Rujuk: rencana di Utusan Malaysia
Tajuk: “Keikhlasan para pemimpinnya dalam soal wang
ihsan”
Penulis: Siti Kamsiah Nekmat, Bangsar, Kuala Lumpur.
Tarikh: 28, September 2000.
Respon:
MAMPUKAH REGIM MAHATHIR & PEMIMPIN UMNO/BN MERAIH SOKONGAN RAKYAT LAGI?
NAMPAKNYA tak habis-habis regim Mahathir mencari
justifikasi untuk menghalalkan perampasan hak dan
harta rakyat Terengganu berthabit Rayalti minyak
Terengganu. Regim itu sudah hilang hujah bagi
menyakinkan rakyat seluruh negara, khususnya rakyat
Terengganu.
Selain dari penyokong parti Pembangkang, hampir
seluruh rakyat negara ini (termasuk Sabah dan Serawak)
telah memberi pendapat dan tanggapan yang sama,
bahawasanya regim Mahathir terbukti mempunyai niat
jahat dan dendam politik terhadap PAS – vis a vis
parti Pembangkang.
Peralihan dari Royalti kepada Ihsan adalah suatu skima
putarbelit beragenda regim ini yang telah sekian lama
tersimpan sebagai dendam mereka terhadap rakyat yang
menyokog Pembangkang.
Alasan Politk Dangkal
Sebenarnya, rakyat sudah bosan mendegar hujah regim
ini. Malahan, rakyat sudah nampak mengapa regim ini
begitu berusaha memberi 1001 alasan. Malangnya alasan
regim ini terlalu dangkal dan mencerminkan ‘dungu
politik’ (political stupidity) mereka. Rakyat tidak
lagi mengendahkan hujah kuncu-kuncu mereka.
Selepas meneliti hujah-hujah Rais Yatim selama hampir
sejam dalam sebuah rancangan TV3 diwawancara Chamil
Wariya pada malam Ahad lepas, nampak sangat mereka
telah meminta tolong dan menyembah kaki rakyat supaya
menutup seluruh isu Royalti itu memohon sembah
memperakui pembohongan mereka sebagai benar.
Malangnya rakyat telah punya bukti yang cukup rasional
untuk menganggap perbuatan regim Mahathir itu sebagai
agenda politik paling kotor pernah dilakukan oleh
mana-mana sistem pentadbiran sebuah Kerajaan Pusat di
dunia. Makin UMNO tidak mendapat kepercayaan rakyat
lagi!
Analisis Internet
Kebosanan rakyat sudah sampai ketahap puncak. Rakyat
sudah memutuskan bahawa selain dari perbuatan Mahathir
itu beruapa dendam politik bersiri, ia juga bertujuan
mengkhianati, mendendami dan menyusahkan rakyat.
Pembacaan rakyat melalui puluhan analisis dan ulasan
yang begitu banyak, tepat dan bernas, bersifat
mengupas dengan pelbagai bukti yang terpapar di
bebeberapa laman internet – rakyat sudah faham. Rais
Yatim tidak mampu mengalih tumpuan mereka lagi.
Sekarang, rakyat sudah tidak lagi yakin untuk
mempercayai rencana, kenyataan dan ulasan mana-mana
berita dan huraian para menteri UMNO diakhbar perdana
maupun di media letronik kerajaan.
Rais Yatim Bertebal Muka
Apatahlagi, bila muka-muka bekas pemimpin yang
terbuang seperti Rais Yatim yang sanggup menjilat
punggung Mahathir kerana jawatan, sanggup menjual
maruah dengan mencuba nasib dengan membina jembatan
politik yang baru mengganti yang dibakar sendiri –
semata-mata kerana sesuap nasi dan ‘mengharap setakuk’
pangkat (supaya digelar Menteri, kunun); sekaligus
Rais telah membenamkan paku terakhir kepada keranda
agenda regim Mahathir dan UMNO/BN.
Rakyat tidak lagi memandang kebelakang. Bagi mereka,
sahlah sekarang bahawa 'kezaliman' dan penganiayaan'
yang pada mulanya setakat dijangkakan saja oleh
sesetengah pihak, tetapi kini sudah cukup bukti yang
berasas.
Kebusukan Regim Mahathir Akan Terdedah
Rakyat sudah jelas bahawa regim Mahathir sangat takut
dan gelabah UMNO/BN akan kehilangan teraju
pemerentahan negara. Atas beberapa faktor dan sebab
berikut makin jelaslah bahawa:. (antaranya)
1) Dengan pemberian terus kepada Kerajaan PAS/BA di
Terangganu, kelancaran Pembangunan Terengganu akan
dapat dibuktikan oleh Kerajaan PAS/BA secara berkesan.
Rakyat sudah nampak bahawa Kerajaan baru PAS boleh
melaksanakan semua Pembangunan yang dirancang. Mereka
bukan saja mampu menjayakan dengan sempurna malah kos
pembangunan projek-projek terbabit akan jauh lebih
rendah, bertepatan dengan keperluan rakyat Terengganu.
Dikhuatiri, ini mendorong rakyat yang berpuas hati
akan memberi sokongan yang padu kerajaan PAS/BA;
2) Mahathir tau bahawa Kerajaan PAS/BA berazam
menyiapkan semua projek pembangunan yang dirancang
dalam tempoh yang singkat. UMNO akan kecundang bila
seluruh rakyat Malaysia di negeri-negeri lain
menyaksikan tahap kecekapan kerajaan PAS/BA berbanding
dengan kerajaan Wan Mokhtar yang ‘feet dragging’ dalam
membangunkan Terengganu selama 25 tahun mentadbir
negeri itu. Dengan itu, kredibiliti regim Mahathir
dalam pilihanraya 2004, pasti akan dipersoalkan;
3) Perbandingan kos projek selenggaraan kerajaan
PAS/BA dengan yang telah dilakukan oleh kerajaan
UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang
akan mempersoalkan kredibiliti, marwah, ketelusan dan
kejujuran pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang telah
ditumbangkan.
4) Satu dari persoalan paling kritikal yang akan
timbul dan menjadi tandanya rakyat seluruh negara
ialah, selama 25 tahun Terengganu dibawah pentadbiran
UMNO/BN berapakah jumlah rasuah dan apakah aspek-aspek
penyelewengan yang dilakukan oleh ‘belukang-belukang’
UMNO/BN. Dokumen bukti yang berlori-lori tersimpan
dalam tangan Kerajaan PAS/BA sekarang akan merosakkan
peluang UMNO membela diri. Jika kesemua itu
didedahkan, pasti UMNOBN akan luka parah dan gulung
tikar dalam pilihanaraya ke-11 kelak.
5) Isu rasuah dan penyelewengan ini akan melimpah
membabitkan pelbagai fakta lain yang berlaku keatas
wang dan harta PETRONAS yang diketahui telah
disalahgunakan secara wenang oleh regim Mahathir.
Rakyat tahu, Mahathir dan Daim telah
sewenang-wenangnya menggunakan wang tersebut untuk
menampung pelbagai jenis BAIL-OUT (bernilai puluhan
billion RM) untuk memulihkan puluhan korporat
anak-anak Mahathir, kepentingan Daim, suku-sakat
mereka, dan kroni-proksi. Sementara itu, peniaga IKS
Melayu dan rakyat dibiarkan mati beragan.
Dengan itu akan terbogkarlah betapa 'kejamnya'
Kerajaan Pusat kerana telah memutuskan 'pintu rezeki'
rakyat Terengganu. Dalam konteks yang lebih luas,
seluruh rakyat di negara ini akan mereka diri mereeka
ditipu bontang semata-mata demi kepentingan tembolok
Mahathir, Daim, anak-anak Mahathir, kepentingan Daim,
suku-sakat mereka, dan kroni-proksi mereka.
Jalan Selamat Menunggu Kiamat
Untuk sementara waktu ini, jalan selamat bagi regim
Mahathir dan UMNO/BN menunggu tarikh ‘Kiamat’ parti
itu ialah dengan menggunakan pelbagai putarbelit dan
hujah bohong, dangkal dan bebal.
Dengan menukar Royalti kepada Ihsan, Kerajaan Pusat
akan dapat menuntup segala rasuah dan peyelewengan
serta pekung-pekung mereka yang sudah-sudah yang akan
tercatit dalam akaun perbelanjaan keatas lebih RM800
juta wang tersebut. Jika pemberian itu dikendalikan
sebara prosidur pemberian Ihsan; cara pembayaran yang
tidak melalui mana-mana pihak akan terus kepada poket
Kroni mereka. Beberapa individu UMNO akan mendapat
komisyen ‘atas angin’.
Kejadian seumpama itu telah berlaku selama 25 tahun
dibawah UMNO/BN. Inilah yang menyebabkan seluruh
rakyat Terengganu membantah keras cara pemberian
bentuk baru itu. Mereka sudah nampak bahawa yang akan
mendapat faedah dan ‘spin-off’ dari pembiayaan
Pembangunan itu ada Kroni politik dan perniagaan puak
UMNO/BN yang sudah dikenal pasti siang-siang, dan
bukan rakyat.
Semasa diwawancara di TV, Rais telah menyedari bahawa
hampir seluruh rakyat Malaysia tidak menerima hujah
regim Mahathir sebenar. Memang jelas, dibelakang hujah
Rais terang bagai disuluh motif 'udang di sebalik
batu' UMNO/BN.
Kroni Mewah Rakyat Parah
Lebih-lebih lagi Mahathir memang terlibat dengan
pelbagai rasuah nilai berbilion. Eric Cheah, Datuk
Shafie Yahya dan DS Anwar menyimpan bukti-bukti
konkrit.
Tambahan pula, beberapa kelompok indivdu dalam regim
Mahathir sekarang sangat memerlukan puluhan bilion
wang untuk menampung kemuflisan korporat mereka.
Contohnya, Halim Saad yang mengendalikan kumpulan
RENONG bagi pihak regu Mahathir-Daim memerlukan
(paling sedikit) RM3.0 bilion tunai. Kroni
Mahathir-Daim lain dalam keadaan desperado!!
Di Johor, kerajaan UMNO/BN dibawah MB UMNO/BN Ghani
telah merancang projek raksasa pula dengan kos RM15.0
billion. Itu baru satu dua contoh saja. Semua itu,
seperti biasa, membawa imbuhan komisyen kepada invidu
politik UMNO/BN. Rata-rata, 30 – 40 % dari peruntukan
itu akan jadi ‘potongan dalal’ oleh puak tertentu
sebagai habuan.
Sebalinya, jika perojek berbilion itu dilaksanaka oleh
UMNO/BN dan Kerajaan Pusat, pihak tersebut tidak akan
mempersoalkan bagaimana wang itu dibelanjakan. Rakyat
tidak tahu dan tidak akan diberi tahu. Selama ini
itulah yang berlaku.
Sekarang ini, kejadian rasuah dan penyelewengan yang
tertangguh dan dipenyap bawah gulung tikar oleh regim
Mahathir mungkin mencapai tahap nilai ratusan billion.
Terlalu banyak khabar angin di kalagan rakyat yang
mengetahui kes-kes yang masih tertangguh. Sumber
berita dalaman dari Internet dan agensi berita luar
negeri sentiasa memperbaharui analisis berita mereka.
Skandal Demi Skandal
Skandal demi skandal melibatkan regim Mahathir telah
terdedah. Ia makin menjadi tandatanya rakyat. Rakyat
tahu kemuflisan PERWAJA, Indah Water Konsortium,
RENONG. Rakyat tahu bagimana TNB, TALIKOM MALAYSIA,
dll telah dipermainkan oleh puak-puak ini. EPF sudah
tidak lagi menjadi sandaran pekerja.
Rakyat juga tahu bagaimana UMNO/BN menggunakan ratusan
juta wang rakyat untuk membiayai kempen pilihanraya
dan kegiatan kempen parti itu di seluruh negara.
Mereka terang-terang melakukan pelbagai aktiviti
merasuah pengundi dengan pelbagai cara. Wang rakyat
bukan dibelanjakan untuk pembangunan rakyat tetapi
sebaliknya untuk membangunkan kekayaan peribadi
mereka.
Padan jugalah, selama ini pemimin UMNO/BN disemua
peringkat mendapat pelbagai kemewahan kayaraya hingga
bergelar ‘jutawan segera’ dalam tempoh setahun
memegang jawatan. Sudah menjadi lumrah, pemimpin UMNO
memberi hadiah pelancungan kepada penyokong ke Eropah,
Amerika, Jepun. Jika disebut Medan atau Brastagi –
tidak siapa yang memberi sokongan. Karenah seumpama
inilah yang menyesatkan pemimpin UMNO khususnya..!
Rais Yang Menjadi Hamba Tawanan
Nampak pada raut muka Rais Yatim di kaca TV bahawa
beliau bagai terpaksa bercakap membohongi rakyat.
Sekaligus Rais menjatuhkan pencapaian dan martabat
ilmu beliau. Rais sanggup menjual murahan Ph.Dnya.
Rais tidak sedar bahawa, di mata rakyat, dirinya sudah
jatuh ditimpa tangga.
Regim Mahathir sudah tersepit. Tidak ada jalan lain
mereka meraih pengaruh selain berdalih dan berbohong
bermati-matian. Mereka mau mengelak daripada
diketahui rakyat segala niat jahat mereka.
Semasa menerajui S46, Rais lah yang paling mula-mula
dan vokal membongkar kebusukan semua pemimpin UMNO/BN.
Mahathir adalah sasaran utama beliau. Hari ini,
setelah hampir bankrup dan pokai, Rais sanggup
mengkubur partinya, menyerahkan tengkuk untuk ditetak
putus oleh Mahathir.
Dalam proses pemancungan Rais oleh Mahathir kali ini,
Mahathir memberi kata dua kepadanya: Samada mahu
dipancung secara melutut dan membongkok menyerah
tengkul atau mendongak muka sambil menutup mata,
TETAPI membuka mulut melaung hingga terjelir lidah
panjang.
Nampak sangat dalam wawancara di TV3 itu, Rais memilih
fitnah dan kecaman terhadap PAS. Rais mungkin lupa
bahawa yang dikhianati itu bukan PAS sebagai parti
serpihan, sebaliknya PAS adalah sebuah Kerajaan yang
didukung oleh rakyat. Bermakna Rais sanggup menghina
diri dengan memberi penjelasan dusta dan tidak
meyakinkan sesiapa.
Mahathir merancang akan berkempen sekeliling negeri
bagi pihak UMNO. Sudah diduga, dalam ceramah Mahathir
dan budak-budak suruhan setaraf Rais dan Ibrahim Ali,
mereka akan bercerita membayangkan betapa terdesaknya
UMNO/BN untuk meraih sokongan.
Undang-undang Ikut Selera Mahathir
Jelaslah sekarang, apa sebab UMNO/BN dan regim
‘keparat’ ini berkeras memprovok kerajaan PAS
Terengganu supaya mengambil tindakan undang-undang
keatas Kerajaan Pusat. Dari kes Anwar, rakyat sudah
nampak terang bahawa undang-undang negara ini tidak
adil dan berpihak. Hakim-hakim tunduk kepada tekanan
regim ini.
Contohnya, Mahathir yang terang-terang menyalahi
undang-undang dalam pelbagai soal yang dibangkitkan di
mahkamah oleh peguam Anwar, namun beliau masih
terlepas dari dipanggil menjadi saksi. Mahathir
dibiarkan “berkokok di luar pagar” oleh para Hakim.
Ketelusan Kerajaan Pusat makin terukti sudah tidak ada
lagi. Regim ini dan sekongkol mereka, hingga ke saat
ini tidak pernah bercakap benar. Mereka adalah puak
yang mudah mungkir janji, tidak amanah, pecah amanah,
cenderung melakukan rasuah, menyeleweng dan beragenda.
Annuar Musa Ada Saksi Utama
Apa yang dibincangkan disini bukan tohmahan atau
fitnah. Ia adalah berdasarkan pengakuan Annuar Musa,
ahli MKT UMNO yang menulis begitu panjang lebar di
media arus perdana. Terang-terang Annuar mengakui
kenyataan betapa rasuah dan menyelewengnya pemimpin
UMNO ini.
Sekiranya UMNO dan regim Mahathir masih berpendirian
seperti yang diakui oleh Annuar Musa, memang sudah
lumrah maruah pemimpin UMNO tidak akan diyakini rakyat
untuk mengendalikan, bukan saja wang Royalti Minyak
Terengganu, malah PETRONAS seluruhnya.
Dengan mencekik rakyat Terangganu, mampukah regim
Mahathir dan UMNOBN memujuk hati rakyat supaya
menyokong mereka?
Apa yang nampak, rakyat semakin berazam dan beriltizam
untuk menumbang regim Mahathir pada pilihanraya ke-11
pada 2004 akan datang, insyaAllah.
Allahu Akbar!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)