Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Respon daripada artikal Tentera Berani Mati dan Cucu Datok Bahaman 1

Assalamualikum.

Saudara "Tentera Berani Mati" telah tersalah faham dalam mentafsirkan ucapan Perdana Menteri ketika Majlis Perhimpunan Agung Umno yang baru saja lepas. Salah faham timbul disebabkan oleh kesilapan "Tentera Berani Mati" yang tidak mengikuti ucapan PM dari awal.

"Tentera Berani Mati" hanya mengambil sebahagian daripada teks ucapan PM. Kesilapan itu sama ada disengajakan oleh "Tentera Berani Mati" atau tidak, tidaklah diketahui. Walaupun begitu, kesilapan tersebut patut diperbetulkan kerana ia merupakan fitnah dan menampakkan kematangan yang kurang pada diri kita (warga TranungKite).

Kalau kita tidak mahu orang menyalah tafsirkan ucapan Ustaz Hadi contohnya, kita juga tidak boleh mengamalkan perkara yang sama -- salahtafsiran. Sebagai mana hadis yang menyuruh kita untuk tidak menghina agama lain supaya agama kita juga tidak mendapat penghinaan daripada pengikut agama yang kita hinakan itu.

Oleh itu, yang betul hendaklah diakui betul dan yang salah kita kena akui salah dan perlu pembetulan.

Dalam hal ucapan PM tadi, ternyata "Tentera Berani Mati" tersalah faham dalam mentafsirkan ucapan PM. Teks sebenar ucapan PM boleh didapati di

Di bawah saya lampirkan sebahagin daripada teks ucapan yang boleh menolong mengelakkan kekelirun. (Untuk tidak menimbulkan sebarang kekeliruan, teks ucapan PM hendaklah dibaca dari mula).

" 17. Ada orang yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah. Dengan itu maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk- burukkan mereka tidak salah. Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung- agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja. "

Jadi yang dimaksudkan dengan:

" Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga TIDAK PERLU berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain yang akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu TIDAK PERLULAH kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t sahaja."

hanyalah sebagai sindiran (dan pertanyaan balik) kepada mereka yang PM anggap tidak bersyukur kepada pihak pemerintah. Dan bukan bertujuan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Wassalam,
Joe Blogg

Ulasan Azhari (s)

Assalamu'alaikum w.w.!
Selain daripada "Tentera Berani Mati" dengan artikelnya yang bertajuk "Mahadhir Hina Nabi- Apa Tindakan Kita" ada artikel lain yang dibuat oleh Cucu Datuk Bahaman bertajuk "Bila Tikus Mengaum Macam Singa Sarkas". Kemudian saya sendiri telah membuat satu artikel bertajuk"ISU MAHATHIR MURTAD: CADANGAN-MEMBAWA PM KEMUKA PENGADILAN".

Walau macamanapun kalau artikel saya yang mempunyai hubungkait dengan ucapan dasar PM di Perhimpunan Agong UMNO". Pertama : saya memohon maaf khasnya kepada PM. Kedua : kepada para pembaca. Ketiga : Kepada Allah swt. "Astagfirullahal 'Azim wa atubu ilaih"

Namun demikian setelah saya amat-amati ucapan dasar PM tersebut, seolah-olah beliau mengaitkan "ungkapan tersebut" dengan orang lain yang kononnya melarang manusia berterima kasih, menyuruh kita kurang ajar sikit dan sebagainya. Saya berpendapat, orang yang dimaksudkan itu : samada pihak pembangkang atau golongan pendakwah, dalam menyanggah kenyataan beliau supaya bersyukur kepada kerajaan @ UMNO @ PM sendiri. Tapi apa yang saya nampak seolah-olah PM mengaitkan ungkapan itu dengan Pembangkang, atau penyokong Pembangkang. Hanya apa yang saya nak katakan disini, seolah-olah PM telah memutar belitkan kenyataan pembangkang itu. Menokok tambah sehingga begitu teruk sekali bunyinya. Akhirnya saya juga berpandapat, bahawa ungkapan tersebut dibuat-buat sendiri oleh PM atau pengarang Teks Ucapannya. Dan tidak mustahil memang itulah yang dimaksudkan sendiri oleh PM , cuma ia cuba mengaitkan orang lain yang kononnya mengatakan demikian.

Tapi walaumacamanapun, kita memang telah ketahui bersama, bahawa memang PM seringkali meluahkan kata-kata yang boleh membawa kepada MURTAD. Seperti menghina hukum Hudud, dengan mengatakan HUDUD PAS, tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kita yang mempunyai mesyarakat majmuk. Beliau juga pernah berkata, kalau hukum Hudud dilaksanakan, akan ramailah orang Islam yang kudung tangan dan kaki, menyebabkan orang Islam akan mundur. Satu lagi beliau juga pernah mengatakan, kalau nak makan sup tangan atau kaki manusia, silalah ke Negeri Kelantan. Isu janggut Nabi dan lain-lain lagi. Semua ini telah lama beliau ucapkan. Cuma kita kena betul-betul ada BUKTI KUKUH baru kita dapat sahkan dakwaaan kita. Dan kalau semua bukti dapat kita kumpul, artikel saya, "Cadangan-Mengheret PM kemuka Pengadilan" nampak masih sesuai.

Dan kalau semua apa yang kita kata diatas tadi mempunyai BUKTI KUKUH dan SAHIH, ini bermakna PM "telah lama" terpesong dan boleh dihukumkan MURTAD. Kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap beliau dulu-dulu lagi. Tapi kita tidak terfikir, manakala ada yang mengatakan PM meluahkan "ungkapan" menghina nabi dalam ucapan dasarnya baru-baru ini, telah menyedarkan kita untuk mengambil tindakan, dan tak mahu membiarkan ianya berterusan, untuk itu kita tidak boleh bertangguh-tangguh lagi. Kalau kita bertangguh-tangguh lagi ia akan semakin reda, basi dan tidak sensasi untuk dibawa kemuka pengadilan. Jadi kenyataan beliau baru-baru ini juga boleh dianggap sebagai mengingatkan kita supaya segera bertindak sebelum terlambat.

Tidak mustahil "orang awam" (rakyat marhain) yang selalu ditipu, beranggapan, bahawa PM ada memperkatakan ungkapan menghina Nabi "Menyuruh rakyat tak payah berterima kasih pada Nabi dan tak perlu mengagong-agongkannya, memadai kita bersyukur kepada Allah sahaja". Kalau Cucu Datuk Bahaman dan Tentera berani Matipun boleh TERSILAP(tapi untuk memperbetulkannya) maka rakyat biasa ditakuti mengambilnya sebagai" ITULAH PM KATA, PM takkan SILAP". Jadi kenyataan PM itu tetap berbahaya dan boleh menyebabkan rakyat yang tidak berdosa terdedah kepada MURTAD juga.

Wallahua'lam!

AZHARI(S)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com