Assalamu'alaikum w.w.!
Hai!.... selamat membaca, tak perlu takut tak perlu segan. Kut-kut ada juga ide yang
kami sumbangkan ini menjadi inspirasi buat anda yang mencari inspirasi dan
motivasi. Teruskan membaca, tak usah takut, kalau elok terima dan guna pakailah,
tak elok tolak tepi. Yang penting baca dulu, ketika kita perlukan pandangan dan
nasihat, tak perlu kita kena pilih "siapa dia ni!?" tapi kita harus tahu dulu "apa
agaknya yang dia nak kata ni yer". Bukan apa, asal baca sudahlah. Tapi, hah! jika
ada yang berkenan dihati (?) tak ker terjegil bijik mata(?)
MUKADDIMAH:
Kalau anda sudah membaca artikel bertajuk : PERHIMPUNAN AGONG UMNO -
ADEGAN YANG INGIN KITA LIHAT (1 HINGGA 3) dah baca pulak artikel bertajuk
: AZIMAT - UNTUK AHLI PERWAKILAN UMNO 2000 (dah baca ker belum ?
kalau belum elok kena baca dulu, kalau tidak takut-takut anda tak layak menerima
ANUGERAH : "SENJATA HIKMAT" ini). Sebagai memantapkan persiapan diri untuk
menerima "SENJATA" hikmat yang disahkan benar, ampuh, hebat dan mustajab ini anda
juga perlu membaca artikel-artikel lain (alah, setakat baca jer, itupun takut ker, bikin
malu jer-maaf gua gurau aje!). Maka artikel ini : SENJATA HIKMAT - UNTUK AHLI
PERWAKILAN UMNO 2000 adalah sebagai "PELENGKAP" kepada sebuah perjuangan
yang akan bermula dan terus "panas" untuk dinikmati kelazatan rasanya.
Mendengarkan kedatangan anda semua ke KL dalam dua minggu lebih awal dari tarikh
Perhimpunan yang bakal diadakan, saya yakin apa yang didakwa oleh mereka (yang
'desperate') mungkin ada benarnya, tak banyak sikit, sebab kalau tak ada angin masakan
pokok bergoyang. Tapi yang betul-betul mengherankan, lagi pelik bin ajaib ialah; sampai
"HALAU" orang suruh balik kampung ni! Apa mereka ingat kalau di kampung (negeri
masing-masing) angin tak ada bertiup ker(?) Silap-silap di kampung halaman kita lagi ada
"Ribut Taufan" sedang melanda. Kalau takpun, oleh sebab kena "Halau" balik ni, tentu
GERAAAAM pulak rasanya, tentu marah dibuatnya, tentu "dendam makin membara".
Daripada kita tak ada apa-apanya, jadi ada apa-apa pulak jadinya. Daripada niat kita nak
jadi "Burung Belatuk" sahaja, dah bertukar jadi "Sang Harimau" pulak jadinya nanti, baru
padan dengan muka depa. Ada tak yer! geti? (pertanyaan begini selalu diluahkan oleh
bapak angkat saya "Orang Melaka" ketika saya masih bersekolah dahulu - maaf kalau bisa
tersinggung kerana menggunakannya). Bukan nak cuba menghasut, tapi nak cuba suntikkan
semangat, keJANTANan kita tercabar ni. Boleh pulak 'depa' buat kita lagu tu, apa depa
ingat kita ni takdak' filling' ker ? Kita pun manusia juga, Ahli UMNO juga, kalau dah
desperate sangat tu hah! gini ler jadinya.
Bukan apa, saya sendiri (yang bukan kena-mengena ni) pun ??? Gerammmm..lah. Tak patut,
memang tak patut. Kan ker MEMBAZIR namanya tu, membazir masa, membazir duit dan
membazir tenaga. Alangkah bagusnya kalau dari "duluuuuu" lagi ditambah lagi satu SYARAT
terhadap syarat-syarat yang dikenakan kepada Ahli Perwakilan. Ini tidak, bila orang dah
datang awal-awal, bukan hendak dipujinya kerana bangga dengan keghairahan Ahli
Perwakilan. Dia tak tahukah yang datang awal-awal ini hanya ingin mengelak dari tidak dapat
tempat menginap ? Boleh tuduh macam-macam pula!
Mengenangkan nasib tuan-tuan, saya benar-benar rasa simpati. Biar duit banyak, masa
banyak, tenaga banyak, kita tak boleh BAZIRkannya begitu sahaja. Membazir itu biarpun
bagaimana ia tetap diklasifikasikan sebagai "KAWAN SYAITAN". Apakah kerana mereka
ada sifat KESYAITANAN nak suruh kita jadi syaitan juga, nak suruh kita jadi kawan
syaitan ? Jauh....jauh...selisih malaikat 44, wal 'iya zu billahi min zalik!.
Menyentuh tentang BAZIR-MEMBAZIR ini izinkan saya menyentuh "sedikiiiit" mengenainya.
BAZIR-MEMBAZIR KAWAN SYAITAN
Memperkatakan tentang sifat suka MEMBAZIR ini, biarlah saya sentuh yang kecil-kecil
sahaja. Sebab ramai para "penulis siber" telah membongkarkan secara terperinci dengan
diperkukuhkan dengan segala dalil dan bukti. Yang besar, terbesar di dunia. Yang tinggi,
tertinggi di dunia. Yang panjang, terpanjang di dunia. Yang canggih, tercanggih di dunia. Yang
terunggul, terunggul di dunia. Apa lagi(?) semua yang serba TER di dunia (agaknya hampir
TERkeluar dari dunia?). Semua telah diperjelaskan mengenai keterkaitannya dengan sifat
MEMBAZIR orang kita(?)
Jadi apa yang saya nak sentuh tentang "BAZIR-MEMBAZIR" ini pada perkara yang sering
dikaitkan dengan KECUAIAN yang (MEMBAZIR) dilakukan oleh mereka yang bergelar
"ALIM-ULAMAK" (tentunya yang bukan alim-ulamak - lagi teruklah keadaannya):
PERTAMA : Pembaziran AIR ketika mengambil "Air Sembahyang" mahupun mandi samada
wajib ataupun sunat. Biarpun kita begitu kaya dengan nikmat air, namun penjimatan air boleh
menjimatkan "wang" untuk membayar bil air. Kalau pembaziran ini dapat dikawal tentu
banyak kebaikan yang kita dapat. Tak payah nak hurai panjang lebar.
KEDUA : Pembaziran MAKANAN dan MINUMAN. Ketika mengambil makanan, nasi
dan lauk kita dengan segala macam, dalam pinggan macam 'bukit'(?). Makanan masih belum
habis, lauk-pauknya, sayurnya, acarnya dan segala macam, masih banyak dalam pinggan
kita, kita berhenti makan. Dijari-jemari kita juga masih banyak yang melekat, lalu kita basuh
segera. Yang ada sisa di dalam pinggan, nak suruh siapa habiskan? Nak kasi haiwan
ternakan atau peliharaan kita makan ? Dirumah?!, kalau ditempat kenduri kendara ? Sisi
makanan bertimbun-timbun.
Ada pernah lihat bagaimana anak-anak kurus, perut boncit, rakyat Somalia, melalui berita di
kaca TV ? Makanan yang terjatuh di atas tanah (kira kotorlah) mereka berebut-rebut bagai
nak berbunuh mengambilnya, terus masuk mulut. Kenapa ? jijik ? Cuba kita bayangkan kalau
kita jadi macam mereka (tak mustahil - Tuhan turunkan bala kerana sifat membzir kita), nak
tengok saja kawan kita berebut, jijik, lucu ? Kebulur, bahkan mati kataklah kita jawabnya.
Keprihatinan tentang pembaziran ini harus sesuai dengan masa senang dan susah. Pembaziran
yang dilakukan oleh mereka yang 'JAHIL' tentang hukum biar macamana besar pun, jika
dibandingkan pembaziran oleh "Alim-Ulamak" biar kecilpun, tentu ada bezanya antara hukum
yang layak diterima oleh si 'JAHIL' berbanding si'ALIM'. Lain lagi kecuaian mengenai makan
dan minum dengan menggunakan 'TANGAN TAIK' (maaf, kerana saya rasa sedih dan pedih
mata memandang bila mereka yang sepatutnya jadi contoh teladan - masih ada yang tak
ambil kisah). Macamana manusia lain nak "respect" dengan mereka yang bertaraf Ulamak
yang begitu cuai dalam perkara kecil ini. Adalah ditakuti kecuaian terhadap yang kecil ini
bakal menular terhadap perkara yang besar. Seorang ulamak buat kesalahan yang dianggap
kecil ini, boleh dipandang BESAR oleh mereka yang memang ingin mencari kesalahan orang
lain dalam menguntungkan dirinya. Cukuplah setakat itu, untuk renungan kita bersama
mengenai pembaziran.
SENJATA HIKMAT - (UNTUK KITA SEMUA - JUGA )- UNTUK PARA
PERWAKILAN AGONG UMNO 2000
Untuk menjamin kejayaan kita dalam PERJUANGAN tak cukup hanya dengan keris(bogel)
yang menjadi lambang kebanggan UMNO, ditambah dengan AZIMAT dan TANGKAL
berupa keteguhan IMAN (sila baca artikel yang berkaitan), masih belum cukup mantap,
melainkan dengan melengkapkan diri dengan SENJATA HIKMAT.
Apakah dia yang dikatakan SENJATA HIKMAT itu ?. Kita tak perlu senjata api, senjata
yang canggih-canggih, yang tersangat mahal harganya jika hendak dibeli. Tak payah pergi
tempat "PEERTAPAAN dan BERTAPA(syirik)" untuk mendapatkannya. Tak payah
pengeras, mahupun memilih hari seperti "JUMAAT - WAGEH - ATAU -KLEWON".
Hanya memadai dengan mengmbil 'wudhu' kemudian mengadap Qiblat, sembahyang dua
rakaat samada "Solat Hajat" atau "Istikharah" atau"Tahajjud" atau "Solat Sunat Mutlaq",
selepas itu ; HUNUS lah SENJATA HIKMAT, asah biar tajam setajam-tajamnya dengan
sepenuh khusyuk DOA' lah mintalah sebenar-benar minta kepada Allah, apa saja. Insya
Allah Senjata Hikmat kita akan bisa mengalahkan segenap MUSUH. Untuk jelasnya mari
kita lihat maksud Hadis Nabi (S.A.W) berikut:
" DOA' ITU ADALAH SENJATA KEPADA ORANG-ORANG YANG
BERIMAN"
Setelah berdoa' (dengan mematuhi segala rukun syarat serta adab-tertibnya, serta tahu
pula masa-masa dimustajabkan doa', serta bagaimana doa' seseorang dikabulkan dan
bagaimana pula doa' seseorang boleh ditolak - sila rujuk mana-mana kitab, mana-
mana guru, bahkan kalau tak silap dalam Laman Web pun ada) dengan khusyuk
tawaduk dan ikhlas, maka kita BERTAWAKKAL dengan berserah kepada Allah (S.W.T),
kemudian bukalah "LANGKAH PEJUANG" teruskan perjuangan dengan penuh keyakinan
dan keazaman yang kuat, Insya Allah kita akan beroleh kemenangan.
"JANGAN TAKUT DAN JANGAN GENTAR ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA"
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Sejauh mana kita meyakini Hadis (di atas) yang menganugerahkan SENJATA HIKMAT ini,
maka sejauh itulah juga Tahap Keimanan (Kekeblan kita), lalu sejauh itulah pula senjata ini
benar-benar bergelar "Hikmat" yang boleh membawa keajaiban.
Oleh itu "Tammatlah Perguruan" untuk Ahli Perwakilan UMNO 2000 dalam mempersiapkan
diri turun kegelanggang sebagai PAHLAWAN gemilang yang dinanti-nanti akan AKSInya
pada PERHIMPUNAN AGONG UMNO 11 Hingga 13 Mei 2000 ini. Maka tiada siapa
lagi yang harus ditakutki, kalau kita telah hanya benar-benar TAKUT kepada Allah semata-
mata.
Akhir kata, salah silap maaf dipinta. Tutur-kata terlanjur kiranya, melampau pulak agaknya,
mengajar anda pulak nampaknya, lalu meluat pulak rasanya. Bukan apa-apa, dalam
menyuntikkan rasa cinta, pada agama bangsa dan negara, inilah saja yang saya ada, elok kita
kongsi bersama, kalau ada manfaatnya, dah tentu untuk kita semua. Saya tahu anda semua
dah ada, apa yang diberi ulangan saja, biar ingat sampai bila-bila, apatah lagi dihadapannya,
musuh durjana petualang negara. Jangan kita tak nak mencuba, kelak menyesal tiada
gunanya, nak tunggu bila (?) alangkah lama. Takut jangan gentarpun jangan, Ilmu yang ada
sebagi rakan, berjuang menegakkan keadilan, kita sentiasa dilindungi Tuhan.
Wallahu a'alamu bissowab!
Wassalam !
Sekian terima(lah) kasih.
yang seagama dan sebangsamu,
AZHARI(S)
03:07AM 090500