Assalamu'laikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
TAJUK : BISIK-BISIK RAKYAT :"APA KITA NAK KATA"BAH.3
Oleh : Azhari(s)
MUQADDIMAH:
Sebelum ini saya ada menulis seperti tajuk di atas bahagian satu dan dua, boleh rujuk laman
web TranungKite dan juga Laman Reformasi Mahazalimtwo (mungkin telah diarkibkan). Kini
saya ingin berkongsi ide sekali lagi mengenai tajuk yang sama, tetapi dengan cerita yang baru
sahaja saya alami. Perkara ini didedahkan demi ingin mendapatkan pandangan semua pihak
khasnya PAS Sabah.
KHUTBAH JUMAAT : BETUL KATA USTAZ TU
Satu malam selepas menunaikan solat sunat ba'diah isyak disebuah masjid, maka berlakulah
dialog berikut:
Ustaz W : Itu hari inta ada bagi tahu ana, ada khutbah terkini dapat dari internet, tolonglah
printkan dan kita bolehlah baca nanti. Takkanlah kita asyik-asyik baca khutbah yang dah
selalu kita baca, rasa-rasanya kita dah habis 'round' bahkan ada yang dah dua tiga kali
bacapun.
Ana : Apa, khutbah dari internet ? Ada, banyak. Dari masjid negara, dan saya dahpun
"printout"
, nantilah ana kasi. Kalau dari internet bukan khutbah dari masjid negara sahaja
yang kita boleh jumpa, dari PAS Trangganupun ada, dan banyak lagi, nak?
KAWAN : Aku setuju tu. Khutbah PAS tu yang bagus dibaca. Tentu lebih baik dan terkini.
Ustaz fikir saya tak sokong PASkah?.
Catatan:
Setelah beredar sambil mengucap salam kepada ustaz "w", ana dan kawan tadi terus berjalan
bersama, kerana kebetulan kami melalui jalan yang sama untuk sampai ke rumah masing-
masing. Dalam perjalanan anapun katalah apa-apa yang patut demi menyelami isi hati beliau,
maka dialog berikut pun berkisar:
Ana : Kau sukakah dengar ceramah agama ?
KAWAN : Heh! memanglah. Dalam ceramah agama kita mendapat banyak ilmu mengenai
Islam. Ceramah juga boleh meningkatkan kesedaran kita beragama.
Ana : Betul kata kau tu. Kita ni kalau tak berceramah, dengar ceramahlah. Tapikan! ada
beberapa soalan yang harus kita jawab.
KAWAN : Hah! apa soalannya tu ustaz?
Ana : Begini, kadang-kadang saya terfikir beberapa soalan yang harus kita jawab bila
dikemukakan oleh Malaikat Nukar dan Nakir di dalam kubur ; Kalau kita ditanya : "Sejauh
mana engkau telah melaksanakan Islam dalam dirimu semasa di dunia ?" ini kira kita boleh
jawablah, betul tak ?
KAWAN : Ya, kira bolehlah jawab.
Ana : Soalan kedua : "Sejauh manakah engkau telah melaksanakan Islam dalam
keluargamu?"
KAWAN : Inipun kira kita ada jawapan jugalah.
Ana : Soalan Ketiga : "Sejauh manakah engkau telah melaksanakan Islam dalam
mesyarakatmu?"
KAWAN : Inipun kira ada jawapan sikit-sikitlah.
Ana : Soalan terakhir : "Sejauh manakan engkau telah melaksanakan Islam dalam
negaramu?"
Maksudnya, melaksanakan Islam dalam konteks bernegara.
KAWAN : Rasanya soalan yang terakhir ini susah sikit kita nak jawab. Pasal cerita
bernegara ni bukan tugas kita. Maknanya untuk melaksanakan Islam dalam konteks
bernegara kita kena ikut sahaja kerajaan kita. Macamana pendapat ustaz.
Ana : Kewajiban melaksanakan Islam dalam sesebuah negara adalah wajib. Kerajaan wajib
melaksanakan undang-undang Allah. Dengan ertikata lain, mesti ada dari kalangan umat
Islam berjihad untuk melaksanakan undang-undang Islam, mesti ada sebuah Parti yang
menuju kearah itu.
KAWAN : Ada! PAS.
Ana : Betul, Tapi adakah kita menyokong perjuangan PAS?
KAWAN : Saya rasa semua orang Islam sokong perjuangan PAS, demi menegkkan agama
Allah.
Ana : Cuba tanya diri kita, sejauh manakah sokongan kita ? Paling-paling kita kata PAS
betul. Perjuangan PAS berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Tapi dalam masa yang sama kita
setuju bila PM kata begitu begini dengan PAS.
KAWAN: Betul kata ustaz tu. Kita walaupun menyokong PAS tapi kita pangkah UMNO
kerana dialah kerajaan yang memerintah.
Ana : Kalau Malaikat tanya nanti begini : "Engkau dah tahu ada parti yang memperjuangkan
Islam dan ingin menegakkan negara Islam, kenapa engkau tak mahu menyokongnya". Apa
kita nak kata ? Jangankan nak berjuang dibarisan hadapan, nak jadi ahli sajapun kita takut.
Kita ni, takut tak bertempat. Nak takutkan siapa ? Sepatutnya kita lebih takut kepada Allah.
KAWAN : Betul kata ustaz tu, saya dah nampak apa yang ustaz maksudkan.
Ana : Cuba fikirkan, selama ini kita ceramah, dengar ceramah, bercakap Islam itu baik,
begitu begini, tapi sampai kemana? Tak sampai kemana-mana, perjuangan kita hanya akan
terapong-apong tak ada tempat berpijak. Pasal, segala kebaikan Islam tak dapat kita
laksanakan dalam negara kita. Jadi kalau kita berjuang dalam sebuah parti yang
memperjuangkan Islam barulah terasa kita berpijak dibumi yang nyata. Kalau tidak selama
itulah kita bagaikan "Cakap tak serupa bikin" bahkan berceramahpun rasa bersalah dan
berdosa kerana seolah-olah kita berbohong pulak.
KAWAN : Betul kata ustaz tu. Ustaz tau saya dah meluat dengan UMNO ni. Ustaz tau,
sebenarnya saya adalah "Ketua Cawangan UMNO" di kampung ini (sayapun tak tahu selama
ini yang beliau adalah ketua cawangan UMNO di kampung ini), dibawah saya ada 50 orang,
kesemua kami cukup meluat dengan UMNO. Ustaz tau, baru-baru ni masa pilihan raya yang
lepas, kami hanya diberikan RM :5.00 sahaja seorang untuk satu malam berjaga hingga
kesiang. Ini termasuk budak-budak yang pasang poster, dengan saya sekali cuma dapat lima
ringgit. Apa saya kata bila budak-budak muda yang pasang poster kata "alah takkan lima
ringgit sahaja, kami hisap rokok sekotak Dunhill dah RM:3:50, sampai pagi mana cukup satu
bungkus". Saya pun kata dengan diaorang, bahawa saya sendiri dapat lima ringgit, sumpah
mati. Akhirnya, untuk minum-minum sepanjang kempen saya terpaksa keluarkan duit kocek
sendiri. Boleh kata semua orang-orang sayapun betul-betul dah meluat dengan UMNO ni
(beliau lalu menyebut beberapa nama yang saya kenal). Jadi kalau ustaz kata baik masuk
PAS saya sendiri setuju, dan kawan-kawan saya yang lain memang tunggu isyarat dari saya
saja.
Ana : Hah! kalau betul engkau nak masuk Ahli PAS yang itu saya boleh uruskan. Alah
setakat masuk ahli saja takkan itu pun kita nak takut. Jadi begini, cuba jumpa dan bincang
dengan kawan-kawan, apa-apa perkembangan nanti kita bincang semula, o.k ?
KAWAN : O.k. Insya Allah ustaz. Jangan takut, saya akan uruskan.
Ana : Eh! saya ni nak ke pasar malam ni. Esok kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum!
KAWAN : Wa'alaikumussalam!
Catatan : Apa yang harus saya lakukan bila kawan kita tadi berjumpa semula dan memberi
tahu mereka 50 orang ingin mengisyitiharkan keluar parti UMNO dan masuk PAS. Keahlian
saya pula selama ini masih rahsia, tidakkah perkara ini akan menimbulkan masalah yang besar
pulak nanti kepada diri saya ?
Kepada PAS Sabah tolong beri sedikit komen.
Sekian Terima(lah) Kasih,
AZHARI(S)
AHAD18JUN2000/10:50PM