Bah 1
KEMERDEKAAN bermaksud pembebasan dari sebarang
faktor-faktor pembelengguan. Dalam konteks kenegaraan,
fokus utama ialah kebebasan rakyat memilih dan
bertindak. Itu adalah takrif paling mudah sebagai asas
pemahaman.
Pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan seharusnya
bertanggungjawab, berkempauan, berhasrat dan
beriltizam untuk merangka, merancang dan melaksanakan
satu siri pembangunan fisikal dan minda bagi
meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bermakna, satu garis lurus diukir bagi menghubung dua
sektor terbabit – Kerajaan dan Rakyat. Senario sebuah
kerajaan yang berwibawa akan terlihat dimana kedua-dua
pihak saling memahami, saling menghormati dan
berkerjasama antara satu sama lain. Dalam konteks yang
lebih luas, fokusnya adalah demi kesejahteraan negara
dan hubungannya dengan dunia keseluruhannya.
Akhirnya, terwujudlah satu iklim yang aman, sejahtera,
maju dan membangun seganding dengan keterampilan
sebuah negara yang padu dan tiak mudah tergugat oleh
elemen-elemen yang merosakkan perpaduan antara
kedua-kedua pihak itu (kerajaan dan rakyat). Dunia
memerhatikan keadaan ini.
Itu adalah konsep. Konsep itu boleh tercalar, malah
boleh terluka memberi kesan pendarahan yang sangat
menyakitkan.
Dalam keadaan tertentu, sekiranya keadaan itu terbiar
terlalu lama, pesakit-pesakit (kerajaan dan rakyat)
akan lemah. Akhirnya, pesakit-pesakit itu (kerajaan
dan rakyat) berkemungkin tidak lagi bertenaga dan
melumpuh (musflis segala).
Satu Senario Menjijikkan
Berbalik sedikit kebelakang, kita sudah lihat
bagaimana Dr. Mahathir berperanan menuntut Allahyarham
Tunku meletakkan jawatan.
Kita tau bagaimana Mahathir adalah seorang pernah
bergelar “Ultra”. Gelaran itu diberi kerana sikap
beliau yang sungguh “kurang ajar” dan cukup-cukup
“biadap”. Beliau terlibat menjatuhkan seorang pemimpin
terulung yang mengetuai sebuah Kerajaan yang dihormati
rakyat dan dunia.
Kita juga tahu bagaimana Dr. Mahathir beragenda
menyingkirkan seorang lagi Perdana Menteri negara ini.
Tun Hussein Onn, secara paksa meletakkan jawatan
beliau sebagai Perdana Menteri. Akhirnya Dr. Mahathir
menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mengetuai
kerjaan BN.
Era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri – kita lihat
satu rentetan pertistiwa bagaimana sentimen rakyat
dimainkan untuk menyingkirkan sesiapa yang berseteru
dengan beliau.
Bukan setakat Timbalan beliau saja, malah mereka yang
berpotensi besar menerajui rakyat telah menjadi mangsa
adu-domba dan agenda busuk beliau. Ini termasuk Ku Li
dan Ghazali Shafie – dua orang pemimpin rakyat yang
berpotensi dan mempunyai sejarah keterampilan sebagai
‘anak didik’ pejuang kemerdekaan yang telah pergi
untuk selama-lamanya.
Kita sudah lihat bagaimana Dr. Mahathir mengambil
kesempatan dari keadaan yang wujud untuk melumpuhkan
kekebalan Raja-raja Melayu. Karenah agenda Mahathir
membawa kepada krisis Perlembagaan kali ke-dua (awal
tahun 90-an). Itu adalah siri beberapa “penyingkiran”
yang menjadi sejarah Dr. Mahathir dalam politik.
Kita tidak bertujuan mengagung-agungkan kekuasaan
raja-raja, tetapi dalam sistem Raja Berperlembagaan,
ada peranan tertentu dalam Perlembagaan yang
memperuntukkan kuasa YDP Agung wajar dimartabatkan.
Tujuan memperuntukkan kuasa kepada YDP Agung adalah
untuk memberi ruang kepada rakyat mengadu kepada
struktur tertinggi itu dan mendapat perlindungan
terakhir sebagai suatu struktur kuasa yang berkecuali.
Ini sangat penting.
Keinginan Berkuasa Mutlak
Mengapa Mahathir begitu berkeinginan meruntuhkan
sistem itu. Jawapan yang ketara ialah: Dari apa yang
dilihat hari ini, ternyata maksud sebenar Mahathir
ialah untuk meletakkan semua kuasa di tangan beliau
sendiri. Dengan itu beliau akan bebas berdiri
“mengatasi undang-undang” dan melakukan apa saja
mengikut seleranya.
Sekaligus, beliau akan berkuasa memanipulasikan segala
dasar negara, undang-undang dan peraturan, institiusi
kerajaan dan kakitangan awam disemua peringkat.
Apa yang menjijikkan ialah, kuasa yang telah begitu
luas di tangan beliau menyebabkan semua wakil-wakil
rakyat dan para menteri yang dilantik bertukar sifat
menjadi ‘pak turut’. Dengan sistem Parlimen majoriti
2/3, Dr. Mahathir kan bermaharajalela melakukan apa
juga yang beliau sendiri suka. Kepentingan rakyat
menjadi perkara kedua! Kepentingan dirinya lebih
utama.
Kesimpulannya, jika ini dibiarkan, bermakna negara ini
sudah tidak lagi mengasaskan Perlembagaan sebagai
“induk” undang-undang yang menjadi ‘kontrak sosial’
yang dipersetujui rakyat dan Kerajaan yang memerentah.
Dengan itu bermakna, rakyat tidak ada lagi mempunyai
sebarang kuasa membantah dan menyanggah jika berlaku
sebarang perkara dasar dan perlaksanaan yang
menjejaskan hak-hak dan kesejahteraan mereka.
Ini memberi makna bahawa negara itu sudah
diperentah-tadbir oleh seorang DIKTATOR dan seorang
“Presiden” sebuah “Republik Bayangan”. Dengan itu
Perlembagaan Negara hanya cebisan kertas yang dijilid
sebagai sebuah buku tidak berguna.
Kerana artikel dan bab-bab tertentu yang melindungi
rakyat sudah dipinda begitu rupa dan ditafsir supaya
memberi makna menyokong kemahuan dan kepentingan
seorang Perdana Menteri sahaja, sementara rakyat
dipaksa memperakukannya – ini jelaslah memberi makna
bahawa negara dan rakyat negara ini telah diurustadbir
oleh seorang DIKTATOR!
Diktator Adalah Penjajah!
Pentadbiran sebuah regim Diktator adalah suatu bentuk
PENJAJAHAN. Yang lebih teruk lagi, penjajahan bentuk
ini adalah dilakukan oleh sekelompok
(team/inner-circle) para pemimpin pilihan yang
diketuai oleh “satu orang” dari kaum dan bangsa
sendiri.
Kerana ia dari bangsa sendiri, maka kelompok pemimpin
ini mampu ‘main wayang’, berlagak sebagai pembela
rakyat. Tanpa disedari, kelompok inilah penjenayah
beragenda dan melakukan rompakan secara terang-terang
disebalik undang-undang yang mereka rancang.
Para pemimpin pilihan oleh ketua kelompok itu
menentukan bahawa tidak semestinya menteri-menteri
yang dipilih dan diangkat tidak semestinya atas mandat
mewakili rakyat. Sebaliknya, mereka adalah dipilih
oleh Perdana Menteri yang berkuasa, semata-mata untuk
kepentingan diri beliau, anak-beranak, suku-sakat,
kroni politik dan mereka yang sekongkol dalam
kelompoknya.
Sistem ini berkemungkinan kekal. Sementara itu, rakyat
akan terus dipinggirkan. Mereka akan memastikan berada
ditampuk kuasa. Mereka akan memutarbelitkan
undang-undang dengan memberi justifikasi terhadap
semua perbuatan sumbag mereka.
Hari ini kita sudah nampak terang-terang barisan
Menteri-menteri dan orang-orang tertentu yang
disingkirkan rakyat masih dipilih oleh Dr. Mahathir
bagi menerajui Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan
yang peting-penting.
Semua menteri UMNO dan BN tidak lagi berfungsi untuk
rakyat, sebaliknya hanya bertugas untuk kepentingan
“tuan besar” mereka. Mereka juga mendapat laba.
Keadaan ini tak boleh jadi. Ia tidak boleh dibiarkan.
Rakyat perlu tahu hak-hak mereka dan bertindak untuk
memulihkan kemerdekaan mereka. Rakyat perlu tahu makna
‘people power’ – iaitu suatu kuasa muktamad yang mampu
menumbangkan semua bentuk penjajahan..!!
Apakah hak-hak rakyat dan apakah yang dikatakan
‘people power’?
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)