi
berbeda ejaannya, iaitu: ‘ANNUAR Musa’, bukan ‘ANWAR
Ibrahim’.
Kesimpulannya, pasti anda akan rumuskan bahawa Annuar
Musa betul-betul budak mentah politik. Dia disuruh
membebel panjang. Hampir habis satu laman akhbar
selembar penuh. Mata kita yang membacanya pun naik
lenguh.
Cuma satu: Isu yang dibangkitkan akan dapat
mempastikan apa dia “UMNO” dan apa prioritinya. Kita
akan dapat meneliti sejuahmanakah UMNO itu tidak lagi
releven kepada politik semasa orang Melayu.
Kesimpulannya: UMNO sudah hilang daya!!
Ramai yang termuntah, “Yueeeekkkk… aku baca pun naik
cemuih”. Dalam loghat Kedah, seorang anak mudah
berkata, “Cakap bulihlah, tapi pi mai pi mai tang tu
jugak…..!!”.
Dan berakhirlah sesama mereka dengan gelak ketawa.
Mereka jadikan tulisan Annuar Musa semacam sumber
‘gurau senda’.
Ada yang nakal, bertanya, “Apa lagi SANDIWARA terbaru
Mahathir dengan budak-budak ‘bangsawan’nya?”.
Yang bijak sikit bercanda, “Apa lagi – itu nak
‘turning-over’ kita laaaa.. Depa memang pakar. Sapa
tak kenai, takkan hangpa tak tao… Mahadiaq mamak
tongkang nuuuu.. dalam kepala dia ‘putaq alam’ saja.
Haghi ni cakap lagu ni, esuk dia dok buat lein pulak.
Bila dia kena corner, dia patah belakang – kata, ‘
saya tak kata, hangpa pi tanyalah Nuar Musa. Kot-kot
dia pikiaq dia Prime Minister…?”.
Menjawab seorang lagi, “Anak Kelin’ tu memang suka
main ‘ulaq’. Kalu tak belit oghang, bukanlah dia
Mahadiq namanya. Lapan belaih tahun dok jadi Presiden
UMNO, sampai ke laaa dia dok mendongkoi – nak jadi
ghaja pulak dah. Apa..!! Dia ingat di waghih-waghih
sultan Krala ka? Hahahha… peghasan kotttt….!!”.
Ini adalah riaksi spontan rakyat dan kesan sebenar
dari sebuah lagi “SANDIWARA MEGA” Mahathir yang
terbaru. Tema dan plotnya cukup mudah dimengerti
rakyat. Masih Mahathir tidak faham bahawa rakyat
generasi hari ini sudah terdidik dan matang berfikir.
Generasi sekarang sudah berani. Mereka tidak semudah
itu diugut-paksa lagi. Kita nampak Ezam, Azmin dan
Mahfuz dan teman-teman seperjuangan mereka
berkesanggupan tinggi. Rata-rata sekeliling negara
mereka menghuraikan isu perjuangan mereka – REFORMASI.
Mereka berdiri di rostrum dihadapan puluhan ribu
rakyat marhain yang peka mendengar huraian mereka
tentang isu-isu semasa. Mereka berjuang bagi
‘menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman’.
Mereka bukan bercakap mengenai politik saja.
Sebaliknya mereka menghuraikan sejauhmanakah hak asasi
rakyat sudah dihapushakiskan oleh sebuah regim yang
dibina oleh tangan segelintir pemimpin UMNO sendiri.
Mereka tegak dengan nada suara yang tegas serba ikhlas
bercerita mengenai rasuah dan penyelewengan yang
sedang merosakkan fabrik budaya politik, ekonomi,
kemasyarakatan, undang-undang, pentadbiran, agama ,
moral dan akhlak rakyat hasil kebebalan para pemimpin
UMNO/BN hari ini.
Mereka mejelaskan bagaimana Mahathir berwenang-wenang
memutarbelitkan tafsiran undang-undang, mengamalkan
“politik balas dendam”, mencekik khazanah negara untuk
kepentingan diri beliau dan kroni, melakukan pelbagai
penyelewengan terang-terang.
Mahathir dan pemimpin UMNO yang telah dibaruakannnya
sekongkol berbangga kerana membunuh demokrasi. Bukti
yang jelas dapat dilihat – melibatkan dua juta orang
Melayu Islam – rakyat Terengganu dan Kelantan dengan
menyekat hak mereka mendapat royalti minyak dan geran
kontan.
Mahathir mensengajakan perkara ini, kununnya kerana
orang Melayu tidak “bersyukur” kepada beliau dan
UMNO!!
Apakah Mahathir menganggap dirinya semacam FIRAUN
yang berhasarat memaksa umat manusia mengakui dirinya
‘tuhan’..? Seoalah-olah ia boleh menghidup dan
mematikan makhluk bernyawa? Tidakkah Mahathir sudah
munafiq?
Asasnya berpunca dari orang-orang UMNO dan segelintir
pemimpin mereka sudah terlalu tebal dengan kebebalan
dan ketaksuban mereka kepada Mahathir. Hingga, mereka
sanggup menyerahkan hak mereka sebagai manusia
bernyawa, insan yang ditakrifkan sebagai khalifah di
bumi Allah ini kepada seorang manusia untuk menentukan
nasib mereka.
Maka terbentuklah oleh pemimpin UMNO ini sebuah
“patung berhala” yang mereka sembah sebilang hari. Ada
yang sanggup mencium tangan Mahathir. Ada yang
menundukan kepala merafakkan sembah.
Banyak yang terangguk-angguk bagai ‘kakak tua’,
terpegun khayal apabila si “patung berhala” itu
meletakkan hukum-hakamnya. Malangnya, ada setengah
mereka mengaku diri “ulamak” – ‘Ulamak UMNO’..!!
Mereka kecut isi perut untuk membantah!! Seolah-olah
mereka hidup dalam zaman Jahiliyah yang membawa maksud
“Membantah bererti hilang punca rezki – mati”..!!
Dimanakah aqidah mereka? Sudah hilangkah keyakinan
diri mereka – tidak percaya lagi kepada diri sendiri
selain dari Mahathir, UMNO dan barua-baruanya..!!
Pernah diimbaskan bahawa apa yang ditulis oleh Annuar
Musa memang banyak yang benar. Sekali baca ia harus
dijadikan sebuah rencana layak dimuatkan di mana-mana
Laman pro-Reformasi.
Apakah Annuar Musa fikir orang Melayu semua bangang?
Tidakkah UMNO sepuak ini terfikir bahawa Mahathir
sudah nampak sengaja bermuka-muka sejak tahun 1965.
Dan pada 2 September 1998 terbokti beliau mempamirkan
warna asalnya secara terang-terang!!
Selama lebih 30 tahun Dr. Mahathir telah merasuk
segala sudut dan ceruk hidup, minda dan budaya hingga
menular ke dalam agama orang Melayu Islam dan rakyat
di negara ini. Memang ramai yang terperdaya oleh
kepintarannya bersandiwara. Tetapi akhirnya,
perancangan Mahathir yang selicin itu tersemu juga!
Analoginya, Mahathir bagai penternak ‘anjing-anjing’
di sebuah kandang besar bergelar UMNO. Anjing-anjing
ternakan itu dianjar menyalak, menggigit dan membaham.
Upahnya cuma se ketul tulang tidak berdaging.
Rakyat dan dunia tidak akan melupakan peritiwa ini.
Salah seekor darinya telah membaham Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Bila rakyat membantah, Mahathir melepaskan
semua anjing-anjing se kandang ini. Maka dibahamlah
rakyat – digigit semua!
Sementara itu, merayaulah “Tuan Bapak Anjing” keliling
dunia, menghasut minda manusia sejagat supaya
memperakukan “dusta”nya sebagai “kebenaran”. Kununnya
itulah ‘Demokrasi’.
Maka bermulaIah satu sejarah paling buruk lagi aib
pernah dilakukan oleh seorang pemimpin rakyat di
negara ini.
Mahathir tidak peduli terhadap nasib buruk ratusan
ribu mangsa yang ditipu dan dibohonginya, yang
merengkok di pondok-pondok buruk. Beliau hanya
mementingkan hidupnya sekeluarga dengan kroni
sekongkolnya saja. Mereka terus hidup senang lenang,
saling agung-mengagungi bermulia diri oleh
juak-juaknya.
Walaupun rencana Annuar itu bagai mengkesali perbuatan
kelompok UMNO yang terlanjur mengkhianati rakyat; dan
seakan-akan mau ‘rujuk’ semula (bagai pasangan Talak
Tiga) kepada aspirasi Kemerdekaan nenek-moyang kita –
namun Annuar adalah salah seekor dari ‘jerung-jerung’
yang masih timbul tenggelam dalam takungan air najis
UMNO/BN.
Apakah Annuar masih bebal bahawa parti Pembangkang,
reformis, para penyokong pembangkang dan simpatis
dalam UMNO tidak semudah itu ‘dibeli’. Mereka sudah
terlalu matang berfikir. Orang sudah hilang
kepercayaan kepada UMNO/BN..!!
Rakyat sudah tahu, Annuar menulis selantang itu
setelah mendapat kelulusan pihak atasan UMNO –
khusunya Mahathir dan MKT.
Orang sudah lama tahu Mahathir Muhamad terpaksa
menukar strategi dari pola “berkeras” kepada pola
“berlembut”. Kununya, sebagai meraih simpati orang
ramai yang sudah tidak menyokong UMNO lagi.
Orang Melayu sudah pintar berpolitik. Kebusukan agenda
Mahathir dalam isu Royalti minyak Terengganu, cabaran
Mahathir di Sabah terhadap kepimpinan mengenainya
(ambil tindakan undang-undang) – adalah bukti nyata.
Mahathir mewujudkan proses adu-domba dan hasutan
terhadap sentimen perkauman ‘Melayu-Cina’. Mahathir
memandang hina kepada orang Melayu tanpa memberi
pembelaan sewajarnya.
Mahathir bertanggungjawab menyelewengkan Dasar
Ekonomi Baru. Beliau pura-pura beragenda menegakkan
hak keistimewaan orang Melayu (padahal menghapuskan).
Paling busuk: Mahathir memecahbelahkan orang Melayu
Islam dengan merancang menghapuskan perkataan “Islam”
dari sebarang pertubuhan Islam. Ratusan ribu orang
Melayu dinafikan hak biasiswa pendidikan anak-anak
orang Melayu (jadi pinjaman/hutang).
Sementara itu, Mahathir dan sekongkolnya membolot
setiap peluang keusahawan dan perniagaan orang Melayu
melalui penswastaan yang berlandaskan prinsip
‘nepotisma dan kronisma’. Cuba teliti segala tindakan
busuk Ali Rustam di Melaka?
Rakyat tidak akan melupakan kekejaman dan keaiban
terhadap DS Anwar Ibrahim sekeluarga, pembunuhan
rakyat Memali, penyeksaan terhadap Reformis, ancaman
terhadap rakyat yang menyanggah!
Nah! Annuar Musa tidak berbicara mengenai isi-isu
besar itu. Beliau lebih bercakap “politik”. Siapa
peduli samada UMNO akan terlongkop atau tidak. Samada
UMNO hendak di reingineering atau jadi ‘udang kering’.
Tak ada siapa yang akan peduli.
Kesimpulan orang Melayu sudah pasti: Selagi UMNO/BN
menerajui pemerentahan negara ini, akan berlaku
senario saling tak tumpah pepatah Melayu: “Kera di
hutan disusui, Anak lapar dipangkuan dibiarkan mati”.
Orang Melayu tidak mahu bagai “Ayam tambatan mati di
kepuk padi”; kerana orang Melayu tidak mahu lagi
“Hilang maruah harga diri”.
Pada hari ini, UMNO dan pemimpinnya sudah terlajak
jauh – nampak bukti menipu, membohongi, mencari
kekayaan peribadi disamping meruntuhkan hak dan akhlak
orang Melayu dan warisan budaya dan kekuatan agama
Islam sebagai peradaban!
Jika Mahathir pernah menulis kepada Allahyarham Tunku
satu masa dulu, katanya:
“I wish to convey what the people really think, that
is that it is high time you resign as our Prime
Minister and UMNO leader".
Soalan rakyat sekarang, “Jika Mahathir sebiadap itu,
bagaimana Mahathir hari ini? Bila lagi nak gulung
tikar bantal..?”
Menulis seorang cendekiawan, Raja Petra Kamarudin,
kata beliau”
[Mahathir's plan flopped this second time around and
now he must backtrack to save face. I suppose the old
saying "you cannot fool ALL the people ALL the time"
holds true after all].
Sesungguhnya, apa yang dihuraikan disini bukan fitnah.
Annuar Musa sendiri mengakuinya!! SAH – UMNO/BN sudah
cukup-cukup parah!! Alhamdulillahhhhhh…..!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)