Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BERMULALAH SEBUAH DRAMA : "BELATUK BELAAN"

Petikan :
Tranung Kite eGroups



TAJUK : BERMULALAH SEBUAH DRAMA : "BELATUK BELAAN"

13 Mei banyak tragedi,
sudah berlaku dimana-mana,
baik dan buruk nilailah sendiri,
akal yang diberi, apa gunanya?

bermulalah kini sebuah drama,
"Belatuk Belaan" diberi nama,
tiadalah lain lebih utama,
terhangguk-hangguk tanda terima.

Apa dicakap oleh tuannya,
semuanya memang(?) benar belaka,
terus mengangguk tiada hentinya,
patuh dan tunduk menerimanya.

Cakap tuannya dianggap firman,
hendak disanggah takut disaman,
periuk nasi akan dihumban,
bahkan nyawa mungkin terkorban.

begitulah perasaan takut dihati,
terhadap tuannya, yang tabur budi,
setiap hari terfikir dihati,
mengarang ampu bodek dan bakti.

Biarpun tuannya pembohong besar,
pandai bercakap, pandai kelakar,
bagi mereka itulah kelibar,
hingga dianggap ulamak muktabar.

Kononnya depa terima hakikat,
kalah menambat hati rakyat,
umat Melayu sudahlah nekat,
tinggalkan UMNO memang keparat.

Dalam mengaku dia menyiku,
salahkan pembangkang buat kelaku,
PAS dan BA konon menipu,
menabur fitnah tidak menentu.

Depa memfitnah macam tiada,
kalaupun ada tidak berdosa,
semuapun boleh pada mereka,
harampun menjadi halal baginya.

Mereka iri tiada terkira,
setiap hari setiap ketika,
mencari jalan menuju neraka,
kemakmuran masjid cuba dinoda.

AJK masjid yang sedia ada,
kononnya adalah penyokong setia,
kepada PAS musuh mereka,
mesti disingkir secara hina.

Diganti dengan penyokong depa,
jalankan aktiviti seperti yang ada,
memikat rakyat itu tujuannya,
bermakna bukan Lillahi Ta'ala.

AJK masjid mestilah peka,
pandai berlakon setiap masa,
tunjukkan alim pada semua,
setiap program mestilah ada.

Itulah saranan dari tuannya,
suruh berlakon menambat sukma,
rakyat jelata diharap terima,
UMNO konon perjuang agama.

Ikhlas kononnya segala tingkah,
ingin datangkan segala pensyarah,
mengisi program setiap kariah,
yang sokong UMNO itulah dikerah.

Berkatalah lagi tuan perdana,
mesti lakukan ini semua,
kalau bukan kita yang guna,
tentulah PAS yang guna, katanya.

Bila program semua kita punya,
tentulah PAS tiada peluangnya,
hendak menyebar luas partinya,
peluang yang ada kita rampas semua.

Terhangguk-hangguklah lagi belatuk semua,
tanda setuju tidak terkira,
lojik sungguh pendapat tuannya,
bagaikan mufti pula hebatnya.

Tidaklah terfikir belatuk semua,
berlakon itu, dimana ikhlasnya,
kalau tak ikhlas mana pahalanya,
jadi MUNAFIQ pula akhirnya.

Bagi mereka itu tak penting,
lebih penting lagi UMNOnya,
sama penting cari penyokongnya,
sampai ke masjid diperjuanknannya.

Memikirkan PAS telah lakukannya(?),
kerana parti bukan agama,
lalu depa nak buat juga,
hendak "take over" lah tu kononnya.

Depa tak tau PAS buat apa,
sampaikan Islam dimana jua,
dalam masjid terlebih utama,
bukan parti jadi kerananya.

Tapi, kerana memang sudah namanya,
Parti Islam sebagai gelarannya,
maka selari dengan ceramahnya,
tidaklah kira dimana-mana.

UMNO nak perjuangkan Islam katanya,
masa yang sama Islam dihina,
alim ulamak habis dicerca,
bahkan Nabi dipersendakannya.

Masjid, bagaimana hendak diperguna,
sebagai medan untuk politiknya,
nanti kelain pulak jadinya,
menghina masjid siapa yang suka (?)

Kalau ulamak UMNO itu ikhlas orangnya,
gunakan masjid ikut sepatutnya,
menyampaikan Islam yang sebenarnya,
tentulah pahala layak diterimanya.

Tapi apa yang akan terjadi,
jemaah mendengar dengan teliti,
kebenaran Islam masuk dihati,
Perjuangan Islam terus diminati.

Bila memikir perjuangan UMNO sebenar,
di masjid lain, lain pulak bila di luar,
di luar membenci Islam di dalam cakap benar,
akan ketara kah, tujuan mereka sebenar?

Samada ketara ataupun tidaknya,
itu bukanlah persoalannya,
yang penting mesyarakat pintar menilainya,
Islam dinilai kesyumulannya.

Tanpa disangka oleh tuannya,
belatok berlakon dengan hebatnya,
tahu-tahu menikam tuannya,
membunuh UMNO tidak sengaja.

Apakah pulak tidaknya,
lakonan berjaya ramai peminatnya,
lalu Islam ramai peminatnya,
tentu PAS bertambah penyokongnya.

Memikirkan ini akan jadinya,
Tuan belatok ada rencana,
membuangkan ISLAM dari jenama,
semua parti HARAM mengguna.

Konon kalau begitu dibuatnya,
PAS terpaksa tukar namanya,
membuang Islam daripadanya,
supaya rakyat keliru jadinya.

Amatlah cetek fikiranmu tuan,
bagaikan orang tidak berTuhan,
konon Islam hendak ditegakkan,
tetapi Islam dianggap ancaman.

Api Islam hendak dipadamkan,
meniup dengan mulut terbungkam,
telah termaktub di dalam al-Quran,
kegiatan mereka tidaklah mengancam.

Allah tetap akan tegakkan,
Agama Islam sebagai pedoman,
untuk menyedarkan seluruh insan,
walaupun musuh usaha bertindan.

Buatlah sahaja apa kau suka,
ulamak UMNOpun akur juga,
bagaikan tiada pelajaran agama,
cakap tuannyalah lebih utama.

Ulamak Suuuuuk pun belatuk juga,
tapi lain pula ganjarannya,
tentu dosanya berganda-ganda,
bagi neraka, inilah yang utama.

Ulamak UMNO ni, ditembak saja,
biar mati sekarang juga,
agar dosanya tamat segara,
selamat agama selamat negara.

Ulamak inilah belacinya,
dijaja UMNO kemana sahaja,
dicucuk hidung diisi poketnya,
diikut sahaja apa katanya.

Ulamak juga dijadikan umpan,
memancing undi dalam ucapan,
dalam khutbah juga disisipkan,
dalam forum sempat diselitkan.

Oleh itu ingatlah teman,
dunia kita tidakkan aman,
belatuk belaan berkeliaran.
kepada kita jadi ancman.

Belatuk belaan sedia menyerang,
tak kira saudara, kawan dan rakan,
semuanya sudah dianggap lawan,
harus ditangkap kemudian ditawan.

Untuk menjadi sukarelawan,
kepada UMNO parti pujaan,
perjuangkan UMNO sepanjang zaman,
bukannya Islam diperjuangkan.

Akhir kata waspada semua,
kini lakonan baru bermula,
belatok belaan para pelakonnya,
sedialah kita menghadapinya.

Sebelum berpisah, maaf dipinta,
terlanjur bicara tersilap kata,
bersiapsiagalah dikata nista,
musuh tak pernah berpejam mata.

Sekian!

Oleh : AZHARI(S)

 


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com