Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


KALAH MENANG DI TELOK KEMANG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!
Seloka/Pantun : Tajuk : KALAH MENANG DI TELOK KEMANG
Oleh : AZHARI(S)

Assalamu'alaikum muslimin semua,
Salam sejahtera tak kira agama,
Sekali lagi kita bersua,
Setelah tak muncul sekian lama.

Kalau nak kata sebab-sebabnya,
Tentulah panjang nanti cerita,
Pendek kata adalah aralnya,
Disamping debaran Pilihan Raya.

Walaupun tak muncul beberapa ketika,
Ana tetap terus membaca,
Berita terkini dari Laman Web kita,
Akhbar kerajaan (!) nak muntah (?) cubalah baca.

Telok Kemang hai! Telok Kemang,
Keputusan dah tahu BN yang menang(?),
Walaupun dah menang itu siamang,
Segala "SHIT" dipraktik memang.

2004 akan menjelang,
Depa yang jalang kan jadi lalang,
Buat semak sawah dan ladang,
Orang Malaysia semua tak pandang,

Itulah keputusan di Teluk Kemang,
Yang menang hanya bertambah bimbang,
Majoriti merosot bukan kepalang,
2004  jadilah PEMBANGKANG.

Apakah pulak tidak bimbangnya,
Sekarangpun kita dah nampak buktinya,
Pengundi dah berani tunjuk bijaknya,
Semakin matang menanganinya.

Kepada Bang Roslan janganlah kecewa,
Jadikanlah Telok Kemang satu perisiwa,
Sematkan jitu di dalam jiwa,
Sebagai pejuang yang berwibawa.

Kalah menang dah adat bertanding,
Dah tahu keputusan jalan berganding,
Tak usah cepat kita melenting,
Walaupun depa menunjuk taring.

Biarlah depa bersuara nyaring,
Ke sana sini meniup seruling,
Batang hidung kita dituding-tuding,
Sampai masa depa kan terguling.

Kalau dah menangpun masih pening,
Hendak berlagak pusing keliling,
Tak ubah seperti samseng taik kucing,
Pedulik apa ! BNkan dah meruncing!

Anggaplah kekalahan sebagai dorongan,
Tentulah hikmahnya jadi renongan,
Bagi menempuh berbagai lencongan,
Ingat! 2004 bukannya pelancongan!.

Berbagai analisis dah kita baca,
Marhaintua dengan "STAK"nya,
Yang lainpun apa kurangnya,
Kita dah nampak senarionya.

BN kalau tak menipu, takkan menang,
Sebab tulah semuanya sudah dirancang,
Ke sana sini propaganda dicanang,
Semua instrument lumat dicincang.

Walaupun media semua ditapis,
BN mendapat kemenangan tipis,
Itulah akibat perambat ikan bilis,
Ikan "JAWS" dibiar bersilat menepis.

Dulu Sanggang kini Telok Kemang,
Depa terus bimbang walaupun menang,
Meneliti majoriti semakin berkurang,
2004 nanti bakal kecundang.

Penyokong BA dah makin bertambah,
Dua P/R Kecil sudah menjumlah,
Itulah tanda rakyat dah berubah,
Ucaplah suykur "ALHAMDULILLAH".

Semua ini kurniaan Ilahi,
Berkat usaha yang tiada henti,
Namun kemenangan belum dimiliki,
Segala kelemahan teruslah teliti.

Kelemahan musuh kita dah tahu,
Segala taktik kotor dan tipu,
Kelemahan kita hanyalah satu,
Terlalu HIJAU(?), tapi taklah malu!

Hijau-hijaupun menawan hati,
Kita dah berjaya kurangkan majoriti,
Lebih 4,000(!) itu dah kualiti,
 Pening si BN tak terubati.

Kalau nak ikutkan hakikat sebenar,
BN dah kalah mata berpinar,
Tiada lagi kelihatan sinar,
Melihat sokongan semakin pudar.

Kalau KeADILan tegak bersinar,
Demokrasi dilaksana secara benar,
Undang-undang pula tidak dilanggar,
BA lah yang menang itulah KHABAR.

Tapi kan (!), semua itu cerita benar,
Masihkah kita duduk bersabar,
Tiadakah yang bangun untuk mencabar ?,
Takkan nak terus dicalar balar.

Bangunlah mereka yang berkeliber,
Membuat sesuatu pantang dicabar,
Keseluruh dunia sudahpun tersebar,
Kerajaan BN memang kurang ajar.

Kalau dibiar perkara ini,
Mereka gembira bersenang hati,
Melihat KITA berpuas hati,
Dibuai dengan gula majoriti.

Lawan, jangan tak lawan,
Dia orang tu, jangan buat kawan,
Sesama merekapun suka berlawan,
Kegemaran mereka pun makan kawan.

Kalau SPR dah menyeleweng,
Tiada gunanya calon bertanding,
Kalau kemenangan boleh dirunding,
Kumpulkan bukti kebenaran dibanding.

Heret jer SPR ke mahkamah,
Baru terbongkar segala karenah,
Bodoh sombong tak beramanah,
KeADILan habis mereka mamah.

Tapi, mahkamah boleh ker kita percaya?
Keputusan selalunya nampak goyah,
Terlalu sangat berat sebelah,
Tangan GAIB selalu mencelah!

Kalau begitu, kita lapor sama polis,
Biar mereka semua habis,
Masuk penjara jaws dan bilis,
Dunia akhirat bersama iblis.

Tapi, PDrM masih ker telus ?
Nampak gaya semua nak FULUS,
Tak 'makan suap' mereka kurus,
Tak ramai jumlah mereka yang lurus.

Kalau dah semua tak boleh harap,
Kesemua sekali dah jadi korap,
Tersungkur terkehel tersembam tertiarap,
Itulah bukti kerajaan dah bankrup.

Siapa yang kata tu ! Tak ingatlah,
Katanya : "Busuknya ikan dari kepalanya"  yakah?
Kalau begitu kita dah tahulah,
Siapa sebenarnya punca masalah.

 Dulu BN busuk KEPALA,
Tapi kini dah busuk semua,
Buang KEPALApun dah tak guna,
Campak bagi anjing ! pun tak mau punya.

Hai! nasiblah engkau BN dan komponannya,
Habis busuk tiada yang berguna,
Ini semua gara-gara KEPALA,
Akhirnya semuanya menjadi mangsa.

Itu cerita BN dan belacinya,
Kita tak naklah mencampurinya,
Tapi apa yang kita nak cerita,
Ialah KEPALA negara yang tercinta.

Sorry! KEPALA jangan pulak perasan,
Yang tercinta tu NEGARA lah setan,
Bukannya KAU, beruk dihutan!
Nak campak KAU itulah tujuan.

Kalau KEPALA sudah dipenggal,
Segala rancangan tak akan gagal,
Membangun negara menjadi handal,
Dimata dunia kita terkenal.

Sudah dipenggal buangkan segera,
Panggil ke mahkamah untuk dibicara,
Nak tolak safina! dah tak ada cara,
Nampak gaya diheret ke penjara.

Hah! ketika tu tak usahlah cerita,
SPR takkan nak cari derita,
Nak menyeleweng? tersebarlah berita,
SPR patut menukar carta.

PDRM pun dah mula lurus,
Tidak terbayang yang fulus mulus,
Rasuah tak mahu biarpun mampus,
Jalankan tugas hati yang kudus.

Mahkamahpun demikian juga,
Dengan hakimnya yang berwibawa,
Segala kes diselesaikan semua,
Akan dijunjung segala etika.

Tapi, apakah kini tindakan kita ?,
Adakah ianya masih rahsia ?
Tunduk tapi menanduk itulah dia,
Berdiam diri bukan sia-sia.

Kita ni bukannya apa-apa,
Hanya ingin mengingatkan saja,
Manalah tahu lalai dan leka,
Mereka pantang tengok kita alpa.

Majoriti meningkat dipihak kita,
Patutpun bangga bila bercerita,
Sesama kawan penyokong kita,
Kalau menang lagilah gembira.

Tetapi kita janganlah lupa,
Semua itu hanya gula-gula,
Terasa manis kitapun lupa,
BN melihat gelak ketawa.

Takkan kita terus tertipu,
Taktik BN yang kita dah tahu,
Suapkan gula tujuan tertentu,
Penyakit "Kencing Manis" sedang menunggu.

Kalau "Kencing Manis" dah serang kita,
Kita derita cakappun tak guna,
Bila 2004 bukan nasib kita,
Kelebihan "SATU" undi gula-gulanya.

Lebih satu undipun menang juga,
Ahkirnya mereka memerintah semula,
2008 pun nampaknya sama,
"Kencing Manis" kita semakin gila.

Biar Kedah dan juga lainnya,
Jadi gula-gula yang seterusnya,
Yang penting teraju masih ditangannya,
Sisa kekayaan terus dilahapnya.

Jadi!, apa yang ditunggu lagi,
Kumpulkanlah segala hujjah dan bukti,
Bertindak sebagai jihad dan bakti,
Selepas 2004 dah tak guna lagi.

Mogok demonstrasi dan boikot sekali,
Demi menyingkir sikuku besi,
Jangan sampai nasi dah basi,
Menyesal tak guna kemudian hari.

Para pemikir silalah tafsir,
Segala rencana silalah tadbir,
Kalau dah siap dibelakang tabir,
Ajaklah rakyat semua BERTAKBIR.

Berbagai cadangan sudah dikemuka,
Masih banyak belum kita cuba,
Cuma Pilihan Raya kita berusaha,
Demonstrasi pula macam dah tiada.

Memboikot akhbar dan TV tiga,
Satu strategi sekian lama,
Kesannya memangpun dah nampak dimata,
Namun mereka tetap berkuasa.

Tidakkah ingin hendak mencuba,
Suatu yang drastik tapi waspada,
Seperti cadangan Marhaintua,
Kalau tak evolosi, revolosilah jawabnya.

Yang penting menghargai setiap nyawa,
Elakkan korban sedaya upaya,
Demikianlah juga harta benda,
Namun BN sediakan kuburnya.

Namun begitu SABAR yang utama,
Menanti waktu sesuai di mana,
Bagaimana cara melakukannya,
Fikirkanlah dahulu apa resikonya.

Tentang penyokong tak payahlah risau,
Seluruh negara dah lama berkeriau,
Hanya tak ingin negara kacau,
Cuma tak tahan selalu meracau.

Senjata keris dan juga pisau,
Lupakanlah dulu tak usah risau,
Biarpun depa membuat kacau,
Gunalah akal melawan sasau.

Kalau diikut kehendak rakyat,
Sanggup terkorban dalam berjihad,
Melihat BN semakin jahat,
Rakyat dah sedia membulat tekad.

Cuma apa yang perlu kini,
Peneraju serta rancangan teliti,
Semoga kejayaan setia menanti,
Kita semua ditabahkan hati.

Demikianlah sedikit pandangan kami,
Setakat ini mohon berhenti,
Lain kali kita jumpa lagi,
Semoga kita sentiasa diberkati.

Salah dan silap harap maafkan,
Terlanjur kata yang berlebihan,
Maklumlah yang daif hambanya Tohan,
Banyak berkata banyak kesilapan.

Telok Kemang sudah berlalu,
Tunggulah yang lain siapa tahu,
Setakat ini bai-bailah dulu.
Esok lusa kita beertemu.

Sekian!
Terima(lah)Kasih.

AZHARI(S)
11JUNE0011:50PM











        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com