(Bah. 3)
UMNO Hilang Pedoman
SEMENJAK Mahathir mengambilalih kepimpinan UMNO dan
BN, dan sekaligus mengambil alih jawatan Perdana
Menteri; ikrar pertama beliau ialah berazam merobah
keadaan melalui slogan ego dinamakan oleh beliau
sebagai “Azam 100 Hari”.
Sebagai seorang ‘tactician’ beragenda yang sekian lama
mengidam jawatan eksekutif tertinggi (PM), tempoh itu
beliau gunakan sebaiknya untuk menerap imej, identiti
dan personaliti sendiri.
Perkara pertama yang beliau lakukan ialah menggegarkan
keadaan semesta, bukannya memperbaiki dan memperhebat
penglibatan dan penyertaan orang Melayu di bidang
keusahawanan dan perniagaan. Padahal, waktu itu Dasar
Ekonomi Baru (DEB) hanya ada kurang lebih 15 tahun
saja lagi. Dan, pencapaian orang orang Melayu tidak
sampai 8% walaupun sasaran sebenar 30%.
Dr. Mahathir asyik dengan keghairahan menunjukkan imej
kelainan yang membedakan identiti dan cara dari PM-PM
sebelum beliau. Beliau lebih cenderung kepada “image
making” dalam politik sambil berkhayal sendiri dengan
pelbagai projek mega.
Dasar beliau di bidang perindustrian dan perniagaan
lebih tertumpu kepada perusahaan mega. Beliau tidak
nampak menumpu dan mempedulikan usaha kepada
pembangunan keusahawanan dan perniagaan orang Melayu
samada memperbanyak penubuhan perusahaan kecil
dikalangan orang Melayu mau pun memperbesar yang kecil
ke tahap sederhana.
Mereka yang meneliti secara dekat, sebenarnya Dr.
Mahathir menggunakan tempoh itu untuk melaksanakan
strategi memusatkan semua kuasa ke dalam genggaman
beliau. Seperti yang dijangka, beliau mempastikan
semua struktur dalam seluruh pentadbiran negara dan
institiusi terbabit dikuasai beliau sepenuhnya.
Semua pihak yang terbabit – samada dalam Parti maupun
Kerajaan dan Perkhidmatan awam diberi mesej dan amaran
keras lagi jelas bahawa beliau adalah seorang Perdana
Menteri dan sekaligus Presiden Party yang berkuasa.
Diingatkan bahawa tidak siapa yang boleh melakukan
sesuatu tanpa kebenaran beliau.
Mahathir menggunakan keputusan Kabinet sebagai
perisai. Dalam keadaan tertentu, beliau
“memperkudakan” para pemimpin UMNO dan BN sebagai
“lembu-lembu” bertanduk panjang!!
Rakyat yang pintar sudah nampak bahawa Mahathir sudah
memulakan era “Reign of Terror” dalam pentadbiran
negara.
Mahathir meneruskan agenda untuk menguatkan kedudukan
dengan menyuntik (instill) rasa terugut dan ketakutan
disemua pihak dan peringkat. UMNO semacam hilang
sasaran dilambung oleh keghairahan ego “imej making”
para pemimpin politik.
Penyokong UMNO diluar tidak tahu bahawa Mahathir
sebenarnya menyimpan satu agenda tersembunyi untuk
diri beliau sendiri. UMNO sudah hilang prioriti dan
berubah jauh dari pedoman sebenar.
Latarbelakang Mahathir Ada Kaitan
Perlu diketahu latarbelakang Dr. Mahathir sebelum
menjadi Perdana Menteri banyak membentuk sikap,
perangai, pendekatan, objektif dan cara pengendalian
sebuah parti dan kerajaan dan menetukan keutamaan
beliau.
Jika Mahathir bersikap pembohong dan ‘talam dua muka’,
mengambil kesempatan, tidak jujur dan berpura-pura,
pengugut dan beragenda – segala-galanya dapat dilihat
dari latarbelakang ini. Buku ‘Delima Melayu’ memberi
petanda siapa beliau dan apa anggapan beliau terhadap
orang Melayu.
Mahathir hanya berpura-pura menggunakan isu
‘kekecewaan orang Melayu’ sebagai umpan memancing
pengaruh penyokong UMNO, dan sekaligus meletakkan diri
beliau supaya dianggap oleh orang sebagai ‘pejuang dan
pembela’ orang Melayu melebihi pemimpin lain.
Adalah suatu yang benar dan perlu diingat, semasa era
pentadbiran Allhyarham Tunku, Mahathir adalah ‘duri
dalam daging’ kepada kepimpinan pentadbiran
Allhyarham. Sebagai seorang yang sekian lama
berjinak-jinak melalui perselingkuhan beliau dengan
“Freemason Yahudi” yang berpusat diluar negara,
Mahathir diyakinkan oleh mereka supaya menguatkan
naluri “killer instinct” dalam dirinya.
Yahudi memberi ingatan supaya Mahathir tidak boleh
mengamalkan budaya Timur yang bersopan dan menghayati
perinsip Islamik yang lazim andainya beliau mahu
menjadi kuasa tertinggi di negara ini dan kekal
ditampuknya.
Lihat beberapa insiden yang memberi gambaran siapa
mahathir sebenar:
1) “Kurang Ajar”
Mahathir adalah seorang yang terlibat menggugat
kedudukan dan membangkit isu-isu kontroversi terhadap
kepimpinan “Bapak Kemerdekan” negara: Allahyarham
Tunku. Peristiwa 13 Mei membawa rahmat kepada
Mahathir. Beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk
meruntuhkan imej pentadbiran Allhyarham, mengkhianati
UMNO – seterusnya Kerajaan.
Rata-rata pihak yang mengetahui dalam politik dan
kerajaan membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir memang
seorang ‘Ultra’, anti Party sendiri dan Kerajaan yang
memerentah.
Merujuk kepada petikan dari sebuah artikel yang
dikutip dari Forum Freeanwar, Dr. Mahathir pernah
menulis surat paling tidak “sopan” dan ditafsirkan
dalam budaya sosio-politik orang Melayu sebagai
“kurang ajar” kepada Allahyarham Tunku.
Antara kandungannya berbunyi:
[[…."You have become so powerful, both by virtue of
your office and by popular acclaim, that UMNO has
become subservient to you. UMNO is being held
together, not because the members share your ideas on
politics, but through a system of patronage and
disguised coercion based on Government rather than
party authority".
"Mr. Prime Minister, your Government of mediocre
people is bereft of ideas, is unable to understand the
limits of their authority, and is generally unable to
rule. All the while, however, your Government is busy
on devices to perpetuate itself. These devices are so
transparent and so lacking in subtlety that they
achieve just the opposite effect". ]]
b) “Talam Dua Muka”
Dalam konteks hubungan kaum, pandangan Dr. Mahathir
terhadap kaum Cina adalah seperti berikut:
"Your ‘give and take’ policy gives the Chinese
everything they ask for. The climax was the commuting
of the death sentence, which made the majority of the
Malays angry. The Chinese on the other hand regarded
you and the Alliance government as cowards and
weaklings who could be pushed around".
"Once more I wish to repeat that the statement I made
[on the continued exclusion of the MCA from the
Cabinet] is to prevent the Malays from hating the
Government more and to stop the Chinese from abusing
the dignity of the Malays. A bigger riot will occur if
this is allowed. The military itself will be beyond
control".
c) “Berudang Disebalik Batu”
Apakah tujuan Dr. Mahathir sebenarnya?
[[…."I wish to convey what the people really think,
that is that it is high time you resign as our Prime
Minister and UMNO leader"]].
Belang Mahathir makin nampak apabila beliau menjadi
Menteri Pelajaran. Akta Universiti dirombak beliau
yang menyebabkan mahasiswa tidak dibenarkan mencampuri
politik seperti sebelumnya walaupun pun di kampus.
d) Cenderung Berkonspirasi
Beliau meningkat hingga menjadi Timb. Perdana Menteri.
Sementara Perdana Menter Tun Hussein Onn dirawat di
luar negara, Mahathir beragenda kotor melakukan
konspirasi mensabotaj (dalam parti) terhadap Tun
Hussein. Agenda beliau berjaya memaksa Tun Hussein
meletakkan semua jawatan dalam parti dan menyerahkan
jawatan Perdana Menteri kepada Dr. Mahathir.
Itulah konspirasi dan dosa ke dua yang Mahathir dalam
agenda beliau menyingkirkan pemimpin atasan. Memang
nampak bahawa Mahathir menyembunyikan satu cita-cita
peribadi paling besar iaitu untuk menjadi Perdana
Menteri secepat mungkin dalam usia masih muda..
e) Tidak Mengenang Budi
Kerana keyakinan beliau kepada falsafah yang
serap-terap dari Yahudi Freemason itu telah mendarah
darging dalam dirinya, Mahathir beragenda untuk
menggunakan UMNO dan BN sebagai tapak bertenggek dan
batu loncatan – semata-mata untuk memenuhi objektif
beliau.
Mahathir tidak ada niat berterima kasih kepada sesiapa
pun samada kepada UMNO, pemimpin terdahulu atau orang
Melayu.
Bagi beliau, kepentingan diri mengatasi apa juga.
Setiakawan hanya berguna untuk diri. Khidmat dan
karisma orang lain harus diguna tetapi wajib dilupakan
demi kepentingan diri sendiri. Konsep ‘habis manis
sepah dibuang’ mesti dijadikan amalan tanpa
‘conscience’.
f) Mensekularkan Islam
Beliau yakin sepenuhnya, jika sebuah Parti berbentuk
Islam (seperti PAS) dibiarkan berpengaruh, segala
kepentingan beliau akan hancur. Segala kepentingan dan
kekayaan yang dibina untuk anak-anak beliau akan
musnah kerana Islam (dan orang Melayu) sangat menegah
sesuatu perbuatan yang tidak halal dan berbau rasuah.
Dengan itu, ‘Islam’ yang disebarkan harus DISEKULARKAN
sebagai jaminan beliau akan terus diingati dan
kepentingan anak-anak beliau akan kekal ditangan
mereka (selepas beliau mati).
Apakah Cita-cita Sebenar Mahathir?
Faktor peribadi dan fahaman yang terbunyi dalam minda
Mahathir itulah yang menyebabkan seluruh suasana
politik orang Melayu hari ini bergolak hebat.
Sekaligus, keharmonian hidup seiringan dengan
kaum-kaum lain telah tergugat.
Perlantikan beliau sebagai PM membolehkan beliau
melakukan banyak agenda yang ganjil-ganjil. Seperti
yang dijangka, Mahathir mempastikan semua struktur
dalam seluruh pentadbiran negara dan institiusi
terbabit tidak boleh melakukan sesuatu tanpa kebenaran
beliau.
Untuk menjamin kedudukan beliau, Mahathir melakukan
satu “rombakan pembersihan” dalam pentadbiran beliau.
Antaranya, adalah:
i) Menyingkirkan Pesaing
Struktur pertama ialah Kabinet Kerajaan. Mahathir
mengarahkan semua menteri dipastikan tunduk melutut
mengikut hukum dan kemahuan beliau. Mereka yang engkar
diberi tempoh untuk berfikir. Samada mengikut kehendak
beliau atau ‘tender resignations’. Rombakan Kabinet
dilaksanakan seterusunya.
Secara perlahan, Mahathir mencari kelemahan setiap
anggota Kabinet dibawah beliau. Malah beliau
membiarkan mereka melakukan sesuatu yang salah dan
melanggar undang-undang (eg. Rasuah dan maksiat
sosial, dll). Pengintip dipasang dan memberi laporan.
Tujuan beliau berbuat demikianadalah untuk memerangkap
mereka, sekaligus “memenjarakan” sebagai hamba suruhan
beliau!!
ii) Musuh Idaman
Mahathir mempunyai kelamahan tersendiri. Beliau tidak
mampu berhujah dengan beberapa pemimpin Melayu vetren
yang matang dan ‘knowledgeable’.
Maka pemimpin pertama yang menjadi mush beliau
“diterajang” keluar ialah Tan Sri Ghazali Shafie.
Beliau adalah musuh idalaman sejak bertahun-tahun
sejak MAGERAN di zaman Tun Razak. Mahathir memang
tidak mampu menandingi Tan Sri jika berhujah dan
bantah-sanggah.
(Tan Sri Ghazali Shafie)
Latarbelakang Tan Sri Ghazali - beliau adalah seorang
menteri yang senior – berpengalaman cukup luas di
bidang perkhidmatan awam, faseh dengan dasar luar
negara, mengetahui dengan mendalam politik dan budaya
UMNO dan BN, menghayati fabrik sosial masyarakat
majmuk dan mengerti cara dan pendekatan yang sesuai
dan menyelesaikan permasaalah negara dalam keadaan
sulit.
Tan Sri Ghazali berpengalaman sebagai “trouble
shooter” dalam pelbagai insiden hubungan tegang dalam
isu sempadan Malaysia-Thai.
Beliau terlibat dalam isu menamatkan ‘Konfrontasi’
antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau terlibat
secara langsung dalam penubuhan ASEAN dan ZOPFAN
(gagasan berkecuali serantau).
Khidmat beliau sebagai bekas kakitangan awam telah
memberi banyak perubahan dasar Malaysia – samada di
peringkat nasional mau pun antarabangsa.
Sewaktu berkhidmat sebagai seorang Menteri Kabinet
Perdana Menteri sebelum Mahathir, Tan Sri adalah
seorang yang jelas berwibawa dan berpandangan jauh.
Ini adalah suatu kenyataan yang telah mendapat
perakuan dan pengiktirafan rakyat.
Sumbangan Tan Sri paling penting sekali ialah khidmat
beliau sebagai salah seorang pemimpin yang disegani
dalam mencari penyelesaian dalam isu perkauman kesan
dari Peristiwa 13 Mei. Dengan azam yang begitu kita,
Tan Sri telah berjaya memberi sumbangan khidmat dan
nasihat kepada pemimpin lain mengembalikan negara ‘to
the state of normalcy’ dalam waktu yang singkat.
Khidmat Tan Sri Ghazali yang cermerlang dicemburui
Mahathir kewibawaan beliau sebagai pemimpin akan
terlindung. Pendekatan dan objektif Tan Sri adalah
bertentangan dengan sikap dan perbuatan, tindakan dan
agenda Dr. Mahathir.
Budaya Singkir-menyingkir
Penyingkiran beberapa pemimpin UMNO yang lain banyak
mengkacaubilaukan keadaan UMNO hingga bergolak dan
melupakan perkara berhubung dengan isu penglibatan
orang Melayu di bidang ‘keusahawanan dan peniagaan’.
Persoalan yang timbul:
Siapa lagi yang menjadi mangsa agenda Mahathir, dan
apa kesannya kepada budaya politik orang Melayu hingga
terperangkap tidak menjadikan ‘keusahawanan dan
peniagaan’ sebagai keutamaan?
Bagaimana budaya ‘jatuh menjatuhkan’ menyebabkan orang
Melayu terpuruk dan meninggalkan isu terpenting lain?
Siapa yang bertanggungjawab membuat dasar melumpuhkan
kekuatan politik orang Melayu?
(sambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)