Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERHIMPUNAN AGONG UMNO - ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT (AKHIR)

Mukaddimah :

Berjumpa lagi, semoga mempersiapsiagakan diri dalam menghadapi momentum yang bakal terjadi. Ingatlah bahawa KEKUASAAN ALLAH mengatasi segala-galanya. Sebuah artikel bertajuk "Usul Undi Tak Percaya Kepada Berhala Antik Negara" oleh TARABULSI dan artikel bertajuk "Bagaimana Rahsia Untuk Menumbangkan Diktaktor" oleh CUCU DATUK BAHAMAN serta disokong oleh beberapa artikel yang lain, menunjukkan Para Perwakilan UMNO sedang merancang sesuatu. Ini membuktikan lagi kemeluatan bukan sahaja mereka dari PAS dan BA tetapi dari darah daging UMNO sendiri.

Inilah "ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT". Para Ahli Perwakilan UMNO bukan hanya setakat mampu berpantun tetapi mereka juga punya keberanian yang luar biasa yang kita tidak sangka-sangka. Saya teringat kata-kata hikmah (B.Arab) yang diterjemahkan begini : "Anda mempunyai upaya untuk membunuh mereka yang lengkap bersenjata, akan tetapi anda tidak akan berupaya membunuh mereka yang menyembunyikan senjata di bawah lidahnya". Ini bermakna kepintaran akal yang diluahkan melalui ide (lisan dan tulisan) dan tindakan terancang adalah lebih berbisa dari sebarang senjata tercanggih yang terdapad dalam dunia dewasa ini.

Apa yang diharapkan, Para Ahli Perwakilan UMNO yang akan bersidang pada 11-13 Mei ini dapat menggunakan kepintaran akal dan ketajaman lidah mereka dalam merealisasikan tindakan mereka yang cukup terancang. Mudah-mudahan apa yang saya sentuh dalam PERHIMPUNAN AGONG UMNO-ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT bah. 1 dan 2 sebelum ini menjadi KENYATAAN. Percayalah bahawa anda semua tidak bersendirian, selain dari sokongan seluruh rakyat marhain, ALLAH (S.W.T.) juga bersama. Yang penting kita sentiasa berusaha sedaya upaya untuk merobahnya. Ingatlah maksud sebuah ayat Al-Quran iaitu "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah mereka sendiri berusaha merobahnya"

Saya dan para 'Penulis Siber' yang lain serta 22 juta rakyat Malaysia turut mendoa'kan kejayaan usaha anda yang murni itu. Sedarlah bahawa orang yang boleh melakukan (melakonkan)"PERHIMPUNAN AGONG UMNO-ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT" adalah orang yang berjiwa BERANI, WIRA RAKYAT, yang diharap- harapkan dapat melakukan sesuatu, yang disifatkan sebagai IMPIAN SELURUH RAKYAT.

Berikut adalah sambungan artikel saya yang lalu.

PERSIDANGAN HARI KETIGA 13 MEI 2000 (AKHIR)

Persidangan hari ketiga 13 Mei 2000 (yang terakhir), akan dimulakan tepat jam 08:00 pagi di PWTC. Sejak awal-awal lagi dewan telah dipenuhi oleh Ahli-ahli Perwakilan UMNO dan juga oleh para wakil dari pihak Parti Pembangkang (bakal pencadang) dari PAS dan BA. Dewan juga dikawal rapi oleh pihak yang berwajib menjaga ketenteraman iaitu PDRM, disamping itu para wartawan dari dalam dan luar negara BEBAS membuat liputan terkini tanpa sebarang gangguan.

Kesemua yang sepatutnya hadir telah datang lebih awal dari masa yang dijadualkan. Kira- kira lima minit sebelum acara persidangan bermula, juru acara majlis telah mengumumkan : "KETIBAAN BAPA REFORMASI, BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU SAUDARA YANG KITA KASIHI DATO SRI ANUAR BIN HJ IBRAHIM". Mendengar pemgumuman itu sekelian yang hadir telah bangun tanda hormat yang berbur rasa terharu berbau rindu, ramai di antara yang hadir teresak-esak tanda kegembiraan yang tiada taranya. Ada yang dapat bersalam dan berpelukan mesera dengan DSAI, yang jauh kedudukannya menjengah dan mejinjitkan kaki, mengangkatkan tangan sambil mengesat-ngesat mata mereka yang digenangi air mata keinsafan dan kegembiraan.

DSAI terus bersalaman dan berpelukan dengan Ahli MT(bakal Kerajaan baru) yang berdiri menentikan salaman dan pelukan rindu seorang WIRA BANGSA. Setelah selesai melepaskan rindu dihati, tanpa membuang masa (tanpa perlu dipersilakan oleh pengacara majlis-kerana terlalu gembira dan rindu) DSAI segera menuju ke tempat berucap setelah memberi isyarat memohon kebenaran kepada juruacara dan Ahli MT. Beliau memberi salam, kemudian berselawat, lalu menyampaikan rasa SYUKUR yang tidak terhingga, menyampaikan rasa terima kasih kepada sekelian yang hadir yang beliau gelarkan sebagai "JUNDULLAH"(tentera Allah) yang dihantar oleh Allah untuk melakukan sesuatu yang DIKEHENDAKI OLEH ALLAH. Maka dengan izin Allah segala yang terjadi sejak 11 Mei 2000 telah berlaku dalam peliharaan serta mendapat limpahan rahmat dan barkat dari Allah.

Beliau kemudian menimbulkan isu siapakan yang bakal menjadi Perdana Menteri yang baru, sambil mengingatkan kembali Menifisto bersama PAS dan BA, serta Kabinet Bayangan yang telah diumumkan sebelum Pilihan Raya tempohari. Dengan rasa rendah diri beliau mengulangi kesanggupan beliau merealisasikan keinginan rakyat, dalam masa yang sama menyatakan rasa tidak keberatan untuk menyerahkan jawatan PM (baru) kepada sesiapa sahaja yang diingini rakyat. Sambil berseloroh (seperti kebiasaan beliau) beliau mengatakan bahawa beliau sudah tua, tapi masih ada yang lebih tua daripadanya yang lebih layak dinobatkan menjadi PM(baru) seperti YB Dato Hj. Fadhil Nor dan lain-lain.

Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa keputusan untuk menentukan siapakah yang layak dinobatkan menjadi PM(baru) terserah kepada sekelian yang hadir. Keputusan boleh dibuat sekarang dan boleh juga ditangguhkan sedikit masa. Jika dibuat sekarang, Ahli-ahli perwakilan boleh membuat keputusan sebagai mewakili negeri masing-masing. Jika dibuat kemudian sidang ini boleh menyerahkan mandat untuk tujuan tersebut kepada Ahli MT yang (baru) yang ada sekarang untuk membuat keputusan.

Beliau mengakhiri ucaptama beliau dengan mengulangi rasa kesyukuran kepada Allah dan rasa terhutang budi dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merancanakan apa yang berlaku sekarang. Beliau mengulangi firman Allah yang sering beliau kaitkan dalam perjuangan beliau yang bermaksud : "Mereka ( golongan Thogut ) merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang". Beliau menegaskan, ini semua rancangan Allah yang Maha Berkuasa. Beliau juga menyifatkan hari ini adalah hari kemenangan hasil dari usaha dan doa serta tawakkal kita semua. Ini adalah ganjaran dari Allah yang wajib kita sentiasa syukuri. Akhirinya beliau menutup ucaptama beliau dengan salam.

PERSIDANGAN BERMULA

Jebat yang semalam tidak beraksi, kini beraksi semula pada hari ini. apabila sahaja persidangan dimulakan dengan cadangan dari Ahli Perwakilan dibuka, Jebat sepantas kilat melompat ke gelanggang lalu bersuara :

Jebat : "Aku Jebat, rakyat biasa, pangkat aku untuk kepentingan rakyat, bergerak aku untuk berbuat jasa kepada rakyat, kerana aku mahu KEADILAN....KEADILAN...KEADILAN.! (SELOROH Jebat -(entah siapakah yang bakal melakonkannya kita tunggu dan lihat)-itu disambut dengan lungan TAKBIR dan REFORMASI oleh sekelian yang hadir) Kemudian Jebat menyanbung : "Kalau hari pertama Perhimpunan kita berjaya MENYINGKIRKAN mereka yang diBENCI seluruh rakyat, hari kedua kita semua bersetuju agar Kerajaan BARU melaksanakan Islam dan juga kita setuju untuk "menobatkan" DSAI sebagai PM yang BARU, maka adakah perlu kita ulangi semula membincangkan perkara ini ? Kita tidak mahu membuang masa, apa yang telah kami persetujui semalam adalah sesuatu yang diimpikan oleh sekelian rakyat. Oleh itu dengan ini saya mencadangkan : Kedua-dua perkara yang telah kita persetujui itu kita sahkan pada hari ini di dewan ini. Apa pendapat Ahli Sidang sekelian ?

Hadirin : Kami semua setujuuuuuuu!!!!!

Jebat : Kalau semua Ahli Sidang telah bersetuju, kita hanya menunggu pengisytiharan oleh Ahli MT sahaja sebelum mendapat restu dari DYM SPB YDA. Dan selepas itu terpulanglah kepada PM yang BARU untuk melantik Menteri Kabinetnya. Jadi kita serahkan perkara ini kepada Ahli MT.

Wakil MT : Setelah berbincang sesama sendiri Ahli MT telah mencapai persetujuan untuk memilih YB Dato Hj. Fadhil Nor mewakili MT untuk membuat pengisytiharan : "Saya bagi pihak semua Ahli MT dengan ini mengisyitiharkan DSAI sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KELIMA, kami juga bersetuju menyerahkan perlantikan Menteri Kabinet atas budi-bicara beliau dan kami semua juga bersetuju untuk melaksanakan Islam dalam pentadbiran negara".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan TAKBIR oleh sekelian yang hadir. Dato Hj. Fadil Nor (selepas pengisytiharan) kemudiannya telah "Membai'ah" (salam tahniah dan pengiktirafan) DSAI seterusnya diikuti oleh semua MT. Kemudian PM Ke-5 pun bangun membuat ucapan dasar yang ringkas. Setelah selesai ucapan tersebut juruacara majlis mempersilakan TG. Dato Hj. Nik Abd. Aziz membacakan doa selamat. Setelah itu juruacara menangguhkan persidangan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. Majlis bersurai, DSAI mengambil peluang bersalaman dengan sekelian yang hadir. Kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka menandakan satu penantian sekian lama telah berakhir sebagai isyarat perjuangan kini baru bermula.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Seperti yang kita sering katakan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, asalkan kita benar-benar berusaha dengan segala perancangan yang jitu. Tapi sayangnya apa yang sering berlaku ialah, kita sering gagal merancang, akhirnya kita gagal menyelesikan masalah. Walau macmanapun kita kena rajin mencuba dan mencuba tanpa jemu dan bosan. Kita hendaklah menaruh keyakinan yang tinggi bahawa kejayaan sedang menanti kita, cuma kita tidak tahu pada percubaan kita yang keberapakah kejayaan menjadi milik kita.

PERHIMPUNAN AGONG UMNO-ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT adalah satu lagi percubaan dengan bayangan harapan yang begitu tinggi agar KEZALIMAN dapat dimusnahkan lalu KEADILAN dapat bertunjang dalam pemerintahan negara kita. Hanya apa yang penulis harapkan ialah.....adanya mereka yang sanggup membuka langkah PENDEKAR memulakan lakonan ini. Tidak mustahil ada dikalangan Ahli Perwakilan yang hadir nanti sudah memasang azam untuk melakukan kejutan. Jadi apa yang diharapkan ialah, sekurang-kurangnya artikel ini dapat memberi sedikit suntikan semangat dalam merealisasikan IMPIAN RAKYAT iaitu MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHANCURKAN KEZALIMAN.

Akhir sekali ingatlah firman Allah : "Janganlah engkau takut, janganlah engkau gentar, sesungguhnya Allah bersama KITA".

"LA QAD JAAAAA AL-HAQ WAZAHAQAL BATHILU INNAL BATHILA KAANA ZAHUQA"

AZHARI(S)
09:07PM-070500


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com