Petikan :
Tranung Kite eGroups
Assalamu'alaikum w.w.!
MUKADDIMAH:
Seorang hakim dan juga peguambela akan cuba mencari bukti-bukti kukuh yang boleh
diyakini dan meyakinkan semua pihak dalam pengadilan yang dibuatnya. Apabila seorang
hakim atau peguambela gagal membuktikan seseorang itu bersalah maka hukuman bersalah
tidak boleh disabitkan, sekalipun pada hakikatnya ia memang bersalah.
Saya sangat tertarik dengan keberanian beberapa orang "Penulis Siber" yang sanggup dan
berani menjatuhi hukum "MURTAD" kepada PM berdasarkan ucapan dasar beliau dalam
Perhimpunan Agong UMNO yang baru lalu, disamping kenyataan-kenyataan beliau yang ada
kaitan dengan memperlekehkan Nabi (SAW) mempertikaikan hukum HUDUD dan
sebagainya sebelum ini.
Apabila artikel yang bertajuk : Apabila Tikus Mengaum seperti Singa Sarkas, oleh
Cucu Datuk Bahaman, saya baca dan ajak kawan-kawan semua membacanya, berbagai
reaksi telah timbul. Rata-rata antara kami begitu kagum dengan keberanian CDB, dalam
menjatuhi hukum MURTAD terhadap PM yang tak sedar diri dan nyanyok ini. Rata-rata
kami bersetuju (meremang bulu roma) dengan hukum yang dijatuhi, berdasarkan dalil dan
bukti yang kita sama-sama telah selalu mendengarnya, dari kawan, dari keset dan lain-lain
lagi. Bagi mereka yang pernah mendengar sendiri dengan "Telinga Kepala" atau
"Menyaksikan sendiri dengan mata kepala" akan "ungkapan-ungkapan Syaitan" ini, sudah
tentu timbul berbagai perasaan yang meluap-luap, geram, marah bahkan boleh menyebabkan
kita bertekad untuk melakukan sesuatu yang nekad, iaitu : bertindak sendiri "MEMBUNUH
SIMURTAD" itu. Apabila kita tidak berani melakukannya sendiri, kita berharap ada
dikalangan kita yang digerakkan oleh Allah untuk nekad melakukannya. Dalam masa yang
sama kita tidak dapat membendung perasaan tercabar, terhina dan berbagai perasaan lagi,
yang mendorong kita melakukan sesuatu. Oleh kerana untuk melaksanakan hukuman Hudud
(bunuh si murtad) itu bukan kerja dan tanggung-jawab kita, dengan kata lain kita tiada kuasa
melaksanakannya sendiri, menyebabkan kita melepaskan perasaan geram, marah dan
sebagainya mengikut naluri kita sendiri.
Kita sebenarnya semakin bertambah geram dan marah, apabila mereka yang jelas melakukan
perkara yang membangkitkan kemarahan kita itu, adalah orang yang paling berkuasa dalam
kerajaan yang memerintah. Kemarahan ini semakin marak membakar hati kita, apabila
pesalah ini terus (galak) melakukan kesalahan yang sama (dengan muka selamba) tanpa
diambil sebarang tindakan. Kemarahan kita juga akan ditujukan sama kepada sasaran yang
dianggap bertanggung jawab menegurnya, menasihatinya, dari kalangan Ulamak UMNO itu
sendiri. Kemarahan yang marak membakar ini semakin besar dan tinggi darjah
kepanasannya, bila mendapati mereka yang diharap melakukan sesuatu dari kalangan
Ulamak UMNO tidak berbuat apa-apa melainkan mendiamkan diri, bersyubhat dan
bersekongkol pula dengan PM keparat itu.
Kita rasa TERBAKAR, apabila memikirkan bahawa akan ramai lagi orang Islam yang akan
turut sama terjerumus ke dalam "KEMURTADAN" ini, hanya gara-gara menyokong dan
mempertahankan kenyataan Ketua atau Pemimpin mereka. Di kalangan orang-orang
(AHLI) UMNO sangat ketara, mereka terdedah untuk MURTAD sama bila mereka
membenarkan kata-kata ketua mereka, kalaupun mereka tidak membenarkan kata-kata
Tuan mereka, mereka dianggap sedang bersyubhat dan bersekongkol dengan kenyataan-
kenyatan yang dibuat, apabila mereka hanya berdiam diri. Yang lebih dahsyat, dan tak ingin
kita lihat berlaku ialah mangsa dari kalangan rakyat marhain (yang tidak berdosa) yang
kebanyakannya menyokong membuta tuli, ditambah pula dengan kekurangan maklumat yang
benar, disamping setiap hari mereka terus ditipu dan diperbodohkan oleh media massa yang
sentiasa memihak kepada kerajaan.
Jumlah rakyat yang akan terperangkap sama dalam fenomena ini bukanlah angka yang
sedikit. Kalau PM mendakwa bahawa UMNO sekarang masih mendapat sokongan
(berdasarkan keahlian ???) 3 Juta rakyat, maka jumlah yang sama (bahkan lebih dari itu, bila
memikirkan golongan remaja dan mereka yang belum mendaftar menjadi ahli parti, mahupun
mereka yang belum layak mendaftar sebagai pengundi, ini termasuklah murid-murid sekolah
dan anak-anak kita semua. Maknanya semua rakyat yang beragama Islam dinegara ini) juga
terdedah dengan isu MURTAD ini. Walaupun dari segi hukuman yang bakal diterima
dikalangan mereka berbeza-beza jika diukur dari berbagai sudut, namun kewajiban kita
adalah untuk menjelaskan kepada mereka dengan bukti-bukti yang boleh meyakinkan
mereka, seterusnya mengharapkan mereka sedar dan tahu apa yang sepatutnya mereka
lakukan.
CADANGAN :
Untuk menangani perkara ini saya mencadangkan agar segala bukti-bukti kukuh yang kita
ada, samada keratan akhbar (teks ucapan), artikel, keset, video dan sebagainya,
dikumpulkan. Untuk memudahkan mendapatkan maklumat ini, adalah dicadangkan agar:
PERTAMA : "web master" mahazalimtwo, TranungKite ATAU lain-lain Laman Web
Reformasi, menyediakan "LINK" khusus mengenainya. Kalau segala bukti yang kita ada
disokong oleh (tarikh, masa, tempat dimana ungkapan 'SYAITAN' itu dilafazkan serta
senarai nama) mereka yang sanggup menjadi saksi untuk menguatkan bukti-bukti tersebut,
maka itu adalah terlebih baik.
KEDUA : Supaya PAS dan BA membentuk Ahli Jawatankuasa Khas BERTINDAK, untuk
MENGHERET PM KEMUKA PENGADILAN. Dengan segala persediaan yang cukup
mantap. Ini termasuk meminta semua MUFTI diseluruh negara membuat kenyataan dan
mengeluarkan "FATWA" mengesahkan bahawa PM telah MURTAD.
KETIGA : supaya Pemuda PAS dan BA mengadakan PERHIMPUNAN AMAN seluruh
negara, menyatakan BANTAHAN terhadap kenyataan PM sempena Perhimpunan Agong
UMNO yang baru berakhir, dengan SLOGAN-SLOGAN tertentu. Kalau sebelum ini
perhimpunan yang adakan sering diganggu oleh PDrM dan FRU, kerana perhimpunan
diadakan disatu tempat yang khusus ( kerana inginkan penyertaan yang ramai ), kita mungkin
boleh mencuba (satu cadangan oleh salah seorang "penulis siber" - maaf saya tak ingat
namanya) untuk mengadakannya diseluruh negara dengan memperbanyakkan tempat
berkumpul demi mengelirukan pihak PDrM dan FRU untuk membuat gangguan. Maksudnya,
setiap Daerah dan Mukim dengan PENUNJUK PERASAANNYA SENDIRI, tak kisah
(sangat) dengan bilangan penyertaan, tapi biar mereka nampak bahawa TUNJUK
PERASAAN sedang berlaku diseluruh negara.
KEEMPAT : meminta, memohon dan mendesak supaya JABATAN AGAMA ISLAM,
MAJLIS AGAMA ISLAM, PUSAT ISLAM, JAKIM dan badan-badan Islam seluruh
negara mengeluarkan kenyataan yang sama, dan meminta mereka bertindak. Samada
mereka berani atau tidak mengeluarkan kenyataan serta bertindak ataupun tidak, SURAT
RASMI dari pihak PAS dan BA mestilah dibuat dan diajukan kepada mereka secara
terbuka.
KELIMA : surat yang sama juga hendaklah dihantar kepada RAJA-RAJA dan TUAN-
TUAN YANG TERUTAMA seluruh negara.
KENAM : juga kepada pihak media, surat khabar dan RTM, supaya membuat hebahan
mengenai perkara yang sama.
KETUJUH : juga kepada mereka yang difikirkan sesuai diseluruh dunia, demi menarik
perhatian mereka dalam menangani isu buruk ini.
PENUTUP :
Sifat MELAMPAU PM ini sudah tidak boleh dibiarkan lagi, kita semua harus memikirkan
jalan untuk mengheret beliau kemuka pengadilan, demi menyelamatkan agama, bangsa dan
negara.
Penglibatan semua pihak untuk menangani perkara ini adalah "WAJIB" dikerah dan
disedarkan untuk sama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya. Perkara ini tidak boleh
diambil ringan dan dilambat-lambatkan lagi, kerana kita semua terdedah kepada BALA yang
dahsyat dari ALLAH SWT.
Sekian !
HAPUSKAN KEZALIMAN, PERANGI KEMURTADAN, ALLAH BERSAMA KITA
AZHARI(S)
07:47PM150500