Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT

Assalamu 'alaiku warahmatullahi wabarakatuh!

Alhamdulillah ! Berjumpa lagi dalam menyemarakkan lagi "Dunia Cyber" kita demi usaha menegakkan 'KALIMAH SUCI' dan mendambakan "Reformasi".

Tajuk : PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT.

MUKADDIMAH:

Perhimpunan Agong Umno yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Mei ini telah mendapat telahan begitu meluas oleh beberapa orang "Penulis Cyber" yang masyhor seperti Marhain Tua (MT), Cili Api dan lain-lain. Berbagai andaian serta ide cadangan telah dikemukakan dalam mengharapkan agar sesuatu dapat dilakukan demi keinginan rakyat kepada "Islah" atau "Reformasi" dalam kepimpina UMNO(B). Termasuklah berbagai cabaran yang merupakan motivasi kepada individu tertentu, demikian juga terhadap golongan yang memang diharapkan untuk melakukan sesuatu. Bahkan seluruh rakyat marhain seolah- olah secara senyap-senyap membisikkan atau menitipkan pesanan kepada 'JAGOAN ' masing-masing dengan kalimah "DO SOMETHING", cuba buat kejutan. Bahkan (tidak mustahil) ada yang cabar-mencabar, disamping ada juga yang cuba membuat "pertaruhan (haram)" dalam memPAStikan Ahli Perwakilan mereka (ada t***r) melakukan sesuatu kejutan (elektrik) dalam Persidangan itu nanti. Meraka seolah-olah tak sabar lagi melihat adegan-adegan menarik yang mereka tungga akan berlaku.

PERSIAPAN PERWAKILAN SETIAP NEGERI :

Perwakilan dari Melaka menghantar "Hang Jebat" untuk mengulangi kalimat "Reformasi"nya yang tersyohor iaitu : "Raja (PM?) ADIL raja disembah, raja ZALIM raja disanggah" dan kata-kata hikmahnya yang sungguh patriotik iaitu : " Aku Jebat, rakyat biasa, pangkat aku untuk kepantingan rakyat, bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, aku berjuang untuk menegakkan KEADILAN.......KEADILAN..... KEADILAN". Dalam pada itu Melaka juga telah mensiapsiagakan "Hang Tuah" untuk mengulangi pengakuan taat setianya (yang membuta-tuli-pekak) dengan perkataan : " Takkan Melayu hilang di dunia" serta "Aku tidak akan bersultankan orang lain selain dari tuanku (PM?) junjungan patik yang mulia". Bahkan WIRA, SATERIA, PERDANA, RUSA dan KANCIL dari seluruh negara juga telah bersiapsiaga mewakili negeri masing-masing. Sabah datang dengan MAT SALLEHnya, Sarawak tiba dengan ROSLI DOBInya(?), Kedah 'mai' dengan cucu MAHSURInya, Kelantan mari dengan TOK JANGGUTnya, Pahang dengan MAT KILAUnya, Terangganu, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, masing-masing membawa ayam sabungan sambil menyediakan wang "Pertaruhan(haram)" yang bukan sedikit. Masing-masing mengharapkan akan balik membawa kemenangan(?) Semuanya sudah lama bersiap sedia apa-apa yang perlu, bagaikan tak sabar rasanya menanti detik yang bakal menempah sejarah itu.

ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT:

Pertama : Perdebatan hebat dari para Ahli Perwakilan mengenai isu KeADILan, isu Demokrasi, isu keZALIMan, isu KUKU BESI dan sebagainya.

Contoh Dialog :
Tuah : Hidup PM, hidup Maha****! Hamba mewakil seluruh rakyat jelata menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap pimpinan tuanku(?). Jebat : Maafkan saya mencelah, saya ingin hendak bertanya saudara, sejak bila saudara diberi mandat oleh sekelian rakyat jelata untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi ? saudara mewakili rakyat yang mana ? Wahai sekelian yang hadir, boleh angkat tangan ada sesiapa yang telah mewakilkan saudara Tuah dalam hal ini. Cuba angkat tangan, boleh kita kira berapa ramai jumlahnya.

Para Perwakilan saling pandang-memandang antara satu sama lain. Nak angkat ker tak nak angkat. Kerana terlalu lama mengambil masa, PM, TPM dan MM pun angkat tangan (konon kalau depa angkat tangan yang lain akan ikut sama). Jebat seraya bersuara.

Jebat : Hebat....sungguh hebat. Tetapi ! sungguh ajaib, tak kan hanya MT UMNO sahaja yang angkat tangan, rakyat biasa mana(?) Kalau begitu saya nak menyuarakan sesuatu; Bagaimana kalau semua MT UMNO yang ada kita tukar semua dengan yang baru, kecuali mereka yang benar-benar BERSIH, CEKAP dan AMANAH sahaja yang kita kekalkan ? Apa macam? Siapa setuju sila angkat tangan. Tak sampai satu minit (rekod baru dunia) hampir semua Ahli Perwakilan bangun mengangkat tangan tanda sokongan sambil melaungkan "REFORMASI" dan "ALLAHU AKBAR" tiga kali (lalu mereka duduk). PM mengeluarkan isyarat supaya mereka yang berbuat demikian dikenal pasti, lalu mengarahkan sekelian SB dan juga Pengawal Keselamatan supaya bersedia mengambil tindakan (jika perlu). Jebat bersuara lagi, manakala Tuah sedang bersedia memegang KERIS (bogel)nya. Jebat : Kalau ada yang tak setuju sila bangun.

Mamanda Menteri sudah merah padam, pucat lesi, tersandar, sakit jantung datang, penjara terbayang, DSAI senyum sambil mengangkat tangan serta melaungkan "Reformasi" ... "Undur Mahadir Undur". Melihat keadaan Mamanda Menteri nak pengsan tak juga pengsan, Tuah bangun seraya berkata. Tuah : Sungguh berani kamu menentang SULTAN akan mereka yang menentang akulah lawannya.

Jebat : Hai Tuah, engkau tak serik-serik lagi ker hah ? sambil memberi isyarat kepada semua perwakilan yang hampir kesemua menyokongnya, dia segera melaungkan "Reformasi" Takbir tiga kali diikuti oleh semua yang hadir. Lalu gegak gempitalah PWTC ketika itu. Jebat menyambung lagi laungannya "Undur...undur..undur Mahadir Undur" diikuti oleh semua yang hadir. Mamanda Menteri segera mengarahkan para SB dan Pengawal-pengawalnya bertindak. Tak lama kemudian FRU pun datang beberapa truck. Mamanda senyum. Lalu salah seorang dari FRU berseru memberi arahan kepada kawan-kawannya, 'TANGKAP MEREKA SEMUA SUMBAT DALAM PENJARA'. Mendengar arahan ketua mereka, mereka semua terus meluru, menyerbu lalu menangkap dan mengari semua para MT UMNO dengan Tuah tuahnya sekali.

Kedua : Semua perwakilan bersetuju untuk membubarkan UMNO, kerana pengakuan demi pengakuan telah dibuat bahawa UMNO tidak berhasrat untuk memperjuangkan dan melaksanakan hukum Islam. Semua perwakilan juga bersetuju untuk berhijrah kepada PAS dan BA.

Contoh Dialog:
Mat Salleh : Oleh kerana semua Pemimpin Tertinggi UMNO telahpun ditangkap dan dimasukkan kepenjara, apa kata kita bubarkan sahaja parti UMNO ini. Setuju ? Semua ahli perwakilan yang hadir bersuara serentak "SETUJUUUUU". Tok Janggut : Kalau UMNO telah kita talak tiga, amacam kalau kita semua menyertai PAS dan BA, setuju ?

Ahli perwakilan : Setujuuuuu!!!
Cucu Datuk Bahaman, Cucu Mat Kilau serta yang lain "Jagoan" pula menyuarakan pandangan : Bagaimana kalau kita tangguhkan dulu persidangan hari ini, dan kita datang lagi besok bersama pemimpin-pemimpin PAS dan BA, untuk menubuhkan kerajaan BARU. Okay !!! ???
Sekelian yang hadir : PASSSSSSSSS!!!!! O.K.!!!!! Setuju.

Ketiga : Usul tambahan, menyampaikan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Perhimpunan yang bersejarah ini, khasnya kepada PDRM yang selama ini kita sangsi dengan sepak terajang mereka, rupa-rupanya mereka sebenarnya telah menyimpan hasrat murni seperti kita semua, juga kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan juga wang ringgat dalam menjayakan PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT ini.

Cadangan diterima sebulat suara.

KESIMPULAN :

'SEGALA-GALANYA ADALAH DITANGAN (KUASA) ALLAH JUA'

Sekalung budi dan penghargaan kepada Ahli Majlis Perwakilan yang sedang merancang untuk menjayakan Majlis PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT.

Sekian terima(lah) kasih,

AZHARI(S)
05052000
01 : 06AM


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com