Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT 2

Sebelum ini ana ada menyentuh mengenai tajuk di atas (Bah.1) di mana Perhimpunan Agong UMNO yang bakal menjelang, Tuah dan Jebat telah melakonkan adegan yang ingin kita lihat. Dengan lakonan mereka kita telah tamatkan sebuah babak (yang ingin kita lihat-dan berharap ada Ahli Perwakilan UMNO yang masih "JANTAN" dan punya t**** untuk merealisasikannya). Tuah yang ditangkap sama ketika Ahli MT UMNO ditangkap hanyalah berupa sesuatu yang dirancang dari mula (semasa di Melaka lagi) sebagai mengabui mata "PENYANGAK SEBENAR". Tuah (adalah REFORMIS yang sedang menyamar) kemudiannya dilepaskankan dari tahanan tanpa sebarang pendakwaan dan ikat jamin. Manakala DSAI dan para REFORMIS YANG DITAHAN (sebelum ini) telah dikeluarkan dari penjara. Namun mereka ditempatkan di suatu tempat yang selamat dan dikawal rapi, serta diminta berehat. Mereka hanya akan dibenarkan menghadiri Persidangan pada hari terakhir nanti iaitu 13 Mei 2000.

Tuah muncul semula apabila PERSIDANGAN AGONG UMNO disambung semula oleh Para Ahli Perwakilan serta dihadiri oleh beberapa orang penting wakil-wakil dari parti pembangkang PAS dan BA. (manakala negara ketika itu ditadbir sementara oleh pihak ATM di bawah restu REFORMIS "SENYAP" (DYMSPB YANG DIPERTUAN AGONG-minta-mintalah diperkenankan ALLAH). Pihak media juga diarah memainkan peranan menghebahkan berita bahawa negara berada dalam keadaan aman dan terkawal, disamping memberi jaminan kepada seluruh rakyat supaya menjalankan aktiviti seperti biasa.

PERSIDANGAN HARI KEDUA BERMULA -12 MEI 2000

Pada hari itu, semua wira-wira dari kalangan Ahli Perwakilan serta Jemputan Khas dari kalangan parti Pembangkang iaitu parti PAS dan BA yang lain duduk menggantikan tempat Ahli MT UMNO yang telah disumbat kedalam lokap untuk dibicarakan. Kawalan rapi PDRM tidak sedikitpun menyekat para wartawan dalam dan luar negara membuat liputan.

Persidangan pun dimulakan dengan dipengerusikan (sememtara) oleh Tuah. Sebagai mukaddimah Tuah memberi salam dan berselawat ke atas Nabi (S.A.W.) serta para Sahabat dan pengikut-pengikutNya dari masa kesemasa hingga hari kiamat. Isi mukaddimah pengerusi (sementara-Tuah) menyentuh mengenai "PERMUAFAKATAN SENYAP" di antara "Wira-Wira" seluruh negara dan pihak ATM dan PDRM dan juga REFORMIS SENYAP untuk merealisasikan apa yang telah terjadi semalam 11 Mei 2000. Beliau juga menyatakan rasa SYUKUR kepada ALLAH kerana semuanya telah berjalan seperti yang dirancang ALHAMDULILLAH. Beliau juga dengan sukacitanya mengalu-alukan para wakil dari pihak parti Pembangkang yang sudi datang untuk bersidang. Beliau juga berharap perhimpunan hari ini dapat menghasilkan satu kata sepakat di antara para Ahli Perwakilan dengan Parti Pembangkang yang diharapkan mengambil alih kerajaan. Beliau juga mengisytiharkan bahawa "BAPA REFORMASI" iaitu DSAI telah dikeluarkan dari penjara dan memberi tahu sidang bahawa DSAI akan turut bersidang esok. Pengumuman itu diikuti dengan laungan REFORMASI dan TAKBIR oleh semua yang hadir. Kemudian beliau mengakhiri ucapan mukaddimah beliau lalu membuka sesi perbincangan untuk dimulakan.

PERSIDANGAN BERMULA

Setelah mengembil tempat duduk (yang tersedia) Tuah mempersilakan wakil bagi tiap-tiap negeri menyampaikan sedikit ucapan. Rata-rata apa yang disampaikan oleh wakil setiap negeri ialah rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat merealisasikan impian rakyat untuk menumbangkan KEZALIMAN dan menegakkan KEADILAN. Mereka juga berharap penyelesaian yang baik dapat diambil dalam memilih pemimpin bagi kerajaan yang BARU.

Mat Salleh dari Sabah "Negeri Di Bawah Bayu" mencadangkan supaya "KERAJAAN BARU" dapat melaksanakan undang-undang Islam, disokong oleh Cucu Tok Janggut dari Kelantan Darul Na'im.

Cucu Mahsuri dari Kedah pula mengingatkan bahawa di dalam Menifisto bersama PAS dan BA telah berjanji untuk MENOBATKAN DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Ketua Pembangkang Datok HJ. Fadhil Nor, telah bangun mewakili PAS dan BA memberi jaminan bahawa perkara itu adalah "Janji yang mesti DIKOTAKAN" insya Allah. Kemudian TG. Datok HJ. Nik Abd. Aziz Bin Hj. Nik Mat Menteri Besar Kelantan Darul Na'im pula bangun membuat penegasan bahawa beliau mengulangi pendirian beliau akan membubarkan PAS jika sekiranya UMNO menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagan dan berjanji Menegakkan Islam. Tapi jika hasrat para Ahli Perwakilan untuk menguburkan terus UMNO maka PAS dan BA akan cuba mentadbir negara dengan menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan. Beliau juga mencadangkan agar keputusan akan dibuat pada hari esok 13 Mei apabila DSAI datang bersidang. Penegasan dari TG itu telah disambut dangan laungan Takbir tiga kali serta laungan Reformasi tanda sokongan padu oleh sekelian yang hadir.

Tuah seterusnya menutup Persidangan dengan mempersilakan TG. Datok Hj. Hadi Awang untuk membacakan dao' selamat. Setelah itu Tuah menangguhkan Persidangan hingga disambung semula esok.

Para hadirin pun mula bersalaman dan kemudian meninggalkan PWTC dengan gambaran wajah seribu keceriaan di muka masing-masing. Suatu yang tidak disangka-sangka (tidak disebutkan awal-awal tadi) ialah Ahli Perwakilan WANITA kelihatan kesemuanya memakai tudung (mini telekong), yang menambahkan lagi keberkatan dalam majlis itu.

PERSIDANGAN AKAN DISAMBUNG LAGI ESOK 13 MEI 2000

"La Qad Jaaaaa al Haq Wa Zahaql Bathilu Innal Bathila Kaana Zahuuqaa"

Bersambung ......Insya Allah.

AZHARI (S)
01:42 pm 070500


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com