Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PAS TERANGGANU DAN KELANTAN HARUS TERBIT FILEM

Petikan :
Tranung Kite eGroups

Saya tertarik dengan artikel bertajuk PAS TERANGGANU DAN KELANTAN HARUS TERBIT FILEM oleh "Khalifah" yang boleh dibaca dalam LAMAN REFORMASI MAHAZALIM
https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/230600xab.html yang disirkan pada 24Jun2000.

Membaca dan meneliti penjelasan yang diberikan, saya turut menyokong pandangan/saranan beliau. Selain dari boleh mempromosikan perjuangan PAS melalui industri perfileman, boleh menambahkan bilangan ahli PAS seperti yang dinyatakan. PAS tidak akan lagi dituduh hanya pandai cakap itu salah dan ini tak betul saja, tapi kena tunjuk yang baik dan betul melalui tindakan. Kalau PAS kata BN menyesatkan rakyat Malaysia melalui tayangan filem melalui saluran RTM/PAWAGAM, dari segi filem atau drama yang ditayangkan, PAS sewajarnya menyahut cabaran sdr.khalifah.

Kalau sekarang ini para remaja kita menjadikan artis-artis kita yang kita kata boleh menyesatkan sebagai EDOLA mereka, kita marah, kita kutuk dan sebagainya. Tidak mustahil golongan remaja akan menjadikan artis-artis ISLAM (PAS) sebagai EDOLA mereka pula. Lihat sahaja bagaimana Kumpulan Nasyid seperti RAIHAN yang telah berjaya menembusi pasaran hiburan, tidak sedikit dari kalangan remaja kita yang menjadikan mereka sebagai edola mereka, sekurang-kurangnya pelajar-pelajar aliran agama sudah boleh mengurangkan/menghilangkan terus kecenderungan mereka kepada meminati penyanyi/lagu pop yang melalaikan dan mengundang budaya liar kerana sudah ada hiburan alternatif.

Jadi kalau parti kita sudah ada parti Barisan Alternatif (BA), lagu alternatif, kenapa kita tidak cuba cadangan sdr. khalifah. Walau bagaimanapun itu semua terpulang kepada cendikiawan dan ulamak PAS untuk menerima dan melaksanakannya atau sebaliknya. Kerana walaupun sesuatu itu nampak baik, sekalipun memang baik, tetapi kalau salah/silap teknik akibat terburu-buru mungkin sebaliknya pula yang jadi.

Walau macamanapun, para pemikir PAS seharusnya memikirkan segala alternatif kepada apa yang kita nampak sebagai negatif, menyesatkan, haram dan sebagainya dalam semua bidang. Barulah boleh dikatakan PAS adalah model dan contoh ikutan yang baik yang menjadi edola rakyat, sekali gus menyerlahkan kebaikan dan kebenaran Islam sebagi ad-Din. Ketika itu rakyat sendiri akan menilai yang mana baik dan mana yang buruk, PAS/BA atau UMNO/BN.

Saya juga turut menyokong cadangan sdr.khalifah supaya PAS menubuhkan Syarikat Kedai Runcit Cara Islam. Seperti yang terdapat/boleh dibaca
di https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/230600xae.html

Sekian terima(lah)kasih!

wassalam!

AZHARI(S)
24JUN2000/11:30PM


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com