Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


COP MOHOR - BUAT AHLI PERWAKILAN UMNO 2000

Petikan :
Tranung Kite eGroups

Mukaddimah:

Setelah dua hari berturut-turut PERHIMPUNAN AGONG UMNO berjalan rancak, nampaknya saya dan seluruh rakyat Malaysia dilanda rasa KECEWA diulangi KECEWA sekali lagi KECEWA. Segala telahan yang dibuat terhadap WIBAWA Ahli Perwakilan semakin terserlah, semakin terbukti benar, bahawa semua AHLI PERWAKILAN "TAK ADA TELOR"=BIJIK PELIR@PONDAN@BAPOK@MAKNYAH, BACUL, PENAKUT, PENGECUT, DAYUS, TUKANG ANGGOK@BURUNG BELATUK@BURUNG KAKAK TUA, MAKAN GAJI BUTA, MENIPU RAKYAT, dan lain-lain yang seumpamanya, yang teruk-teruk (maaf baru kali ini saya berani menyebut benda-benda ini, sedang penulis-penulis lain telah lama berani menyebutkannya - yang bagi pendapat saya - keberanian mereka berasas dan cukup bukti - berbanding saya yang kekurangan bukti kukuh(?) untuk menyatakan demikian).

Pada pendapat saya segala gelaran yang diberi, bukan sahaja kini telah dibuktikan benar oleh Ahli Perwakilan sendiri, yang lebih penting iainya disambut sebagai CABARAN KEJANTANAN (KEIMANAN) demi menafikan semua gelaran ini.

Sebenarnya memberi gelaran yang "BURUK" adalah dilarang di dalam ajaran Islam, seperti yang termaktub di dalam Al-Quran ".........Walaa tanabzuu bil alqaab..........."(Surah : Al Hujuraat Ayat : 11 Juzuk : 26) yang membawa maksud : "....Dan janganlah kamu memberi gelaran-gelaran yang buruk"...., tetapi ini di benarkan dengan BERSYARAT, seperti ayat yang menyebut : "La yuhibbullahul jahra bissuuuuui minal qauli illa man zulim"......(Surah : An-Nisaaaaak Ayat : 148 Jizuk 6) yang lebih kurang maksudnya : "Allah tidak menyukai perkataan yang buruk (jahat/mencarut) diucapkan dengan terus terang kecuali (oleh) mereka yang terinaya (dizalimi)" Jadi, walaupun Allah tidak suka perkataan buruk, jahat, mencarut, (termasuk mengumpat - kepada orang yang zalim : adalah dibenarkan (harus) kepada mereka yang dizalimi, atau tujuan memperingatkan orang lain (mangsa) atau sizalim : rujuk Riadhus Salihin bab mengumpat) dan sebagainya, tetapi dibenarkan atau harus kepada mereka yang DI ZALIMI.

Saya yakin tiada siapa tergamak untuk menyebut benda-benda, jijik, mencarut ini, melainkan kerana mereka telah tidak tahan, dihina, diseksa, diinaya, dizalimi, ditekan, dikata nista, ditipu, diperbodoh-bodohkan dan sebagainya. Lalu Allah mengharuskan supaya PERASAAN itu terluah, bertujuan untuk mengingatkan 1. mangsa supaya berwaspada 2. SiZalim itu sendiri supaya sedar dan ber TAUBAT.

Ingatlah : Pintu TAUBAT masih terbuka, rebutlah peluang untuk bertaubat dengan MENYATAKAN YANG HAK - DAN MENYANGGAH YANG BATHIL, sebelum pintu HATI kita ditutup "DICOP MOHOR" sebagai "MUNAFIQ" dan selagi pintu TAUBAT belum tertutup.

COP MOHOR - BUAT - AHLI PERWAKILAN UMNO 2000 - JUGA SEMUA MUSLIMIN.

Sebelum COP MOHOR dihentakkan (seperti postmaster menghentak surat dengan cop) kedahi kita, kehati kita, yang mana dengan itu akan menjadikan mata hati kita tertutup rapat, lebih rapat dan teguh dari timpalan, maka saya sekali lagi MENYERU agar Ahli Perwakilan UMNO 2000 khasnya (kerana diberi mandat, digaji oleh rakyat) dan KITA SEMUA amnya,supaya segera BERTAUBAT. Bertaubat dari menyembunyikan KEZALIMAN,kerana bersekongkol dalam membohongi rakyat, menipu rakyat, apatah lagi bersekongkol dalam MENGHINA AGAMA, NABI, SUNNAHNYA, AL-QURAN (bermakna menghina ALLAH - fikirkanlah !!!!! MURTAD KAH KITA ?????- ISTIGFARLAH BANYAK-BANYAK - BAWA MENGUCAP SEMULA - TAKUT- TAKUT KITA TELAH MURTAD) sekali lagi MARILAH BERTAUBAT, diulangi lagi MARILAH (SAUDARA-SAUDARAKU) BERTAUBATLAH SEGERA.

Anggaplah seruan yang berulang-ulang yang dibuat itu, sambil saya menarik tangan saudara, menepuk-nepuk belakang saudara dengan penuh rasa kasih sayang seorang saudara Islam terhadap saudara Islamnya yang lain. Apa lagi orang semacam kami ini boleh lakukan ??? ini sahaja yang mampu kami hidangkan, sebagai penulis. Saya tidak sanggup dipersalahkan dihadapan ALLAH dihari Qiamat nanti, saya telah laksanakan tanggung jawab saya mengajak tuan-tuan supaya segera sedar, insaf dan BERTAUBAT.

Apa yang kami tahu hanya sedikit, berbanding dengan tuan-tuan yang di dalam UMNO sebagai penyokong kuat UMNO, mengenai KEZALIMAN UMNO,BN dan khasnya Ketua tuan-tuan (PM). Sanggupkah tuan-tuan menafikan KEZALIMAN ini dihadapan ALLAH nanti ? Sekalipun tuan-tuan sanggup menafikan sekeras-kerasnya, di dunia ini sungguh banyak bukti, dan bukti-bukti dan saksi-saksi itu ialah tuan-tuan sendiri, disamping teks-teks ucapan, keset, video dan lain-lain lagi. Di dunia ini pun tuan-tuan tidak dapat menafikannya, kerana tuan-tuan lebih nampak dengan jelas akan perkara ini, apatah lagi di akhirat nanti ????

Siapa di antara tuan-tuan tidak tahu, tidak jelas, sangsi, dengan KEZALIMAN ini ???? Siapa? Jawapannya, TIADA, jawapannya, semua TAHU. Bagi yang benar-benar tak tahu, cuba tanya yang tahu dari kalangan UMNO sendiri, kalau mereka tak mahu bagi tahu tanya kepada PAS dan BA, mereka sentiasa memberitahu anda dengan bukti-bukti nyata. Atau tuan-tuan sengaja tak mahu ambil tahu, hah! tutuplah mata, tutuplah telinga, nanti diakhirat nanti tuan-tuan akan dibangkitkan dalam keadaan BUTA dan PEKAK. Ketika itu, BARU TAHU. Ataupun memang tahu tapi BUAT-BUAT TAK TAHU ????? hah! bersekongkollah dengan mereka itu dalam menegakkan KEZALIMAN, KEMUNGKARAN DAN KEMURKAAN ALLAH, sama-samalah tuan-tuan semua mengenepikan KEADILAN, KEBAIKAN DAN KERIDHAAN ALLAH, dan jangan salahkan siapa-siapa jika tuan-tuan dicampakkan kedalam API NEREKA bersama dengan KETUA tuan-tuan.

ALLAH, RASUL, dan orang-orang beriman : Hanya mengingatkan Tanda Rahman dan Rahim ALLAH, tanda kasih dan sayang RASUL, tanda kesempurnaan Iman orang-orang MUKMIN.

PERINGATAN DARI ALLAH :

"Khatamallahu 'alaa qulubihim wa 'alaa sam'ihim wa 'alaa absorihim ghisyawatuu walahum 'azabun 'aziim" (Surah : Al-Baqarah Ayat : 7 Juzuk 1) yang bermaksud : "(Dengan sebab keingkaran mereka) Allah mematerikan atas hati mereka dan pendengaran mereka, dan atas mata (penglihatan) mereka ada penutup, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar"

Ayat di atas adalah peringatan Allah kepada mereka yang MUNAFIQ yang mendustakan ayat-ayat Allah, mendustakan Rasul Allah, yang ingkar menurut ajaran al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

PERINGATAN DARI NABI S.A.W.

"Arba'un man kunnaa fihi kana munafiqan khalson, iza haddatha kazaba, wa iza wa'ada akhlafa,wa izak tumina khana, wa iza khasoma fajara" (Hadis Riwayat Bokhari dan Muslim) yang bermaksud : " Empat perkara yang jika sekiranya sesiapa memilikinya maka jadilah seorang MUNAFIQ TULIN, jika dia berkata-kata dia BERBOHONG, jika diberjanji ia MUNGKIR, jika dia diberi amanah ia KHIANAT, jika ia berselisih faham (bergaduh) ia MELAMPAU BATAS"

Semaklah keempat-empat sifat MUNAFIQ TULIN diatas. Cuba muhasabah (Check) diri kita, ketua-ketua cawangan kita, ketua Parti UMNO kita,pemimpin Islam kita, PM kita. Tuan-tuan tentu dapat jawapannya. Berapa sifat yang kita ada, satu = satu munafiq, dua, tiga, kalau empat ????? itu menandakan kita akan mendapat PINGAT, mendapat PANGKAT,mendapat GELARAN sebagai MUNAFIQ TULIN.

Dan orang yang MUNAFIQ TULIN akan di COP (MOHOR) atau dipateri hatinya dan pendengarannya, dan diatas mata/penglihatannya ada penutup lalu disediakan untuk mereka azab seksa yang sangat besar.

COP MOHOR ini boleh dihentakkan kepada sesiapa yang layak menerimanya, di dunia ini lagi lalu ia takkan sempat bertaubat. Seksaan Allah yang besar juga boleh ditimpakan oleh ALLAH semasa di dunia ini, dengan berbagai bala bencana. Dia akhirat maka lebih-lebih lah lagi.

"Marilah kita bertaqwa kepada Allah, sebenar-benar taqwa, dan janganlah kita mati kecuali mati dalam Islam"

SERUAN TERAKHIR...INSAFLAH
SERUAN TERAKHIR...BERTAUBATLAH...
SERUAN TERAKHIR...HAPUSKANLAH KEZALIMAN...
SERUAN TERAKHIR...TEGAKKANLAH KEADILAN.
SERUAN TERAKHIR...BERTINDAKLAH SEBELUM KITA DI COP
MOHOR..SEBAGAI MUNAFIQ

Sekian!

Terima(lah) kasih,

AZHARI(S)
01:46AM13MEI2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com