Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BISIK-BISIK RAKYAT : "APA KITA NAK KATA"(BAH.1)

Petikan :
Tranung Kite eGroups

BISIK-BISIK RAKYAT:

Ini cuma luahan rasa semata-mata, ingin pandangan dan pendapat dalam menyelamatkan AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR kita.

DIALOG SEBELUM PILIHAN RAYA KE-10

Dua orang sahabat baik yang pernah sama-sama menuntut di IPT(Luar Negara) telah bertemu (tanpa temu janji) disatu tempat awam. Setelah bersalaman dan bertanya khabar, maka dialog inipun berlaku:

Si Alif : Macamana pandangan kau tentang Isu penangkapan dan perbicaraan DSAI.

Si Sin : Sebagai orang Islam, berpendidikan Islam sudah tentu kita sama-sekali tidak setuju dengan apa yang berlaku terhadap DSAI. Memang jelas DSAI telah menjadi mangsa KONSPIRASI orang tertentu. Kita percaya DSAI telah difitnah.

Si Alif : Itu kita setuju, bahkan saya rasa majoriti rakyat pun nampak ketidakadilan berlaku dalam kes perbicaraan DSAI. Kesan dari media massa arus perdana yang berat sebelah telah mendorong rakyat mendapatkan sumber dari internet, dari Laman Reformasi.

Si Sin : Kau ada komputer ker ?

Si Alif : Tak adalah, saya dapat berita dari internet dari kawan-kawan. Saya rasa tak salah, kita cuma nak berita sebenar, jadi kita kena tahu dari berbagi sumber, betul tak.

Si Sin : Betul, memang betul kata kau tu. Jadi macamana pendirian kau sekarang ? Kita tak lama lagi nak pilihan raya, engkau nak undi parti apa ?

Si Alif : Tempat aku tak ada calon PAS, tempat aku cuma ada UMNO, PBS dan BERSEKUTU. Apa pandangan kau, kalau aku undi PBS ? sebab nak undi UMNO jelas kita sokong KEZALIMAN, saya tak mahu bersyubhat. Nak undi BERSEKUTU nampaknya saya tak berminat dengan "orang lama tu".

Si Sin : Ya betul, BERSEKUTU tak guna punya parti tu. Tapi kan, demi masaalah orang Melayu dan orang Islam, kau tak patut undi PBS. Kau bukan tak tahu mereka ini bukan sahaja perkauman bahkan kalau mereka ini menang habislah kita orang Islam jadi orang tak berguna dalam negeri sendiri. Dah berapa lama mereka ini memerintah kita dulu, apa yang berlaku ? itu semua kita kena ambil kira.

Si Alif : Jadi kau suruh aku undi UMNO ? sorrylah!

Si Sin : Kalau tempat kau ada calon PAS itu tak apa. Kita kena sokong PAS. Tapikan bagi aku, sekalipun ada PAS bertanding, buat masa ini kita terpaksa sokong UMNO. Kau tau pasal apa ? Pasal kuasa. Kau ingat kalau kau undi PAS dan PAS menang semua kawasan di Sabah ini pun tak dapat memerintah juga. Yang kita mahu kita berkuasa, memerintah, itu yang penting dulu. Kalau UMNO memerintah kuasa ditangan kita, isu DSAI kita selesaikan kemudian. Lagipun kalau di Semenanjung tu lain ceritalah tentu kita sokong KeADILan dan BA, dia orang disana kuat, kita disini, kalau kita tak undi UMNO, kafir akan memerintah. Apamacam ?

Si Alif : Entahlah, tapi bagi aku tak tergamak nak bersekongkol dengan KEZALIMAN. Nantilah aku fikirkan. ehh!! dah lambat ni, aku ada urusan penting ni, nanti lambat pula.

Si Sin : eeh!! mari kita minum dulu...!

Si Alif : Tak apalah saya nak cepat ni, lain kali saja, Assalamu'alaikum !

Si Sin : Wa'alaikumussalam ! .....jangan lupa ...

SELEPAS PILIHAN RAYA

UMNO menang dan dapat memegang tampuk pemerintahan untuk penggal kedua di Sabah. Dengar kata kawan kita itu telah dipilih menjadi YB yang Dilantik. Terus terang saya turut berbangga bila beliau telah dipilih menjadi YB yang Dilantik. Bangga kerana dalam barisan UMNO Sabah ada "ORANG AGAMA" yang boleh digantungkan setinggi harapan. Hasrat beliau untuk berjuang dari dalam kita sanjung tinggi. Walaupun DSAI telah menerima padah apabila beliau mengambil keputusan berjuang dari dalam UMNO, disingkirkan dan di'aibkan. Namun keputusan kawan kita ini harus kita puji, kerana masih berani mencoba, walaupun terbukti kerja tersebut merbahaya disamping berhadapan dengan berbagai resiko yang boleh menjejaskan ketokohan beliau.

SELEPAS PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2000

Apa yang telah kita dengar, rata-rata Ahli Perwakilan hanya "BERLAKON" menyindir dan sebagainya. Apa yang jelas ialah, rata-rata hanya menjadi "BURUNG KAKAK TUA @ BURUNG BELATUK" jadi tukang anggok sahaja. Walaupun 1001 alasan yang mungkin dibuat oleh kawan kita ini, kita terpaksa golongkan beliau ini sebagai pengecut, mungkir janji, takut "periuk nasi" ditabur pasir. Pendek kata ketakutan/ketaqwaannya kepada Allah telah terjejas "buat masa ini"- sekaligus beliau hanya berani memilih taraf iman yang paling lemah iaitu "membenci di dalam hati" - dimulut kita tak pernah dengar pulak bagaimana. Takut dimulut bila berjumpa kita kata begini, bila jumpa puak UMNO pulak kata begini, lalu berkata dengan puak mereka "aku hanya memperolok-olokkan mereka-jangan takut aku tetap bersama kamu dalam perjuangan ini". Kita amat takut kalau kawan kita ni dah jadi begitu - dah nak cuba belajar bohong - takut dah lupakan janji - takut jadi pengkhianat - tiga sifat ini (?) wal 'iyazubillahi min zalik.

Bukan apa-apa hanya setakat memperingatkan sahaja. Kerana ingat memperingati itu membawa manfaat kepada orang yang beriman. Lagipun kalau saya diamkan sahaja saya boleh dikira berdosa, jadi cuma memperingatkan, takkan tak boleh dan takkan nak marah pulak. Sebab apa, kalau dikira kawan kita ini sudah dikira "BERSEKONGKOL" pada zahirnya. Pada Bathin tak siapa yang boleh nampak, jadi sudah tentu tafsiran bathin itu pada pandangan umum berbeza-beza.

"APA KITA NAK KATA"

Setakat ini kalau nak katapun, TUNGGU DAN LIHAT sajalah dulu apa respon dari pembaca, dan orang yang punya diri, betul tak.

Sekian terima(lah) kasih!

AZHARI(S)
ISN22MEI200/12:06AM


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com