(PS: Berikut adalah rumusan dari pemantauan pro-aktif
– beberapa hari turun padang sebelum Dr. Mahathir)
SEJAK Dr. Mahathir menceburi politik, dan orang Melayu
memberi beliau kesempatan campur dalam UMNO; beliau
tidak pernah menunjukkan rasa terima kasih kepada
pemimpin atasan parti dan orang Melayu amnya.
Mahathir Khianati Orang Melayu
Sejarah penggembelingan beliau sejak dalam UMNO Lama
membuktikan bahawa, bukan saja beliau tidak berterima
kasih kepada UMNO, malah diakhir-akhir ini makin jelas
beliau betul-betul tidak peduli kepada aspirasi
kemerdeka orang Melayu. Beliau mengkhianati orang
Melayu!! UMNO Baru telah dibaruakannya pula. (NB: Itu
bukan pandangan peribadi, tetapi rumusan rakyat
termasuk pemimpin UMNO/BN pertengahan yang ditemui).
Pernah beliau bercakap kepada wartawan majalah TIME
bahawa orang Melayu adalah kaum yang bersedia
diperentah, akur dan sudah terbiasa mengikut sistem
FEUDAL. Beliau menganggap seolah-olah orang Melayu
tidak mempunyai daya dan kekuatan merubah diri di
bidang ekonomi walaupun mempunyai kekuatan politik.
(sila rujuk majalah terbabit)
Kata Dr. Mahathir, orang Melayu berpada dengan
kehidupan yang mudah (simple) dalam sistem hidup
secukuphidup (subsistance). Mungkin diarena politik
orang Melayu mempunyai kekuatan politik yang hebat dan
berwibawa, tetapi orang Melayu tidak tahu menggunakan
kekuatan itu untuk membangunkan diri. (sila rujuk
Delima Melayu karangan Mahathir).
Mungkin kata-kata beliau benar. Tetapi kita nampak
bagaimana beliau menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru dan
menyekat pertumbuhan keusahawanan orang Melayu di
bidang perniagaan. (rujuk rungutan pengusaha IKS).
Begitu rendah sekali pandangan beliau terhadap orang
Melayu, dan begitu buruk agenda beliau terhadap
mereka. Mahathir mahu orang Melayu ‘meminta-minta’
sepanjang masa. Walhal orang Melayulah yang memberi
beliau peluang menjadi ahli UMNO menerajui parti itu,
walaupun sebenarnya beliau lebih wajar duduk se meja
dengan S.O. K. Ubaidullah dalam MIC. (itu sindiran
bekas MIC terhadap UMNO)
“Ultra” Menipu Orang Melayu
Dr. Mahathir menggunakan ‘approacah’ berbentuk “ultra’
dalam meraih sokongan puak UMNO. Beliau meneruskan
sikap seorang ‘Ultra’ bersifat kontroversial untuk
memberi kelainan rasa kepada rempah ratus politik
orang Melayu. (rujuk apa kata Shahril Samad).
Mahathir merubah corak pemikiran pemimpin dan
penyokong UMNO dengan menerapkan pelbagai unsur ganjil
yang radikal. Malangnnya, akhirnya perbuatan beliau
tidak serasi dengan amalan budaya dan agama orang
Melayu. Agenda beliau umpama umpan tiruan yang
akhirnya UMNO sendiri menelan dan terjerut di
kerongkong.
Dr. Mahathir berusaha menjadikan UMNO sebuah parti
yang menghalal dan mengamalkan 'politik wang' dan
rasuah. Mahathir menyimpang dari tradisi ‘anti Rasuah’
kepada ‘pro Rasuah dan Penyelewengan’. Pimpinan UMNO
semacam sudah kaku, madal dan lali menerima rasuah
hingga budaya buruk ini sudah tertanam dan terbiasa.
Ia diterima.
Rasuah Sinonim UMNO/BN
Dr. Mahathir meletakkan imej 'politik wang' sinonim
dengan UMNO. Keadaan ini menambah minat dan
kecenderungan orang ramai berbondong memasuki UMNO dan
berrebut-rebut untuk menjadi pemimpin parti. Mereka
bermati-matian merebut jawatan dengan apa cara jua.
Puncanya, UMNO telah menunjukkan kesediaan menerima
konsep 'politik wang' dan rasuah. (Annuar Musa
mengakui sendiri).
Kerana gejala rasuah, ‘politik wang’ dan penylewengan
Dasar diperingkat implementasi dihalalkan, dan
keadaan buruk yang timbul begitu dahsyat sekali; Dr.
Mahathir mengambil langkah-langkah melindungi semua
pelakunya (termasuk dirinya).
Maka wujudlah di kalangan pemimpin politik UMNO/BN
termasuk kakitangan awam yang menjadi hamba suruhan
dan agen perantaraan dan perhubungan; telibat
melakukan rasuah secara besar-besaran. Keadaan yang
berlaku sudah begitu memburuk hingga rasuah berlaku
hingga ke akar umbi rakyat; meliputi semua bidang dan
perkara. (rujuk pandangan bekas kakitangan awam).
Dr. Mahathir tahu dan sedar, semua perbuatan berbau
rasuah adalah salah dari segi undang-undang dan
peradaban manusia bertamadun. Tetapi beliau sengaja
menggunakan kesalahan itu untuk mengugut mereka yang
melakukannya bila tiba masa. Itu adalah agenda beliau
untuk melanjutkan kuasa supaya digeruni penyokong yang
diperangkap beliau.
Rasuah Mahathir Terbongkar
Penglibatan Dr. Mahathir paling buruk dibongkar sebaik
tertangkapnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian
diikuti pula kes Abol Hassan dengan wang kontan RM100
ribu dalam laci. Lihatlah bagaimana Dr. Mahathir
memaki dan mencerca Datok Shafie Yahya bila beliau
menyerkup Abol Hassan kroni Mahathir-Daim.
Kita nampak bagaimana Rafidah mendapat perlindungan
setelah Peguam Negara berkira-kira mengheret beliau
ke mahkamah. Akhirnya kes Rafidah ditutup setelah Dr.
Mahathir mengarahkan Peguam Negara mengistiharkan
Rafidah tidak ada kes.
Begitu juga Kes rasuah Rahim Thamby Chik, Mohamad
Taib, Samy Vellu, Ling Leong Sik dan puluhan pemimpin
UMNO/BN yang ada fail rasuah di BPR. Mereka yang
tertangkap dan dihukum adalah individu yang tidak
penting kepada regim ini, atau tidak mendedahkan
pekung Mahathir-Daim dan Kroninya.
Kes rasuah bekas pemimpin UMNO/BN di Terengganu masih
disimpan rapi, walaupun BPR dengan mudah boleh
mengheret mereka ke muka pengadilan. Tetapi, kerana
Peguam Negara, para Hakim mahkamah dan Polis juga
adalah sebahagian dari ‘pemegang saham’, maka BPR
terpaksa melakukan tangkapan ‘berpilih-pilih’.
(pandangan peguam berwibawa).
Nilai Rasuah Berbillion
Selama ini, rakyat tidak tahu berapa ratus billion
ringgit berputar dalam ‘circuit’ Rasuah ini. Jumlah
rasuah yang berputar dikalangan pemimpin politik
Barisan Nasional, Kroni politik dan perniagaan,
anak-beranak mereka yang melakukannya dijangka sudah
cukup menjadikan negara ini muflis.
Rakyat tidak tahu berapa ratus billion ringgit telah
diangkut ke luar negara, disimpan di Bank ‘rahsia’,
membeli hartanah, dihabiskan di meja judi di Las
Vegas, Macau dan Hong Kong, dilaburkan dalam saham
Wall Street dan Han Seng, dan seumpamanya. (pandangan
pemain saham luar).
Urusan menutup rasuah ini sengaja dilakukan kerana
mereka yang terlibat mempunyai kemudahan dan cara
melarikan wang perolehan secara ‘haram’ itu dari
diketahui ramai. Dr. Mahathir dan Daim mempunyai
‘connections’ di negara-negara yang sanggup melindungi
kepentingan beliau.
Wang Rasuah Disimpan Dimana?
Kita dengar melebihi jumlah 10 billion Dollar
Singapura wang rakyat Malaysia tersimpan di bank-bank
disana. Dalam kes PERWAJA, rakyat diberitahu oleh BPR,
beberapa pihak telah dikesan menyimpan wang di Swiss
Banks. Itu bukan lagi rahsia. Cuma jumlahnya saja yang
belum dipastikan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dalam
Perhimpunan UMNO (tahun 1997) bahawa sejumlah RM32.0
bilion wang kontan negara didapati diangkutpindah ke
luar negara. Kerana itu, ekonomi negara telah merudum.
Baharulah rakyat sedar kesan perbuatan “perompak
kecil-kecilan” itu kepada ekonomi, nilai matawang dan
pertumbuhan ekonomi negara. (rujuk pandangan orang
UMNO).
Pada waktu itu, sebagai menutup kebuskannya, Dr.
Mahathir menuding jari kepada George Soros sebagai
penyebab kegawatan ekonomi. Tetapi sebenarnya, Dr.
Mahathir dan Daim Zainuddin serta kroni disekeliling
mereka itulah perompak khazanah negara paling
membahayakan seluruh sistem kewangan dan struktur
ekonomi rakyat dan negara ini.
Ibaratkan labu yang ditebuk tikus, kulit luarnya tidak
jejas tetapi isi didalam habis dimamah. Simpanan
negara waktu itu ‘hangus’ dan pertumbuhan ekonomi
negara terencat tidak bergerak – malah merudum hancur
lebur.
Rasuah Seluk Poket Rakyat
Hari ini kita melihat kesannya masih ada. Tidak
semena-mena, Halim Saad (seorang dari Kroni yang
menjadi proksi regu Mahathir-Daim) dalam diam-diam
telah dibail-out sejumlah RM3.0 bilion oleh Danamodal
(wang rakyat). Jumlah wang begitu banyak tidak
menguntungkan negara walau se sen pun. Sebaliknya, ia
diumapamakan menghulurkan khazanah rakyat untuk
kepetingan sebuah negara lain.
Urusan melibatkan Halim Saad yang diperakukan oleh
regim Mahathir menggunakan wang rakyat dengan jumlah
begitu besar (RM3.0 billion). Jika digunakan untuk
melaksanakan perojek yang dirancang dengan teliti
pasti ia akan memberi ‘spin-off’ dan kesan positif
kepada pengusaha tempatan dari kalangan rakyat negara
ini. (rujuk pandangan usahawan IKS).
Jika dikaji cecara ‘geometrical’, andainya ia
digunakan untuk membangunkan ekonomi perusahaan
rakyat, manfaatnya akan bertambah berpuluh kali
ganda. Jumlah begitu besar mampu menggerakkan ekonomi
negara yang dalam ‘doldrum’ sekarang. Tetapi, regim
Mahathir mempunyai agenda dan rancangan peribadi mega
untuk menampung keperluan mereka dan kroni. Sekaligus
memindahkan wang negara ke luar sempadan.
Pendedahan Hancurkan UMNO/BN
Hematnya, ia tidak menjejaskan imej dan kewibawaan
pemimpin UMNO jika ia tidak didedahkan. Tetapi
sekarang perkara itu bukan sahaja telah didedahkan,
malahan perancangan Mahathir-Daim itu telah
menghancurkan peluang UMNO/BN menerajui Kerajaan
selepas tahun 2004 ini.
Pada tahun 90-an, Dr. Mahathir berpura-pura menangis
diatas pentas kerana politik wang. Tetapi itu hanya
sandiwara sahaja. Seperti falsafah dan strategi
politik beliau: ‘politik wang’ dan penghalalan rasuah
adalah ‘umpan’ yang mengiurkan penyokong UMNO untuk
berminat menyertai UMNO. (rujuk pandangan puak UMNO)
Teori Mahathir Menghandurkan PAS/Pembangkang
Dr. Mahathir menggunakan begitu banyak wang rakyat
untuk mengekalkan kuasa beliau dan menegakkan UMNO/BN
sebagai parti baruanya. Yang paling aib dan busuk
sekali, kununnya itulah kaedah terbaik yang digunakan
untuk menumbang dan menghancurkan PAS sebagai sebuah
parti Pembangkang.
Karenah beliau menyekat Royalti minyak Terengganu
adalah agenda khianat paling zalim dan rasuah paling
kotor yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin
dalam sistem ‘Federalisma’ dalam sebuah negara
bertamadun.
Tun Salleh Abas (saksi yang masih hidup) menjelaskan
bagaimana allahyarham Tun Razak sebagai seorang
‘statesman’ berusaha memberi hak kepada rakyat
Terengganu. Sebaliknya Dr. Mahathir adalah seorang
ahli politik berfaham Diktator ‘despotik’ zalim
yang merosakkan seluruh sistem, budaya dan institiusi
sebuah negara, rakyat dan kewibaaan parti politik
bernama UMNO yang telah diBARU(A)kannya dan BN yang
sekongkol. (rujuk pandangan penyokong reformasi).
Reformasi Total Jawapan Terakhir
Keadaan sudah sampai ketahap paling mencemaskan
Mahathir dan UMNO/BN. Rakyat sudah tidak tahan lagi,
dan bersama-sama menyokong beliau dan partinya
bermakna ‘bunuh diri’ (suicide). Rakyat sudah
memutuskan, keadaan akan hanya kembali seperti
sediakala melalui satu bentuk REFORMASI total.
Dengan ‘Reformasi Total’ bermaksud regim Mahathir dan
UMNO/BN wajib dihapuskan dari muka bumi bertuah ini!!
Itu saja jalan penyelesaian untuk menghentikan
kekalutan politik, ekonomi sosial, penyalahgunaan
kuasa dan undang-undang, ketidakadilan dan kezaliman
yang sedang menekan rakyat hari ini, esok lusa dan
1000 tahun lagi!! (kesimpulan rakyat)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)