Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Isu PM bukan Melayu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!

SELOKA/PANTUN : ISU PM (BUKAN MELAYU)
Oleh : Azhari(s)

Salam diucap pembuka seloka,
Bertemu lagi bersendaloka,
Sekian lama sama meneroka,
Informasi dari LR penghibur duka.

Berbagai berita sama didengar,
Beraneka isu hangat berlegar,
Jadikan minda ligat dan segar,
Duduk menyaksi di ruang legar.

Masa PM di luar negara,
Buat lawatan konon cerita,
Dalam negara kecoh berita,
Aneka ragam lagu derita.

PM kembali ke tanah air,
Basah kuyup peluh mengalir,
Masa di 'airport' lidah dijelir,
Komen diberi sangkut dileher.

Isu menyalah gunakan kuasa,
Oleh mahazalim satu ketika,
Konon menyekat siasat pereksa,
Ketua BPR yang beretika.

Terhadap si Gabnor Bank Negara,
Mantan Ketua Pembangunan Ekonomi kita,
Terdapat wang di dalam laci mejanya,
Beratus ribu juga jumlahnya.

Ketua Hakim lain pula ceritanya,
Terlibat libur di luar negara,
Dengan seorang peguam katanya,
Lalu dipertikai kewibawaannya.

Lalu dia ingin didakwa,
Diminta dia letak jawatannya,
Supaya dia dapat dibicara,
Mahkamah Tribunal kendalikannya.

PM kata tak payahlah gitu,
Ketua Hakim biarkan dahulu,
Dibelanya walaupun sudah macamtu,
Kebencian rakyat biarlah disitu.

Memang PM rasa tak senang,
Tidur tak lena makan tak kenyang,
Begitulah yang nampak dipandang,
Lalu cuba bermain dipadang.

PM merasmi satu Persidangan,
Persidangan MCA timbulkan cadangan,
PM pula berikan pandangan,
Isu kontraversi dijadikan dagangan.

Pandangan diberi tersirat tujuan,
Setelah diri membuat tinjawan,
Berbagai isu membuatnya sawan,
Hati bukan Melayu cuba ditawan.

Katanya kan tiba suatu hari,
Bila perpaduan mantap dihati,
PM Melayu bukanlah mesti,
Bangsa lain boleh mengganti.

Tak kira Cina mahupun India,
Kesemuapun boleh menjawatnya,
Jawatan PM cuba digadainya,
Kerana tersepit kedudukannya.

Setelah melihat kegagalannya,
Menambat Melayu ahli partinya,
Yang lari jauh meninggalkannya,
Menyokong BA dalam Pilihan Raya.

Kalau tidak kerana kaum Cina,
Demikian juga kaum India,
BN dah kalah Pilihan Raya,
Pasal tulah kini dia memancingnya.

Apatah lagi bila dah tahu,
Keputusan Telok Kemang yang baru lalu,
 Undi Cina dah tak menentu,
Menyokong BA pula mereka tu.

Itulah sebab dia kata begitu,
PM tak semestinya Bangsa Melayu,
Tujuan nak kekalkan kuasa BNlahtu,
Sampai sanggup berkata tak tentu.

Tujuan nak mengubah pandangan rakyat,
Dari isu yang kini hangat,
Isu yang lain rakyat tak ingat,
Isu PM bukan Melayu lebih menyengat.

Bila PM kata macam tu,
Yang lainpun sokong pendapat itu,
Konon pendapat PM bermutu,
Satu masa mungkin berlaku.

Hai! Dulu PM sendiri pernah mengata,
Konon BA nak ubah fakta,
Nak lantik LKS menaiki takhta,
Di sana sini disebarkan cerita.

Itu cerita Pilihan Raya,
Gambar LKS nampak bergaya,
Memakai serban dibandaraya,
Tanda mereka tak sukakannya.

Lalu Tuk Guru dipelekehnya,
Dengan isu PM berbangsa Cina,
Tuk Guru kata tiada salahnya,
Yang penting Islam jadi agamanya.

Kalau dulu pelekeh Tok Guru,
Kini PM dah ikut berguru,
Cuma syaratnya yang bercelaru,
Membuat rakyat jadi cemburu.

Memang PM dah habis idea,
Pendapat pembangkang habis diciplaknya,
Cuti minggu pertama dan juga ketiga,
Antara yang telah cuba dilaksana.

Yang lain pula sedang disemak,
Dalam kepala cuba diconggak,
Itulah dasar diri penyangak,
Pembangkang punya habis diciplak.

Bukannya kita lokek dan bakhil,
Idea kita tak boleh diambil,
Tapi mereka yang nampak sewel,
Cuba menciplak tetapi jahil.

Bila Isu PM cuba ditakwil,
Rakyat mendengar terkebil-kebil,
Susah nak terima pendapat sijahil,
Itulah namanya Islam terkehel.

Kalau PM Cina dan India,
Orang Melayu susah nak terima,
Tapi kalau Islam jadi agamanya,
Tak kira bangsa tak kira siapa.

Entahlah apa yang akan jadi,
PM nampaknya dah bilang hari,
Menunggu masa nak cabut lari,
Ataupun cuba membunuh diri.

Semua katanya sudah tak guna,
Tiada lagi wira dunia ketiga,
Yang terserlah hanyalah kenyanyokannya,
Yang penting hanya menyelamatkan dirinya.

Sama-samalah kita tunggu,
Berita sensai dihujung minggu,
PM sedang termangu-mangu,
Kesihatanpun sering terganggu.

Isu Hakim salah satunya,
Yang kita nanti tiba waktunya,
Entah apakah kejadiannya,
Tiba masa kita ketahuinya.

Isu PM hendak didakwa,
Menyalahgunakan kuasa suatu ketika,
Kalau DSAI dihukum penjara,
PM pula apa kurangnya.

Isu PM bukan Melayu,
Tak usahlah risau sampai melayu,
Itu hanyalah pujuk dan rayu,
Seorang PM yang makin layu.

Ingin mengelak mulut buaya,
Kini terdedah dimulut naga,
Begitulah konon ceritanya,
Akibat zalim tingkah lakunya.

Semua ini balasan Tuhan,
PM kini sudah tak tahan,
Mati tak mahu hiduppun segan,
Tidaklah tahu malu dan sopan.

Cakappun sudah tidak karuan,
Itulah akibat belakangkan Al-Quran,
Sekarang terimalah segala balasan,
Di akhirat nanti menunggu seksaan.

Setakat ini sahaja coretan,
Seloka pantun dipersembahkan,
Salah dan silap harap maafkan,
Berjumpa lagi diizinkan Tuhan.

Sekian Terima(lah) Kasih!

Wassalam!

AZHARI(S)
22JUN2000/250AM


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com