Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


AKU DAN "IT"

Assalamu'alaikum w.w.!
Seloka/pantun dari :AZHARI(S)
AKU DAN "IT"
Bahagian : 1(Sebelum DSAI Ditangkap)



Memanglah kerdil ku rasa diri,
nampak komputer, jauh menepi,
tengokpun takut, pegang apa lagi, 
jijik tu tidak, tapi semacam geli.

Tidakku ingin hendak memegang,
dah memadai ku tengok orang,
itupun macam dilarang,
bagiku itu barang terlarang.

Itulah aku seketika dulu,
sebut komputer, meremang bulu,
terasa macam melihat hantu,
langsung tak mau pegang benda tu.

Dikata "phobia", aku tak malu,
peduli apa, aku tak mahu,
entah kenapa, akupun tak tahu,
dikata teruk, pun aku setuju.

Hendak menulis, pen kan ada!
guna taip, pun boleh juga,
buat apa nak jadi kerja,
guna komputer tak siap semua.

Apa lebihnya dengan komputer,
guna taip kan boleh juga,
nak menggunanya banyak cerita,
nanti meletup, mati kita.

Rasanya tak hingin aku mencuba,
biar apa pun orang kata,
aku tak nampak apa pentingnya,
alat yang ada apa gunanya?

akhirnya aku tak ambil pusing,
hanya menambah fikiran runsing,
belum apa-apa lagi dah pening,
taip saja apa yang penting.

nak beli  komputer ? sorrylah,
mahal tu satu, yang jelas susah,
lagipun nak belajar malaslah,
dah lama betul kita sekolah.

alah, tak pandaipun tak masalah,
kalau nakpun kita boleh upah,
pendek cerita, tak nak, sudah,
itu semua boleh blah.

Sekian!
Bahagian 2 (?) menyusul
Oleh : AZHARI(S)





        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com