Petikan :
Tranung Kite eGroups
MUKADDIMAH :
Laporan (tak rasmi) : Pada 18 Mei 2000 adalah hari yang BERSEJARAH kerana satu
KONGRES UMAT ISLAM SABAH akan diadakan disalah sebuah Hotel (antara yang
terkemuka) di Kota Kinabalu. Mengikut jadual/aturcara acara akan bermula jam 7:30 pagi.
Pada jam 6:00 pagi itu tiba-tiba hujun turun, mula-mula tu kira lebat jugalah, siap dengan
guruh dan kilat sekali. Delegasi yang akan saya wakili telah berjanji untuk sama-sama
bertolak dengan menaiki sebuah van. Akibat hujan, kami tergendala sedikit. Begitu begini
kami hanya dapat bertolak kira-kira jam 7:30(kira dah lewat sangat, kerana untuk sampai
kedestinasi dijangka mengambil masa 45 minit), al-maklum banyak gangguan. Walaupun hari
itu adalah hari kelepasan am kerana perayaan "Hari Wisak", jalan raya tak sesibuk seperti
hari-hari bekerja, tapi kerana hari hujan, disamping beberapa pembaikan jalan (buat lebuh
raya - al-maklum dah mencapai taraf BANDARAYA(?) -) sedang beroperasi menyebabkan
kami (kerana tak sabar-sabar rasanya) bertambah lambat. Mahu rasanya saya ganti "driver"
kita yang ( kami rasa ) lambat bertindak memintas kenderaan dihadapan yang nampak
perlahan.
Kami hanya berjaya sampai ke destinasi, kira-kira jam 8:15 pagi, kalau ikut jadual
pendaftaran telah tamat dan "Kongres" telah bermula pada 7:45 pagi. Namun demikian
"Alhamdulillah" nampaknya bukan sahaja kami yang agak terlambat, masih ada rakan-rakan
yang baru sampai. Tanpa membuang masa kami terus saja masuk ke Hotel tersebut, kawan
yang kebetulan berada dipintu masuk (penyambut tetamu agaknya) telah memberitahu kami
untuk segera naik ke tingkat 6 untuk membuat pendaftaran. Bagaikan tak sabar rasanya
menaiki "lif" dan bila sampai ke tingkat 6, di kawasan pendaftaran, saya nampak pak-pak
ustaz (dengan ketayap dan janggut) sedang memenuhi ruang. Sambil yang lain memenuhi
bahagian pendafaran, saya mengambil peluang bersalaman dan berbual-bual dengan mereka
yang saya kenali (rasa macam lega - bila nampak masih ramai yang baru tiba, dan yang
sedang mendaftar- maknanya kami taklah terlepas peluang ini), kawan saya memperkenalkan
saya kepada kawannya, ini ...... seorang "Penulis di TranungKite" katanya, malu saya
diperkenalkan begitu (terasa tidak layak langsung untuk dibanggakan-al-maklum, kita
bukanlah seperti penulis-penulis lain - hanya layak digelar penulis "melukut ditepi gantang"
sahaja), saya terus mengubah topik perbualan. Dalam hati saya ramai juga mereka yang
hadir ni, ramai pulak kawan-kawan yang sama-sama belajar dulu. Pendeknya hati saya
cukup gembira, wajah saya juga mungkin menampakkan keceriaan, walaupun sudah tak
se"handsome" dulu, al-maklum dah tua, dah beruban. Bila saya lihat ruang pendaftaran
nampak lengang sedikit, saya segera membuat pendaftaran, kerana tak sabar rasanya nak
melihat susana di dalam dewan Kongres. Walaupun sebelum ini saya telah beberapa kali ke
tempat ini dengan berbagai program, tapi kali ini saya terasa ada kelainan.
Saya dan kawan-kawanpun masuk, memang ramai (dalam hati saya) hampir semua dengan
penampilan seorang "Ilmuan Islam" dengan baju Melayu, bersongkok, berketayap, ada
janggut "secoit" (sejemput), maklumlah sebagai jemputan kepada Persatuan Ulama' Malaysia
(PUM) Cawangan Sabah (satu ketika dulu PUM pernah mengadakan satu program, mereka
yang berminat boleh mengisi borang keahlian - ketika itu *sampai sekarang* saya tidak
berani mengisi borang tersebut, entah, semacam takut di dalam hati untuk mengakui diri
sebagai Ulama', terasa diri tidak punya kelayakan bergelar "Pewaris Para Nabi"
**memangpun tak layak**- inilah "Sikap Ilmuan Islam" yang pernah saya sentuh dalam
artikel saya yang pertama, bertajuk: PAS SABAH - MENJELANG 2004-SATU
STRATEGI -mungkin dah jadi 'arkib TranungKite').
KONGRES UMAT ISLAM SABAH :
Kira-kira jam 8:30pagi, barulah kongres berjaya dimulakan(mungkin terlambat kerana
penyertaan diluar jangkan -+ 500 ikut anggaran saya). Selepas Mukaddimah pengacara
majlis, bacaan "Ayat-ayaat Suci Al-Quran", ucapan perasmianpun disempurnakan oleh YDP
PUM. Kemudian acara pembentangan kertas kerjapun bermula. Ada dua kertas kerja bakal
dipersembahkan. Kertas kerja yang pertama bertajuk : PERMASALAHAN UMAT
ISLAM MASA KINI, oleh: Al-Fadhil Ustaz Haji Hussin Awang (Spekar Dewan Undangan
Negeri Terengganu Darul Iman). Manakala kertas kerja yang kedua bertajuk :
KESELARASAN BERTINDAK DALAM PENYEBARAN DAKWAH, oleh : Al-Fadhil
Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh ADUN Kawasan Melor, Kelantan.
Walaupun saya menyifatkan Kongres ini bukanlah "Ceramah Politik PAS", tapi saya merasa
bangga kalau saya mengatakan saya sedang berada dalam "Keharuman ceramah PAS".
Terasa segar rasanya minda ini mendengar setiap patah apa yang dilafazkan oleh pembentang
kertas kerja, terasa semacam "Rindu berbur Sedih" bila membayangkan bagaimanakah
rakyat Kelantan dan Terengganu 'menikmati' serta menghirup udara sebuah kerajaan Islam.
Terasa hati ini begitu "IRI" dan cemburu kepada rakyat kedua-dua buah negeri yang bergelar
"BALDATUN THAIYIBATUN WA RABBUN GHAFUR", itu. Tersangat ingin rasanya
mempunyai pemimpin Islam dan Kerajaan Negeri yang menjalankan syariat Allah, seperti itu.
Saya bertanya di dalam hati, bila agaknya rakyat Sabah ini bakal dapat menikmatinya.
Mendengarkan kupasan kertas kerja yang dibuat oleh kedua "Pejuang Islam" yang sangat
"MANIS" semanis Iman yang dimiliki oleh penyampainya, yang sangat indah, seindah
tuturkata yang dilafazkan oleh "Lidah Rasmi" kepada dua kerajaan yang bertuah itu
(sebenarnya saya tidak mampu menggambarkan secara jelas perasaan saya -mungkin juga
yang lain- hanya dengan kata-kata) yang telah berjaya menggambarkan kepada para peserta
(yang peka) mengenai "Keindahan Sebuah Negeri yang di terajui oleh Pemimpin PAS seperti
TG. Datuk HJ. Nik Aziz Bin Hj.Nik Mat (MB Kelantan) dan TG. Datuk HJ. Abd. Hadi Bin
Hj.Awang (MB Terengganu). Terus terang saya amat cemburu kepada rakyat kedua negeri
yang penuh limpahan "Barakah" itu.
Namun apabila Al-Fadhil Ustaz Wan Ismail Wan Jusuh (yang mengatakan bahawa beliau
pada satu ketika dulu pernah menjadi guru di Sabah dibawah kementerian) menjawab satu
soalan dalam sessi sumbang saran/sidang pleno yang antara lain ingin penjelasan/nasihat
mengenai masalah yang dihadapi oleh PAS Sabah juga potensi PAS Sabah untuk menawan
(beberapa kawasan) hati rakyat Sabah, seterusnya (keinginan) mengikut jejak kedua negeri
yang "Bertuah" itu; beliau menjawab (lebih kurang) : Kalau Rasulullah (S.A.W.) berjuang
dengan segala jerih payah, dengan keringat, air mata dan darah, selama 23 tahun baru
dikurniakan Allah (S.W.T.) kejayaan, Pas telah berjuang sejak 1951, manakala PAS hanya
berjaya menerajui Kerajaan setelah berjuang selama 40 tahun setelah berjaya menawannya
pada tahun 1995, dan Negeri Terengganu pula setelah berusaha selama 48 tahun setelah
berjaya menawannya pada Pilihan Raya Umum ke-10 - pada tahun lepas -1999(maaf kalau
saya tersilap fakta), bermakna PAS Sabah (negeri yang mempunyai suku kaum yang banyak
disamping parti politik yang banyak) masih boleh dianggap "baru setahun jagung", masih
terlalu jauh( rasanya) untuk berjaya mencapainya, yang "baru" ditubuhkan sejak 1987 (baru
berusia lebih kurang 13 tahun), kecuali segala potensi yang ada digemblingkan untuk
merealisasikan impian tersebut, maka tidak mustahil ia boleh dicapai dalam masa yang singkat
berbanding dengan Kelantan dan Terengganu -(ini sesuai dengan keunikan senario politik
Sabah) - Insya Allah.
CATATAN : Sebarang kesilapan mengenai tarikh/tahun harap maaf.
SABAH PERLUKAN RAMAI PEJUANG:
Menganalisa pendapat/pandangan para pembentang kertas kerja, jawapan yang diberikan
kepada pertanyaan dan soalan yang dikemukakan, PAS Sabah masih perlukan ramai
"Pejuang". Masih perlu meningkatkan dan melipat-gandakan usaha dalam memperjuangkan
perjuangan yang menagih 1001 pengorbanan serta 'Iltizam' para pejuangnya ini.
Memandangkan "KEIKHLASAN" adalah menjadi 'Kunci' utama kepada setiap 'Pejuang
Islam', maka PAS Sabah nampaknya, masih berhadapan dengan masalah dalam
menambah bilangan 'Pejuang Ikhlas', yang bukan sahaja sanggup berkorban bahkan sanggup
menjadi korban 'kerajaan pemerintah' serta sanggup (menjadi calon dan) terkorban dalam
Pilihan Raya. Keikhlsan itu bukan sahaja setia sehidup semati dalam PAS, tidak jadi
"KATAK LOMPAT" bila melihat 'kemewahan'-(umpan)- yang nafsu kita sering
"TEWAS/KECUNDANG", tapi juga sanggup hidup "FAQIR" (sepertimana Nabi (S.A.W.)
dan para Sahabatnya (R.A.A) dan para pejuang Islam yang lain, sanggup dihina, dicaci-maki,
bahkan sanggup 'MATI SYAHID' dalam memperjuangkan Islam. Pendek-kata, matlamat
"Pejuang Islam' yang 'Ikhlas' itu ialah berjuang sehingga Islam dapat ditegakkan dan
dilaksanakan, atau mati Syahid dalam memperjuangkan Islam.
Maka untuk menambahkan bilangan 'Pejuang Sejati' ini, bantuan tambahan dari "Kedua-dua
Negeri Bertuah" masih tetap diperlukan dan akan terus diperlukan (sebagai satu jemaah)dari
masa kesemasa, untuk memantapkan jentera PAS diperingkat negeri Sabah. Perkara yang
kita perlukan nampaknya, bukan setakat suntikan semangat (yang sering luntur ditelan masa
dan persekitaran), bukan setakat mengadakan seminar, muktamar, kongres dan sebagainya,
bahkan lebih dari itu dalam membekalkan segala apa yang diperlukan, sehingga
kesiapsiagaan "Kita" benar-benar dapat diyakini dan meyakinkan. Sehingga PAS Sabah
sanggup berdikari. Kalau PAS Sabah sudah mampu "BERDIKARI" (entah bila-terpulang
kepada kegigihan usaha), maka ketika itu, impian untuk melihat Sabah berada di bawah
"Lindungan Undang-undang Allah" pimpinan Kerajaan PAS insya Allah akan tercapai juga
akhirnya.
Ini bermakna PAS Sabah khasnya dan PAS Pusat amnya, perlulah mengatur strategi
berkesan, menetapkan sasaran 'MENAWAN SABAH' dalam jangka masa yang dianggap
cukup strategik. Ibarat kata ustaz "Wan" : "usaha untuk mendaulatkan Islam itu WAJIB
dilakukan di seluruh negara, menang atau kalah dalam Pilihan Raya, tak jadi masalah, dapat
memerintah atau tidak/belum, tak jadi masalah, yang penting kita melaksanakan tanggung
jawab kita, melipat-gandakan usaha, disamping berdoa' kepada Allah. Allah akan beri kita
kemenangan kalau kita layak menerimanya disisi Allah. Kalau kita masih belum berjaya
(bukan gagal) maknanya kita masih belum layak dianugerahkan kememangan oleh Allah"
catatan: cakap ajuk di atas, telah saya ubah suai, dengan mengekalkan mafhumnya
yang asal.
(maafkan/izinkan saya berbuat demikian ya Ustazil karim).
Dalam hal ini, semangat "KENEGERIAN" kita kena tolak tepi, kita harus berbangga,
bersyukur dan berterima kasih. dengan bantuan ikhlas dari ulamak-ulamak dan pejuang yang
berasal dari "SEMENANJUNG" (yang saya lihat, mereka inilah yang paling ramai - sekitar
70 hingga 80 peratus (pada anggaran saya) - hadir dalam Kongres ini), yang bukan sahaja
mempunyai 'Iltizam' dan 'Istiqamah' dalam perjuangan ini, bahkan sebagai pemangkin kepada
kejayaan perjuangan rakyat Sabah itu sendiri. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, tanpa
penyertaan proaktif mereka, kita akan PINCANG, bahkan meraba-raba bagai sibuta
kehilangan tongkat. Kita turut mendoakan, semoga keikhlasan mereka dalam membantu kita,
akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat nanti. Jasa baik
mereka tidak ternilai, ungkapan terima kasih sahaja tidak dapat membalas budi baik mereka.
Hanya sokongan padu kitalah sahaja yang mereka harapkan, demi merealisasikan kejayaan
kita bersama. Hanya kejayaan kita sahaja yang layak dijadikan bukti bahawa kita benar-
benar berterima kasih kepada mereka, dimana mereka akan cukup berbangga serta turut
bersyukur dengan kejayaan kita, hasil dari kombinasi usaha gigih antara kita bersama. Jauh
dari ingin mengukir nama, apatah lagi nak rampas "Hak" kita, seperti anggapan sesetengah
orang kita. Bahkan sewajarnya kita sedia dan rela berkongsi kejayaan dan kuasa, kerana
memang muka bumi ini diwariskan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang 'Solleh' untuk
mentadbirnya. Lainlah halnya kalau mereka yang "Toleh"(bukan PAS) ingin cuba-cuba nak
berkongsi kuasa dengan kita, yang hanya akan menjahanamkan bukan sahaja hak kita
bahkan diri kita dan negara kita, lebih dahsyat lagi "Agama" kita.
KESIMPULAN DAN PENUTUP :
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)Cawangan
Sabah, syabas dan tahniah dari saya khasnya dan dari semua peserta amnya, kerana
menganjurkan "KONGRES UMAT ISLAM SABAH". Bagi saya (peribadi) "KONGRES"
yang tuan-tuan anjurkan cukup berjaya. Amatlah rugi sesiapa yang dijemput, sengaja tak
mahu datang. Sedangkan kalau ada SB-SB UMNO ikut/turut datang, tiada sepatah
perkataanpun yang boleh mereka catatkan sebagai bukti Kongres ini berbau politik (yang
mungkin dijadikan alasan takut hadir), bahkan mereka mungkin terdedah kepada HIDAYAH
dari Allah yang sangat mahal harganya.
Kepada para pembentang kertas kerja, "Terima kasih Daun Keladi". Minta-minta selain
PUM dan PAS Sabah, akan ada lagi persatuan yang akan menjemput "Ustaz2" datang ke
Sabah menghadiahkan kepada kami "Tropong Ajaib" yang dapat membezakan antara
Kebenaran dan Kepalsuan, Keadilan Islam dan Kezaliman Thoghut, kerana masih terlalu
ramai dikalangan kami yang "Rabun" bahkan tidak sedikit bilangan mereka yang "Buta"
terhadap "KEINDAHAN" Islam yang diperjuangkan PAS, disamping mereka yang telah
tertipu dengan "Kanta Tiruan" yang dilelong murah oleh UMNO. "Barakallahu fikum, wa
jazakumullahu khairan kthira". Doa'kan kejayaan kami, hasrat dihati nak gi Klate dan
Teranung, teringin sangat nak "hirup udara" kerajaan tuan-tuan ustaz yng sudah tentu manis
sekali, semanis "Keimanan" rakyatnya.
Sebagai penutup, saya mencadangkan kepada Pimpinan PAS Sabah khasnya, dan PAS
Pusat amnya, agar terus menerus menjenguk rakyat. Saya takut rakyat Sabah 'protes' di
hadapan Allah di Hari Akhirat nanti :
Cuba lihat apa kata mereka ini.
1"Orang PAS tiadapun yang datang kasi tau kami, itu Parti PAS mambawa "ajaran
Islam Sabenar", yang kami tau, UMNO bilang PAS itu jahat, kasi paca parpaduan
orang malayu, PAS suka mamitna saja karaja dia orang, lagipun siapa mau nanti
kana potong tangan kalau mancuri".
2 "Kalau kami orang dia orang kasi tau PAS tu, macam tu, macam ni, bagus, butul
punya, itu Omno yang jahat, kami orangpun mu juga sokong itu PAS bah. sya ingat
itu PAS untuk orang samananjug saja bah".
3 "sya tengok kan PAS tu yang sokong sama dia di Saba ni, orang samananjug saja
bah, jadi sya orangpun ndaklah padulik"
4 "kan kau suruh aku manyukung PBS kaa, minta mahap, abis sa karang kitani
disumbalihnya suruhnya masuk kristian, eeehhh palis-palis. Kan ku apa ia, baik lagiku
manyukung Amno pati orang kitani, orang Islam, lagipun mana ada pati lain, mun
inda PBS, AMNO atu nganya. satu lawan satu kan! - mun ada PAS kirahannya, bulih
jua kitani mamamgkah PAS, ani ndada"
5"kasian ku siNuar atu, picayaku ia atu kana nyaya oleh PM, rasangku tah ndakan
mamangkah AMNO gilabai atu, tapi apa gaya, ndakan kitani mamangkah PBS, palui
tu, kan turut kapir ?, jadikan, nyangkuani baikku mamangkah PBS baik laiku
mamangkah AMNO, sajahat-jahatnya jua orang kitani, apa can tangahnya, bah!!!
siapa suruh PAS nda batanding sanani, mun PAS ada tantutah kitani mamangkah
kadidia, kan kuapa AMNO atu, tabak bauta atu. Tapi yang ada batanding PBS jan
AMNO nganya, mana ulah"
6 "ngape ! jile kau, kan baape kau mangundi PBS kapii atu, manade pati lain eh!
munde PBS, AMNO, baek ku mangundi PBS, baek laiku mangundi AMNO oiang
katani, mun ade PAS laintah citenye, tantutah katani mamangkah PAS, kan ku ape
mangundi AMNO atu, jile bai atu, tabak baute".
Trjemeahan:
1. (Bahasa Melayu Sabah-orang Islam tulen) : Tak adapun orang PAS datang memberitahu
kita, bahawa PAS membawa "Ajaran Islam Sebenar". Apa yang kami tahu, UMNO kata
PAS itu jahat, memecah-belahkan orang Melayu, kerja PAS hanya suka memfitnah, lagipun
siapa yang mahu kena potong tangan kalau mencuri.
2. (Bahasa Melayu Sabah-orang Dusun/Kadazan 'muallaf') : Kalau mereka beritahu kita
bahawa PAS itu, begitu, begini, bagus, betul, UMNO yang jahat, kita tentu akan sokong
PAS. Saya ingat Parti PAS tu, untuk orang semenanjung saja.
3. (seperti no:2) Apa yang saya nampak, yang menyokong PAS di Sabah ini, orang
Semenanjung sahaja. Jadi saya tak ambil kisah.
4. (Bahasa Suku Kaum Brunei- Papar) : Awak nak suruh saya sokong PBS ? Minta maaf.
Nanti habis kita disembelih, dikristienkan, minta jauhkan/jauh panggang dari api. Nak buat
apa, lebih baik saya sokong UMNO, parti "orang kita", orang Islam, lagipun mana ada parti
lain, kalau tak UMNO, PBS itu saja, satu lawan satu. Kalau sekiranya ada PAS boleh juga
kita undi PAS, ini tak ada.
5. (seperti no:4) Saya kesian terhadap DSAI tu, saya percaya DSAI diinaya oleh PM,
kalau nak ikut saya tak mahu undi UMNO gila babi tu. Tapi apakan daya, takkan kita nak
pangkah PBS, nak jadi bodoh, nak ikut kafir ? Jadi beginilah, daripada saya memangkah
PBS lebih baik saya pangkah UMNO, setidak-tidaknya dia orang kita, betul tak. Siapa
suruh, PAS tak bertanding dalam kawasan ini, kalau PAS ada, sudah tentu kita pangkah
PAS, buat apa kita nak undi UMNO tabak bauta atu (sumpah seranah suku kaum Brunei).
Yang ada bertanding hanya PBS dan UMNO saja, apanak buat?!
6 (Bahasa Suku Kaum Brunei - Bongawan) Kenapa ? engkau gila ke (sumpah yang dah
jadi kebiasaan : seperti orang Melaka) buat apa kau nak undi PBS yang kafir tu ? Mana ada
parti lain ! kalau tak PBS, UMNO, daripada aku mengundi PBS lebih baik aku undi
UMNO, orang kita. Lainlah halnya kalau ada PAS, tentulah kita mengundi PAS, buat apa
nak undi UMNO gila babi tu, tabak bauta.
Itulah antara lain 'rungutan mereka', maka jadi tanggung-jawab kitalah memahamkan mereka,
kemudian tanggung-jawab kita juga 'MENYEDIAKAN CALON' dalam kawasan mereka.
Begitulah serba sedikit pengalaman ber 'KONGRES' , serta sedikit cetusan ide setelah saya
kembali dari program bermanfaat ini, dengan penuh harapan yang menggunung agar
'Perjuangan' kita sentiasa berkembang maju, dari masa kesemasa di dalam peliharaan, taufiq
serta hidayah Allah S.W.T. Amin ya Rabbal 'alamin !
Sekian terima(lah) kasih!
wassalam!
AZHARI(S)
JUM:190500/1036MLM.