Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BISIK-BISIK RAKYAT - "APA KITA NAK KATA" (BAH.2)

Petikan :
Tranung Kite eGroups

Assalamu'alaikum w.w.!

MUKADDIMAH:

Terima kasih di atas respon yang diberikan terhadap BISIK-BISIK RAKYAT - "APA KITA NAK KATA" (BAH.1) yang baru lalu. Semoga mereka yang merasa diri mereka tersentuh dengan 'intipati tersirat' dari artikel itu akan beransur sedar akan status diri mereka dalam UMNO yang tidak lebih dari menjadi "BELATUK BELAAN" atau hanya sebagai "Terompah Kayu". Semoga kesedaran yang timbul di dalam hati itu ditongkah dengan sisa- sisa kudrat yang masih ada untuk mengapai PERJUANGAN yang HAKIKI, satu perjuangan yang mendasari jiwa dan raga (diri yang terdidik dengan Ilmu Islam) selama ini.

Sebelum lebih jauh terpesong dan dipesongkan, sebelum melencong jauh, terlanjur dan tergelincir, cepat-cepatlah berpaut dihujung ranting (yang mana sempat disambar) sebelum kita jatuh terperangkap ke dalam jurang yang dalam dengan ( seribu satu malang sedang menanti ) kesediaan ribuan batu kelikir yang tajam serta binatang buas yang tersangat lapar untuk menjadikan anda sebagai bahan santapan. Kini bukan masanya untuk memilih ranting yang cukup kukuh untuk berpaut, apatah lagi menunggu perdu pokok yang tegap untuk kita cuba rangkul padu. Ibaratnya setiap helai rumpaipun jangan kita lepaskan begitu saja, demi sisa-sisa nyawa dihujung tanduk yang WAJIB diselamatkan. Anggaplah kelewatan kita bertindak walaupun sesaat sudah cukup untuk kita sesali sepanjang hayat. Biar nasi telah jadi bubur, manfaatkan saja, kerana kita tidak tahu bilakah masanya kita diisyitiharkan menjadi ahli kubur.

BISIK-BISIK RAKYAT:

Walaupun biasanya para YB/wakil Rakyat begitu berhati-hati dalam meluahkan kata- bicaranya di hadapan rakyat marhain, kadang-kadang terlepas juga kepada seorang dua individu yang dianggap kawan karib, yang dianggap boleh simpan rahsia, bahkan sebenarnya untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan dalaman yang halus untuk dikongsi bersama, sekaligus demi mengurangkan beban derita yang ditanggung disebalik senyum gembira yang sentiasa diukir di hadapan khalayak ramai. Maka timbullah istilah "Ini kita-kita saja" sebagai cagaran MURAH kepada perjanjian untuk menyimpan satu rahsia, yang pada hakikannya ingin dihebahkan secara terbuka, tetapi terhalang oleh 1001 macam bahaya yang sedang menanti.

Dialog berikut mungkin tidak asing bagi kita, bila kita cuba menyelami tangisan hati oleh bibir yang sentiasa mengukir senyum seorang YB/Wakil Rakyat, khasnya mereka yang kita anggap boleh menjadi lidah rakyat dalam menyuarakan kebenaran dan keadilan.

DIALOG : "INI KITA-KITA SAJA"

RM : Hai....YB, hebat betul ucapan YB tadi ! saya dengar bukan main lagi "anfusana wa anfusini". Kalau begini, YB akan dapat mempertahankan "Kawasan" ini seribu tahun lagi.

YB : Aah... kau ni, ada-ada sajalah, inipun nak "anfusaku" jugak ni.

RM : Tak adalah YB, apa yang saya dengar YB telah mengulang siar atau membuat tayang semula ucapan-ucapan oleh PM kita. Maksud saya YB macam betul-betul yakin apa yang PM kata mengenai kes DSAI. Bukan main berani lagi mengatakan itu dan ini, YB perasan tak bahawa ramai (majoriti) dikalangan rakyat yang tak dapat mempercayai cerita ini.

YB : Ssyuutt....jangan cakap kuat-kuat. "Ini kita-kita saja", sebenarnya tiada siapa yang dapat mempercayai kes yang dikaitkan dengan DSAI, yang didakwa oleh PM. Bahkan bukti bahawa terdapat KONSPIRASI dalam hal ini semakin jelas. Bertambah jelas lagi dengan keengganan PM ke mahkamah.

RM : Kalau begitu, kenapa YB berani membuat kenyataan sedemikian dihadapan rakyat. Takkah ini hanya menyebarkan fitnah namanya.???

YB : Itu semua kita tahu. Awak tak faham, sebenarnya........."Ini kita-kita saja", kami sebenarnya diawasi ( diprogramkan macam ROBOT ) untuk terus mengeluarkan kenyataan yang bersesuaian dengan kenyataan yang dibuat oleh PM. Orang-orang tertentu dikalangan YB diminta untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kes DSAI sesuai dengan kenyataan yang dibuat oleh PM, maknanya kita mesti cakap menyokong cakap PM. Sekiranya kita berhadapan dengan kesangsian rakyat, jawapan kita ialah, "Ini PM yang cakap, takkan PM bohong".

RM : Kalau YB dah tahu semua ini tidak benar, lalu dipaksa pula membuat kenyataan menyokong cerita karut ini, "Resign" jer ler ! Apa YB takut dapur tak berasap ker? Hai! nampaknya orang macam YB pun dah "KEHILANGAN" Tuhan ker?

YB : Susah.... susah aku nak cakap.. Kau tau ? "Ini kita-kita saja" Saya kalau boleh "Resign" syukur Al-hamdu Lillah. Ini bukan pasal dapur tak berasap. Apabila PM dapat tahu ramai YB yang ingin meletak jawatan kerana tak setuju dengan pengendalian kes DSAI dan berbagai sebab lain, beliau telah membuat pemantauan khusus, demi mengelak lebih ramai lagi YB yang cabut tinggalkan UMNO. Kalau tidak, UMNO hancur lebur punya.

RM : Saya rasa saya dah faham sekarang. Kesian juga YB-YB UMNO ni yer ! Semacam dah terperangkaplah yer ?

YB : Bukan sahaja terperangkap, mesti jadi "YES MAN" dan mesti kata "YES BOSS" saja. Pembangkang kata "Tukang Anggok" macam "Burung Kakak Tua" atau "Burung Belatuk", apa nak kata ! dah terpaksa. Nak cuba-cuba lawan ? Alamat NAHASlah jawabnya. Cuba tengok DSAI, orang NO:2 !!!! akibat "Lawan Tokey" apa dah jadi ? Tak mahu disuruh "Resign" secara sukarela, dipaksa, tak mahu dipaksa, dilucutkan juga jawatan yang ada bahkan keahlian UMNOnya pun dilucutkan. Itupun belum cukup, difitnah, diaibkan macam- macam, dikumpul segala saksi dan bukti (palsu). Bukan setakat itu, beliau bahkan mesti dihapuskan sama sekali dari muka bumi ini. Tangkap, masuk lokap "Pukulan Maut" menanti. Bila tak berjaya, diRACUN pulak. Tak mati, mereka masih belum puas hati, sekurang- kurangnya 'MATI POLITIK' nya. YB macam kita ni lagi !?? Berani ! cubalah.

Bukan setakat itu saja, kalau DIA hendakkan khidmat kita, walaupun kita 'Kalah Pilihan Raya', sah rakyat dah tolak kita, dia lantik balik jadi YB/Menteri yang dilantik. Bahkan kalau dia nak kita jadi "CALON", tak ada kata tak mahu. Dia tentukan kita kena jadi CALON KALAH atau CALON MENANG. Semua sudah "ATAS KERTAS" dan semua mesti berlaku.

RM : Jelas.....saya faham. Maknanya betullah kata pembangkang; KUKU BESI dan seumpamanya tu.

YB : Tidak syak lagi. Eehh...o.k lah! lain kali kita jumpa lagi yer! Tapi, ingat yer! "INI KITA- KITA JER YER".

RM : (tak terkata....)

APA KITA NAK KATA (?)

Kira kesian juga YB kita tu yer ! "APA KITA NAK KATA" (?) Sekurang-kurangnya kita dapat bagi "JALAN" dengan YB kita yang menghadapi masalah begini.

Terpulanglah kepada pembaca 'NAK KATA APA'. Katalah apapun........

Sekian terima(lah) kasih,

Wassalam!

AZHARI(S)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com