Amin Sapiro (melengah masa di Coffee House)
BANYAK juga orang bertanya, apakah dengan terbitnya
sebuah buku karangan Khalid Jafri yang mendedahkan
1001 macam cerita buruk tentang sepak terajang bisnis
Daim, akan berakhir dengan “diam..diam” atau di
mahkamah?
Mahathir Takut Daim Atau Sebaliknya?
Bukan setakat pelanggan warong kopi atau penghuni
pejabat berhawa dingin saja yang bercerita, malah
pengutip sampah Alam Flora di KL juga ramai yang
menyumpah-seranah. Mereka bercerita kesah terkini
mengenai perkembangan politik semasa – khususnya
UMNO/BN dan BA. Semua cerita tak jumpa dalam Utusan
Meloya atau Berita Hairan. Semua kena ingat, manusia
“murahan” itulah yang bakal penentu siapa peneraju
kerajaan dalam pemilu 2004.
Kadangkala logik juga andaian-andaian manusia
“murahan” ini. Macam-macam spekulasi mereka buat. Yang
menyenakkan dada pemimpin UMNO/BN ialah, mereka selalu
mampir setiap ceramah BA. Di sana mereka dapat berita
dan cerita berbingkai.
Bila Mat Sabu berpantun, mereka ketawa besar. Bila
Fadhil Nor menghuraikan sesuatu mengenai kezaliman dan
kekejaman Kerajaan pimpinan Mahathir, mereka akan
bersorak Allahu Akbar. Bila Ezam berpidato mereka
melaung REFORMASI..!! Semua perkhabaran itu diyakini
mereka sebagai benar. Inilah yang menyebabkan BA makin
diminati ramai. Sokongan bertambah hingga memecah
tembok batu UMNO/BN.
Cerita Daim berperang saraf dengan Mahathir tidak lagi
prioriti sekarang ini. Berkata seorang wartawan media
perdana..”It is no more a story”. Bagi rakyat marhain,
semua cerita itu sudah basi. Memanglah Mahathir dengan
Daim dah tak kamceng lagi. Ada yang kata, mereka
berdua main kejip mata. Cerita terkini tersebar, siapa
antara mereka nak kena gulingkan – Mahathir atau Daim?
Siapa jadi PM. Sempat ke Mahathir mati dulu? Itu yang
sedang hot diperkatakan orang ramai.
Daim Ada “Geng orang Dalam” UMNO/BN
Beberapa orang pemimpin UMNO dan komponen BN
berbisik-bisik di Coffee House. Ramai juga golongan
korporat yang masuk campur. Mereka nampak seperti
berpakat sesama sendiri. Bila menyebut nama Mahathir,
muka mereka nampak “geram”. Bila nama Daim pula
disebut, mereka macam “berdendam”. Apa ceritanya
barangkali? Susah juga nak pasti. Tetapi bila sebut
nama Abdullah Bedawi, bibir mereka mencemik.
Amin Sapiro pernah mengintai di sebalik tabir. Waktu
menjemput beberapa orang kenduri Tahlil, terdengar
khabar yang bakal di tahlilkan tak lama lagi. UMNO dan
BN, kata mereka. Terperanjat juga mendengar satu
kematian akan terjadi. Tak sangka UMNO/BN juga wajar
ditahlilkan. Sangkaan mulanya kok nyawa UMNO/BN akan
berpanjangan.
“Eiiii… Wak!! Dalam dunia mana ada yang kekal Wak. Si
Baharu dan perbuatan mereka tidak akan kekal. UMNO/BN
akan hancur, BA ada untuk meneruskan perjuangan. Itu
usaha kita bersama.” kata mereka.
Maklumat Terkini
Tak sangka Khalid Jeffri berjenama “penulis upahan”.
Siapa yang upah dia tulis buku baru ini tak ada orang
yang tahu. Khalid nafikan semua. Tapi Tuhan Maha
mengetahui. Selain Allah swt. Khalid juga tahu. Khalid
nak selindung camana. Dibalik lalang sehelai ke?
Haiiii……!!
Mungkin Daim “diam diam” berisi. Mungkin juga Dollah
Bedawi ada cara sendiri. Mahathir memang jaguh dalam
perkara seperti ini. Begitu-begini, all fingures are
pointing at this “old SHIT-head”…!!
Bila disemak setiap helai fotostat copy buku ini yang
diberi “free” oleh seorang “kaki”, selesai membacanya
ramai yang mengeluh betapa buruknya Daim; dan bukan
main baik dan lurusnya Mahathir. Mencongak segala
fakta yang dimuatkan, seolah-olah ada orang bersalah
dan pengkhianat negara yang upah Khalid. Semua jari
menuding ke atas ke satu arah yang tinggi.
Orang UMNO semua tak tau fakta. Kebanyakan mereka
memang bangang-bangang belaka. Mereka hidup dalam alam
gelap-gelita. Sejak dulu mereka meraba-raba. Hingga di
PWTC Mahathir pelekeh agama mereka, mereka itulah yang
rioh rendah bersorak. Memang pemimpin UMNO semua
haprak. Kalau ada yang cuba membaca ‘facts and
figure’; mata mereka kabur sebab sudah lama makan
fulus haram.
Khabarnya, Khir Toyo pun naik geram tak pasal-pasal.
Lubang duburnya dah kena sula dek Khalid dengan bambu
runcing. Terdengar dia melenting. Pucat muka – biji
matanya naik juling. Nampaknya Selangor dah dalam
tangan BA, insyaAllah. Orang UMNO pun dah tak sokong
UMNO di Selangor. BA menang percuma sebab buku Khalid.
UMNO nak “wat camno”? Takdo orang Melayu nak sokong
UMNO!
Kita Tanya Pemimpin UMNO
Beranikah Mahathir, Daim, Khir Toyo atau mana-mana
UMNO buat laporan Polis mengenai buku Khalid yang
terbaru ni? Apsal..? Kalau berani, tentu AG akan
menangguhkan kerja-kerja lain. Sebab kerja ini
prioriti. Kalau tak ada apa-apa yang jadi, maknany
buku Khalid mesti dibaca dengan menggantikan nama Daim
dengan Mahathir pula. Dengan itu, tentu yang masuk “ke
dalam” dah berubah penamanya.
Kita tanya orang UMNO: Siapa yang untung dengan
terbitnya buku Khalid ini? Adakah orang UMNO, pemimpin
mereka, Mahathir atau Daim yang untung? Semua tentu
kata, “Nama Mahathir dah balik “clean”.
Kita tanya diri sendiri, “Ya kah begitu”? Susah mau
jawap kalau setakat harapkan membaca buku Khalid saja.
Mengikut modes operandi pengaiban DS Anwar hingga
dipenjara 15 tahun, segala-galanya mesti berakhir di
mahkamah. Masing-masing mesti koyakkan pekung di dada.
Tuduhan mesti dirancang supaya nampak real. Kalau tak
ada bukti mesti panggil pelacur upahan, Ummi Hafilda,
Mat Tilam, anak Musa Hassan, dll. Norian Mai mesti
kerja keras. Kalau tidak Mahathir sendiri yang kena
sumpah seranah. Semua balik awah!
Setakat ini, 80% pemimpin UMNO sudah meradang kepada
Mahathir kerana merancang menjatuhkan Daim secara
tidak bermaruah. Terdengar segerombolan mereka
berkata, “Apa tak tangkap saja Daim macam Anwar? Kan
dulu Khalid juga yang tulis “50 Dalil” sampai Anwar
dipenjara, sekarang nak tangguh apa?”. Sekarang,
Mahathir dan Daim sedang tunggu masa saja.
Jawapan Yang Diduga
Seorang lain menjawap, “Sebenarnya Mahathir dah
desperado. Daim segaja mendiamkan diri. Dia nak tengok
berani tak Mahathir tangkap dia. Kalau berani,
dibelakang Daim ada puluhan billion MR untuk Norian
Mai mengISAkan Mahathir. Masa itu, entah siapa yang
akan jadi PM… Rakyat boleh pilih – DS Anwar, Mahathir,
Daim. Dollah Bedawi atau DS Wan Azizah atau Fadhil
Nor….”
Mereka ketawa berdekah-dekah. Amin Sapiro hanya senyum
saja walaupun hati masih “berhiba”…!! Kita tunggu
2004. Itu pun kalau SPR masih lagi professional…!!
BA kena kerja keras. Allahu Akbar..!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)