Amin Sapiro (semakin rimas…!!)
[Nota: Khusus sebagai alu-aluan Kempen “Selamatkan
Wang Rakyat” dan “Nyah Mahathir”..!!]
KITA sudah melihat dan meneliti perkembangan terakhir
berthabit isu “Perpaduan Melayu” yang diwarwarkan
Mahathir dan beberapa kerat pemimpin UMNO. Kita tidak
usah terus terpukau dengan gembar-gembur kata-kata
manis-madu yang diluahkan oleh puak kepimnpinan UMNO
itu.
Sebab, itulah modes operandi Yassir Arafat tertipu dan
ditipu oleh Simon Peres dulu. Dan itu jugalah cara
Stalin memujuk negara-negara pesisirin Russia untuk
dirangkum ke dalam pensyarikat Soviet Union dulu. Cuba
kita semak urutan sejarah silam. Ingat tak?
Masakan kita lupa bagaimana Raja Mandeliar dan Si
Kitul memujuk Pateh Karma Wijaya dan bangsawan istana
Melaka Purba supaya mempercayai beliau. Apa sudah
jadi? Tidakkah Bendahara Seri Maharaja yang bijaksana
akhirnya terbunuh tanpa dosa mengkhianati negara?
Racun Bersalut Madu
Fikirkanlah ini baik-baik – Memang adat resam yang
dibudayakan orang Melayu sangat mempercayai sebarang
kata seorang kawan maupun lawan. Kerana itu juga,
sesungguhnya hari ini, orang Melayu sudah kehilangan
segala. UMNO warisan pejuangan “Anti Malayan Union”
sudah lama terkubur. Itu bukti nyata. Itu padah orang
Melayu terlalu percaya janji “racum bersalut madu”.
Malah, “Bapak Kemerdekaan” negara yang menghabiskan
sekerat umornya menuntut kemerdekaan telah diagendakan
untuk dilupakan.
Apa yang berlaku sekarang hanyalah nama beliau dan
rakan-rakan seperjuangan, suara dan jasa-jasa beliau
cuma dikenangan apabila ada orang tertentu dalam UMNO
yang telah di Mamak-Malbarikan dan berpresidenkan
Mahathir Mohamad Iskandar Kutty sudah dalam keadaan
terdesak dan terkapai-kapai kehilangan modal politik.
Itu saja gunanya!
Atas segala-galanya, Perlembagaan “UMNO Asal” sudah
tidak ada lagi. Jika datuk-nenek kita menggariskan
kepentingan orang Melayu 45 tahun dulu, kini
kepentingan dan harapan orang Melayu sudah dirombak
dan dikikis habis-habisan oleh Mahathir keturunan
Mamak-Malbari ini, masihkah orang Melayu tak sedar
diri?
UMNO Asal sudah mati. Pemimpin UMNO sendiri yang
berdosa membunuhnya..!! Apa lagi yang nak
dinostalgiakan. Tidakkah wajar UMNO/BN dihumbankan?
Orang Melayu wajar berfikiran terbuka sekarang. Orang
Melayu harus melemparkan nostalgia memikirkan “uMMno”
ciptaan Mahathir ini adalah kesinambungan UMNO Asal.
Mahathir Mohamad sudah mengubahpinda 100% rohani parti
asal itu begitu rupa hingga orang Melayu sudah semakin
kehilangan identiti, hak yang sepatutunya
diperjuangkan untuk zuriat mereka yang akan datang.
UMNO ciptaan Mahathir Mohamad menjadikan orang Melayu
semacam “orang hanyut” yang tersadai di Pulau Kapas!!
Badan terkurung sementara mata kalian lepas. Hak
kalian turun temurun dirampas. Kejantanan nenek moyang
kalian habis kikis ditumpas..!!
Pemimpin “uMMno” Bernawaitu Sesat
Orang Melayu wajar sedar – tengok dan seligi
jelas-jelas, bahawa sesungguhnya “uMMno” Mahathir
tidak ada langsung persamaan perjuangan dan nawaitu
pemimpin UMNO yang terdahulu. Semakin tidak nampak
mereka berniat untuk mendaulatkan dan mempertahankan
kepentingan orang Melayu. Orang Melayu dirancang untuk
dibohongi dan ditipu..!!
Dasar dan piagam dalaman kelompok ini hanya
bertunjangkan tiga (3) perkara saja iaitu: NEPOTISME,
KORUPSI dan KRONISME. Perjuangan mereka adalah
semata-mata untuk melindungi puak mereka yang sama
senawaitu dalam satu acuan.
Mereka tidak segan-silu merompak hak rakyat jelata.
Mereka sekongkol beragenda merampas hak rakyat
Selangor – diberi nama baru Puterajaya. Pulau Langkawi
sudah hilang “Mahsuri”nya. Mahathir, Daim dan Lim Gh
Tong sedang bermaharajalela. Sejuta Rakyat Terengganu
dinafikan hak mereka. Dengar Ceramah BA dan baca
Lamanweb Reformasi – kita akan tau semua!!
Dengan itu, orang Melayu dan hak yang dipusakai orang
Melayu zaman-berzaman yang dulu dihakis oleh 4 kaum
penjajah; sekarang diteruskan kesinambungannya oleh
pemimpin kita yang termakan “upah se bahara emas” oleh
baka Raja Mandeliar dan Si Kitul..!!
Kebelakangan ini orang Melayu telah menghadapi
pelbagai keperitan hidup akibat permainan licik
“penjajah baru” ini. ISA yang dikenakan terhadap
pemimpin berpotensi sewenang-wenangnya, belantan dan
kimia beracun yang tidak pernah disemburkan oleh 4
penjajah terdahulu – kini sudah menjadi lumrah.
Kununnya, orang Melayu melakukan jenayah dan
pengkhianatan kepada negaranya sendiri..!! Benarkah?
Fikir ini baik-baik: Adakah salah jika kita sebagai
orang Melayu hanya berdemo untok menuntut hak bangsa
sendiri yang semakin termusnah?
Kita sedar bahawa dengan kemerdekaan, antara pentadbir
dan rakyat perlu bertentangan mata dalam mencari
penyelesaian masalah. Tetapi Mahathir mahu orang
Melayu menjadi “hamba sahaya”nya..!! Regim Mahathir
tidak mempedulikan rungutan rakyat marhain yang
semakin papa-kedana.
UMNO/BN: Salahguna Majoriti 2/3
Di Parlimen, regim yang menguasai majorti 2/3
menganggap wakil-wakil Pembangkang menyusahkan mereka
untuk meluluskan Akta “Perompak” yang sengaja digubal.
Hematnya, negeri ini yang dimerdekakan dengan
berprinsipkan Demokrasi; seolah-olah ditadbirurus oleh
satu puak yang menganggap orang Melayu sebagai
pendatang haram. Mahukah orang Melayu menerima cop
“Bangsa Murahan”..?
Orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya
sudah semakin nampak jelas bahawa regim Mahathir
terlalu banyak bermain politik tipu helah. Mahathir
memperkuda UMNOnya dengan menggunakan kuasa dengan
sewenang-wenang tanpa mempedulikan tuntutan rakyat.
Adalah suatu pembohongan dan penipuan besar jika
alasan cacamarba dijadikan asas beliau meremehkan
kepentingan rakyat. Tetapi, sebaliknya, Mahathir dan
kuncu-kuncunya meletakkan bailout korporat puluhan
kroni-Kroninya sebagai agenda nombor satu.
Orang Melayu tidak pernah meminta perkara yang diluar
kemampuan pemerentah. Orang Melayu sangat berwaspada
(tetapi tahu) bahawa hak yang seharusnya mereka
nikmati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,
budaya dan amalan agama; tidak wajar diganggu-gugat
dan diperkutak-katikkan.
Orang Melayu menununtut yang hak bagi kaum mereka
dikembalikan semula. Itu saja. Ia bukan suatu barang
dagangan yang boleh ditukar-ganti sesuka hati oleh
mana-mana puak yang disukai UMNO tajaan Mahathir.
Orang Melayu WAJIB berseru…”Wahai bangsa ku..!
Perbetulkan nawaitu mu bahawa kita sebagai bangsa yang
bermaruah di tanahair bumi bertuah ini tidak akan
menerima sebuah parti yang menarik semula apa yang
sewajarnya dinikmati. Kita akan pertahankan ke titisan
darah terakhir..!!”
Jika pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu selama ini
terbiar dan tercicir kerana ditukarganti dengan
Korporat-koporat anak-anak, suku-sakat dan Kroni
Mahatir; tetapi apabila orang Melayu meminta supaya
dikembalikan hak ini, andainya tuntutan kita tidak
ditepati – tidakkah kita berhak merungut?
Jika rungutan itu dibalas dengan “cotar dan belantan”,
gas pemedih mata dan semburan air kimia beracun –
tidakkah wajar satu ketika kelak orang Melayu (dengan
kekuatan yang mereka ada dimana-mana) PASTI akan
bangun menumbangkan regim “penyangak” itu..!! Hematnya
inilah yang sedang berlaku..!!
Kesabaran Orang Melayu Sudah Tercabar
Orang Melayu kaum yang sabar. Mereka saling
bertolong-tolongan sebagai budaya yang asas. Sejak
negara dimerdekakan, pelbagai insiden merobah minda
mereka hingga terbuka seperti hari ini. Mereka tahu
kuasa mereka adalah berkonsepkan “people power”.
Tetapi mereka lebih banyak bersabar kerana tidak mahu
mengocak ketenangan. Itu sikap mereka sebagai azam
memelihara kemerdekaan.
Selepas Peristiwa 13 Mei, harapan orang Melayu
tertumpu kepada pembangunan sosio-ekonomi dan
kesinambungannya. Mereka meningkatkan pendidikan dan
ilmu bagi anak-anak mereka. Mereka belajar berniaga
dan berdagang bermula dari “alif-be-te”.
Malangnya, Mahathir sudah menukar agenda itu secara
diktator kepada konsep Korporat, Penswastaan dan
mencagarkannya kepada Kroni pilihan beliau..!! Beliau
berlagak sombong menerapkan konsep “smart partnership”
, kunun.
Mahathir secara busuk hati memperlekeh orang Melayu –
katanya “dari membantu sejuta orang Melayu yang akan
gagal dalam perniagaan, adalah lebih berkesan membantu
10 orang ahli koporat Melayu..!!”. Maka hilanglah
semangat Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Tun
Razak. Mahathir menukar ekonomi orang Melayu ke tahap
“ekonomi warong rojak Mamak”.
Sekarang, apa sudah jadi? Mahathir telah memilih
“puaka-puaka” keparat (bukan puak-puak korporat) yang
terdiri dari anak-anak, suku-sakat dan Kroni pilihan
beliau sendiri. Merekalah yang menerajui
korporat-koporat mega. Mereka diberi 1001 macam
bantuan asas. Mereka bermewah-mewah melakukan
“rompakan bersiri” ke atas hak-hak rakyat.
Kerana nafsu mereka bagitu ganas sementara ilmu mereka
secukup ilmu “mamak warong teh tarik” saja; maka kita
lihat puluhan billion wang rakyat terhakis kikis untuk
membailout mereka. Berkesan dan berfaedahkah Dasar
ekonomi Mahathir?
Kita lihat bagaimana MAS, Syarikat Perkapalan Mirzan,
RENONG Halim Saad (sekadar contoh) menggelabah
kemuflisan. Rancangan bailout Mahathir sudah memakan
darah dan titik peluh rakyat marhain yang selama ni
makan sesuap nasi pagi dan petang. Untuk esok – belum
pasti lagi. Apakah punca dan tahap pencapaian ekonomi
orang Melayu sudah bertambah? Apa sudah jadi kepada
Pengusaha dan Peniaga Kecil? Tidakkah mereka makan
pasir?
Penipuan Yang Berkesinambungan
Kita lihat kehidupan orang Melayu pula. Petani
bendang yang serba miskin di kampung dan di desa dan
nelayan pesisir pantai yang kais pagi makan pagi,
semakin dibebani hutang bagi menanggung program
“bailout” korporat suku-sakat dan Kroni Mahathir.
Jika selama ini hak mereka ditukarganti dengan dasar
Pengkorporatan, Penswastaan dan Kronisme Mahathir;
semakin nampaklah kini bahawa konsep “smart
partnership” si Mamak-Malbari bacol ini sudah memakan
ke tulang sum-sum kesejahteraan rakyat jelata.
Kita tanya Mahatir: Mana satu Dasar Ekonomi Baru yang
ubahpinda oleh Dr. Mahathir memberi pulangan lumayan
kepada rakyat? Tidakkah hari ini DEB itu sudah di
“Barua”kan beliau sehingga berjuta orang Melayu
menanggung kepayahan hidup kerananya? Bukankah ini
satu pembohongan besar?
Rakyat tahu bahawa sesungguhnya Mahathir adalah “Bapak
Rasuah”. Kerana itu Mahathir sudah semacam tersepit
dan desperado. Beliau perlu terus berkuasa mutlak
untuk menyelamatkan Kroni beliau yang berpuluh.
Lebih-lebih lagi, Mahathir sendiri akan diheret ke
penjara jika beliau hilang kuasa dan turun takhta!!
Kerana itu, Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO/BN
akan terus bersikap NEKAD. Mereka tidak peduli apa.
Beliau akan terus berlaku ZALIM kepada rakyat yang
menentang untuk menumbang partinya dan melumpuhkan
kemampuan kuasa beliau. Beliau tahu, orang Melayu
sudah hilang sabar!
Kesinambungan Agenda Busuk
Mahathir akan meneruskan agendanya walau dengan apa
cara. Beliau pernah berdoa, memujuk dan menangis
menitis airmata dihadapan rakyat. Jangan kita salah
tafsir pula. Sebenarnya, Mahathir sedang meratapi apa
akan jadi kepada nasib anak-anak beliau sekiranya
beliau mati sekarang!!
Jangan fikir Mahathir akan menangis dan meratapi nasib
orang Melayu, kununnya kerana tidak “Berpadu”..!! Jika
benar Mahathir beragenda merancang membela orang
Melayu, perkara utama yang seharusnya beliau lakukan
ialah jawatan PERDANA MENTERI dan PRESIDEN parti sudah
sekian lama bertukar tangan kepada Datuk Seri Anwar.
Seharusnya, setelah genap 30 tahun Dasar Ekonomi Baru
dilancarkan, sepetutnya pencapaian dan penguasaan
ekonomi orang Melayu sudah sampai pencapaian ke tahap
30%.
Tetapi sekarang, dengan bailout bernilai puluhan
biliion, kemusnahan wang simpanan rakyat dalam PNB,
Tabung Haji, EPF dan kemusnahan FELDA – ditambah
dengan hutang luar negara melebihi RM160 billion (dan
semakin meningkat) – regim Mahathir yang didukung
UMNO/BN sudah GAGAL segagal-gagalnya..!!!!!!! Mahathir
sudah menggadai negara dan bangsa kita!!
Mahathir Pemimpin Mufliskan Negara
Mahathir dan Dasar pentabdirannya sudah memufliskan
orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
Dasar ekonomi dan pembangunan Mahathir umpama
“Saudagar buluh kasap”..!! Dan keseluruhan Dasar
pemerentahan regim beliau lebih buruk dari regim
komunis Russia yang bermegah meletakkan manusia ke
angkasa lepas sementara rakyat perut keroncong mulut
melopong!!
Adakah orang Melayu masih mahu terpukau lagi dengan
slogan “Perpaduan Melayu”? Janganlah kita jadi Pak
Kadok dan Lebai Malang. Mahathir sedang mementaskan
Sandiwara “Mat Jenin” dengan tanggapan kununnya orang
Melayu masih BANGANG..!!
Kempen “Nyah Mahathir” dan “Selamatkan Wang Rakyat”
adalah sebahagian dari aturcara beragenda orang Melayu
mengembalikan KEMERDEKAAN dan HAK ASASI bangsa
kita..!! Fahamilah bahawasanya kita sedang berhadapan
dengan sebuah PENJAJAHAN..!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)