Amin Sapiro (Solat berjamaah di kampung terpencil)
BILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat,
bercakap mengenai sebuah parti Melayu di Malaysia
sebagai jawapan kepada masalah perpaduan di kalangan
bangsa Melayu sekarang, ramai orang tertanya apakah
beliau bermaksud PAS akan diserap ke dalam BN. Ada
yang beranggapan PAS akan bubar dan UMNO akan tegak
sebagai parti Melayu tunggal.
UMNO Mati Dalam Harap-harap
Khabarnya, sepantas kilat Mahathir dan beberapa orang
pemimpin UMNO tersenyum lebar sebagai tanda kemenangan
mendengar ucapan TG Nik Aziz itu.
Seorang dari pemimpin UMNO mengulas dengan cadangan
supaya pemimpin PAS diumpan dengan jawatan tertinggi
dalam Kerajaan BN. Datuk Fadhil Nor akan ditawarkan
Timbalan Perdana Menter ke-2. Dan beberapa pemimpin
PAS lain turut ditawarkan jawatan tertentu peringkat
menteri. Hahaha… sekali imbas, memang Mahathir dan
UMNO baik hati, kan?
Tetapi, dari apa yang jelas, maksud TG Nik Aziz bukan
itu rupanya. Sebagai seorang pemimpin rakyat, beliau
adalah pemimpin yang aman jiwa. Tidak ada sengkita dan
niat jahat dalam dada macam Mahathir dan UMNO
Baru(A)nya! Maka kepunanlah Mahathir dan UMNO –
meleleh “ayaq lioq”.
Dari tafsiran orang Melayu yang sudah berpindah
sokongan kepada PAS dan komponen BA yang lain; mereka
mahu PAS terus berdepan dengan UMNO dan BA menentang
BN. Ramai yang berkata, “BA adalah people power.
Sokongan yang melimpah ruah sekarang adalah petanda
kekalahan UMNO/BN dalam P/raya 2004. Hakikat perjuang,
yang lemah akan kalah. UMNO/BN semakin kecundang.
Pedulikan…!!”
Maka berlakulah kali pertama Mahathir dan UMNO mati
dalam harap-harap. Umpama mencurah air di tempayan,
lagit gelap hujan tak datang. Mhhh…MALANG Mahathir dan
UMNO kali ini!!
Perbincangan “Perpaduan Melayu” – GAGAL..!!
Tidak ada segagal kali ini Mahathir dalam beragenda
memusnahkan lawan politik dan membohongi rakyat demi
menegakkan kuasa sejak beliau menceburi politik.
Dulu, Mahathir berjaya besar memusnahkan Tunku dengan
menggunakan isu Peristiwa 13 Mei. Kemudian, Tun
Hussein Onn di konspirasikan dan dikhianatinya dengan
sokongan beberapa orang tertentu hingga bercucuran
airmata Tun Hussein sewaktu mengistiharkan perletakan
jawatan PMnya.
Mahathir ketawa besar bila Musa Hitam berjaya
ditendang keluar tanpa Mahathir sendiri menguitkan
kaki. Musa sendiri yang “picked up his feet” dan cabut
lari macam kucing dibawakan rotan.
Ku Li cuba lawan, tapi “karan” tak cukup. Ku Li cuba
mengharapkan kewibwaan “karan” Rais Yatim. Tapi waktu
itu Rais sendiri hutang berpuloh juta, dan dirinya
dalam senarai orang-orang kenamaan muflis yang akan
diheret ke mahkamah. Rais membakar jembatan sendiri!!
Tetapi kali ini, Mahathir terang-terang tidak
berkemampuan langsung memperbodohkan rakyat seluruh
negara. Sejak dua tahun dulu, hingga ke hari ini,
setiap agenda Mahathir gagal..gagal…dan terus gagal.
Yang semakin lumpuh dan ketandusan sokongan ialah
UMNO. BN semakin tenat bertelagah. Orang Melayu sudah
beralih menyebelahi Pembangkang.
Perbincangan “Perpaduan Melayu” yang dikempunan
Mahathir dan UMNO semakin tidak dipedulikan orang.
Kaum Cina dan India tahu, Mahathir cuba menarik
sokongan Melayu dengan agenda “pecah dan perentah”.
Semua kaum makin faham, kewibawaan Mahathir dan
UMNO/BN sudah luka berdarah. PARAH!!
Mahathir Pintar Bersendiwara
Mahathir pintar dalam “network” ugut-mengungut untuk
mempastikan supaya agendanya berjaya. Kelemahan
lawannya diteliti dari pelbagai aspek, terutama
perkara melibatkan kewangan, keinginan naluri seperti
pangkat, darjat, kedudukan dan kesenangan duniawi.
Jika itu tak boleh jalan, Mahathir akan gunakan ugutan
dan penyiksaan diri dan kehidupan.
Sebab itu, semua mereka yang menyokong beliau adalah
mereka yang tersepit dan memerlukan bantuan, atau
mereka yang tamak-haloba. Tak kira siapa – ulamak UMNO
sendiri sanggup jadikan serban mereka sebagai cawat
Mahathir!! Mereka sanggup jilat jubor Mahathir!
Perhatikanlah..!! Beberapa hari lagi, kita akan tengok
pula apa keputusan usul Mahathir kepada Raja-Raja
Melayu mengenai pengguguran perkataan “Islam” itu.
Tetapi dari kempen besar-besaran yang disusun rapi –
bermula dengan penggunaan Khutbah Jumaat, kenyataan
Mufti-mufti dan individu yang menganggotai Majlis
Fatwa, beberapa orang ahli Dewan dan Wakil Rakyat
UMNO; kita sudah boleh agak keputusannya. Bermakna,
“security network” Mahathir memang bagus dan
menjaminkan. Semua masuk perangkap beliau.
Makin nampak Mahathir cuba menggunakan Raja-raja
Melayu untuk memberi “pertolongan cemas” kepada
beliau. Rakyat berharap supaya Raja-raja Melayu apa
yang Mahathir pernah lakukan terhadap baginda-baginda
semua dalam awal tahun 90-an dulu. Apa Raja-raja
Melayu nak takut pula? Tidakkah orang Melayu tidak
lagi menyokong Mahathir dan UMNO, dan rakyat semua
kaum sudah berpaling tadah dari menyokong BN?
Mahathir Terlupa Seperkara
TETAPI, Mahathir tidak termampu “memperbudak-budakkan”
pejuang-pejuang reformasi dan islah yang tegak
disebelah barisan Pembangang. Mereka adalah pemimpin
rakyat. Mereka adalah rakyat yang memahami
tanggungjawab diri kepada bangsa, negara dan agama.
Bagi mereka, tidak ada apa jua yang boleh dijadikan
‘tukar-ganti’ dengan iltizam mereka untuk
mereformasikan “keadaan negara dan kesejahteraan
rakyat yang semakin memburuk” ini.
Reformis dan Pembangkang adalah sinonim dengan “para
jihad srikandi negara” yang ‘selfless’. Islam adalah
pegangan mereka. Kesejahteraan rakyat marhain adalah
maudhuk perjuangan yang menjadi impian mereka. Mereka
menyumbangkan ringgit dan sen, keringat dan masa,
mengorbankan keselesaan diri dan tuntutan duniawi demi
memperjuangkan hak-hak rakyat.
Contohnya, Sdr. Anwar yang dipenjarakan, tetapi para
reformis yang lebih merasa sakitnya. Sdr. Ezam yang
dilokap, Tien Chua dan teman-teman yang dibelasah;
para reformis sanggup berhimpun menunggu belantan dan
pancutan kimia; adalah elemen-elemen yang MENGGAGALKAN
agenda Mahathir kali ini.
Mahathir lupa bahawa ‘people power’ adalah penentu
siapa yang layak menentukan pemerentahan negara.
Walaupun Mahathir bermimpi dirinya seorang Diktator,
realitinya beliau dan UMNO/BN sedang menanti musim
mereka sekelompok akan disingkirkan.
Peperangan Melawan “Semangat”
Mahathir, UMNO/BN dan sekongkolnya patut insaf bahawa
“peperangan” beliau bukan dengan manusia secara
fizikal. Mahathir sedang memerangi suatu “semangat”
yang sukar dikikis dan dibunuh-musnah. Semangat itu
sudah dimiliki rakyat!!
Sejarah membuktikan bahawa seseorang berkuasa yang
memerentah dengan zalim dan menyimpang dari naluri
tuntutan massa; akhirnya pasti GAGAL dalam memerangi
“semangat dan keyakinan” walaupun batang tubuh
pemiliknya berkecai dicincang lumat.
Catatan penyebaran Islamiah di bumi Arab mencatatkan
sejarah yang sama. Ribuan para jihad sanggup mati
syahid kerana semangat dan keyakinan mereka adalah
tulin. Mereka tidak mementingkan diri sendiri. Nabi
Junjungan kita pernah ditawarkan pelbagai ganjaran
melebihi seorang raja. Nabi Musa sanggup meninggalkan
istana Firaun. Namun, Baginda dan para sahabat tidak
memandang sebelah mata kesemua itu.
Kini, Islam itulah yang sudah mendarah daging didalam
hati-limpa orang Melayu. Mahathir dan dua tiga kerat
sekongkol beliau yang rapuh semangat itu sedang
berpura-pura mendabek dada kununnya kebenaran dan
keadilan itu ada dipihak mereka, dalam KETAKUTAN yang
amat sangat. Ledakan semangat Islamiah menegakkan
KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN sedang bergolak
hebat.
Percubaan Terakhir Untuk ‘Survival’
Maka, percubaan terakhir Mahathir dan UMNO demi
“survival” mereka yang sekongkol sudah jelas membilang
hari. Mereka cuba memutarbelit “Islam” dengan
beragenda mega supaya proses pengikikisan dilakukan
dengan sistematis dari kekal sebagai peradaban orang
Melayu Islam.
Sekarang projek-projek dan program hiburan yang
melekakan semakin dibesar-besarkan oleh regim ini.
Rakyat cuba dilengahkan dengan pelbagai insiden yang
menakutkan. Mahathir mengagendakan pelbagai
“sandiwara” bagi mengalih pandangan rakyat dari
berfikir dan bertindak ketas “penyangak” regim ini.
Inilah cara Yahudi Freemason melaksanakan proses
pemusnahan Islamiah dari terus menjadi teras kekuatan
dan kehidupan ummah. Seluruh orang Melayu perlu
waspada bahawa Mahathir adalah penganjur Freemason
paling berjaya di rantau ini. Beliau tidak akan
teragak-agak mememberi “treatment” yang sama kepada
orang Melayu Islam seperti yang dialami oleh rakyat
Palestin di tangan Israel.
Hematnya, itulah petaka yang bakal dikenakan oleh
Mahathir ke atas orang Melayu dan Islam andainya orang
Melayu berlengah-lengah. Mahathir cuma memikirkan
survivalnya saja. Baginya, orang Melayu boleh pergi
jahanam. Waspadalah!
Pastikan Mana Yang BENAR!
Bergantunglah kepada kebijaksanaan orang Melayu Islam
untuk memilih untuk berdiri disebelah mana yang
“benar” sekarang. Jika penyokong UMNO yang berbaki
sanggup menanggung dosa dan kutukan zuriat mereka yang
akan lahir, teruslah menyokong Mahathir – ikutlah
rentak gendang Mahathir.
Jika orang Melayu benar-benar sayangkan bangsa,
tanahair, agama dan zuriat yang akan lahir; inilah
ketikanya sama-sama menumbangkan UMNO/BN dan sekaligus
menyingkirkan Mahathir. Heret beliau kemuka pengadilan
rakyat. Kuasa itu ada ditangan orang Melayu Islam
sendiri.
Sesungguhnya, Allah swt tidak akan merobah nasib
sesebuah kaum yang tidak berusaha merobahnya..!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)