Amin Sapiro (akur dengan undang-undang perikemanusiaan)
BERITA TV saluran perdana jam 1:30 tadi, Rais Yatim cuba mahu berlagak jadi “pakar” undang-undang. Tetapi hujah beliau menunjukkan setakat memberi bukti nyata bahawa beliau tidak ada kepakaran yang termampu menarik sokongan rakyat terhadap Mahathir dan UMNO/BN yang semakin ketandusan penyokong.
Bicara Rais mempertikaikan kehebatan pakar-pakar, ilmuan undang-undang dan ahli politik vetren yang mengendalikan SUHAKAM. Rais mempertikaikan seruan badan Hak Asasi itu yang mencadangkan supaya tujuh (7) orang pemimpin Pembangkang yang ditahan di lokap oleh regim Mahathir itu – samada dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah. Tangkapan ke atas mereka adalah tindakan menyekat kebebasan Hak Asasi mereka, ujar SUHAKAM.
Rais Yatim Semakin “Bangang”?
Fikir ini: Pasti tidak ramai orang mahu mempertikaikan jika ada orang berkata, “Rais tak faham undang-undang”. Kerana Rais mempertikaikan pengurungan Ezam dan 6 lagi teman-teman beliau “bukan satu penyekatan kebebasan mereka sebagai warganegara yang berhak bebas di negara ini.
Malah, Rais menganggap SUHAKAM harus memberi ruangan kepada Polis melakukan siasastan lebih dulu; barulah membuat kenyataan sedemikian. Rais terus mengandai secara intuisi semborono pula; kununnya rakyat berpendapat pandagan beliau selari dengan pandangan rakyat!! Isk..isk…isk..!!
Bertanya kita sekarang, apakah Rais ada bukti melalui referendum atau demo tunjuk perasaan pro-regim Mahathir bagi menyokong pandangan beliau yang dikatakan bahawa itu adalah pandangan rakyat?
Yang kita nampak, semalam 14 April 01; lebih 3,000 rakyat berhimpun menuntut supaya “the magnificent seven” hero rakyat itu dibebaskan serta merta dan tanpa syarat.
Kebenaran pandangan SUHAKAM itu memang jelas. Apakah Rais fikir jika burung diangkasa diperangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar bermakna burung itu masih bebas? Mata burung itu memang bebas melihat sekeling tembok sangkarnya, namun hak asasi burung itu sebagai unggas bebas sudah tersekat. Apakata kalau Rais diperangkap seperti itu pula? Tentu gelabah terkucai seluar dalamnya!!
Mungkin Rais berfikir tentang dirinya yang diperangkap oleh Mahathir dan dilokap sangkar-maut “UMNO”. Hingga, apa jua yang dicakap dan dilakukannya setakat kebebasan beliau sebagai “manusia” yang senasib haiwan dalam sangkar juga, mahu ditakrifkan sebagai kebebasan hak asasi seorang manusia biasa.
Sebenarnya, Rais sudah hidup dalam belenggu dan kemusnahan kemurnian jiwa seorang manusia yang berakal dan punya fitrah lagi. Itu semakin jelas!
Jika itu andaian dan definasi “kebebasan hak asasi” yang beliau faham, bermakna ijazah undang-undang Rais lebih layak jadi pengesat dubur bernajis mereka yang lepas berhadas di tandas.
Andaian Rais itu adalah silap besar dari sisi fitrah manusia. Dan, dosa beliau terhebat dalam hidup politiknya kerana membakar jembatan, “memusnahkan” ruang kebebasan sendiri berjenama Parti Melayu Semangat 46, menyertai UMNO dan menjilat punggung Mahathir semula. Itu bukan salah rakyat. Itu “kebangan” sendiri menjadi sebab-musababnya!
Jika cerdik Rais cuma setakat itu, pasti 11 juta Melayu tidak mahu menumpang beliau menuruti jalan ke Neraka jahannam!! Tak ramai para cerdik pandai sebangang Rais itu. Walau anak kampung yang tidak tahu membilang angka 10.
Rais Menggadaikan Ilmu
Kita nampak sekarang, kenyataan Rais itu tidak lebih dari suara orang-orang yang sudah dimakan sumpah dan “dosa-dosa” kerana mengkhianati amanah bangsa. Dalam benak kepala orang seperti Rais ini memang lumrah menjadi amalan berfikir puak UMNO yang menggelarkan diri sebagai “pemimpin rakyat”, kunun.
Cuma fikirkan: Siapakah mereka sebenar? Tidakkah mereka politikus “curang” yang sepantas kilat sanggup merobah pendirian untuk mencari kesempatan diri? Tak cukup membakar jembatan, beliau sanggup meninggalkan anggota parti dengan membunuh saluran demokrasi?
Dalam benak dan kepala hotak orang seperti Rais sudah hilang sifat perikemanusiaan. Sejak Dr. Mahathir menerajui UMNO, gejala “menukar manusia” menjadi “haiwan” berjalan terus. Pada tahun 1987, Rais dengan belodok-belodok UMNO makan najis kering dalam ‘uMMno”. Mereka sanggup jadi hamba “mamak-malbari”. Mereka sanggup menjual diri seperti pelacur murahan ditepi jalan.
Ilmu di dada, bagi Rais tidak lebih dari gumpalan najis yang menebal di pinggir tandas. Ia boleh dikikis asalkan ia boleh dapat bertenggek dan mencangkung melepaskan hajat.
Pemimpin seperti inilah antara mereka yang sanggup mengagadai diri demi keselesaan tanpa menimbangkan bahawa rakyat semakin menyingkirkan mereka dengan hati, kata-kata dan perbuatan.
Nasib UMNO, BN dan seluruh pemimpin mereka sudah cukup-cukup malang. Hujah mereka semakin ketandusan ilmu, kewarasan rasional dan etika pentadbiran yang berhemah.
Inilah petanda lumrah bahawa parti mereka bakal sujud menyembah bumi. Bila? Jawabnya ada di hujung jari andai!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)