Petikan :
Tranung Kite eGroups
Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam,
bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas
kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran
kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya
mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan,
hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai
ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan
NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan
(ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan
menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal
Kita", sedangkan mulut kita dikunci.
Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan
"Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka
boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka
langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam
(Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB"
diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya.
Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja
sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.
Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang
Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu
Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia.
CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH
Soalan Pertama:
Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat)
Siapakah TUHAN mu ?
Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku.
Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu
dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu
hingga hari Kiamat.
Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya
DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)
SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu
bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu
sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)
Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?
SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya
bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan
gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan
Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)
Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?
SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan
Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang-
undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu
telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara
kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum
Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki.
Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan
kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh
Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi
seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang
dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.
Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM?
Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak
memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini
dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu
takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang
keahlian PAS).
Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!
SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan
Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan.
Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu)
sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga
menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut
kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu).
Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan
menghina)
Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?
Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang
memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang
mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah
bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta
menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala
bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz,
TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu
sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA.
(lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)
Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya
tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA
insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.
Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM
dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!
Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim
setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.
LEGA RASANYA
AZHARI(S)
280400